Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi.
Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi
1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat, keluarga, ibu bapa,
saudara-mara, guru, dan sebagainya.
2. Surat tidak rasmi bersifat peribadi.
3. Tujuan menulis surat tidak rasmi:
a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar.
b) Bertukar pendapat.
c) Membalas surat daripada rakan, keluarga, saudara-mara.
d) Meluahkan perasaan.
e) Memohon maaf.
f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya.
a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar.
b) Bertukar pendapat.
c) Membalas surat daripada rakan, keluarga, saudara-mara.
d) Meluahkan perasaan.
e) Memohon maaf.
f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya.
4. Format surat kiriman tidak rasmi:
a) Alamat pengirim — ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat
b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
c) Pembuka kata — sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam
a) Alamat pengirim — ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat
b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
c) Pembuka kata — sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam
sedikit selepas diselang sebaris daripada
tarikh.
d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari, ayahanda,
d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari, ayahanda,
bonda, kakanda, dan sebagainya.
e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis surat. lsinya
e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis surat. lsinya
dibahagikan kepada beberapa perenggan.
f)
Penutup —ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam.
g) Ucapan salam.
h) Tandatangan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
g) Ucapan salam.
h) Tandatangan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
Sebelum itu tulislah “Sahabatmu”,”Anakanda
yang jauh”, dan
sebagainya.
5. Penggunaan singkatan perkataan seperti dah, ni, tapi, tu tidak digalakkan.
5. Penggunaan singkatan perkataan seperti dah, ni, tapi, tu tidak digalakkan.
Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan bersekolah di
kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya
menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu
akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik sekolah kamu.
Kampung Padang Lalang,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
9 Oktober 2000
Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi
dan dirindui selalu.
Ayahanda,
Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa agar ayahanda
sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah ayahanda bimbangkan.
Anakanda sihat dan riang di samping nenda berdua. Nenda berdua juga sihat.
Mereka sampaikan salam buat ayahanda.
Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk meminta ayahanda
rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah anakanda. Majlis itu akan
diadakan pada 22 Oktober 2000, pada pukul 10.30 pagi. Anakanda akan menerima
hadiah pada majlis itu nanti. Ayahanda pasti gembira mendengar berita bahawa
anakanda telah mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu.
Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas anakanda.
Anakanda sangat berharap agar ayahanda
dapat hadir pada majlis itu nanti. Sudah tentu kehadiran ayahanda akan
mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir. Mereka sangat
gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu.
Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga
kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda
di sana.
Anakanda yang merindui,
Eliza
Tuliskan sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung
untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti.
A60, Kampung Bendahara,
84100 Muar,
Johor Darul Takzim.
16 Julai 2000
Ke hadapan nenda berdua yang berada di
Taman Cenderawasih dengan selamatnya.
Nenda,
Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana?
Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cucunda dan
keluarga di sini, sihat walafiat.
Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa
cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan akan datang. Minggu ini cucunda akan menyertai pertandingan bola sepak di sekolah. Pertandingan bola
sepak itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini.
Cucunda berharap agar nenda berdua
bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda
sahaja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas di Kuala Lumpur.
Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat
cucunda coretkan pada kali ini. Doakan kejayaan cucunda dalam pertandingan itu.
Semoga bertemu nanti.
Cucunda yang jauh.
Aminah
Latihan
Sahabat
lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Dia
telah berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama.
Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di
atas kejayaan itu.
sssssssssssssssssss
BalasPadamsssssssssssssssssss
BalasPadam