KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI
KANAK-KANAK
PEMIKIRAN KREATIF DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
BERGANTUNG KEPADA PENGALAMAN DAN PROSES PENDIDIKAN YANG DITERIMA SEJAK AWAL USIA.
BINCANGKAN DAN HURAIKAN PERNYATAAN TERSEBUT
BERSERTAKAN CONTOH AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF KANAK-KANAK.
ISI
KANDUNGAN
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
CATATAN
|
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
|
Pengenalan
Pemikiran Kreatif
Pengertian
kreativiti
Ciri-ciri
kreativiti
Pengkaji
Perkembangan teori kreativiti
4.1
Teori Piaget
4.2.
Teori Emosi Kanak-kanak Erik Erikson
4.3 Teori Kreativiti Paul Torrence
Aktiviti
–aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
Kepentingan
aktiviti dan kreativiti dalam perkembangan kanak-kanak
Penutup
Rujukan
|
|
1.0 PENGENALAN.
1.1 Falsafah Pendidikan Negara memberi
penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan
inovatif dengan tujuan untuk membangunkan negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
(2013 – 2025), dinyatakan kepentingan Pemikiran Kreatif dalam membangunkan
potensi individu secara holistik untuk menghasilkan individu yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
1.2 Setiap murid perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif yang penting antaranya ialah Pemikiran Kreatif dan Inovatif
iaitu kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau
pengetahuan baharu. Ia dilihat releven dengan aspirasi mata pelajaran
pendidikan seni visual kerana ia dilihat sebagai satu cabang disiplin yang
membolehkan fikiran kreatif berkembang.
1.3 Selain ia dapat mengembangkan kreativiti
dan menggalakkan penjanaan idea murid, ia juga memberi kebebasan dan peluang
untuk mereka melakukan percubaan dan eksplorasi untuk menghasilkan sesuatu
karya yang bermutu. Pekara ini dizahirkan menerusi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta pengaplikasikannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran
dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran dan kreativiti bermula
seawal pendidikan rendah lagi .
1.4 (Abd Rahim,1999) Kanak-kanak dilahirkan
dengan kebolehan dan keupayaan yang berbeza . Kreativiti mereka juga berbeza
maka sangat penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan
oleh kanak –kanak sebelum didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti
kreativiti dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan
melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan tanpa bahasa. Ia mampu membantu
memberi rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Tahap kreativiti dapat
dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap
sekelilingnya.
1.5 Kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu
yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin
ilmu masih belum mantap dan masih berdiri
dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain
(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap
doktor falsafah.
dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain
(university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap
doktor falsafah.
1.6 Sebenarnya disiplin kreativiti telah
berkembang lebih satu abad. Oleh yang
demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori
kreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori
kreativiti. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
1.7 Strategi pengajaran secara kreatif dan
kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter
disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami berdasarkan
beberapa pandangan sarjana dan „school of thought‟ yang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi,
seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan.
2.0 PENGERTIAN KREAVITI
2.1 Definisi kreativiti Menurut Kamus Dewan
Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta.Pengertian tentang
kreaviti yang dikemukakan oleh pakar: 1. June King Mc Fee Kreativiti bermaksud
mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan perlambangan yang
sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada dan mantap,
kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea yang
diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu
memberi makna baru.
2.2 E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui
penyoalan, pemerhatian, penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu
semasa bermain tetapi sentiasa mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai
sesuatu yang mempunyai keunikan.
2.3 Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan
tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan
kepakaran estetika. Mereka berdiri dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada
pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan, kelenturan intelektul,
kepekaan, keindahan dan keaslian.
2.4 Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah
berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya
inilah yang membawa kitakepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia
dapat dibentuk, dilatih menerusirangsangan tertentu.
2.5 Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh
disemai dan dipupuk di kelas anda.
Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat
membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak
menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan
lakonan.
3.0 CIRI-CIRI KREAVITI.
3.1 Melalui
pembacaan saya, penghasilan kreativiti memaparkan 4 ciri yang utama iaitu:
3.1.1 Mempunyai Tujuan. Imaginasi dan
pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara
kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya
tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau
bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru,
objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini
menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan.
Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.
3.1.2 Berskala
dan bernilai. Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada
dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian,
terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal
idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada
pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan
idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang
kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya,
penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal,
kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
3.1.3 Pengurusan Imaginasi. Aktiviti yang
bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga
memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan
proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan
mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia
memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai
perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada
digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau
diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada
kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang
pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.
3.1.4 Bersifat Asli. Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah
asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik
oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga
iaitu:
a. Hasil kerja
seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya
sendiri yang terdahulu.
b. Ianya boleh
dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.
c. Paling asli adalah hasil
kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam
mana-mana bidang.
4.0 PENGKAJI
TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
4.1 TEORI
PIAGET.
4.1.1 Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi
menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem
perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan
pemprosesan maklumat di dalam otak manusia.
4.1.2 Melalui model pemprosesan maklumat Piaget
menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan
penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh
disimpan dan diguna semula apabila diperlukan.
4.1.3 Menurut Piaget, proses pemikiran kita
berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai
kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan
mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
4.1.4 Piaget mengenal pasti empat faktor yang
saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. Iaitu:
a) Kematangan biologi. Proses pemikiran yang
dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.
b) Interaksi individu dengan persekitaran.
Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang
didapati.
c) Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga
dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu
bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
d) Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah
merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi
dengan situasi-situasi yang baru dialami.
4.1.5 Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa
kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on,
penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah
penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan
kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini,
penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi
menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat
dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
4.1.6 Dengan mempelajari bagaimana otak manusia
memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu
berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang
kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat
memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan
dengan orang lain di persekitarannya.
4.1.7 Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang
memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses dimana anak secara aktif
membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan
interaksi-interaksi mereka. Hal ini bererti
bahwa anak-anak mengkontruksi pengetahuan secara berterusan dengan
mengasimilasi dan mengakomodasi informasi-informasi baru.
4.1.8 Melalui aktiviti bentuk dan warna yang kami laksanakan,
konsep-konsep Jean Piaget telah digunakan secara tidak langsung. Contohnya
dalam slot pengajaran set induksi kita boleh menguji pengetahuan sedia ada
dengan menggunakan konsep asimilasi dan mengaitkan persekitaran mereka dengan
bentuk dan warna. Contohnya ketika guru bertanya “ apa benda yang berbentuk
bulat” dan murid menjawab bola. Kemudian mengaitkan ilmu baru dan sekaligus
menggunakan konsep akomodasi.
4.1.9 Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku
mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan,
ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak
memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan
pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori
mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang
menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang
dikumpulkan di bahagian mental. Tiga fenomena ini dilakukan apabila berlaku
proses penaakulan ketika hendak menghasilkan benda yang baru dari bentuk-bentuk
yang telah dihasilkan.
4.1.10 Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang
mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan
pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi
kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental.
4.1.11 Menurut Piaget, perkembangan kognitif
kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif
iaitu:
A. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
B. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
C. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
D. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun
4.2. TEORI EMOSI KANAK-KANAK ERIK ERIKSON.
4.2.1 Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi
mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan
mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat
perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan
timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian
psikologikal kerana konflik emosinya.
4.2.2 Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu
pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan
hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan
tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru
lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat
merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan
menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran
dengannya.
4.2.3 Peringkat kedua ialah fasa autonomi lawan keraguan yang berlaku
pada kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak akan cuba
berdikari untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang
dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak yang ingin cuba makan
dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang
diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan mempunyai keyakinan
diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu
terhadap kebolehan dirinya.
4.2.4 Peringkat ketiga ialah fasa ikhtiar lawan rasa bersalah pula akan
ditempuhi oleh kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan meneroka persekitaran dan
kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan kerap kali bertanyakan soalan
dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi
akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala,
kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak
yakin terhadap dirinya sendiri.
4.2.5 Secara teori, peringkat keempat ialah fasa berdaya usaha lawan
rendah diri yang wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Setiap
kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru atau
menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau tidak cekap
terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-kanak yang telah
memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya upaya untuk mendapat
kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering bersaing dengan rakan dalam apa
jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini akan berasa rendah diri apabila
gagal mencapai apa yang diinginkan.
4.2.6 Peringkat kelima ialah fasa identiti lawan ego rendah yang
berlaku pada kanak-kanak yang sudah meningkat remaja. Mereka mula dan sentiasa
mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan
jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti
diri seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial
mereka. Memasuki fasa intim lawan bersendirian, individu yang dalam lingkungan
umur 20-an mula membina hubungan rapat sama ada sebagai kawan atau kekasih.
Individu ini mula mengenali diri sendiri.
4.2.7 Pada peringkat keenam ini, krisis utama ialah membentuk hubungan
intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Individu pada
peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami atau
isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membina
keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang
lain.
4.2.8 Peringkat ketujuh ialah fasa generatif lawan stagnasi akan
dilalui oleh individu dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an. Generatif
merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan untuk generasi akan
datang. Seorang dewasa akan berpuas hati sekiranya dapat mambantu masyarakat
dan Negara. di samping itu, mereka juga akan menjalani kehidupan berkeluarga
dan berkerjaya yang baik. Kegagalan akan membawa kepada perasaan kecewa dan
tidak berpuas hati serta mementingkan
diri sendiri.
4.2.9 Akhir sekali, dalam peringkat kelapan ialah fasa integriti lawan rasa
kecewa berlaku pada individu yang menjangkau umur lebih 50 tahun. Individu yang
telah sampai ke peringkat ini telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran
dalam hidupnya. Individu yang berjaya melalui segala krisis perkembangan akan
membawa kepada kedudukan dan kekecewaan di hari tua.
Erik Homburger Erikson
dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah
Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang
psikologi.
Erik Erikson merupakan seorang
tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang
perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk
teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.
4.3. TEORI E. PAUL TORRANCE.
4.3.1 Teori E. Paul
Torrance menjelaskan tujuh perkara yang sangat pentingdi dalam proses
kreativiti seseorang individu. Beliau telah mencipta dan membangunkan teori
kreativiti yang membantu menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses
penjanaan kreativiti seseorang individu. Tujuh perkara
ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. Ianya adalah penyoalan,
penemuan, pemerhatian, percubaan, penerokaan, memanipulasi dan aktiviti/bermain.
4.4 TORI VIGGOTSKY.
4.4.1 Zon perkembangan Proksimal yang
diperkenalkan oleh Viggotsky terbahagi kepada had atas, zon perkembangan
proksimal dan had bawah dan dijayakan dengan bantuan bimbingan org dewasa atau
rakan sebaya yang mahir. Guru memberi bimbingan pada set induksi dan aktiviti
kumpulan membolehkan murid yang cerdas membimbing murid kurang cerdas.
4.4.2 Perancah (Scaffolding) adalah Individu mengubahsuai tahap
sokongan yang diberikan dan bimbingan
yang diberikan adalah minimum. dalam slot pengajaran yang kami sediakan,
selepas set induksi, guru hanya menjadi pemerhati dan murid akan menyelasaikan
sendiri tugasan secara individu dan berkumpulan. Peringkat individu( peribadi)
ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
4.4.3 Menurut Viggotsky, perolehan pengetahuan dan
perkembangan kognitif seorang hampir dengan teori sciogenesis. Dimensi
kesadaran sosial bersifat primer, sedangkan dimensi individualnya bersifat
derivative atau merupakan turunan dan bersifat skunder. Ertinya, pengetahuan
dan pengembangan kognitif individu berasal dari sumber-sumber sosial di luar
dirinya. Hal ini tidak bererti bahwa individu bersikap pasif dalam perkembangan
kognitifnya, tetapi Viggotsky juga menekankan pentingnya peran aktif seseorang
dalam mengkonstruksi pengetahuannya.
4.4.4 Maka teori Viggotsky sebenarnya lebih tepat
disebut dengan pendekatan konstruktivisme. Maksudnya, perkembangan kognitif
seseorang disamping ditentukan oleh individu sendiri secara aktif, juga oleh
lingkungan social yang aktif pula.
4.4.5 Pada
dasarnya teori-teori Viggotsky berpandukan pada tiga idea utama:
I.
Iaitu intelektual berkembang pada saat individu menghadapi pemikiran baru dan
sulit mengaitkan ide-ide tersebut dengan apa yang mereka telah ketahui.
II.
Interaksi dengan orang lain memperkaya perkembangan intelektual.
III.
Peranan utama guru adalah bertindak sebagai seorang pembantu dan pembelajaran kanak-kanak.
4.4.6 Sumbangan psikologi kognitif berakar dari
teori-teori yang menjelaskan bagaimana otak bekerja dan bagaimana individu
memperoleh dan memproses informasi. Pandangan yang ditawarkan Viggotsky dan
para ahli psikologi kognitif yang lebih mutakhir adalah penting dalam memahami
penggunaan-penggunaan strategi belajar.
4.4.7 Peringkat perkembangan Kognitif Viggotsky
juga percaya bahawa teori kognitif berlaku dalam sosio budaya yang mempengaruhi
pemikiran dan tingkah laku individu. Kebanyakkan daripada kemahiran kognitif
kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, orang
dewasa dan rakan sebaya.
5.0 AKTIVITI MERANGSANG PEMIKIRAN KREATIF
KANAK-KANAK.
5.1 Perkembangan pada manusia ialah perubahan
yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas
berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).
5.2 Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang
hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
5.3 Slavin (1997) pula berpendapat
perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang
dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui
peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi
dan kognitif serta bahasa.
5.4 Pembelajaran kanak-kanak kreatif boleh dibantu melalui tiga jenis program:
l Pengasingan,
l Pemecutan
(acceleration)
l Pengayaan
5.5 Pengasingan dalam program pengasingan,
kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan
kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini
bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat
membantu perkembangannya secara optima.
5.6 Pemecutan Satu cara ialah di mana
kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuksubjek-subjek
spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan
belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua
ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang
sama. Rancangan ini membantu merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada
skala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
5.7 Penggayaan program pengayaan melibatkan
pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar
kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan
negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang
memerlukan murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik
dandilakukan oleh murid secara bersendirian.
5.8 Program dan aktiviti luar bilik darjah.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi
pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan
kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa
kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama
menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan
kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan.
Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap
pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.
5.9 Program bersama keluarga. Elemen ini akan
merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga
kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat
menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam
bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.
5.10 Program sosial berhemah juga boleh
merangsang minda kanak-kanak di samping
meningkatkan
sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka. Gardner (1993)
menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat
awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik
bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
5.11 Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat
meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat
permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan
animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga
animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak
bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan
kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama
dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan.
5.11 Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti
ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main
peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam
mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk
bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan
untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala
yang berkesan.
5.12 Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis
sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak
sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang
berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai
kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada
kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi
selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu
menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya
penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula
dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui
aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
5.13 Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang
paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk
menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi
lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang
di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di
bawah air. . Kajian menunjukkan banyak
faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor
kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus),
kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri,
kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.
5.14 Aktiviti lawatan, Menurut Gardner (1993),
sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang
untuk merangsang kreativiti. Peluang perlu diwujudkan kepada pelajar meneroka
aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.
5.15 Aktiviti temubual dan perjumpaan bersama tokoh dan idola. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.
5.15 Aktiviti temubual dan perjumpaan bersama tokoh dan idola. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.
5.16 Menurut Gardner (1999), kreativiti
kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:
a.
Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang
tidak mudah mengalah.
b.
Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau
bidang yang diceburi.
c.
Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada
pada tahap kecemerlangan.
d.
Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
e.
Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan
toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.
6.0 KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.
6.1 Kepentingan kreativiti Kreaviti perlu
dibangunkan pada peringkat awal persekolahan untuk membolehkan murid mengetahui
potensi yang tersembunyi serta potensi kecenderungan diri dalam diri mereka.
6.2 Kepentingan kreaviti kepada kanak-kanak
ialah :
l a )
menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru.
l b)
mencerna idea untuk penghasilkan karya atau penulisan tugasan dengan lebih
lancar.
l c)
meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikkan.
6.3 Melalui aktiviti-aktiviti tertentu, mereka boleh merealisasikan
imiginasi mereka. Aktiviti seperti melukis, mewarna , membuat kraf tangan,
nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya. Kanak-kanak memerlukan penjagaan dan
pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Minda mereka mula berkembang dan
perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti supaya ia tumbuh dan menjana minda
yang positif dan kreatif.
6.4 Berdasarkan teori Viggotsky di atas, maka
diperoleh keuntungan jika:
a. anak memperoleh kesempatan yang luas dalam mengembangkan zon perkembangan proksimalnya atau potensinya melalui belajar dan berkembang.
b. Pembelajaran perlu dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensialnya dari pada tingkat perkembangan aktualnya.
c. Pembelajaran lebih diarahkan pada penggunaan strategi untuk mengembangkan kemampuan intermentalnya dari pada kemampuan intramentalnya.
d. Kanak-kanak diberi kesempatan yang luas untuk mengintregrasikan pengetahuan deklaratif yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapata digunakan untuk melakukan tugas-tugas dan memecahkan masalah.
e. Proses belajar dan pembelajaran tidak sekadar bersifat peralihan tetapi lebih merupakan konstruksi, yaitu suatu proses mengkonstruksi pengetahuan atau makna baru secara bersama-sama di antara semua pihak yang terlibat di dalamnya.
a. anak memperoleh kesempatan yang luas dalam mengembangkan zon perkembangan proksimalnya atau potensinya melalui belajar dan berkembang.
b. Pembelajaran perlu dikaitkan dengan tingkat perkembangan potensialnya dari pada tingkat perkembangan aktualnya.
c. Pembelajaran lebih diarahkan pada penggunaan strategi untuk mengembangkan kemampuan intermentalnya dari pada kemampuan intramentalnya.
d. Kanak-kanak diberi kesempatan yang luas untuk mengintregrasikan pengetahuan deklaratif yang telah dipelajarinya dengan pengetahuan procedural yang dapata digunakan untuk melakukan tugas-tugas dan memecahkan masalah.
e. Proses belajar dan pembelajaran tidak sekadar bersifat peralihan tetapi lebih merupakan konstruksi, yaitu suatu proses mengkonstruksi pengetahuan atau makna baru secara bersama-sama di antara semua pihak yang terlibat di dalamnya.
6.5 Memahami budaya
boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di dalam jiwa
kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka juga
generasi akan datang. Teori
budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui
interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat
penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya
mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak
berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam
masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan
bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam
budaya mereka.
6.6 Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang
sentiasa berlaku di persekitaran.
Dengan terbentuknya rasa ingin tahu, itu terbitlah pemikiran
kreatif dan idea yang pelbagai. Iniakan memberikan suatu penyelesaian terhadap
sesuatu permasalahan . Pemikiran sebeginiharuslah terus diamalkan sehingga
kanak- kanak meningkat dewasa dan mewujudkanmasyarakat yang kreatif serta
berdaya saing.
6.7 Melafazkan
sentiasa rasa bersyukur kepada Tuhan. Rasa bersyukur kepada Tuhan boleh dipupuk
ke dalam jiwa kanak - kanak dengan meneroka alam sekitar mereka . Kanak - kanak
digalakkan berfikir dengan melihat alam semula jadi dan mereka perlu diberitahu
setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka pada Pencipta.
6.8 Menyediakan
kemahiran yang fleksibel yang diperlukan untuk menghadapi masa depan yang tidak
menentu. Negara perlukan individu yang boleh menyesuaikan diri, inovatif,
bolehmenyelesaikan masalah dan berkertampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi
untukmemajukan negara di peringkat antarabangsa. Dengan membangunkan keupayaan
menjadikreatif boleh memperkayakan pengalaman kehidupan mereka .
Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kreativiti
Fisher(1943), menerangkan bahawa kanak-kanak digesa untuk memberi pendapat dan
komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu refleksi diri.
7.0 PENUTUP.
7.1 Sebagai seorang guru, kita juga perlu
peka dengan kehendak yang diperlukan oleh pelajar tersebut agar dapat
mengcungkil bakat dan kehendak mereka untuk menghasilkan pemikiran yang kreatif
semasa dan selepas pembelajaran.Guru perlu kreatif dan berinovasi dalam
mendekatkan diri dengan pelajar agar mereka dapat mengembang dan mengasah bakat
yang ada dalam diri. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreaviti ialah proses
yang dilalui oleh seseorang ketika ia menghadapi suasana di mana ia terlibat,
kemudian bergerak balas sesuai dengan dirinya .
7.2 Kreativiti adalah sebagai satu proses
berterusan yang merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat
untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Tindak balas terhadap rangsangan
persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti sebagai jalan penyelesaian
masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih baik.Kreativiti ialah
keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di mana ia
dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.
7.3 Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan
sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap
diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak
berkaitan dengan kreativiti.
7.4 Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti kreatif perlukan guru
sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam
menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana
perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.
7.5 Pemikiran kreatif dan artistik
kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan.
Persekitaran ini memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak.
8.0
RUJUKAN
Eh Ah
Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hassan
Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa ` dan Pustaka
Kamus
Dewan Ed. Ke 4 (2005), Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
(1982). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati
A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Beshir, E and Beshir, M. R. (2000) (3rd. ed.) Meeting the
Challenge of Parenting in the West: An Islamic Perspective,
Mohd Azhar
Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia
Abd
Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul
Shukor Hashim. ( Prof. Dr)
(2012). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur : Meteor Doc . Sdn Bhd.
Chang,
Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi ke Dua, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan