Rabu, 27 Mac 2013

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)




KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.

Abstark
Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah   membaca yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai  22 orang murid tahun 3 Arif terlibat sebagai responden dalam kajian ini.

Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid mencapai kemahiran membaca.

Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..
Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar dan betul.

1.0       Pengenalan.
1.1       Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh murid akan memudahkan proses menimba  pelbagai ilmu.

1.2       Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan dan intonasi yang betul di kalangan murid.

1.3       Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun 2 sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan ini.

1.4       Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang berbangsa India dan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di sekolah dan di rumah.

1.5       Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar yang responden alami.

1.6       Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik mewujudkan suatu situasi yang membina.

2.0 : Fokus Kajian Tindakan.
2.1       Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika membaca dengan mengikut intonasi yang betul.

2.2       Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.
3.0       Objektif Kajian Tindakan.
3.1       Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama iaitu objektif sampingan dan objektif utama.

3.2       Objektif sampingan  yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda soalan.

3.3       Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar ketika  mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya  dengan sebutan serta intonasi yang betul.

4.0       Responden yang terlibat.
4.1       Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif  terlibat iaitu 12 orang murid perempuan dan 10 oarang murid lelaki.

4.2       Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

5.0       Fokus kajian/ Isu keperihatinan.
5.1       Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut intonasi bacaan  dan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan nada bertanda baca.

5.2       Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.

5.3       Segelintir responden juga  tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan noktah. Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ). 

5.4       Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian permasalahan ini. Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayat-ayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0                   Persoalan kajian.
6.1                   Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab  beberapa persoalan yang berkaitan seperti:
Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa Melayu?
Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca, bertutur dan menulis dengan baik?

7.0       Galuran aktiviti.
7.1       Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan tanda baca.  Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden terlibat dengan permainan bahasa.

7.2       bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara  balang plastik, radio dan kad arahan.
7.3       Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga dicatatkan. Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.

8.0       Perlaksanaan Tindakan.
8.1       Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan
8.1.1   Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang sama tetapi tanda baca yang berlainan.

Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru membimbing  murid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan membetulkan kesilapan bacaan murid.

Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka.

8.1.2   Pemerhatian.
Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua murid-murid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Murid-murid juga  gembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan intonasi yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi seorang pendidik.

8.1. 3  Refleksi.
8.1.3..1           Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2                        Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan berkesan. Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.

8.2.      Aktiviti permainan bahasa.
Aktiviti  permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.
8.2.1   Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
8.2.1.1            Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.

8.2.1.2            Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula. Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik diberhentikan.

8.2.1.3            Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ). Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.

8.2.2   Pemerhatian.
8.2.2.1            Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul. 

8.2.3   Refleksi.
8.2.3.1            Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana murid-murid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.

9.0       Cadangan kajian.
9.1       Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P & P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.

9.2       Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem tatabahasa.

9.3       Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku bahasa.

9.4       Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .

9.5       Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6       Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.

9.7       Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.

10.0    Penutup.
Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang unggul, kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan adalah sebahagian proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan