Tugasan 1.
No
|
Isi
kandungan
|
Catatan
|
1.0
|
Pengenalan
|
|
2.0
|
Modul
pertama aras rendah bagi kemahiran membaca
|
|
3.0
|
Modul
kedua aras sederhana bagi kemahiran membaca
|
|
4.0
|
Modul
ketiga aras tinggi bagi kemahiran membaca
|
|
1.0 Pengenalan.
1.1 Standard Kandungan Kemahiran Membaca
menentukan keupayaan murid supaya
berkebolehan
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan
perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu
dan
bahan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
Di samping itu, murid berupaya menghayati teks
yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran
kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh
murid
dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.
1.2 Standard Kandungan
Kemahiran Membaca
merangkumi beberapa pencapaian kemahiran dan murid
patut mengetahui dan boleh:
2.2
Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber
dengan
sebutan yang betul.
2.3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi
yang betul.
2.4
Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan
untuk memberi respons dengan betul.
2.5
Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam
pelbagai bahan dengan betul.
2.6
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk
minat
membaca.
1.3 Standard
Pembelajaran Kemahiran Membaca pula memaparkan tuntutan seperti berikut. Antaranya:
2.2.1
Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran
dalam
ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2.2.2
Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding,
digraf
dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan
bacaan
dengan sebutan yang betul.
2.2.3
Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan
dengan
sebutan yang betul.
1.4 Kemahiran Membaca Tahun 3, merangkumi
2.3.1
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat
dengan
lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
2.3.2
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi ayat tunggal susunan
biasa
dan susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.
2.4.1
Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti pertautan idea dalam
bahan
multimedia bagi membuat ramalan dengan tepat.
2.4.2
Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk membuat
penilaian
dengan betul.
2.4.3
Membaca dan memahami maklumat yang tersirat dengan tepat daripada bahan
mutimedia
yang sesuai untuk membuat penilaian dengan betul.
2.5.1
Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi ayat dengan betul.
2.5.2
Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan
bukan
grafik dengan betul.
2.5.3
Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat
kepada
bentuk bukan grafik dengan betul.
2.6.1
Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah
kosa
kata umum dan kosa kata istilah.
2.6.2
Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan bukan sastera untuk mendapat
ilmu
pengetahuan.
1.5 Semasa menyediakan strategi pengajaran
dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan
aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang
diajar.Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui
pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.
2.0 Modul pertama aras rendah
dalam kemahiran membaca.
TEMA: PATRIOTISME
TAJUK: Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
FOKUS:
Standard
Kandungan
2.2 Membaca
dan memahami, perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan
yang betul.
Standard
Pembelajaran
2.2.2
Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding,
digraf
dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada
akhir pengajaran murid dapat:
i.
membaca frasa yang mengandungi vokal berganding dan diftong dalam petikan
dengan sebutan yang betul.
ii.
membaca dan menyatakan maksud frasa yang terdapat dalam lembaran kerja.
PENGISIAN
KURIKULUM / ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Ilmu:
Kepimpinan
Nilai
Murni: Hormat, keberanian
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa:
Ayat tunggal , ayat majmuk
Kosa
kata: putera sulung,
bidang, mengenang jasa, mantan Perdana Menteri
Membaca
teka-teki
1.
Murid membaca dan menjawab teka-teki.
2.
Murid dipaparkan slaid gambar Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga
kini.
3.
Murid membaca nama-nama Perdana Menteri Malaysia yang dipaparkan.
4.
Murid membaca nama-nama mantan Perdana Menteri dan memadankan dengan memilih gambar
yang sesuai pada slaid menggunakan teknik klik dan seret.
KP:
Verbal linguistik
Bacaan
mekanis
1.
Murid dipaparkan dengan petikan mengenai Perdana Menteri Malaysia dalam bentuk
tayangan
slaid.
2.
Murid membaca dan mengajuk bacaan guru dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang
betul.
3. Murid
membaca secara individu, kumpulan dan kelas.
4.
Murid dan guru bersoal jawab tentang maklumat penting berdasarkan petikan.
Nilai
Murni: Menghargai
KP:
Verbal linguistik
Membaca
dan mengenal pasti frasa
1.
Murid membaca frasa-frasa yang digarisi dalam petikan dengan sebutan yang betul
dan dibimbing oleh guru.
2.
Murid mengenal pasti dan membaca frasa-frasa yang terdapat dalam petikan dan mewarnakannya.
Nilai
Murni: Kerajinan
KP:
Verbal linguistik
Membaca
dan menulis ayat
1.
Murid membaca frasa-frasa yang diberi dengan sebutan yang betul.
2.
Murid membina dan menulis ayat-ayat menggunakan frasa tersebut.
Nilai
Murni: Keberanian
Pemulihan
1.
Murid dibimbing membaca frasa yang diberi dan memadankannya dengan gambar yang
sesuai.
Pengayaan
1.
Murid membaca bahan bacaan dan mencari isi penting mengenai Perdana Menteri
melalui laman web yang dicadangkan.
2.
Murid membuat peta minda menggunakan isi penting tentang Perdana Menteri.
Nilai
Murni: Mengenang jasa
3.0 Modul kedua aras sederhana dalam kemahiran membaca
TEMA: SAINS
DAN TEKNOLOGI
TAJUK: E-mel
FOKUS
Standard
Kandungan
2.5 Membaca,
memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam
pelbagai
bahan dengan betul.
Standard
Pembelajaran
2.5.2
Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan
grafik
dengan
betul.
OBJEKTIF
Pada
akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca dan menyatakan maklumat daripada e-mel
dengan betul.
ii.
membaca dan menaakul dengan menyatakan maklumat dalam jadual jualan tiket
dengan betul.
Ilmu:
Sains dan Teknologi
Nilai
Murni: Menepati masa, Mematuhi
peraturan
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa:
Kata dasar
Kosa
kata: Kompleks, tertakluk,
pentadbiran, penginapan, komunikasi
Membaca
1.
Murid membuka e-mel mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan guru.
2.
Murid membaca kandungan e-mel yang telah dihantar dengan sebutan yang betul dan
jelas.
3.
Murid dengan guru membincangkankandungan e-mel yang telah dibaca.
KB: Mengesan
KP: Verbal linguistik
Membaca
dan memilih frasa
1.
Murid membaca dan menggariskan frasa daripada petikan e-mel.
2.
Berdasarkan frasa, murid menyenaraikan barang-barang yang boleh dan tidak boleh
dibawa masuk ke dalam bilik tayangan melalui pertandingan kumpulan.
3.
Murid membaca senarai frasa yang dipilih mengikut kumpulan.
Nilai:
Patuh, berdisiplin
KB: Menyusun mengikut urutan
Membaca
dan menyebut kata dasar
1.
Murid membaca perkataanberimbuhan yang diberi.
2.
Murid menyatakan kata dasar bagi perkataan berimbuhan yang dibaca.
KBT:
KB
Pemulihan
1.
Murid membaca jadual yang terdapat pada lembaran kerja.
2.
Murid menjawab soalan pemahaman secara terkawal berdasarkan jadual yang
disediakan.
Pengayaan
1.
Murid membaca rangkai kata yang terdapat dalam lembaran kerja.
2.
Murid membina ayat berpandukan rangkai kata dan menghantar melalui e-mel kepada
guru.
TMK
Lampiran
1
Pada
masa cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat ke Kompleks Falak Al-
Khawarizmi.
Kompleks ini terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Berikut merupakan
waktu
jualan tiket dan peraturan am untuk panduan saudara jika ingin melawat ke
sana.
WAKTU
JUALAN TIKET (Tayangan Planetarium dan Tayangan 3D)
WAKTU
JUALAN TIKET PAGI PETANG
Selasa
- Ahad dan Cuti
Am
9.30 pagi - 12.45 tengah hari 2.00 petang - 4.30 petang
Jumaat
9.30 pagi - 12.30 tengah hari 2.45 petang - 4.30 petang
PERATURAN
AM
Tidak
boleh merakam dan mengambil gambar di dalam panggung.
Waktu
tayangan adalah seperti tertakluk dalam jadual yang disediakan.
Barangan
yang dilarang oleh undang-undang tidak dibenarkan dibawa masuk.
Jika
anda ada membawa makanan, pastikan kebersihan dijaga.Buang sampah
ke
dalam tong sampah yang disediakan.
Beg
sekolah dan kasut perlu diletakkan di rak yang telah disediakan.
Semua
peralatan perlu mendapat keizinan daripada pihak pentadbiran sebelum
digunakan.
Pihak
kami tidak menyediakan penginapan dan makanan tetapi kami bersedia
menguruskannya.
Yang
benar,
Rogayah
Lembaran
Kerja 1
1.
Di manakah letaknya Kompleks Falak Al-Khawarizmi?
Kompleks
Falak Al-Khawarizmi terletak_______________________________
2.
Siapakah yang menulis e-mel tersebut?
E-mel
tersebut ditulis oleh ___________________________________________
3.
Senaraikan dua peraturan am semasa berada di sana.
a. ____________________________________________________________
b.
____________________________________________________________
4.
Hari apakah tayangan tidak diadakan?
Tayangan
tidak diadakan pada ____________________________________
5.
Siapakah yang akan menyediakan kemudahan sekiranya pengunjung
memerlukan
penginapan dan makanan?
_______________________________yang
akan menyediakan kemudahan
sekiranya
pengunjung memerlukan penginapan dan makanan.
4.0 Modul ketiga aras
tinggi aktiviti kemahiran membaca.
TEMA: KEBUDAYAAN
TAJUK: Kain
Tenunan Songket Melayu
FOKUS:
Standard
Kandungan
2.2 Membaca
dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan
yang betul.
Standard
Pembelajaran
2.2.3
Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan
dengan
sebutan yang betul.
OBJEKTIF
Pada
akhir pengajaran, murid dapat:
i.
membaca dan menyatakan maksud ayat daripada teks dengan sebutan yang betul.
ii.
membaca maklumat yang tercatat pada iklan dengan sebutan yang betul.
PENGISIAN
KURIKULUM / ELEMEN MERENTASKURIKULUM
Ilmu:
Kraftangan
Nilai
Murni: Ketekunan, Kreativiti
dan inovasi, keusahawanan
SISTEM
BAHASA:
Tatabahasa:
Frasa
Kosa
kata: songket, warisan, tenunan
Membaca
pantun
1.
Murid diminta melengkapkan pantun mengenai ‘Kain Songket’ yang diberi.
2.
Murid membaca pantun yangtelah dilengkapkan dengan sebutan yang betul.
Ilmu:
Kajian Tempatan
Nilai
Murni: Menghargai seni warisan
Membaca
teks
1.
Murid membaca teks ‘Kain Songket’ pada slaid power point secara beramai-ramai.
2.
Murid dibimbing oleh guru membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.
Beberapa orang murid diminta membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
4.
Murid dibimbing membaca dan memahami frasa-frasa berkaitan dengan ‘Kain
Songket’
Contoh
frasa:
tenunan
songket, benang sutera halus, benang emas
KP: Verbal linguistik
Membaca
catatan perbincangan
1.
Murid diagihkan dalam beberapa kumpulan.
2.
Guru memberikan tugasan di dalam kumpulan untuk murid membezakan kain songket dahulu
dan sekarang berdasarkan teks.
3.
Murid membaca hasil perbincangan kumpulan tentang perbezaan kain songket dahulu
dan sekarang.
Nilai
Murni: Kerjasama,
berani
Kreativiti
dan inovasi: Keusahawanan
KB: Klasifikasi,
membanding beza
BCB:
Bacaan
intensif
Pengayaan
1.
Murid membina dan menulis ayat dengan betul.
2.
Murid membaca dan memahami teks dengan sebutan yang betul.
Lembaran
Kerja 1
Lengkapkan
pantun dan baca dengan
sebutan
dan intonasi yang betul.
Kuih
bangkit sejenis _______________________________,
Disaji
bersama dengan _____________________;
Kain
songket seni __________________________________,
Menjadi
warisan zaman _____________________.
minuman
makanan berzaman tenunan
Lampiran
1
Baca
dan tuliskan frasa yang berwarna . (Slaid Power Point)
Dahulu songket ditenun menggunakan
benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja. Kini, kain songket ditenun dengan menggunakan
benang kapas. Songket mula dipakai
oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket
menjadikannya sesuai sebagai pakaian tradisi. Kain songket
turut
dipelbagaikan dalam menghasilkan barangan seperti beg, bingkai gambar, kasut, hiasan dinding, kusyen dan
sebagainya. Songket lambang kehalusan, seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kedatangan pedagangpedagang ke Tanah Melayu memperkembangkan lagi hasil tenunan tempatan. Tenunan songket mula
berkembang di beberapa buah negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Tugasan 2.
No
|
Isi kandungan
|
Catatan
|
1.0
|
PBS dan cabarannya
|
|
2.0
|
Aktiviti atau instrumn PBS
|
|
3.0
|
Wajaran dalam pelaksanaan PBS
|
|
4.0
|
Matlamat kemahiran membaca
|
|
5.0
|
Kesimpulan
|
|
1.0 PBS dan
cabarannya.
Proses
perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan
akan mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha
menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan
mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana,
cermat dan hormat.
PBS
ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh
dunia. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan
industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai
ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam
kalangan murid, guru dan masyarakat.
Secara
peribadi saya dapati bahawaPenilaian
berasaskan Sekolah (PBS) merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan
kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. PBS bertujuan untuk menyediakan satu set
indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain
menguji penguasaan dan pencapaian.
PBS
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang murni. PBS adalah pentaksiran yang bersifat holistik
iaitu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (fizikal). PBS juga selaras
dengan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK), Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
Kompenan PBS terdiri daripada dua
kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akedmik ialah pentaksiran
sekolah dan pentaksiran pusat manakala bukan akademik ialah Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. Selepas akhir satu unit pembelajaran,
pendidik memberikan lagi ujian sumatif untuk menilai sejauh mana murid telah
menguasai apa yang telah dipelajari .
Pendidik dituntuti merancang,
membina, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor pentaksiran sekolah. Instrumen pentaksiran yang boleh dilakukan
adalah seperti lembaran kerja, tugasan bertulis, pemerhatian, kuiz, senarai
semak dan sebagainya.
Murid
akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan
tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian
pembelajaran murid.
Guru
sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka, keperluan latihan dalam perkhidmatan
(Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum
(hands-on). Ladap berbentuk ceramah,
taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu kepada proses ubah
suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan
PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.
Banyak
data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru hendaklah dibuat
dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan
kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti
urusan stok dan percetakan.
2.0 Aktiviti atau
instrument PBS.
Saya
juga dapati bahawa telah digalurkan
aktiviti atau instrumen
pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan sebagainya.
3.0 Wajaran dalam
perlaksanaan PBS.
Izinkan saya paparkan beberapa
keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan
dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP
|
PAJSK
|
PS
|
PP
|
Prasekolah
|
20%
|
80%
|
-
|
Tahun 1 –
Tahun 3
|
30%
|
70%
|
-
|
Tahun 4 –
Tahun 6
|
20%
|
50%
|
30%
|
Tahun 7 -
Tahun 9
|
20%
|
30%
|
50%
|
Tahun 10 –
Tahun 12
|
10%
|
10%
|
10%
|
§ Pentaksiran Sekolah (PS)
§ Pentaksiran Pusat (PP)
§ Pentaksiran
Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§ Pentaksiran Psikometrik dilapor secara
berasingan
4.0 Penilaian kemahiran membaca.
Saya juga ingin mengaitkan penilaian kemahiran membaca dalam PBS. Ia merupakan kemahiran penting yang
perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk
guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca
merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan
,intonasi dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Izinkan saya berikan penekanan berkaitan ciri-ciri penilaian membaca,
antara iaialah seperti berikut:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai
perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
5.0 Matlamat Kemahiran Membaca.
Sementara matlamat dalam
penilaian kemahiran membaca dibahagikan kepada matlamat persepsi, matlamat
kognitif dan matlamat afektif. Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada skop
utama iaitu mengenal pasti idea keseluruhan, mengenal idea utama dan sokongan
dan membuat ramalan dan kesimpulan.
6.0 Kesimpulan
PBS ialah bentuk
pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada
orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan
bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina
Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib
berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia
bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan,
manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap
dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.
Cabaran pelaksanaan PBS
memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih
wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.