Selasa, 21 Mac 2017


LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM /AKTIVITI  KESIHATAN.



NO.
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0
PENGENALAN
1
2.0
TUJUAN DAN MATLAMAT
2
3.0
DASAR SEKOLAH
3
4.0
KEPENTINGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
3
5.0
PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
4
5.1
PENDAHULUAN
4
5.2
RASIONAL
4
5.3
KEPERLUAN VITAMIN
5
5.4
STRATEGI PERLAKSANAAN
5
5.5
OBJEKTIF PERLAKSANAAN
5
5.6
CARTA ORGANISASI
6
5.7
KUMPULAN SASARAN
6
5.8
KAEDAH PELAKSANAAN
7
5.9
CARA PENYIMPANAN
7
5.10
KEBENARAN PEMBERIAN VITAMIN DAN MINERAL.
7
5.11
CARA PEMBERIAN MULTIVAMIN DAN MINERAL
8
5.12
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN
8
5.13
LANGKAH-LANGKAH KESLAMATAN
8
5.14
PENGURUSAN DAN PENYELARASAN
9
5.15
RUMUSAN
10
6.0
PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
10
6.1
PENGENALAN RMT
10
6.2
OBJEKTIF RMT
11
6.3
ORGANISASI RMT
12
6.4
SUMBER KEWANGAN
13
6.5
KAEDAH KRITERIA MURID RMT
14
6.6
KAEDAH DAN PEMILIHAN TANDER UNTUK RMT
14
6.7
KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYELARAS MAKANAN
14
6.8
KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PESERTA
14
6.9
PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN RMT
14
6.10
PEMILIHAN BAHAN BAHAN MENTAH
14
6.11
MENU MAKANAN YANG DISEDIAKAN
15
6.12
CARA PENYEDIAAN MAKANAN RMT
15
6.13
KEBERKESANAN PENGURUSAN TERHADAP MURID
16
6.14
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM RMT
17
7.0
RUMUSAN
18
8.0
RUJUKAN
19



PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH

1.0       PENGENALAN
1.1       Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
1.2       Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada pra-sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3.

2.0       TUJUAN DAN MATLAMAT
2.1       Program kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut:
2.1.1    Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan. 2.1.2  Melakukan pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat rawatan dan rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran kesihatan yang berkesan.
2.1.3    Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.
2.1.4    Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.
2.1.5    Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan.
2.1.6    Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

2.2       Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional berikut :
2.2.1    Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah.
2.2.2    Dapat mengawal penyakit bawaan vektor.
2.2.3    Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah.
2.2.4    Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.

2.3       Terdapat enam Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam teras ini merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program ini.  Antaranaya adalah:
2.3.1. Polisi Kesihatan Sekolah
2.3.2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat
2.3.3. Persekitaran sosial sekolah yang selamat
2.3.4. Penglibatan komuniti
2.3.5. Kemahiran kesihatan diri
2.3.6. Perkhidmatan kesihatan sekolah

2.4       Di samping enam Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut mengambil kira beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah tersebut:
2.4.1    Kurikulum Sekolah
2.4.2    Keadaan Fizikal dan sosial sekolah
2.4.3    Perkhidmatan kesihatan sekolah
2.4.4    Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan
2.4.5    Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah .

3.0       DASAR SEKOLAH
3.1       Dasar sekolah merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan sesuatu piagam. Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah berkenaan kesihatan murid.
3.2       Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :
3.2.1    Pemeriksaan Gigi dan Mata.
3.2.2    Pemeriksaan Kesihatan.
3.2.3    Program RMT.
3.2.4    Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
3.2.5    Ceramah dan Kempen.
3.2.6    Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa  atau penjaga.
3.2.7    Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
3.2.8    Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
3.2.9    Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.

4.0       KEPENTINGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
4.1       Mempergunakan model kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi JERIS.
4.2       Menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan kanak-kanak.
4.3       Memberi penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan.
4.4.      Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk suasana pembelajaran yang kondusif.
4.5       Membentuk hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan.
4.6       Memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam kurikulum.
4.7       Membentuk keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan.
4.8       Membentuk persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah.
4.9       Memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk bekerjasama.


5.0       PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA     

5.1       PENDAHULUAN.
5.1.1    Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah.
5.1.2    Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan yang cemerlang menjelang 2020.

5.2       RASIONAL.
5.2.1    Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A, kalsium, zat besi dan zink.
Kanak-kanak yang terbantut (stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).
5.2.2    Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak berumur  7-12 tahun yang terbantut dan 10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III, 2006).  Kajian juga menunjukkan 20% kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).

5.3       KEPERLUAN VITAMIN.
5.3.1    Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan  500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent), 700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.
5.3.2    Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka.
5.3.3    Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau baru pulih dari sakit.

5.4       STRATEGI PELAKSANAAN.
5.4.1    Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga berpendapatan rendah.
5.4.2    Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.

5.5       OBJEKTIF PROGRAM.
5.5.1    Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf pemakanan.

5.6       CARTA ORGANISASI.

CARTA ORGANISASI PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAMANDA,ALAMANDA, MELAKA
BAGI SESI 2015.

 




























5.7       KUMPULAN SASAR.
5.7.1    Kriteria kelayakan. Murid yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).
5.7..2   Kriteria pengecualian. Terdapat tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:
a.  .      Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.
b.         Murid yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.
c.         Murid yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.

5.8       KAEDAH PELAKSANAAN..
5.8.1    Penerimaan bekalan daripada pembekal.
Beberapa langkah telah digalurkan sumpama:
a.         Mengesahkan penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
b.         Menyimpan rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang               mengandungi maklumat tarikh pembekalan, kuantiti dan nombor batch menggunakan           Buku Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).
c.         Memastikan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan     dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.

5.9       CARA PENYIMPAAN.
i.          Menyedia dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan           kering pada suhu kurang daripada 30°C atau mengikut arahan pengeluar.
ii.         Memastikan tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.

5.10     KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL OLEH IBU BAPA ATAU PENJAGA.
5.10.1  Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
i-                    mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,
ii-                  memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan telah dijawab,
iii-                memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.
5.10.2  Jika ibu bapa/penjaga menjawab “YA” pada soalan 1, 2 atau 3 di bahagian “Sejarah Perubatan” pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di sekolah.

5.11     CARA PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL.
5.11.1  Kekerapan.Pemberian vitamin di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu.  Ianya berdasarkan:
a.         Dos (Bilangan tablet). Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual yang disediakan oleh  pembekal seperti di dalam spesifikasi (Lampiran 3).  Ia adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan harian mereka.
b.         Pemberian. Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah makan sarapan.
5.11.2  Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.

5.12     KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN.
5.12.1  Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius.  Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual, pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam sebilangan kecil murid.

5.12.2  Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.
5.12.3  Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).

5.13     LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN. Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
5.13.1  Memeriksa bahawa bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka atau koyak.
5.13.2  Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian  ialah:
a.         Cara pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.
b.         Jangan beri lebih daripada dos yang ditetapkan.
c.         Semua multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang baru dibuka.
d.         Pastikan bekalan tidak melebihi tarikh luput.
e.         memastikan murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral (rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.

5.14     PENGURUSAN DAN PENYELARASAN. Rancangan pemberian multivitamin dan mineral  ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/ pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan.  Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

5.15     RUMUSAN.
Program pemberian multivitamin dan mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi akademik mereka.
LAMPIRAN 1


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN MINERAL

Objektif

Pemberian multivitamin dan mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/ guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat Murid

Nama Murid:


Tahun:
Alamat Rumah:

Nama Sekolah:



Sejarah Perubatan

1.                  Adakah anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?
 

Ya                                           Tidak                                      


2.                  Adakah anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?
 

Ya                                           Tidak


3.                  Adakah anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?
 

Ya                                           Tidak


Kebenaran menerima multivitamin dan mineral (sila lengkapkan SATU kotak sahaja).

Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.
Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin dan mineral.
Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:
No. Telefon Bimbit:
Nama ibu bapa/penjaga:

No. Telefon Rumah:
No. Telefon Bimbit:
Tandatangan:


Tandatangan:


Tarikh:

Tarikh:

Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.

6.0       PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ).

6.1       PENGENALAN RMT.
6.1.1    Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Hal ini bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya.
6.1.2    Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut.
6.1.3    Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
6.1.4    RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per kapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah di bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.
6.1.5    Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta.
6.1.6    Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. 6.1.7         Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan.
6.1.8    Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.

