Khamis, 8 Mei 2014

Keperluan hidup di dunia

Hadis Terbaik dan Lengkap: Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata:
* Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab, "Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi:
*“Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.”
Bertanya lagi Arab desa itu:
*“Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
*“Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”
Dia bertanya lagi:
*“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”
Arab desa itu bertanya:
*“Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab desa bertanya lagi:
*“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi:
*“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya:
*“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
*“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
*“Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “ Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
*“ Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya Rasulullah:
*“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
*“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “ Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
*“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda menjawab” Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.”
Dia bertanya:
*“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “ Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
*“Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
*“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
*“Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya:
*“Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
*“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya:
*“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “ Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
*“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”