BML 3083 : SIMANTIK DAN
PRAGMATIK BAHASA MELAYU
TUGASAN A
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1a
1.0
|
TUGASAN
A.
PENGENALAN
1.1
JENIS-JENIS MAKNA SECARA UMUM
|
|
2.0
|
MAKNA
LEKSIKAL.
|
|
3.0
|
MAKNA
GRAMATIKAL.
|
|
4.0
|
MAKNA
KONTEKSTUAL.
|
|
5.0
|
MAKNA
REFERENSIAL.
|
|
6.0
|
MAKNA
ASOSIATIF
|
|
7.0
|
KESIMPULAN
|
|
8.0
|
RUJUKAN
|
|
|
|
|
TUGASAN B
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
1.0
|
PENGENALAN
|
|
2.0
|
TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA
|
|
3.0
|
PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI
MENGANALISIS KOMPONEN MAKNA KATA 'BACHELOR'.
|
|
4.0
|
RAJAH ANALISIS KOMPONEN MAKNA
'BACHELOR'
|
|
5.0
|
CONTOH PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU
DENGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.
5.1 PERKATAAN ‘ HULU ‘
5.2 PERKATAAN ‘
‘KUMBANG
5.3 PERKATAAN ‘ HAJI‘
5.4 PERKATAAN ‘ PERANG'
5.5 PERKATAAN ‘ KIPAS'
|
|
6.0
|
KESIMPULAN
|
|
7.0
|
RUJUKAN
|
|
1.0 PENGENALAN.
1.1 JENIS-JENIS
MAKNA SECARA UMUM.
1.1.1 Semantik ialah
kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada
aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukan. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui
bagaimana makna dan morfem yang membentuknya.
Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa
dan ayat yang bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna
ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
1.1.2 Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan
tiga komponen iaitu komponen kata, komponen makna dan komponen rujukan.
1.1.3 Jenis-jenis makna memaparkan bahawa makna terbahagi kepada
beberapa jenis, iaitu:-
A. Makna leksikal adalah
Makna denotatif/ tersurat ialah makna yang tersurat/ makna umum/ makna
lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna yang sesuai
dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Ia
menyatakan makna yang dimiliki atau ada pada leksem meski tanpa konteks apapun.
Contoh : Krauon : Sejenis alat lukisan yang menggunakan warna lilin..
B. Makna gramatikal adalah unsur makna yang baru ada kalau terjadi proses gramatikal seperti afiksasi, reduplikasi, komposisi atau kalimatisasi.
Berazam : Melakukan tekad janji berbentuk pencapaian..
Contoh : Krauon : Sejenis alat lukisan yang menggunakan warna lilin..
B. Makna gramatikal adalah unsur makna yang baru ada kalau terjadi proses gramatikal seperti afiksasi, reduplikasi, komposisi atau kalimatisasi.
Berazam : Melakukan tekad janji berbentuk pencapaian..
C. Makna kontekstual adalah makna sebuah
leksem atau kata yang berada dalam satu konteks.
Misalan kata gugur dalam berbagai konteks:
Misalan kata gugur dalam berbagai konteks:
Duan
pokok itu gugur kerana musim panas.
Enam
orang anggota tentera telah gugur semasa mempertahankan negara.
D. Makna Referensial merujuk kepada makna
yang mempunyai referen atau acuan dan sebaliknya merujuk jua kepada makna yang
tidak mempunyai rujukan.
i.. Makna mempunyai referensial; bola, beg, kereta.
ii. Makna Non Referensial : kata sendi iaitu lalu, kerana.
i.. Makna mempunyai referensial; bola, beg, kereta.
ii. Makna Non Referensial : kata sendi iaitu lalu, kerana.
E. Makna Denotatif adalah makna asli,
makna asal , makna sebenarnya yang dimiliki leksem.
Contoh : langsing, tegap, helang.
Contoh : langsing, tegap, helang.
F. Makna Konotatif adalah makna lain yang ditambahkan
pada makna denotatif yang berhubungan dengan nilai rasa dari orang yang
mengunakan makna tersebut. Umpamanya keldai, rusa, kijang.
G. Makna Konseptual adalah makna yang
dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata tersebut
dengan konsep. Umpamanya pangsapuri, landasan.
H. Makna Asosiatif adalah makna yang
dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu
dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Umpamanya saga, lesu, lelah.
2.0 MAKNA LEKSIKAL
2.1 Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal
atau kata merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa
yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa.
Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna lesikal, iaitu
makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting
bagi penutur bahasa tersebut.
2.2 Menurut John T. Jensen (1990:16).beliau
menganggap leksikon hanya sebagi suatu senarai tentang apa yang tidak
diramalkan tentang morfem salam sesuatu bahasa, dalam organnisasi dalaman
terutamanya berdasarkan anggapan Bloomfield
(1993:274) bahawa leksikon sebenarnya adalah hamparan tatabahasa,iaitu suatu
senarai tentang ketaklanaran yang asas.
2.3 Contoh
makna leksikal “rumah” ialah sejenis tempat tinggal. Penjelasan ayat:.
Rumahnya besar dan cantik.
Rumahnya besar dan cantik.
Rumah
sukan saya ialah rumah biru.
Dalam
ayat (2) “ rumah” tidak membawa makna leksikal lagi, tetapi sebaliknya membawa
membawa makna kumpulan atau pasukan
2.4 Perkataan lari, selari, berlari, berlarian,
melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna lesikal , kerana
maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,ber+, ber+....+an(...+kan), +an,
pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna lesikal melainkan memiliki makna
gramatis. Walaubagaimana pun, apabila
imbuhan tersebut digabungkan dengan kata dasar maka ia memberi makna pada kata
dasar tersebut.
3.0 MAKNA GRAMATIKAL
3.1 Makna gramatikal adalah makna struktural
yang muncul sebagai akibat hubungan antara unsur-unsur gramatikal dalam satuan
gramatikal yang lebih besar. Umpama hubungan morfem dan morfem dalam kata, kata
dan kata lain dalam frasa atau klausa, frasa dan frasa dalam klausa.
3.2 Bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan
maknanya melalui pelbagai proses seperti proses penyisipan, pengulangan,
pemajmukan dan pengimbuhan. Dengan melalui pelbagai proses yang hanya terdiri
daripada beberapa kata, huruf, atau bunyi dengan jumlahnya yang terhad malah dapat
memberikan makna yang lengkap dan tepat. . Penjelasan pengembangan makana
adalah seperti:
A Pemajmukan atau penggabungan. Menurut Abdullah Hassan (2002:
11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi
bertabiat sama seperti satu perkataan.
B. Pengimbuhan. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang
mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran
ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara
untuk mengembangkan kata dasar.
C. Penyisipan. Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk
yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar.
D. Pengulangan atau Penggandaan. terhasil dengan menggandakan
atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan (Tatabahasa Dewan, 1993: 49).
Walaupun
kata, huruf dan bunyinya terbatas dan jumlahnya terhad, namun penutur jati atau
orang Melayu dapat membezakan maknanya.
3.3 Djajasudarma (1993) lebih lanjut
menjelaskan makna gramatikal yang merupakan bandingan bagi makna leksikal.
Makna gramatikal (bahasa Inggris grammatical meaning, functional meaning,
structural meaning, internal meaning) adalah makna yang menyangkut hubungan
intra bahasa, atau makna yang muncul
sebagai akibat berfungsinya sebuah kata di
dalam
kalimat. Di dalam semantik makna gramatikal dibedakan dari makna leksikal. Makna leksikal dapat berubah ke
dalam makna gramatikal secara operasional.
Menurut Darwis Harahap (1994:
49), gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal
merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini
ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata
dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau
kata terbitan.
4.0 MAKNA KONTEKTUAL
4.1 Makna
kata didasarkan atas penunjukkan pada
suatu hal di luar bahasa.
Contoh berikut secara konseptual bermakna sama,
tetapi secara asosiatif bernilai rasa yang berbeda.
a. wanita = perempuan
b. gadis = perawan
c. kumpulan = rombongan = gerombolan
d. karyawan = pegawai = pekerja
4.2 Makna Kontekstual adalah berkaitan dengan
atau menurut konteks. Abdullah Yusof,
Alias Mohd Yatim & Mohd Ra’in
Shaari (2009) menyatakan makna kontekstual adalah sebagai makna makna
sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Oleh itu,
kontekstual ialah makna yang ditentukan konteks pencapaiannya.
4.3 Djajasudarma (1993) mengenai makna
kontektual adalah:
Itu
majalah saya .
Saya
baca, majalah saya.
5.0 MAKNA REFERENSIAL
5.1 Makna Referensial : perkataan yang
mempunyai referen atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata
penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.
5.2 Makna referensial (referential meaning)
adalah makna bahasa yang sangat dekat
hubungannya dengan dunia di luar bahasa (objek atau gagasan), dan yang dapat
dijelaskan oleh analisi komponen; juga disebut denotasi; lawan dari konotasi (Kridalaksana,
1993: 133).
5.3 Djajasudarma (1993), menjelaskan makna
referensial adalah makna yang berhubungan langsung dengan kenyataan atau
referent (acuan), makna referensial disebut juga makna kognitif, karena
memiliki acuan. Makna ini memiliki hubungan dengan konsep, sama halnya dengan
makna kognitif. Makna referensial memiliki hubungan dengan konsep tentang
sesuatu yang telah disepakati bersama oleh masyarakat .
5.4 Makna refrensial lazimnya dipandang sebagai sifat kata. Kata
kek memiliki makna tertentu, akan tetapi selain dari makna tersebut, kata kek
memiliki sifat yang namanya referensi, yaitu kemampuan kata kek untuk mengacu
pada benda tertentu atau referen.
6.0 MAKNA ASOSIATIF
6.1
Makna kiasan atau asosiatif adalah makna kata yang didasarkan atas perasaan
atau pikiran yang timbul pada penyapa dan manusia yang disapa. Makna ini muncul
sebagai akibat asosiasi perasaan pemakai bahasa terhadap leksem yang dilafalkan
atau didengarnya.
6.2 Makna
kiasan (asosiatif) dibezakan atas makna konotatif, makna
stilistik, makna
afektif, makna
replektif, makna
kolokatif, dan makna
idiomatis. Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata berkenaan
dengan adanya hubungan kata itu dengan keadaan diluar bahasa.
6.3 Menurut SetiawatiDermojuwono, makna
asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam fikiran seseorang apabila mendengar perkataan
tertentu ( Kushartanti, et.al.,2005) Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur
psikis, pengetahuan dan pengalaman seseorang.
Makna asosiatif ialah perkaitan ( antara satu dengan yang lain)
,perhubungan dan pertalian ( Kamus Linguistik, 1997 ).
6.4 Contohnya perkataan ‘malaikat' dikaitkan
dengan ‘ nilai baik ‘ bermaksud ciptaan tuhan yang hanya berbuat baik dalam
kehidupannya.
7.0 KESIMPULAN
7.1 Semantik dikatakan sebahagian daripada
linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan
sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa
secara ringkasnya. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria
dan pandangan. Perbincangan ilmu semantik
juga mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.Konsep itu
merangkumi semua aspek termasuk keadaan,tindakan,proses atau benda.
