Isnin, 12 November 2012

Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah



AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH

Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat seperti yang diucapkan tanpa mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk ini ditandai dengan tanda petik (“……….”).

Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya.

Perhatikan contoh ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah di bawah ini.

Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
1. “Saya amat meminati penyanyi Siti 
    Nurhaliza,” kata Mahyun.
1. Maimun berkata bahawa dia amat meminati 
    penyanyi Siti Nurhaliza.
2. “Mengapakah dahi kamu benjol?” tanya 
    Ramlan kepada adiknya.
2. Ramlan bertanya kepada adiknya sebab 
    kepalanya benjol.
3. Kata Faiz, “Jangan hampiri perigi buta itu, 
    Kamil.”
3. Faiz melarang Kamil daripada menghampiri 
    perigi buta itu.
4. “Wah, cantiknya bunga ros ini!” kata Mary.
4. Dengan rasa kagum Mary berkata bahawa 
    bunga ros itu cantik.

· Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah terutama kata ganti nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan kata kata ganti nama tempat.

Perhatikan perubahan di bawah ini.

Perkara
Ayat Cakap Ajuk
Ayat Cakap Pindah
Kata ganti nama diri pertama
aku, saya, hamba
patik
beta
kami, kita
dia, ia, nya

baginda
mereka
Kata ganti nama diri kedua
anda, awak, kamu
engkau
anda sekalian
kamu semua
saya, dia, nya

kami, kita
Kata ganti nama diri ketiga
dia
beliau
mereka
dia
beliau
mereka
Kata ganti nama tunjuk
ini
itu
Kata ganti nama tempat
sini
sana, situ, tempat itu
Kata keterangan cara
begini
demikian ini
begitu
demikian itu
Kata keterangan masa
sekarang
tadi
malam tadi
semalam
hari ini
esok
masa itu, ketika itu
tadinya itu
malam lepas
hari semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan