Khamis, 29 November 2012

Karangan Jenis Dialog/ Perbualan



KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN

Ciri- ciri karangan jenis perbualan/ dialog

1.Karangan dialog melibatkan dua pihak atau lebih.

2.Perbualan berkisar tentang perkara-perkara seharian atau soal-soal
    peribadi.

3.Ada perhubungan dua hala,iaitu ada soalan dan jawapan.

4.Karangan dialog mempunyai format yang ringkas iaitu:
    a.nama watak ditulis selari di sebelah kiri.
    b.Tanda titik bertindih(:) dibubuh selepas nama watak.

5.Perbualan boleh berlaku secara panggilan telefon atau secara    
   bersemuka.

6.Perbualan yang baik perlu ada perbincangan dan jawapan
   daripada hendaklah logik dan benar.

7. Untuk pendahuluan,gunakan kata-kata bertatasusila seperti
    selamat pagi,apa khabar,dan sebagainya.
 
Kawan kamu tidak hadir ke sekolah pada hari ini.Kamu menelefon kawan kamu untuk bertayakan mengapa dia tidak datang ke sekolah.Tuliskan perbualan telefon itu.

Fatin : Helo, bolehkah saya bercakap dengan Fiza?

Fiza   : Ya, ini Fiza bercakap,siapa di sana?

Fatin : Saya Fatin.Awak tidak hadir ke sekolah hari ini.Jadi, bolehkah
           saya tahu sebabnya? Kawan-kawan lain juga tertanya-tanya
           tentang awak.

Fiza  : Sebenarnya , kami sekeluarga pergi ke Lapangan Terbang
           Antarabangsa Kuala Lumpur kerana menyambut kepulangan
           abang saya.Dia baru pulang dari Universiti Tokyo,Jepun setelah
           tamat pengajian.

Fatin : Oh,begitu rupanya! Kami ingatkan awak sakit atau ada hal-hal
            lain.

Fiza  : Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, saya sihat
           walafiat.Bagaimana dengan pelajaran pada hari ini.

Fatin : Tadi, cikgu Fori mengajar topik baru.Dia juga memberi latihan
            kepada kita .Nanti awak boleh pinjam buku saya.

Fiza  : Terima kasih. Bagus juga cadangan awak itu.Esok adalah cuti   
          hujung minggu.Saya akan datang ke rumah awak untuk 
          mengambil buku itu.

Fatin : Baiklah, saya tunggu kedatangan awak.

Kosa kata:
Menyambut : menerima kepulangan seseorang
Topik              : Tajuk
Cadangan   : Usul,pendapat

 Latihan

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.Tuliskan perbualan kamu dengan guru kelas untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak ke sekolah pada hari tersebut.

12 ulasan:

  1. bual- bual dengan kawan tentang persedian untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun

    BalasPadam
  2. Sahabat awak terlibat dalam hospital dan tidak hadir ke sekolah selama satu minggu. Tuliskan dialog anda bersamanya melalui panggilan telefon tersebut. Perkataan mesti melebihi 120 patah perkataan.

    BalasPadam
  3. Cara menceriakan kawasan sekolah

    BalasPadam
  4. Tuliskan dialong tentang pertandingan syarahan

    BalasPadam
  5. X LENGKAP LAH 😯😯😯😯😑😕😕😕

    BalasPadam
  6. Boleh tak buat sampai 12perkataan dialog

    BalasPadam
  7. BANYAK DIALOG SEKARAN 120 PATAH PERKATAAN

    BalasPadam