7.2 Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna
denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan,
perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
7.3 Bahasa merupakan lemen digunakan dalam
melakukan interaksi sosial. Maka lahir berbagai konsep tentang jenis-jenis
makna yang mencakup makna dasar, tambahan, gaya bahasa, nafsi, ihaa’i,
konotatif, stilistika, afektif, refleksi, koloaktif, konseptual, tematik,
leksikal, gramatikal, kontekstual, referensial, non-referensial, denotatif,
konotatif, asosiatif, makna kata, makna istilah, idiom, dan peribahasa
8.0 RUJUKAN.
Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan
H.S, Widjono.2007. Bahasa Indonesia Mata
Kuliah Pengembangan Kepribadian di Perguruan Tinggi. Jakarta: PT
Grasindo
Tim Penyusun Kamus Pusat Pembinaan dan
Pengembangan Bahasa. 1988. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai
Pustaka
Andrian
Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:
Percetakan Ti, Kuala Lumpur
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.
S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Percetakan Ti, Kuala Lumpur
Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D) , (2000). Kuala Lumpur : Pengantar Linguistik Am, Penerbitan Sarjana.
S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
TUGASAN B
1.O PENGENALAN.
1.1 Bidang makna atau
semantik, yang sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik ini,
menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan
sempurna jika tidak ada unsur makna.
1.2 Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan
ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna benyuk linguistik dan hubungannya
dengan dunia rujukan. Semantik merujuk
kepada aspek makna bahasa.
1.3 Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna
dan morfem yang membentuknya. Kita juga
perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang
bermakna. Seterusnya , kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan
konteks ayat yang diujarkan.
1.4 Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai
sudut. Demikian juga semantik dalam
Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis
makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur
semantik dalam nahu.
1.5 Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu perkataan.
1.6 Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II
– semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna.
Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.
1.7 Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji
maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna
kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam
konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk
makna daripada hubungan semantik.
2.O ANALISIS KOMPONEN MAKNA.
2.1 Teori Analisis Komponen Makna diasaskan
oleh Karz dan fodor.Teori analisis komponen makna ini mengkaji kata-kata yang
mempunyai hubungan makna antara satu dengan yang lain.
Analisis
komponen makna adalah sutu rujukan tatacara yang terarah dalam keadah kajian.
Idea dan ini merupakan usaha pertama
menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa
transformasi. Idea ini dipelopori oleh Katz dan Fodor dan diperluas oleh
Kackson (1988) dan John Lyons ( 1995).
2.2 Menurut Wahyu Sandayana (2008 ) Analisis
dalam kajian semantik leksikal tentu cukup menonjol mengingat manfaatnya yang
cukup beragam dalam mengkaji makna kata dan hubungan makna antarakata dalam
sesuatu bahasa.
2.3 Dalam menyatakan makna, fitur-fitur
tersebut diberi tanda + atau - .
Tanda-tanda tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut.
Tanda + membawa maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak
dianalisis maknanya, dan sebaliknya tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak
mempunyai fitur tersebut.Katakanlah kita mempunyai fitur kata nama seperti
bernyawa. Bagi benda seperti binatang, kita berikan fitur + bernyawa. Bagi
benda seperti binatang,kita berikan fitur + bernyawa. Oleh yang demikian, kita
tentukanlah semua fitur tersebut bagi menentukan makna sesuatu perkataan (
Abdullah Hassan,2005: 247)
2.4 Tentang analisis makna ini, Howard Jackson
(1988: 90 ) menekankan bahawa
a.
perlu mengingatkan diri kita sendiri tentang alasan kita memilih komponen
semantik
b.
memilihnya untuk tujuan mendiskriminasi makna antara leksem yang berada dalam
domain semantik yang sama.
