Isnin, 12 November 2012

Kata Ganda



KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:-
a)   Kata ganda seluruh                                       c)   Kata ganda bersajak
b)   Kata ganda separa                                        d)   Kata ganda berimbuhan

Kata Ganda Seluruh
Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - )

Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-

Kata Dasar
Kelas Kata
Kata Ganda Seluruh

jam
jalan
kata nama
kata nama
jam-jam
jalan-jalan
pemberita
soalan
Kata nama terbitan
kata nama terbitan
pemberita-pemberita
soalan-soalan
mana
apa
kata tanya
kata tanya
mana-mana
apa-apa
comel
kasar
kata adjektif
kata adjektif
comel-comel
kasar-kasar
duduk
baring
kata kerja
kata kerja
duduk-duduk
baring-baring
awal
jarang
kata keterangan
kata keterangan
awal-awal
jarang-jarang

Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:
1.   Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2.   Pahlawan itu handal-handal belaka.
3.   Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4.   Undang-undang perlu kita patuhi.
5.   Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.

Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.

A.   Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)
       Contoh:






B.   Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif)
       Contoh:





C.   Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)
       Contoh:





D.   Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan)
       Contoh:







· Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.

Perhatikan penerangan yang berikut:-

A.   Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal)
       Contoh:






B.   Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)
       Contoh:






Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh.

abang-abang
ajak-ajak
akhir-akhir
akan-akan
anak-anak
angan-angan
apa-apa
awal-awal
bagus-bagus
baik-baik
bakul-bakul
banyak-banyak
barang-barang
besar-besar
buah-buah
bulat-bulat
cantik-cantik
cara-cara
carik-carik
cepat-cepat
cita-cita
curi-curi
condong-condong
cuba-cuba
dalam-dalam
daun-daun
dekat-dekat
dengar-dengar
dewa-dewa
diam-diam
duduk-duduk
egen-egen
ejek-ejek
elok-elok
enak-enak
entah-entah
ensot-ensot
epok-epok
erat-erat
faham-faham
faedah-faedah
fakta-fakta
fasih-fasih
fatwa-fatwa
fiil-fiil
filem-filem
firman-firman
gadis-gadis
gado-gado
garang-garang
ganas-ganas
gemuk-gemuk
gila-gila
gula-gula
guru-guru
halus-halus
handal-handal
hangat-hangat
harta-harta
harum-harum
hati-hati
hidup-hidup
hitam-hitam
ibu-ibu
iklan-iklan
iras-iras
ingat-ingat
indah-indah
isi-isi
isteri-isteri
jahat-jahat
jalan-jalan
jamu-jamu
jarang-jarang
jari-jari
jaring-jaring
jauh-jauh
jelik-jelik
kaki-kaki
ketuk-ketuk
kawan-kawan
kuat-kuat
kuda-kuda
kuning-kuning
kura-kura
kurus-kurus
lagi-lagi
lagu-lagu
lain-lain
laju-laju
lancar-lancar
liat-liat
layu-layu
lebam-lebam
main-main
makan-makan
marah-marah
masam-masam
mati-mati
mula-mula
muntah-muntah
musuh-musuh
nama-nama
naga-naga
nakal-nakal
negeri-negeri
nilai-nilai
nipis-nipis
nyaris-nyaris
nyiru-nyiru
obor-obor
ole-ole
olok-olok
onak-onak
onde-onde
oneng-oneng
orang-orang
otot-otot
pahit-pahit
paku-paku
paru-paru
pihak-pihak
pijat-pijat
pintu-pintu
puak-puak
puas-puas
ragu-ragu
rajin-rajin
raja-raja
rajah-rajah
rakan-rakan
rapat-rapat
rata-rata
rumah-rumah
saat-saat
sahabat-sahabat
samar-samar
sesak-sesak
sudu-sudu
suka-suka
sukar-sukar
susah-susah
tajam-tajam
tamu-tamu
teknik-teknik
teman-teman
terang-terang
tiket-tiket
tin-tin
tinggi-tinggi
ubi-ubi
udang-udang
ulama-ulama
ulat-ulat
undang-undang
ura-ura
uri-uri
unsur-unsur
wabak-wabak
wajah-wajah
wakil-wakil
waktu-waktu
wali-wali
wang-wang
wangi-wangi
warung-warung

· Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh:
                Anak-anak                             pelajar-pelajar                       cawan-cawan

· Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
                1.a)   Ibu-ibu bapa (X)
                   b)   Ibu bapa (√)
                2.a)   Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
                   b)   Pinggan mangkuk (√)
· Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
Contoh:
                1.a)   Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
                   b)   Gelas-gelas itu telah retak. (√)
                   c)   Tiga biji gelas itu telah retak. (√)

· Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
Contoh:
                1.a)   Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
                   b)   Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)

· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
                1.   Tiga ekor rama-rama.
                2.   Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.


Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil daripada pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda separa tidak menggunakan tanda sempang ( - ).

Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-

Kata Dasar
Kelas Kata
Kata Ganda Separa

kunyit
tulang
riang
sendi
lada
kata nama
kata nama
kata nama
kata nama
kata nama
kukunyit
tetulang
reriang
sesendi
lelada

Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1.   Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2.   Peparu wanita itu berair.
3.   Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4.   Ibu suka makan bebotok.
5.   Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.

Senarai Kata Ganda Separa.








· Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
       Perhatikan penerangan yang berikut.
A.   Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal)
       Contoh:






B.   Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak)
      Contoh:





Senarai Kata Ganda Separa.

bebalai
bebarau
bebawang
bebenang
bebola
bebotok
bebuli
bebuluh
cecair
cecawi
cecekak
dedali
dedalu
dedamak
dedaru
dedawai
dedaun
dedaup
gegasing
gegendang
jejaka
jejala
jejamong
jejamu

jejari
jejawi
jejentik
jejuang
kekabu
kekacang
kekapas
kekara
kekepuk
kekili
kekisi
kekunci
lelabah
lelabu
lelabi
lelada
lelaki
lelayang
leletup
lelumba
memaya
pepanggil
peparu
pepejal

peperam
pepenjuru
pepijat
pepuyu
rerambut
reriang
reribu
reruku
sesagin
sesekat
sesendal
sesendi
sesentih
sesiku
sesumpit
sesungut
tetamu
tetangga
tetuang
tetuban
tetulang
tetupai
tetambak
tetingkat


· Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
Contoh:
                le-laki (X)                                               ke-kura (X)
                lelaki  (√)                                                kekura  (√)

· Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
                1.a)   Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
                   b)   Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
                   c)   Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)

· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
                1.   Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
                2.   Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.



Kata ganda bersajak/berima

Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata dasarnya.
Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).

Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:
1.   Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2.   Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat
      berkenaan.
3.   Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4.   Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di
      negara ini.
5.   Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.

Senarai kata ganda bersajak/berima.
A.   Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh:








B.   Kata ganda bersajak (kata adjektif)
Contoh:







C.   Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh:








D.   Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh:




Senarai Kata Ganda Berima.

adai-badai
alai-balai
alai-belai
anak-pinak
aram-temaram
awan-gemawan
ayun-temayun
basa-basi
batu-batan
becang-becak
bedil-bedal
belat-belit
bengkak-bengkil
bongkar-bangkir
bukit-bukau
calar-balar
carut-marut
cebar-cebur
celam-celum
celas-celus
celengkak-celengkok
celorong-celoreng
cirit-birit
desas-desus
dayung-mayung
degap-degup
dengkang-dengkol
dentam-dentum
deram-derum
desas-desus
dolak-dalik
engkap-rengkap
erang-erot
gembar-gembur
gerak-geri
gilang-gemilang
golang-golek
gual-guil
gulung-gemulung
gundah-gulana
gunung-ganang

halai-balai
hancur-mumur
haru-biru
herot-merot
hilang-pintang
hingar-bingar
huru-hara
huyung-hayang
inca-binca
incang-incut
inggang-inggung
jangkih-mangkih
jendal-jendul
jengkang-jengkot
jerah-jerih
jongkang-jongket
jongkar-jongkir
julur-jalar
kalang-kabut
kalut-malut
kasak-kisik
kebas-kebus
kecuh-kecah
keluh-kesah
kerak-keruk
keriang-keriut
lekuh-lekah
lempang-lempung
lentam-lentum
liang-liuk
licin-licau
lintang-pukang
lopak-lapik
luntang-lunting
mandi-manda
masak-mangsai
merah-merang
mercak-mercik
morat-marit
muda-mudi
mundar-mandir

musuh-masah
olah-alik
olang-oling
orak-arik
piat-piut
pincang-pincing
pindah-randah
piut-miut
polang-paling
porak-peranda
pontang-panting
punah-ranah
remeh-temeh
rempah-pawah
sempang-sempong
riuh-rendah
robak-rabik
ropak-rapik
rumput-rampai
ranggu-rangga
saki-baki
sampah-sarap
sara-bara
saudara-mara
sayur-mayur
simpang-perenang
suku-sakat
susup-sasap
susur-galur
takang-takik
takuh-takah
tanah-tanih
teka-teki
terang-benderang
tikai-pangkai
tindak-tanduk
tulang-temulang
ulang-alik
umbang-ambing
unggang-unggit
warna-warni

· Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
                1.a)   Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
                   b)   Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
                   c)   Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
                2.a)   Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
                   b)   Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
                   c)   Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)



Kata ganda berimbuhan

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan
tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
Akhiran
buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
Apitan
bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Sisipan
awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir

Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:

A.   Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)

Contoh:




B.   Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)
Contoh:




C.   Kata ganda berimbuhan (kata kerja)
Contoh:




D.   Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)
Contoh:




Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:
1.  Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2.  Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3.  Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4.  Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5.  “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.

Senarai Kata Ganda Berimbuhan.

ambil-mengambil
ambin-mengambin
ancam-mengancam
andam-mengandam
angkut-mengangkut
aniaya-menganiaya
atas-mengatasi
ayak-mengayak
bahu-membahu
balas-membalas
bancuh-membancuh
bantu-membantu
bedil-membedil
baham-membaham
belit-membelit
benci-membenci
caci-mencaci
canai-mencanai
cari-mencari
cela-mencela
cetak-mencetak
cium-mencium
conteng-menconteng
curi-mencuri
dahulu-mendahului
dakap-mendakap
dakwa-mendakwa
datang-mendatangi
dayung-mendayung
dendam-mendendami
desak-mendesak
dorong-mendorong
eja-mengeja
ejek-mengejek
ekor-mengekori
elak-mengelak
endah-mengendahi
faham-memahami
fikir-memikir
fitnah-memfitnah
gali-menggali
garis-menggaris

gaul-menggaul
gertak-menggertak
gigit-menggigit
gilap-menggilap
hambat-menghambat
hantar-menghantar
harga-menghargai
hasut-menghasut
hentam-menghentam
hias-menghias
hormat-menghormati
hubung-menghubungi
ikat-mengikat
ikut-mengikuti
ingat-mengingati
intai-mengintai
intip-mengintip
jadi-menjadi
jahit-menjahit
jatuh-menjatuhi
jauh-menjauhi
jilat-menjilat
jilid-menjilid
jual-menjual
kacau-mengacau
kafir-mengkafir
kait-mengait
karang-mengarang
kasih-mengasihi
kata-mengatai
kecil-mengecilkan
kira-mengira
langgar-melanggar
lawat-melawati
lempar-melemparkan
lengkap-melengkapi
maaf-memaafi
maki-memaki
malu-memalui
masak-memasak
mati-matian
nafi-menafikan

nasihat-menasihati
pandang-memandang
paut-mamaut
pikul-memikul
pinang-meminang
pilih-memilih
pukul-memukul
puji-memuji
pujuk-memujuk
ragu-meragui
ratap-meratapi
raut-meraut
rejam-merejam
rendah-merendahkan
rendam-merendam
renjis-merenjis
sahut-menyahut
salah-menyalahkan
sambar-memenyambar
selar-menyelar
selit-menyelit
silang-menyilang
siram-memyiram
sorok-menyorok
tahu-menahu
takluk-menakluki
tampal-menampal
tampar-menampar
tarik-menarik
tegah-menegah
tentang-menentang
tilik-menilik
ubah-mengubah
ugut-mengugut
ukir-mengukir
ukur-mengukur
ungkit-mengungkit
usik-mengusik
utus-mengutus
ulang-mengulangi
yakin-meyakini
ziarah-menziarahi


· Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
                1.a)   Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki pesawat itu. (X)
   b)   Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)

· Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
       menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
       Contoh:
                1.a)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
                   b)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
                   c)   Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)

· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-
       1.   Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
      Contoh:
                a)   Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
                b)   Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)

       2.   Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak.
       Contoh:
                a)   Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
                b)   Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)

       3.   Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan.
       Contoh:
                a)   Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
                b)   Baju itu besar-besar belaka. (√)

      4.   Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
      Contoh:
1.a)   Mereka saling caci-mencaci. (X)
   b)   Mereka caci-mencaci. (√)

       5.   Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud  
             darjah tertinggi.
       Contoh:
                1.a)   Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
                   b)   Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. (√)
                2.a)   Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)
                   b)   Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)

       6.    Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri 
              daripada kata nama.
      Contoh:
                1.a)   Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)
                   b)  Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)


Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah



AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH

Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat seperti yang diucapkan tanpa mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk ini ditandai dengan tanda petik (“……….”).

Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya.

Perhatikan contoh ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah ini.

Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
1. “Saya amat meminati penyanyi Siti 
    Nurhaliza,” kata Mahyun.
1. Maimun berkata bahawa dia amat meminati 
    penyanyi Siti Nurhaliza.
2. “Mengapakah dahi kamu benjol?” tanya 
    Ramlan kepada adiknya.
2. Ramlan bertanya kepada adiknya sebab 
    kepalanya benjol.
3. Kata Faiz, “Jangan hampiri perigi buta itu, 
    Kamil.”
3. Faiz melarang Kamil daripada menghampiri 
    perigi buta itu.
4. “Wah, cantiknya bunga ros ini!” kata Mary.
4. Dengan rasa kagum Mary berkata bahawa 
    bunga ros itu cantik.

· Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah terutama kata ganti nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan kata kata ganti nama tempat.

Perhatikan perubahan di bawah ini.

Perkara
Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
Kata ganti nama diri pertama
aku, saya, hamba
patik
beta
kami, kita
dia, ia, nya

baginda
mereka
Kata ganti nama diri kedua
anda, awak, kamu
engkau
anda sekalian
kamu semua
saya, dia, nya

kami, kita
Kata ganti nama diri ketiga
dia
beliau
mereka
dia
beliau
mereka
Kata ganti nama tunjuk
ini
itu
Kata ganti nama tempat
sini
sana, situ, tempat itu
Kata keterangan cara
begini
demikian ini
begitu
demikian itu
Kata keterangan masa
sekarang
tadi
malam tadi
semalam
hari ini
esok
masa itu, ketika itu
tadinya itu
malam lepas
hari semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya


Hukum D-M




HUKUM D-M

Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
‘D’ yang dimaksudkan ialah unsur yang diterangkan/subjek ayat/perkara yang diterangkan.
Manakala ‘M’ pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.
Dalam penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara. Kemudian diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan. Hal ini berbeza dengan gaya bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris predikatnya didahulukan. Kemudian diikuti oleh subjeknya.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Frasa Nama (salah)

Frasa Nama (betul)
jeruk betik
mini panggung wayang
Wawasan Wisma
belacan sambal
goreng ikan bilis
kambing susu
Kim Rumah Tumpangan
Malaya Universiti
Negara Zoo
Kuala Lumpur Menara
tarik teh
campur air batu
Wong Bengkel Kereta
api kereta ekspres

betik jeruk
panggung wayang mini
Wisma Wawasan
sambal belacan
ikan bilis goreng
susu kambing
Rumah Tumpangan Kim
Universiti Malaya
Zoo Negara
Menara Kuala Lumpur
teh tarik
air batu campur
Bengkel Kereta Wong
kereta api ekspres

Contoh penggunaan dalam ayat:
1. a)         Mini pasar itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (X)
    b)        Pasar mini itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (√)

2. a)         Salai pisang itu dijual dengan harga RM2.00 sekampit. (X)
    b)        Pisang salai itu dijual dengan harga RM2.00 sekampit. (√)

3. a)         Lembu kereta itu sarat dengan muatan kayu api. (X)
    b)        Kereta lembu itu sarat dengan muatan kayu api. (√)

· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan berkaitan hukum D-M seperti yang berikut:-

       Kesalahan tidak mematuhi hukum DM apabila membentuk frasa nama.
       Contoh:
                1. a)         Ubi tapai itu manis sekali rasanya. (X)
                    b)        Tapai ubi itu manis sekali rasanya. (√)

2. a)         Kurung baju itu dibuat daripada kain sutera Thai. (X)
    b)        Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera Thai. (√)


Kata Arah



KATA ARAH

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan. Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di, dari, dan ke. Yang berikut ialah contoh kata arah yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu.

Perhatikan penggunaan kata arah dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.   Ular sawa itu menyusur dari tepi tasik yang terbiar itu.
2.   Ayah menyimpan guni-guni padi itu di belakang rumah.
3.   Pak Abu mencampakkan sampah sarap itu ke dalam perigi buta itu.
4.   Aida mengalihkan pasu bunganya itu ke sebelah almari perhiasan di ruang tamu.
5.   Dari kanan jalan besar itu kami dapat melihat pekerja-pekerja telekom itu sedang memasang kabel.
6.   Abang Razak membawa bangkai buaya itu ke tepi tebing sungai.
7.   Sebutir bom lama ditemukan oleh pekerja binaan itu ketika dia sedang berehat di pangkal pokok
      jambu itu.
8.   Di hujung jalan sana, akan didirikan sebuah pondok tempat menunggu bas.
9.   Ibu menyimpan ikan salai itu di atas para-para di dapur rumah.
10. Kereta api mel Senandung Malam itu bergerak menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.

· Dari segi penggunaan dan dalam penulisan, kata arah mesti didahului kata sendi di, ke, dan dari.
Contoh:
1.   Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu terjunam ke dalam gaung yang dalam itu.
2.   Puan Mariah menyuruh orang gajinya mencampakkan tulang ikan dan tulang ayam itu ke
      dalam longkang di belakang rumahnya itu.

Tanda Baca



TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda yang digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membia ayat dan membaca ayat.

Perhatikan penerangan tentang penggunaan tanda-tanda baca di bawah ini.

Tanda Baca

Penggunaan
Contoh Penggunaan
Huruf besar
1. Menulis kata nama khas

2. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat.
3. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat cakap ajuk.
4. Menulis pangkal kata 
    permulaan selepas tanda 
    noktah.
1. Ibu Salmah bekerja di Kementerian Dalam
    Negeri.
2. Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baru 
   dan cantik.
3. Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak 
    semalam.”
4. Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan  
    dirobohkan tidak lama lagi.
Tanda noktah
( . )
1. Menulis kata singkatan.
2. Menandakan berakhirnya
   sesuatu ayat penyata.

1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta itu terbabas lalu melanggar 
    pembahagi jalan.
Tanda koma
( , )
1. Mengasingkan frasa dalam
    ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
    perkataan yang sama dalam 
    ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk.
1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal 
    mengawal perasaannya.
2. Cengal, meranti, jati, dan nyatuh ialah 
    jenis kayu yang baik untuk dibuat perabot.

3. Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.”
Tanda soal
( ? )
1. Menandakan ayat tanya atau 
   ayat soal.
1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
Tanda seru
( ! )
1. Menulis ayat seru.
1. Wah, besarnya buah labu itu!
2. Eh, Abu pun menyertai pertandingan 
    pidato itu!
Titik bertindih
( : )
1. Menyatakan perkara-perkara
dalam ayat.
1. Perkara yang berikut perlu ada di dalam  
    borang permohonan itu:-
a) Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
Tanda pembuka dan penutup kata
(“…….”)
1. Menulis ayat cakap ajuk.
1. “Rumah ini terlalu kecil,” kata Razak.
2. Kata Samiah, “Bajunya banyak butang.”
Tanda sempang
( - )
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf besar 
    dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri 
    untuk Tuhan.
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X

3. Hamba-Mu
Tanda koma bertindih
( ; )
1. Mengasingkan ayat-ayat yang
    panjang.
2. Menggantikan kata hubung 
    dalam ayat.
1. Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta 
    bersopan.
2. Aida seorang pelajar yang pintar; peramah 
    serta hormat kepada orang tua.


Fungsi Umum Bahasa Melayu



FUNGSI BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA RASMI:
· Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

PENGENALAN BAHASA RASMI:
· Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.

· Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.

· Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.

· Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

FUNGSI BAHASA RASMI
· Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.

2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.

3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.

5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .


DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

PENGENALAN BAHASA KEBANGSAAN
· Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :
· Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
· Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
· Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN
• Menyatukan rakyat
• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
• Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.


ASPEK PEMILIHAN
• Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :
  1. Sosial
  2. Ekonomi
  3. Politik

PERATUS BILANGAN PENDUDUK
Melayu : 43%
Cina  : 36%
India  : 8%
Lain-lain : 10%

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu:
· Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
· Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

DEFINISI BAHASA ILMU
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian

SEJARAH BAHASA ILMU
· Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.

· Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan  Rasionalisme.

· Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncak pada zaman kebesaran kerajaan Acheh, dalam abad ke-17. Sebabnya :
-Muncul pemikir Melayu yang menghidupkan tradisi ilmu  dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah  Fansuri, Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel, dan  Nuruddin Al-Raniri.
• Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di nusantara ialah :
  -Abdul Samad al-Falambani di Palembang.
  -Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
  -Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
  -Raja Ali Haji di Riau

• Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.

• Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960

• Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

FUNGSI BAHASA ILMU
• Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
• Menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
• Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya, tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
•  Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

DEFINISI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
• Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR
• Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
• Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
• Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
• Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

DEFINISI BAHASA PERPADUAN
• Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

FUNGSI BAHASA PERPADUAN
1. Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
2. Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
3. Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
4. Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.