Isnin, 30 Jun 2014

modul kemahiran membaca.


Tugasan 1.
No
Isi kandungan
Catatan
1.0
Pengenalan

2.0
Modul pertama aras rendah bagi kemahiran membaca

3.0
Modul kedua aras sederhana bagi kemahiran membaca

4.0
Modul ketiga aras tinggi bagi kemahiran membaca








1.0 Pengenalan.
1.1       Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya
berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu
dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
 Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.

1.2       Standard Kandungan Kemahiran Membaca merangkumi beberapa pencapaian kemahiran dan murid patut mengetahui dan boleh:
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat membaca.

1.3       Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca pula memaparkan tuntutan seperti berikut. Antaranya:
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran
dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan
bacaan dengan sebutan yang betul.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul.
1.4       Kemahiran Membaca Tahun 3, merangkumi
2.3.1 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat
dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2.3.2 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal susunan
biasa dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti pertautan idea dalam
bahan multimedia bagi membuat ramalan dengan tepat.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk membuat
penilaian dengan betul.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan
mutimedia yang sesuai untuk membuat penilaian dengan betul.
2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi ayat dengan betul.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan
bukan grafik dengan betul.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat
kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah
kosa kata umum dan kosa kata istilah.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan sastera untuk mendapat
ilmu pengetahuan.

1.5       Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar.Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif  yang telah ditentukan.

2.0       Modul pertama aras rendah dalam kemahiran membaca.

TEMA:           PATRIOTISME
TAJUK:         Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
FOKUS:
Standard Kandungan
2.2 Membaca dan memahami, perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran
2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat:
i. membaca frasa yang mengandungi vokal berganding dan diftong dalam petikan dengan sebutan yang betul.
ii. membaca dan menyatakan maksud frasa yang terdapat dalam lembaran kerja.

PENGISIAN KURIKULUM / ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Ilmu:                            Kepimpinan
Nilai Murni:                 Hormat, keberanian

SISTEM BAHASA
Tatabahasa:                 Ayat tunggal , ayat majmuk
Kosa kata:                   putera sulung, bidang, mengenang jasa, mantan Perdana Menteri

Membaca teka-teki
1. Murid membaca dan menjawab teka-teki.
2. Murid dipaparkan slaid gambar Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga kini.
3. Murid membaca nama-nama Perdana Menteri Malaysia yang dipaparkan.
4. Murid membaca nama-nama mantan Perdana Menteri dan memadankan dengan memilih gambar yang sesuai pada slaid menggunakan teknik klik dan seret.

KP: Verbal linguistik

Bacaan mekanis
1. Murid dipaparkan dengan petikan mengenai Perdana Menteri Malaysia dalam bentuk tayangan
slaid.
2. Murid membaca dan mengajuk bacaan guru dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul.
3. Murid membaca secara individu, kumpulan dan kelas.
4. Murid dan guru bersoal jawab tentang maklumat penting berdasarkan petikan.

Nilai Murni: Menghargai
KP: Verbal linguistik


Membaca dan mengenal pasti frasa
1. Murid membaca frasa-frasa yang digarisi dalam petikan dengan sebutan yang betul dan dibimbing oleh guru.
2. Murid mengenal pasti dan membaca frasa-frasa yang terdapat dalam petikan dan mewarnakannya.
Nilai Murni: Kerajinan
KP: Verbal linguistik

Membaca dan menulis ayat
1. Murid membaca frasa-frasa yang diberi dengan sebutan yang betul.
2. Murid membina dan menulis ayat-ayat menggunakan frasa tersebut.
Nilai Murni: Keberanian


Pemulihan
1. Murid dibimbing membaca frasa yang diberi dan memadankannya dengan gambar yang sesuai.

Pengayaan
1. Murid membaca bahan bacaan dan mencari isi penting mengenai Perdana Menteri melalui laman web yang dicadangkan.
2. Murid membuat peta minda menggunakan isi penting tentang Perdana Menteri.
Nilai Murni: Mengenang jasa



3.0       Modul kedua  aras sederhana dalam kemahiran membaca
TEMA:           SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK:         E-mel
FOKUS
Standard Kandungan
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai bahan dengan betul.
Standard Pembelajaran
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan grafik
dengan betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.  membaca dan menyatakan maklumat daripada e-mel dengan betul.
ii. membaca dan menaakul dengan menyatakan maklumat dalam jadual jualan tiket dengan betul.
Ilmu:                Sains dan Teknologi
Nilai Murni:     Menepati masa, Mematuhi peraturan
SISTEM BAHASA
Tatabahasa:     Kata dasar
Kosa kata:       Kompleks, tertakluk, pentadbiran, penginapan, komunikasi