2.5 Penggunaan fitur semantik dapat penjelaskan beberapa elemen
umpamanya, manusia/binatang, jantan/betina,dewasa /muda. Ini boleh diperbaiki
sebagai + manusia,-manusia [bukan manusia], + jantan, -jantan, +dewasa dan –
dewasa. Dengan itu kita dapat membezakan binatang dan manusia. Dengan demikian
perkataan lelaki mempunyai fitur {+manusia, +jantan,+dewasa}, perempuan
[+manusia,-jantan,+dewasa],teruna[+manusia,+jantan+-dewasa],dan dara [+manusia,
-jantan,-dewasa]. Dalam hal binatang
pula sukar hendak dibezakan antara satu sama lain melainkan fitur semantik
seperti kerbau, lembu dan kuda. Dengan demikian perkataan kerbau[-manusia,
+jantan,+dewasa],lembu[-manusia,-jantan,+dewasa], dan kuda [
-manusia,-jantan,-dewasa]. Berdasarkan penjelasan ini, bolehlah kita rumuskan
bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh
disenaraikan untuk dihuraikan.
3.0 PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FODOR BAGI
MENGANALISIS KATA ' '
3.1 Analisis menurut
komponen ini ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara
satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna
bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitari atau sebagai satu unit
tetapi sebagai komponen-komponen yang
kompleks. Misalnya makna datuk, bapa, dan anak dapat dijelaskan dengan
menganalisis beberapa komponen, umpamanya:.
a) i.`datuk’ adalah lelaki, bapa
kepada ....... dan juga anak kepada....
b) ii.`bapa’ adalah lelaki ,anak
kepada ....... dan ibu kepada........
c) iii.`anak’ adalah lelaki /
perempuan, bayi/ kanak-kanak/ dewasa, anak kepada ......
3.2 Kaedah yang diperkenalkan oleh Jacobson
digunakan untuk melihat kehadiran atau ketidakhadiran elemen semantik bagi satu
set kata. Keadah ini mengukuhkan lagi penjelasan tersebut kita lihat contoh
dengan tanda yang betul.
Perbandingan yang mudah terlihat tumbuhan dinyatakansebagai fitur(+) bernyawa kerana ianya hidup manakala
perabot dinyatakan sebagai fitur(-) bernyawa kerana ianya tidak hidup.
3.3 Analisis
komponen lazimnya adalah berdasarkan
satu sistem binari, di mana sesuatu
komponen makna atau fitur itu ada (+) atau tiada (-) bagi mendefinisikan kata tersebut. Bagi
menyatakan makna, fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut
akan diberikan tanda + atau tanda -. Tanda + membawa makna fitur tersebut wujud
pada perkataan yang dianalisis maknanya.Tanda – pula bermakssud fitur tidak
wujud bagi perkataan tersebut. Umpamanya:
Tumbuhan + bernyawa
Perabot – bernyawa
Maka
satu kata dalam sesuatu medan semantik yang sama dapat dibezakan daripada kata yang lain
dalam medan yang sama.
Bachelor
(noun)
(human) (animal)
(male)
(male) (who has the
first or lowestacademic degree) (young)
(who
has never married) (young knight
serving (Fur seal
when without mate
under the
standard
during the breeding)
of another
knight)
Rajah: Analisis Komponen Kata ‘bachelor’
4.0 PENERANGAN RAJAH KATZ DAN FADOR DALAM
MENGANALISIS KOMPONEN BAGI KATA 'BACHELOR'.
4.1 Bertepatan rajah di atas, dapatlah
dihuraikan iaitu kata `bachelor’ tergolong dalam golongan kata nama (noun) yang
dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat utama fitur iaitu manusia (+human)
dan fitur haiwan (+ animal).
