Hadis Terbaik dan Lengkap: Amalan
Untuk Selamat Dunia & Akhirat
Telah
berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap
merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Daripada
Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah datang seorang Arab desa kepada
Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku
untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan
akhirat.”
Rasulullah
berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata:
*
Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab, "Takutlah kepada Allah
SWT"
Dia
bertanya lagi:
*“Aku
mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin
pada diri.”
Bertanya
lagi Arab desa itu:
*“Aku
mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia
lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia
bertanya:
*“Aku
mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna
kepada masyarakat.”
Dia
bertanya lagi:
*“Aku
mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan
zikrullah.”
Arab
desa itu bertanya:
*“Aku
mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.”
Dia
bertanya lagi:
“aku
mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada
Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu,
sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab
desa bertanya lagi:
*“Aku
mahu termasuk dalam golongan yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala
kewajipan yang difardukan.”
Dia
bertanya lagi:
*“
Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah
menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia
terus bertanya:
*“Aku
mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan
menzalimi seseorang.”
Dia
bertanya lagi:
*“Aku
mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah
dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia
bertanya:
*“Aku
mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “ Banyakkan beristighfar.”
Dia
berkata:
*“
Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia
bertanya Rasulullah:
*“Aku
mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri
(tawakal) kepada Allah.”
Dia
bertanya lagi:
*“Aku
mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “ Sentiasa berada dalam
keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia
bertanya:
*“Aku
mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda
menjawab” Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.”
Dia
bertanya:
*“
Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda
menjawab: “ Jangan marah kepada orang lain.”
Dia
bertanya lagi kepada Rasulullah:
*“Aku
mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.”
Dia
bertanya:
*“
Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun
menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia
bertanya:
*“Siapa
yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa
mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka
yang ditimpa kesakitan.”
Dia
terus bertanya:
*“Apakah
sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti,
rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia
bertanya lagi:
*“
Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak
dan sedikit ketaatan.”
Dia
bertanya:
*“Apakah
yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “
Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih
sayang.”
Dia
bertanya lagi:
*“Apa
yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di
dunia dengan bala dan musibah.”