Membaca
1. Murid membuka e-mel mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan guru.
2. Murid membaca kandungan e-mel yang telah dihantar dengan sebutan yang betul dan jelas.
3. Murid dengan guru membincangkankandungan e-mel yang telah dibaca.
KB:                 Mengesan
KP:                  Verbal linguistik

Membaca dan memilih frasa
1. Murid membaca dan menggariskan frasa daripada petikan e-mel.
2. Berdasarkan frasa, murid menyenaraikan barang-barang yang boleh dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik tayangan melalui pertandingan kumpulan.
3. Murid membaca senarai frasa yang dipilih mengikut kumpulan.
Nilai:   Patuh, berdisiplin
KB:     Menyusun mengikut urutan

Membaca dan menyebut kata dasar
1. Murid membaca perkataanberimbuhan yang diberi.
2. Murid menyatakan kata dasar bagi perkataan berimbuhan yang dibaca.
KBT: KB

Pemulihan
1. Murid membaca jadual yang terdapat pada lembaran kerja.
2. Murid menjawab soalan pemahaman secara terkawal berdasarkan jadual yang disediakan.

Pengayaan
1. Murid membaca rangkai kata yang terdapat dalam lembaran kerja.
2. Murid membina ayat berpandukan rangkai kata dan menghantar melalui e-mel kepada guru.
TMK

Lampiran 1

Pada masa cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat ke Kompleks Falak Al-
Khawarizmi. Kompleks ini terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Berikut merupakan
waktu jualan tiket dan peraturan am untuk panduan saudara jika ingin melawat ke
sana.

WAKTU JUALAN TIKET (Tayangan Planetarium dan Tayangan 3D)
WAKTU JUALAN TIKET PAGI PETANG
Selasa - Ahad dan Cuti
Am 9.30 pagi - 12.45 tengah hari 2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat 9.30 pagi - 12.30 tengah hari 2.45 petang - 4.30 petang

PERATURAN AM
Tidak boleh merakam dan mengambil gambar di dalam panggung.
Waktu tayangan adalah seperti tertakluk dalam jadual yang disediakan.
Barangan yang dilarang oleh undang-undang tidak dibenarkan dibawa masuk.
Jika anda ada membawa makanan, pastikan kebersihan dijaga.Buang sampah
ke dalam tong sampah yang disediakan.
Beg sekolah dan kasut perlu diletakkan di rak yang telah disediakan.
Semua peralatan perlu mendapat keizinan daripada pihak pentadbiran sebelum
digunakan.
Pihak kami tidak menyediakan penginapan dan makanan tetapi kami bersedia
menguruskannya.

Yang benar,
Rogayah

Lembaran Kerja 1
1. Di manakah letaknya Kompleks Falak Al-Khawarizmi?
Kompleks Falak Al-Khawarizmi terletak_______________________________
2. Siapakah yang menulis e-mel tersebut?
E-mel tersebut ditulis oleh ___________________________________________
3. Senaraikan dua peraturan am semasa berada di sana.
a. ____________________________________________________________
b. ____________________________________________________________
4. Hari apakah tayangan tidak diadakan?
Tayangan tidak diadakan pada ____________________________________
5. Siapakah yang akan menyediakan kemudahan sekiranya pengunjung
memerlukan penginapan dan makanan?
_______________________________yang akan menyediakan kemudahan
sekiranya pengunjung memerlukan penginapan dan makanan.


4.0       Modul ketiga aras tinggi aktiviti kemahiran membaca.   
TEMA:           KEBUDAYAAN
TAJUK:         Kain Tenunan Songket Melayu
FOKUS:        
Standard Kandungan
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran
2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca dan menyatakan maksud ayat daripada teks dengan sebutan yang betul.
ii. membaca maklumat yang tercatat pada iklan dengan sebutan yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM / ELEMEN MERENTASKURIKULUM
Ilmu:                            Kraftangan
Nilai Murni:                 Ketekunan, Kreativiti dan inovasi, keusahawanan

SISTEM BAHASA:
Tatabahasa: Frasa
Kosa kata: songket, warisan, tenunan
Membaca pantun
1. Murid diminta melengkapkan pantun mengenai ‘Kain Songket’ yang diberi.
2. Murid membaca pantun yangtelah dilengkapkan dengan sebutan yang betul.
Ilmu:                Kajian Tempatan
Nilai Murni:     Menghargai seni warisan

Membaca teks
1. Murid membaca teks ‘Kain Songket’ pada slaid power point secara beramai-ramai.
2. Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Beberapa orang murid diminta membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4. Murid dibimbing membaca dan memahami frasa-frasa berkaitan dengan ‘Kain Songket’
Contoh frasa:
tenunan songket, benang sutera halus, benang emas
KP:      Verbal linguistik

Membaca catatan perbincangan
1. Murid diagihkan dalam beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan tugasan di dalam kumpulan untuk murid membezakan kain songket dahulu dan sekarang berdasarkan teks.
3. Murid membaca hasil perbincangan kumpulan tentang perbezaan kain songket dahulu dan sekarang.
Nilai Murni:                             Kerjasama, berani
Kreativiti dan inovasi:             Keusahawanan
KB:                                         Klasifikasi, membanding beza
BCB:                                       Bacaan intensif

Pengayaan
1. Murid membina dan menulis ayat dengan betul.
2. Murid membaca dan memahami teks dengan sebutan yang betul.


Lembaran Kerja 1
Lengkapkan pantun dan baca dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Kuih bangkit sejenis _______________________________,
Disaji bersama dengan _____________________;
Kain songket seni __________________________________,
Menjadi warisan zaman _____________________.
minuman makanan berzaman tenunan


Lampiran 1
Baca dan tuliskan frasa yang berwarna . (Slaid Power Point)
           
            Dahulu songket ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja. Kini, kain songket ditenun dengan menggunakan benang kapas. Songket mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
            Keanggunan kain songket menjadikannya sesuai sebagai pakaian tradisi. Kain songket
turut dipelbagaikan dalam menghasilkan barangan seperti beg, bingkai gambar, kasut, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Songket lambang kehalusan, seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kedatangan pedagangpedagang ke Tanah Melayu memperkembangkan lagi hasil tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang di beberapa buah negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.







Tugasan 2.
No
Isi kandungan
Catatan
1.0
PBS dan cabarannya

2.0
Aktiviti atau instrumn PBS

3.0
Wajaran dalam pelaksanaan PBS

4.0
Matlamat kemahiran membaca

5.0
Kesimpulan





1.0       PBS dan cabarannya.
            Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat. 
            PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera.   Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat.
            Secara peribadi saya dapati bahawaPenilaian berasaskan Sekolah (PBS) merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik.  PBS bertujuan untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
             PBS  menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang murni.   PBS adalah pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (fizikal).  PBS juga selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
            Kompenan PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akedmik ialah pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat manakala bukan akademik ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik.    Selepas akhir satu unit pembelajaran, pendidik memberikan lagi ujian sumatif untuk menilai sejauh mana murid telah menguasai apa yang telah dipelajari .
            Pendidik dituntuti merancang, membina, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor pentaksiran sekolah.  Instrumen pentaksiran yang boleh dilakukan adalah seperti lembaran kerja, tugasan bertulis, pemerhatian, kuiz, senarai semak dan sebagainya.
            Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid.
            Guru sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS.  Maka, keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum (hands-on).  Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.
            Banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti urusan stok dan percetakan.
2.0       Aktiviti atau instrument PBS.
            Saya juga dapati bahawa telah digalurkan  aktiviti atau  instrumen pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan sebagainya.

3.0       Wajaran dalam perlaksanaan PBS.
            Izinkan saya paparkan beberapa keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP
PAJSK
PS
PP
Prasekolah
20%
80%
-
Tahun 1 – Tahun 3
30%
70%
-
Tahun 4 – Tahun 6
20%
50%
30%
Tahun 7 - Tahun 9
20%
30%
50%
Tahun 10 – Tahun 12
10%
10%
10%

§ Pentaksiran Sekolah (PS)
§   Pentaksiran Pusat (PP)
§   Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§   Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan


4.0  Penilaian kemahiran membaca.
            Saya juga ingin mengaitkan penilaian kemahiran membaca dalam PBS. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Izinkan saya berikan penekanan berkaitan ciri-ciri penilaian membaca, antara iaialah seperti berikut:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
5.0       Matlamat Kemahiran Membaca.
            Sementara matlamat dalam penilaian kemahiran membaca dibahagikan kepada matlamat persepsi, matlamat kognitif dan matlamat afektif. Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada skop utama iaitu mengenal pasti idea keseluruhan, mengenal idea utama dan sokongan dan membuat ramalan dan kesimpulan.
6.0       Kesimpulan
            PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.
            Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.