4.2 Kata `bacheolar’ yang dikelompokkan dalam
fitur manusia (+human) mempunyai tiga kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu
:
(a)Lelaki (+male)
perwira muda
(b)Lelaki (+male)
lelaki yang belum berumah tangga
(c)Lelaki (+male)
pemegang ijazah pertama
4.3 Sekiranya `bachelor’ yang dipilih fitur
lelaki (+male) pahlawan muda, maka komponen makna yang perlu dimasukkan ialah :
(a)`bachelor’ :
[+noun, +human, +male, -male, -married, -animal, +young
knight, -who has the lowest academis degree]
Bagi
`bachelor’ yang dipilih adalah lelaki yang belum berumah tangga, maka komponen
makna yang perlu dimasukan ialah :
(b)`bachelor’:
[+noun, +human, +male, -male, -married, -animal,-young knight, -who has the lowest academis degree]
Kemudianya `bachelor’ yang merujuk kepada pemegang ijazah
pertama yang mempunyai komponen makna seperti berikut :
(c)`bachelor’:[=noun ,+human, +/-married, -animal, -young knight, +who has the lowest bacademis degree]
Akhirnya `bachelor’ yang merujuk haiwan (+animal), komponen
makna yang
dimasukkkan ialah :
(d)`bachelor’:[+noun, -human, +male, -married, -young knight, -who has the lowest academic degree, +young fur
seal without mate during breeding]
5.0 CONTOH PERKATAAN
DALAM BAHASA MLAYU DNGAN MENGGUNAKAN TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA.
5.1 Perkataan ‘Hulu’
Perkataan
‘hulu’ mampu dimaksudkan dengan
istilah:
a) .Hulu tempat kampung
b) .Hulu merujuk kepada orang
c) .Hulu benda parang
d) .Hulu tempat sungai
Analisis kata ‘hulu’
menggunakan rajah analisis komponen makna
A Kupasan analisis kata 'hulu'.
Kata hulu dalam golongan
kata nama yang dikelompok kepada empat fitur atau sifat iaitu fitur (+hulu
parang), fitur (+hulu sungai), fitur (hulu kampung), dan fitur (+orang hulu).
B Analisis kata `hulu’ benda parang
dengan menggunakan simbol + dan –
`Hulu parang’: [+kata nama, +
dibuat daripada kayu, - karat, + tahan lama, +melambangkan kebudayaan dan cara
kehidupan suku kaum, -tajam ,+keras , -lembut , + senjata]
C. Analisis kata `hulu’ tempat sungai dengan menggunakan simbol
+ dan -
`Hulu sungai’: [+ kata nama,
+deras, +hakis, +bersih, - penduduk, + terpencil, +tempat]
D. Analisis kata `hulu’ tempat kampung dengan menggunakan simbol
+ dan –
`Hulu kampung’:
[+kata nama, +terpencil, +pedalaman, +penduduk, -kemudahan asas, + tempat, -kota]
E. Analisis kata
`hulu’orang dengan menggunakan simbol + dan –
`Orang
hulu’: [+kata nama, + pedalaman, - adat, - bersopan, +rendah martabat, -tempat,
-benda.
5.2 Perkataan
‘ kumbang ‘
Kata ‘ kumbang ‘ mampu dianalisis
merujuk kepada :
a.
Manusia
b.
Haiwan
Analisis kata ‘ kumbang ‘ menggunakan rajah analisis
kata komponen makna
A.
Kupasan analisa kata ' kumbang'
Perkataan
‘kumbang' ialah kata nama. Perkataan ini
tergolong dalam kata yang dikelompokkan kepada dua fitur iaitu
fitur ( + manusia ) dan fitur ( +
haiwan )
B.
Analisis kata ‘ kumbang' merujuk manusia dengan menggunakan simbol + dan -
Perkataan
‘ kumbang' ( manusia) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, + bujang, + muda +
belum berumah tangga - lelaki] .
C.
Analisis kata ‘ kumbang ‘ haiwan dengan menggunakan simbol + dan –
Perkataan
‘ Bunga ‘ (tumbuhan) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, + cantik, +
berwarna , +lembut, - keras].
5.3 Perkataan ‘ Haji'
Perkataan
‘ haji' mampu diistilahkan dengan merujuk kepada :
a.
manusia
b.
Ibadat/perbuatan
Analisis kata ‘ haji ‘menggunakan rajah analisis
komponen makna
A. Kupasan analisis kata ‘ haji'.
Perkataan
‘ Haji' ialah kata nama. Perkataan ini tergolong dalam kata yang dikelompokkan
kepada dua fitur iaitu fitur
( + manusia) dan fitur ( + benda)
B.