6.2       OBJEKTIF RMT.
6.2.1    Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
6.2. 2   RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
6.2.3    RMT adalah untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.
6.2.4    RMT juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. 6.2.5       RMT jua berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

6.3       ORGANISASI RMT. 
CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAMANDA,
ALAMANDA, MELAKA.
2015

 
































6.4       SUMBER KEWANGAN.
6.1       Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka.
6.2       Pada penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.

6.5       KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN MURID RMT.
6.5.1    Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :
a.         Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.
b.          Murid daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.
c.         Murid yang rumahnya jauh dari sekolah. 

6.6       KAEDAH DAN PEMILIHAN TANDER UNTUK RMT.
6.6.1    Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan dan pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat adalah berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran. 

6.7       KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIAAN MAKANAN.
6.7.1    Hasil perbincangan dan pemufakatan, pihak kantin dilantik untuk mengurus dan menyediakan makanan RMT.
6.7.2    Pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

6.8       KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PESERTA.
6.8.1    Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi setiap murid RMT mengikut kelas masing- masing.
6.8.2    Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit sebelum masa rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas masing- masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin.
6.8.3    Pekerja kantin akan yang bertugas mengedarkan makanan akan mengambil kad RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.

6.9       PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN RMT.
6.9.1    Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
6.9.2    Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan, pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.10     PEMILIHAN BAHAN-BAHAN MENTAH.
6.10.1  Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang:
i.                mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan   
mencegah penyakit.
ii.               segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.
iii.              mengenyangkan.
iv.              tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.
6.10.2  Menerusi kajian yang dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

6.11     MENU MAKANAN YANG DISEDIAKAN.
6.11.1  GPK Hal Ehwal Pelajar selaku penyelaras RMT di sekolah ini telah menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin sekolah.
6.11.2  Berikut adalah menu RMT di sekolah ini :
HARI
MENU MAKANAN
ISNIN
1.      Nasi + ayam masak kicap + sayur
2.      Minuman – jus oren
3.      Buah – betik
SELASA
1.      Nasi kuning + telur + sayur
2.      Minuman – milo
3.      Buah – nenas
RABU
1.      Roti- 2 keping + jem
2.      Minuman – milo
3.      Buah – tembikai
KHAMIS
1.      Bubur nasi
2.      Minuman – milo
3.      Buah – nenas
JUMAAT
1.      Mee goreng dengan sayur dan ayam
2.      Minuman – milo
3.      Buah – betik

6.11.3  Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak kantin sekolah, makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

6.12     CARA PENYEDIAAN MAKANAN RMT.
6.12.1  Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah ditadbir sendiri oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus bertanggungjawab terhadap kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT murid.
6.12.2  Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula menyediakan makanan RMT pada jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan 15 minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang telah dimasukkan ke dalam bekas plastik disusun di atas sebuah meja di tepi kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini kelihatan terurus dengan sistematik.

6.13     KEBERKESANAN PROGRAM TERHADAP MURID.
6.13.1  Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.
6.13.2  Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.  Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul.  Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. 
6.13.3  Murid-murid membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.  Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang.

6.14     CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM RMT.
6.14.1  Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi.  
6.14.2  Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan.  Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.
6.14.3  Program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci  tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.
6.14.4  Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.
6.14.5  Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.
6.14.6 Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.  
6.14.7  Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.
6.14.8  RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosial dan intelek atau JERIS.

7.0       RUMUSAN
7.1       Program Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
7.2       Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vektor , memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah dan memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.
7.3       Program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak mengubah amalan gaya hidup di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai ilmu pengetahuan baru..

8.0       RUJUKAN

Ministry of Health Malaysia. (2000). Nutritional Status of Children Below Six Years in Malaysia.

Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005.

Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2005.

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah. Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.

Taras H., (2005) Nutrition and student performance in school. Journal of School Health. August 2005, Vol.75, No.6.

Buku Panduan Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998) Kementerian Pelajaran
Malaysia

Fauziah G. (2000) Teachers' Potential Role in Promoting Health in Schools. Dept.
of Community Dentistry, Universitii Malaya, Kuala Lumpur. MCD dissertation.

Junid NZ. (1997) The Impact of a Dental Health Education Programme on the
Knowledge, Attitude, Behaviour, Perception and Oral Health Status of Trainee
Schoolteachers. Dept. of Community Dentistry, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
MCD dissertation.