Rabu, 4 Februari 2015

PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN




NO
TAJUK / TOPIK
CATATAN
1
PENGENALAN


2
OBJEKTIF


3
TENTETIF PERLAKSANAAN


4
PENGELOLAAN / PENGANJURAN


5
PENAJA UTAMA


6
SASARAN PESERTA


7
BAYARAN PENYERTAAN


8
JAWATAN KUASA PENGELOLA


9
MANUAL ORGANISASI


10
ATURCARA


11
ANGGARAN BELANJAWAN


12
PERATURAN DAN SYARAT


13
PENUTUP







TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Jasin.
DENGAN KERJASAMA
Jabatan Pelajaran Daerah Jasin.
Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Jasin.
TARIKH
27 & 28 September hingga  2014 (Sabtu dan Ahad)
TEMPAT
Kompleks Sukan Jasin, Melaka.


 
KEJOHANAN SQUASH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
DAERAH JASIN
TAHUN 2014
1.0       PENGENALAN.
1.1       Sukan Squqsh merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat pelapis bawah 15 tahun.
1.2       Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dibawah umur 12 tahun di negeri Melaka khusunya dengan penganjuran Kejohanan Squash Peringkat Sekolah Rendah. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian belia dan Sukan dan menjadikan negeri Melaka pelopor kepada usaha mencari juara tenis negara menjelang 2020.

2.0       OBJEKTIF
2.1  Memperkenalkan dan mempromosikan sukan squash di kalangan generasi akar umbi
2.2  Memajukan sukan squash sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
2.3  Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan mempunyai daya ketahan diri yang seimbang yang merangkumi kecerdasan rohani, kecergasan jasmani, kecedrasan intelek dan kemahiran soaial yang terpuji.
2.4  Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Jasin terutama dalam pembangunan sukan squash.

3.0       TENTATIF PELAKSANAN
Tarikh       :   27 dan 28 September 2014 (Sabtu dan Ahad) 
Masa        :   8.00 pagi- 6.00 petang
Tempat     :   Kompleks Sukan Jasin, Melaka.

4.0       PENGELOLAAN/ PENGANJURAN
Pejabat PelajaranDaerah Jasin, Melaka.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Jasin.

5.0       PENAJA UTAMA 
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

6.0       SASARAN PESERTA  
6.1  Pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun Daerah Jasin, Melaka.

7.0       BAYARAN PENYERTAAN
7.1  Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5 (meliputi minum pagi, makan tengahari)

8.0       JAWATANKUASA PENGELOLA
8.1  Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Pejabat          Pelajaran Daerah Jasin.
Penaung :                                                        Y.B Dato’ Seri Utama Zain Azrai
Penasihat:                                                       Y.Bhg Haji Noh Gadut
Ketua Pengelola:                                            Afrah Azwa Bt Halmi
Timb. Ketua Pengelola 1:                               Ashylani Hikmah Bt Zamhari
Timb. Ketua Pengelola 2:                                Ismawati Bt. Ishak
Setiausaha:                                                      Nor Laila Bt. Abdul Kadir
Bendahari:                                                       Salmah Bt. Jusoh
Jawatankuasa  Kecil:  
Pengurusan Majlis:                                          Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin
Penyelaras Program:                           Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi
Penyelaras Peralatan:                                      Veera a/l Kunasegaran
Penyelaras Kepengadilan:                               Mohd Salleh bin Idris
Penyelaras Kebajikan & Cendramata:            Siti Halijah Bt Rohani
Penyelaras Protokol:                                       Mohd Ikram bin Mohd Amin
Penyelaras Publisiti:                                        Mohd. Kasim bin Selamat 
Penyelaras Cenderamata dan Makanan:         Nor Alya binti Afendi
Penyelaras Persiapan Gelanggang:                  Mohd Adnan bin Sidin.
Penyelaras Pendaftaran:                                  Eng Enk Kee
                         
9.0       MANUAL ORGANISASI.
Bil
Tugas dan Tanggungjawab
1
PENGERUSI

1.0
1.1
1.2
1.3
1.4


Menyediakan Kertas Kerja Dasar Projek.
Berurusan dengan pihak Ko Kurikulum dan HEP
Menyelia semua mesyuarat projek.
Memastikan kelancaran gerak kerja projek.
Menyediakan dan menyerahkan laporan akhir projek.
2
TIMBALAN PENGERUSI

2.1
2.2

Menggantikan tempat dan semua tugas pengarah ketika pengarah tiada.
Membantu pengarah dalam melaksanakan gerak kerja projek.
3
SETIAUSAHA

3.1
3.2
3.3

Menyediakan surat-surat berkenaan dengan projek.
Menyediakan minit mesyuarat projek.
Menyediakan laporan sepanjang projek berlangsung.
4
BENDAHARI

4.1
4.2
4.3


Menguruskan pendapatan dan perbelanjaan projek.
Menyediakan anggaran belanjawan projek.
Menyediakan laporan belanjawan projek.
5
JAWATANKUASA PUBLISITI

5.1
5.2

Menyediakan Banner/ Iklan
Publisiti kepada semua warga SKPM
6
JAWATANKUASA CENDERAMATA DAN MAKANAN

6.1
6.2

Menguruskan cenderamata
Menyediakan makanan
7
JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN

7.1
7.2

Menguruskan gelanggang pertandingan
Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
8
JAWATANKUASA URUSETIA DAN PENDAFTARAN

8.1
8.2
8.3

Membuat tag nama AJK
Pendaftaran peserta
Menyambut Tetamu
9
JAWATANKUASA PENGADILAN

9.1

Menjadi pengadil pertandingan
           

10.0    ATURCARA
27 September 2014 (Sabtu)
08.30 am - 12.00  pm           : Perlawanan pusingan pertama
03.00 – 07.00 pm                 : Perlawanan pusingan kedua
28 September 2014 (Ahad)
08.30 – 12.00 pm                 : Perlawanan suku akhir
02.00 – 4.00   pm                  : Perlawanan separuh akhir
04.45 – 5.00   pm                   : Ketibaan Tuan Guru Besar dan para jemputan
05.15 – 06.00 pm                  : Perlawanan akhir
06.15 – 07.00 pm                  : Majlis penyampaian hadiah
                                                   Jamuan ringan
                                                   Bersurai

11.0    ANGGARAN BELANJAWAN.
11.1     Perbelanjaan.
PERKARA
BAJET
JUMLAH(RM)
Minum pagi  untuk perta, pengurus, pengadil dan guru pengiring
RM 5.00 X 200 orang
1000.00

Makan tengahari untuk peserta, pengurus, pengadil   dan guru pengiring
RM 10.00 x 200 orang
2000.00

Sewaan/Utiliti
RM 500.00
500

Khemah (VIP dan Peserta)
RM 150 x 6 buah
900.00

Minuman (Air Mineral)
RM 5.00 x 100 kotak
500.00

Hadiah Pemenang
RM 750.00 (Johan)
RM 500.00 (kedua)
RM 300 X 6 (Ketiga)
750.00
500.00
300.00

Cenderamata
RM 100.00 x 15
1500.00

Urusan Pentadbiran

500.00

Banner
RM 150.00 x 1
150.00

JUMLAH (RM)

8600.00

11.2     Pendapatan.
PERKARA
JUMLAH
Bayaran daripada peserta
(RM 20 x 150 buah penyertaan)
3000.00
Sumbangan Penaja-Penaja
2600.00
Peruntukan JPN/JBS Negeri Johor
3000.00
JUMLAH (RM)
8600.00

12.0     PERATURAN DAN SYARAT
12.1     PERATURAN UMUM
Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Squash Malaysia. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Johor ( MSSJ ) Edisi 2008 dan Peraturan-peraturan Pertandingan Squash  MSSD Jasin Tahun 2009.
12.2     PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan matlamat penganjuran
12.3     JENIS PERTANDINGAN
12.3.1  Kejohanan Individu.
12.4     HADIAH – HADIAH
12.4.1  Acara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga
12.5     ACARA PERTANDINGAN
12.6     Setiap Sekolah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 6 ) orang peserta bagi setiap acara individu.
12.7     PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA
12.7.1  Pendaftaran peserta yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat Dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Disket dan / Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar
12.7.2  Setiap Peserta  hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi Sekolah Rendah)
12.7.3  Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta berumur 10 tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 dan sebaliknya )
12.8     PENGESAHAN PESERTA – PESERTA
12.8.1  Penganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 10 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah .
12.8.2  Nama-nama   peserta   yang   akan   mengambil   bahagian  dalam semua acara
hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.
(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN )
12.9     TAKLIMAT PENGURUS – PENGURUS PASUKAN
12.9.1  Semasa taklimat  ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan
12.10   PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
12.10.1            Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
12.10.2            Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
12.10.3            Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan
12.11   MELAPORKAN DIRI PESERTA
12.11.1            Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
12.11.2            Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik  dalam arena pertandingan
12.11.3            Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.
12.11.4            Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap
12.11.5            Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan  nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
12.11.6            Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri
12.12   PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
12.12.1            Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta
12.13   MEMANASKAN BADAN
12.13.1            Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan
12.14   BANTAHAN
12.14.1            Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut  :
a.                     Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta  tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru kelak.
b.                     Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah  
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal
c.                     Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir
d.                     Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja )
12.15   HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
12.15.1            Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSD Johor Bahru, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
12.15.2            Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSD Johor Bahru atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Tenis MSSD Johor Bahru.
12.16   HAL – HAL LAIN
12.16.1            Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
12.16.2            Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
12.16.3            Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :
Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan
Semasa kejohanan dijalankan
Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

12.16.4            Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

13.0    PENUTUP
 13.1    Adalah amat diharapkan agar program yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Semoga usaha yang murni ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk hidayah dan juga keberkatan, dan dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya.
13.2     Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.