Analisis kata ‘ Haji' merujuk manusia dengan menggunakan simbol + dan -
Perkataan
‘ jaji' ( manusia) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, + lelaki, + bernyawa
+ kata gelaran, - lelaki] .
C.
Analisis kata ‘ Haji' merujuk benda dengan menggunakan simbol + dan –
Perkataan
‘ Haji' merujuk (benda ) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, +
perbuatan, + berperaturan, -ditulis].
5.4
Perkataan ‘ Perang'
Perkataan
‘ Perang ‘ merujuk kepada :
a. Situasi
b. Warna
Analisis kata ‘ perang’ menggunakan rajah
Analisis Komponen Makna
A.
Kupasan analisis kata 'perang'.
Perkataan ‘ perang' ini tergolong dalam kata adjektif yang
dikelompokkan kepada dua fitur atau sifat yang utama iaitu fitur ( + pakaian)
dan fitur ( +rambut)
B.Analisis
kata ‘ perang' bermaksud warna dengan menggunakan simbol + dan -
Perkataan
‘ perang'' mewakili perkataan bagi [ +
kata adjektif, + ketenteraan, + kekacauan + peluru, - ktenteraan] .
C.
Analisis kata ‘ perang' mrujuk benda dengan menggunakan simbol + dan –
Perkataan
‘ perang‘ mewakili perkataan bagi [ +
kata adjektif, + pakaian, + rambut , +
cantik -keras ].
5.5 Perkataan ‘ Kipas ‘
a.
Benda
b.
Perbuatan (mengampu)
+ alat penyejuk
+ adu domba
+ tidak bernyawa
+ kata-kata manis
+ keras -
ikram muslimin
+ elektrik
- pandai
Analisis perkataan ‘ Kipas' menggunakan rajah
Analisis Komponen Makna
A.
Kupasan analisis kata 'perang'
Perkataan
‘ kipas' ‘ ialah kata nama. Perkataan ini tergolong dalam kata yang
dikelompokkan kepada dua fitur
iaitu fitur ( + benda) dan fitur ( +perbuatan )
B.
Analisis kata ‘ kipas' dengan
menggunakan simbol + dan -
Perkataan
‘ kipas' ( benda) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, + alat penyejuk , +
keras – pandai ] .
c.
Analisis kata ‘ kipas' benda dengan menggunakan simbol + dan –
Perkataan
‘ kipas‘ (perbuatan) mewakili perkataan bagi [ + kata nama, +kata-kata manis ,+ adu
domba, - ikral muslimin ].
6.0 KESIMPULAN.
6.1 Semantik adalah istilah teknikal yang
merujuk kepada kajian makna. Perkataan semantik
adalah sebahagian dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan
penyelidikan makna dan erti dalam suatu bahasa pada umumnya. Semantik adalah
satu bidang kajian linguistik yang mengkaji makna.
6.2 Mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu jdapat membantu
seseorang memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, disamping
memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.Makna perkataan bukan
sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri
daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya merupakan ‘ inti makna’.
6.3 Teori bagi analisis komponen menyediakan
cara yang sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa untuk
memerihal hubungan makna yang didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa dan
dengan satu andaian iaitu komponen-komponen ini bersifat universal dan merentas
pelbagai bahasa. Ianya merupakan cara untuk mengzahirkan sejelas mungkin
hubungan sistemis antara perkataan. Maka makna-makna yang terkandung dalam setiap perkataan itu
dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.
( 2007 patah perkataan )
7.0 RUJUKAN
Bahasa Melayu, Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI).
Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II, Selangor Darul
Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Indirawati Zahid, 1995. “Semantik Leksikal
dalam Peribahasa Melayu”. Ijazah Sarjana. Jabatan
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003.
Brunei
Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Linguistik, 1997. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd
Ra'in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdullah Yusuf & Dr. Norul Haida Reduzan, (2012) BML 3083
Semantik dan Pragmatik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan