Selasa, 21 Mac 2017

KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA SENDI NAMA BAHASA MELAYU MELALUI PENGUNAAN LAMAN SESAWANG/INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN LIMA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL ALAMANDA, ALAMANDA,

DAFTAR KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1
PENDAHULUAN
3
4.2
PROFIL RESPONDEN
5
4.3
SKOR PENCAPAIAN .
6
4.4
DAPATAN INFERENSI
7
4.5
DAPATAN TEMU BUAL
9
4.6
KESIMPULAN.
9




BAB 5 TINJAUAN LITERATUR

5.1
PENDAHULUAN
15
5.2
RINGKASAN KAJIAN
17
5.3
PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN.
24
5.4
KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN.
35
5.5
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN.

5.6
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.

5.7
KESIMPULAN.
36












3.6
ANALISA DATA
40
3.7
RUMUSAN
41

RUJUKAN
43




BAB 4             ANALISIS KAJIAN

4.1       Pendahuluan.
4.1.1    Bab ini menganalisis dapatan kajian secara deskriptif dan inferensi. Dapatan yang diperoleh dikategorikan mengikut penggredan A, B, C (lulus), D dan E (gagal) seperti dalam Jadual 4.1 di bawah.
GRED SKOR MARKAH (%)           KATEGORI
A         80 – 100          Lulus
B         60 – 79            Lulus
C         40 – 59            Lulus
D         39 – 20            Gagal
E          0 – 19  Gagal

Jadual 4.1 Kategori Gred Dan Skor Markah
(Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)

4.1.2    Dalam analisis deskriptif dan inferensi yang dilaksanakan ini, adalah menggunakan perisian Statistical for social science (SPSS). Ini adalah untuk menguji kesignifikan kajian yang telah dijalankan dan membuat perbandingan hasil dapatan antara kaedah penilaian secara konvensional dan kaedah menjawab melalui aplikasi laman sesawang.

4.2       Profil responden.
4.2.1    Seramai 16 orang responden merupakan murid Tahun 5 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Alamanda, Alamanda, Melaka. Senarai responden seperti mana Jadual 4.2. (Rujuk Lampiran) Murid-murid  ini terdiri daripada murid yang berstatus baik, sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik di sekolah. Pemilihan murid pelbagai kelas ini adalah bagi memastikan kajian yang dijalankan ini mempunyai kesahan dan mencapai matlamat.
4.2.2    Manakala taburan responden mengikut jantina ditunjukkan oleh Jadual 4.3 iaitu 100% sampel adalah berbangsa India. Taburan responden mengikut jantina ialah 50.0% atau 8 orang murid adalah responden lelaki. Manakala 50.0% atau 8 orang adalah responden perempuan. Merujuk jadual di bawah, bilangan murid lelaki  murid perempuan adalah seimbang.

JANTINA MURID                FREKUENSI             PERATUS
Lelaki                                      8                                  50.0
Perempuan                              8                                  50.0
Jumlah                                     8                                  100

JADUAL 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.3    Dari segi latarbelakang pekerjaan ibu bapa responden, merujuk Jadual 4.4 didapati  8 orang atau 50.0% bapa responden adalah bekerja dengan kerajaan. Bapa responden yang bekerja swasta pula ialah 4 orang iaitu 25.0%. Manakala 4 orang atau 25.0% adalah bapa responden yang bekerja sendiri.
JENIS PEKERJAAN             FREKUENSI             PERATUS
Kerajaan                                  8                                  50.0
Swasta                                     4                                  25.0
Sendiri                                     4                                  25.0
Tidak bekerja                          0                                  0
Jumlah                                     16                                100
JADUAL 4.4 Taburan Pekerjaan Bapa Responden


4.2.4    Analisis maklumat tentang pekerjaan ibu pula boleh dilihat pada Jadual 4.5, iaitu seramai 4 orang atau 25.0% adalah bekerja kerajaan, 8 orang atau 50.0% bekerja swasta, 2 orang atau 12.5% bekerja sendiri dan seramai 2 orang atau 12.5% mewakili ibu responden yang tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
JENIS PEKERJAAN             FREKUENSI             PERATUS
Kerajaan                                  4                                  25.0
Swasta                                     8                                  50.0%
Sendiri                                     2                                  12.5%
Tidak bekerja                          2                                  12.5%
Jumlah                                     16                                100
JADUAL 4.5 Taburan Pekerjaan Ibu Responden

4.2.5    Berhubung tentang kemudahan komputer responden, didapati semua responden iaitu 100% responden mempunyai kemudahan komputer di rumah. Manakala kemudahan aplikasi jaringan internet pula iaitu merujuk pada Jadual 4.6, didapati  12 orang responden iaitu 75% mempunyai kemudahan internet di rumah dan 4 orang atau 25% tiada kemudahan tersebut.

RESPONDEN                                    FREKUENSI             PERATUS
Mempunyai internet                12                                75.0
Tiada Internet                         4                                  25.0
Jumlah                                     16                                100

JADUAL 4.6 Taburan Kemudahan Internet Responden

4.2.6    Berkaitan tentang tentang kebolehan menggunakan komputer, dapat dilihat pada Jadual 4.7 di mana 12 orang atau 87.5% responden boleh mengaplikasi penggunaan komputer dengan baik. Manakala hanya  4 orang responden atau 12.5% berada pada tahap lemah dalam penggunaan komputer.



RESPONDEN                                                            FREKUENSI             PERATUS
Boleh Menggunakan Komputer                      12                                87.5
Lemah Menggunakan Komputer                    4                                  12.5
Jumlah                                                             16                                100

JADUAL 4.7 Taburan Kebolehan Menggunakan Komputer Responden

4.2.7    Analisis tentang kemahiran menggunakan internet pula dapat dilihat pada Jadual 4.8, iaitu 10 orang atau 75.0% responden boleh menggunakan internet dan 4 orang atau 25.0% responden lemah dalam kemahiran tersebut.

RESPONDEN                                                            FREKUENSI             PERATUS
Boleh Menggunakan internet                          10                                75
Lemah Menggunakan Komputer                    6                                  25
Jumlah                                                             16                                100

JADUAL 4.8 Taburan Kebolehan Menggunakan Internet Responden

4.2.8    Analisis Dapatan Kajian Secara Deskriptif Dapatan ini akan memperihalkan analisis pencapaian antara kaedah penilaian secara konvensional dan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle. Antara pencapaian yang akan dihuraikan meliputi:
i. Min skor pencapaian murid penilaian secara konvensional.
ii. Min skor pencapaian murid penilaian melalui internet.
iii. Perbezaan min skor pencapaian penilaian secara konvensional dan penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle.


4.3       Skor Pencapaian.
4.3.1 Skor Pencapaian Ujian Penilaian Secara Konvensional

JADUAL 4.9 Skor Pencapaian Gred dan Min Skor Ujian Penilaian Konvensional

Gred                           Frekuensi                               Peratus
A                                         12                                        75.0
B                                          2                                        12.5
C                                          2                                         12.5
D                                         0                                          0
E                                           0                                          0
 Jumlah                              16                                        100
                                         n = 16                     min skor = 75.0
Merujuk hasil analisis dapatan kajian mengikut gred seperti dalam Jadual 4.9 di atas, tahap pencapaian responden dalam aspek Kata Sendi Nama Bahasa Melayu adalah tinggi. Ini kerana 12 orang responden iaitu 75.0% lulus dengan memperolehi Gred A. Seramai 2 orang responden pula iaitu 12.5% memperlehi Gred B. Manakala  2orang murid iaitu 12.5% memperolehi Gred C. Min skor pencapaian pula ialah 75.0%
 4.3.2 Skor Pencapaian Ujian Penilaian Melalui aplikasi laman sesawang.
 JADUAL 4.10 Skor Pencapaian Gred dan Min Skor Ujian Penilaian Melalui Aplikasi laman Sesawang (frog-vle).
 Gred                           Frekuensi                     Peratus
A                                 14                                87.5
B                                    1                                 6.25
C                                    1                                 6.25
D                                    0                                 0
E                                    0                                0
Jumlah                          16                                100
                                    n = 16             min skor = 87.5
Berdasarkan Jadual 4.10, murid yang mendapat Gred A adalah seramai 14 orang iaitu 87.5%. iaitu berlaku peningkatan sebanyak 12.5%. Keadaan ini memperlihatkan peningkatan pencapaian dengan penilaian konvensional. Gred B pula 1 orang iaitu 6.25%,. Begitu juga dengan gred C iaitu seorang dengan 6.25%.
Min skor pencapaian berada pada aras yang lebih tinggi iaitu 87.5
 4.3.3 Perbezaan Min Skor Ujian Konvensional dan Ujian Melalui Aplikasi Laman Sesawang (frog-vle).
 Berdasarkan Jadual 4.11 di bawah, min ujian penilaian konvensional ialah 75 dan ujian penilaian melalui internet 87.5. Ini menunjukkan terdapat hanya sedikit perbezaan min antara kedua-dua kaedah penilaian yang digunakan iaitu sebanyak  12.5.  Ini bermakna tahap pencapaian kedua-dua kaedah iaitu kaedah penilaian konvensional dan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang (frog-vle) adalah amat ketara.
JADUAL 4.11 Perbezaan Min Skor Ujian Konvensional dan Ujian Melalui Aplikasi laman Sesawang (frog-vle).
Pemboleh Ubah                                   Bil                               Min
Penilaian Konvensional                       16                                75
Penilaian Melalui frog-vle                   16                                87.5
Perbezaan Min                                                                        12.5

4.3.4 Kesimpulan Analisis Dapatan Kajian Secara Deskriptif
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada analisis dapatan secara deskriptif menunjukkan terdapat sedikit peningkatan pencapaian daripada ujian penilaian secara konvensonal (min skor = 75) kepada ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle (min skor = 87.5). Perbandingan kedua-dua kaedah penilaian ini memperlihatkan perbezaan min skor hanya sebanyak 12.5.  Oleh yang demikian, kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang (frog-vle) dilihat meningkatkan pencapaian murid dan memperlihatkan peningkatan pencapaian mereka dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam aspek Kata Sendi Nama Bahasa Melayu.

 4.4      Dapatan Inferensi
4.4.1    Dapatan inferensi yang akan dibincangkan lebih untuk menguji hipotesis kajian sama ada ia perlu diterima atau ditolak. Keputusan menerima atau menolak hipotesis dibuat berdasarkan Ujian-t dengan aras keyakinan 0.025 yang dibuat menggunakan perisian SPSS 13.0 melalui analisis Compare Means – Paired Sample T - Test. 4
4.4.2 Pengujian Hipotesis Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian penilaian secara konvensional dan penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle..
JADUAL 4.12 Keputusan Ujian-t Penilaian Konvensional dan Penilaian Melalui Pengunaan Aplikasi laman Sesawang(frog-vle).

Perbezaan                                     Selang Keyakinan               Nilai-t             Nilai-p       
Min         S. Piawai                         Bawah        Atas               
 -1.60           8.11                             -4.63          1.43                 -1.081              .289

* Signifikan pada aras keyakinan 0.025
Merujuk Jadual 4.12, hasil ujian-t menunjukkan t = -1.081 berada di dalam selang keyakinan iaitu antara -4.63 dan 1.43. Oleh sebab nilai p = .289 > 0.025, maka Ho tidak dapat ditolak secara signifikan. Ini memberikan kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor pencapaian ujian penilaian secara konvensional dan ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle.

4.5       Dapatan Temu Bual
4.5.1    Berdasarkan temu bual dengan 4 orang guru, dapatan menunjukkan bahawa semua guru yang ditemu bual bersetuju tentang kelebihan penggunaan aplikasi laman sesawang (frog-vle) khusus dalam aspek penilaian dan dijangka boleh membantu meningkatkan pencapaian murid jika diguna secara sistematik.
4.5.2    Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kaedah penilaian tersebut berbanding penilaian secara konvensional. Berikut adalah transkripsi dialog temu bual yang telah dijalankan antara pengkaji dengan 4 orang guru sekolah berkaitan yang bertujuan mendapatkan maklum balas tentang kelebihan kaedah penilaian melalui internet bagi guru berbanding penilaian secara konvensional.
Nota: Singkatan yang digunakan dalam transkripsi: P = Pengkaji G = Guru

4.5.1 Temu Bual Satu
P :        Melalui pengalaman pdp yang cikgu lakukkan, adakah penggunaan aplikasi laman sesawang frog-vle dalam aspek penilaian mempunyai kelebihan berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional?
G:        Saya lebih gemar mengunakan aplikasi laman sesawang frog-vle. Aplikasi ini lebih mudah dilaksanakan bagi item penilaian. Aplikasi ini juga dapat membantu dapatan analisan pemarkahan yang lebih cepat dan tepat. Cuma kemudahan perkakasan adalah terhad.

4.5.2 Temu Bual Dua
P :        Melalui pengalaman pdp yang cikgu lakukkan, adakah penggunaan aplikasi laman sesawang frog-vle dalam aspek penilaian mempunyai kelebihan berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional?
G:        Aplikasi pengunaan laman sesawang ini lebih menarik minat pelajar. Pelajar lebih selesa dan seronok berada di makmal komputer. Penilaian yang melibatkan bahan grafik dapat diaplikasi dengan lebih jelas. Penambahbaikan juga dapat dilakukan dengan lebih teratur.

4.5.3 Temu Bual Tiga
P :        Melalui pengalaman pdp yang cikgu lakukkan, adakah penggunaan aplikasi laman sesawang frog-vle dalam aspek penilaian mempunyai kelebihan berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional?
G: Penilaian yang dilaksanakan melalui aplikasi laman sesawang frog-vle amat menepati kehendak pendidikan alaf kini. Murid amat teruja dan dapat pengalaman baru yang sesuai dengan kepesatan pengunaan ICT.

4.5.4 Temu Bual Empat
P :        Melalui pengalaman pdp yang cikgu lakukkan, adakah penggunaan aplikasi laman sesawang frog-vle dalam aspek penilaian mempunyai kelebihan berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional?
G:        Saya sememang gemar aplikasi laman sesawang dilaksanakan.Kerja dan kos pengurusan kertas soalan juga dapat dikurangkan. Murid juga dapat pengalaman baru dan boleh mengulangkajinya di mana-mana saja.
4.6       Kesimpulan.
Kebanyakan responden mempunyai latar belakang pencapaian kemahiran asas tatabahasa yang memuaskan. Ini berdasarkan analisis ujian penilaian konvensional yang dijalankan. Terdapat perbezaan min skor setelah dijalankan ujian penilaian dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah penilaian secara konvensional dan kaedah penilaian melalui aplikasi pengunaan laman sesawang frog-vle.
Namun begitu, kaedah penilaian melalui pengunaan aplikasi laman sesawang ini memaparkan implikasi yang positif . Ini berdasarkan terdapatnya peningkatan min skor kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang.
Manakala dalam temu bual yang dijalankan terhadap guru dapat dijayakan dengan penuh hikmah. Guru-guru yang ditemubual memyatakan impak positif terhadap murid, guru dan sekolah.
Penggunaan aplikasi laman sesawang frog-vle khususnya dalam aspek penilaian dapat menjimatkan kos dan meringankan beban guru. Walau bagaimanapun wujud beberapa masalah mengganggu pelaksanaannya di sekolah seperti aspek kemahiran ICTdi kalangan guru, keberkesanan talian laman sesawang dan kemudahan perkakasan computer.

 BAB 5
KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, rumusan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan-cadangan kajian lanjutan.

 5.2 Ringkasan Kajian

5.2.1    Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah penilaian melalui internet berbanding penilaian secara konvensional bagi tajuk Kata Sendi Nama Bahasa Melayu Tahun 5. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Alamanda, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Alamanda, Alamanda, Melaka. Populasi dan sampel kajian terdiri daripada 16 orang  murid tahun lima.
5.2.2    Instrumen yang digunakan ialah ujian, dimana dua ujian dijalankan ke atas murid tersebut iaitu ujian penilaian secara konvensional dan ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle. Kedua-dua ujian tersebut diberikan setelah kumpulan eksperimen tersebut menjalani proses P&P berkaitan tajuk yang berkaitan.
5.2.3    Analisis data yang dibuat ialah mencari nilai min skor, perbandingan min skor dan ujian-t. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0. Min skor dan perbandingan min skor dianalisis menggunakan data deskriptif sementara. Compare Means T-Test digunakan untuk menguji hipotesis nul yang melihat pemboleh ubah yang mempunyai dua kaedah berbeza.

 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1    Kajian ini telah melihat hubungan antara kaedah penilaian dengan pencapaian murid. Kajian ini juga meneliti tentang perbezaan pencapaian murid apabila menggunakan kaedah penilaian melalui aplikasan laman sesawang frog-vle berbanding kaedah penilaian secara konvensional.
 5.3.2   Pencapaian Min Skor Ujian Penilaian Secara Konvensional Kajian ini telah mendapati min skor pencapaian ujian penilaian secara konvensional adalah pada tahap 75%.  Dapatan ini adalah merujuk kepada pencapaian gred responden dalam penilaian yang dibuat secara konvensional di mana seramai 12 orang murid (75%) memperolehi gred A, 2 murid (12.5%) memperolehi gred B dan  2orang murid lagi (12.5%) memperolehi gred C adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan responden bagi penilaian soalan Kata Sendi Nama bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 secara konvensional adalah baik.
5.3.3    Pencapaian Min Skor Ujian Penilaian Melalui Aplikasi laman Sesawang yang dijalankan telah mendapati, min skor bagi penilaian melalui internet berada pada tahap yang lebih tinggi iaitu 87.5. Pencapaian gred responden pula adalah seramai 14 orang (87.5%) memperolehi A dan seramai seorang murid (6.53%) memperolehi gred B dan seorang lagi murid (6.5%) memperolehi gred C. Dapatan kajian ini memperlihatkan terdapat sedikit peningkatan pencapaian dari penggunaan aplikasi internet bagi menjawab soalan penilaian Kata Sendi Nama bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang telah dikemukakan.

5.3.3 Perbezaan Min Skor Pencapaian Ujian Penilaian Konvensional dan Ujian Penilaian Melalui aplikasi laman sesawang frog-vle menunjukkan terdapatnya peningkatan yang signifikan min skor pencapaian ujian penilaian secara konvensional dan ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle.. Dapatan ini bermaksud pencapaian berdasarkan gred dengan menggunakan sesawang frog-vle memaparkan peningkatanberbanding penilaian secara konversional.
Justeru itu, pencapaian ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle  dalam aspek Kata Sendi Nama bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk 16 orang responden Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Alamanda, Alamanda, Melaka memaparkan peningkatan pencapaian terhadap responden berbanding dengan menggunakan ujian penilaian secara konvensional.

 5.4      Kesimpulan Dapatan Kajian
5.4.1    Kajian ini telah meneliti perbezaan min skor pencapaian yang terdapat antara responden yang menjalani kaedah penilaian secara konvensional dengan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle. Dapatan kajian menunjukkan terdaptnya peningkatan yang signifikan min skor pencapaian antara kaedah penilaian secara konvensional dengan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle.
5.4.2    Rumusan akhir yang dapat dibuat ialah kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional. Ini berdasarkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara ujian penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle berbanding ujian penilaian secara konvensional.
5.4.3    Sementara itu, dapatan temu bual yang dijalankan terhadap guru, menunjukkan bahawa aplikasi laman sesawang frog-vle mempunyai kelebihan dan kepentingannya dalam arus pembangunan ICT masa kini. Kemudahan laman sesawang ini sewajarnya dimanafaatkan sepenuhnya dalam proses P&P khususnya dalam aspek penilaian di samping memperbaiki kelemahan dalam beberapa aspek ICT di sekolah-sekolah.
Berikut adinyatakan beberapa kelebihan internet daripada dapatan temu bual yang dibuat; iaitu
a.         Pemeriksaan halaman jawapan dapat dilaksanakan secara automatik dengan cepat.
b.         Pemberian markah atau gred juga dapat dilaksanakan secara secara automatik.
c.         Dapat meminimakan, malah menjimatkan kos penggunaan kertas.
d.         Murid dapat melakukan ulangkaji dan semakan berkaitan soalan yang dijawab sehingga murid tersebut boleh mencapai tahap dikehendaki.
e.         Guru boleh mengadakan sesi pengayaan dengan menyediaan seberapa banyak soalan yang mampu dijawab oleh murid-murid pintar..

5.5       Implikasi Dapatan Kajian
Dapatan kajian boleh member beberapa implikasi kepada murid-murid, guru, pentadbir dan penggubal dasar seperti yang dinyatakan di bawah.
5.5.1    Implikasi terhadap murid.
Murid-murid menunjukkan minat, teruja dan tertarik dalam melakukan proses penilaian interaktif melalui laman sesawang frog-vle berbanding dengan kaedah penilaian secara konvensional yang telah biasa mereka alami.  Aplikasi kaedah penilaian interaktif melalui aplikasi laman sesawang frog-vle mampu memberi pengalaman baru kepada murid untuk berinteraksi. Kaedah penilaian ini juga dilihat dapat menyediakan satu proses pembelajaran secara kendiri dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan ICT sebagai salah satu proses pembelajaran mereka. Murid juga memeparkan kesungguhan yang positif dan amat berminat untuk beralih dari proses penilaian konvensional kepada proses penilaian interaktif melalui aplikasi laman sesawang frog-vle.
5.5.2    Implikasi terhadap guru.
Implikasi dapatan kajian terhadap guru, menunjukkan guru mempunyai pelbagai pilihan untuk mengurus perlaksanaan dalam memurnikan proses penilaian terhadap murid. Guru perlu berilmu dan berkeyakinan serta mempunyai hasrat  yang tinggi untuk mempelbagaikan proses penilaian dengan menggunakan kemudahan laman sesawang frog-vle. Dengan menggunakan kaedah penilaian interaktif melalui aplikasi laman sesawang frog-vle, guru dapat memberi penilaian atau latihan sebanyak mungkin yang dikehendaki tanpa membebankan guru dalam melakukan penandaaan kertas soalan.Kos penggunaan kertas juga dapat diminimakan. Penilaian yang diberi juga, boleh diulang sama ada di rumah atau di sekolah sehingga murid berkaitan dapat mencapai tahap pencapaian atau penguasaan yang dikehendaki tanpa perlu menyediakan set kertas soalan yang baru seperti dalam kaedah konvensional.
5.5.3    Implikasi kepada pihak Pentadbir Sekolah, Jabatan Pelajaran dan Kementerian.
Pihak pentadbir sekolah adalah pihak utama yang memainkan peranan dalam proses menjana pencapaian pelajar. Implikasi kajian memperlihatkan pihak sekolah perlu mengoak haluan dengan memberikan tumpuan kepada kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle  sebagai suatu proses pembelajaran kendiri yang berkesan.
Keprihatinan pihak jabatan dan kementerian pelajaran amat diperlukan bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Kemudahan ICT terutamanya berhubung dengan talian internet perlu ditingkat ketahap yang maksimun supaya proses penilaian yang dijalankan tidak terganggu dan dapat menampung akses yang tinggi.
Di samping itu, status dan penyelenggaraan peralatan ICT perlu dilaksanakan sepanjang masa dan dimaksimumkan status pengoperasiannya.Adalah lebih ideal jika seorang tenaga kerja yang mahir ICT diwujudkan dan melantik guru khas bagi setiap sekolah dalam mengurus perjalanan ICT sekolah. Suatu program pendidikan berasaskan aplikasi internet perlu direka bentuk dan diperluaskan sebagai kesinambungan pembelajaran yang telah dilaksankan di sekolah dapat diaplikasikan oleh murid juga di rumah.

5.6       Cadangan Kajian Lanjutan
5.6.1    Kajian pencapaian murid melalui kaedah penilaian secara konvensional dan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle hanya menumpukan dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Kata Sendi Nama.Hasil kajian hanya mempu menggunakan ukuran min skor dan ujian-t sahaja. Terdapat beberapa eleman lagi boleh digunapakai untuk mengkaji keberkesanan kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawang frog-vle. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini hanyalah ujian penilaian konvensional dan ujian penilaian interaktif melalui laman sesawang frog-vle sahaja.
6.6.2    Bagi kajian lanjutan pada masa akan datang, pengkaji seterusnya diseru agar dapat membina dan menggunakan laman sesawang  yang khusus untuk kajian ini. Ini adalah kerana kajian ini hanya menumpukan suatu aspek kemahiran tatabahasa Melayu iaitu berkaitan Kata Sendi Nama. Dicadangkan kajian akan datang dikembangkan lagi skop kepada kemahiran-kemahiran asas bahasa yang berikutnya yang terdapat dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

 5.7      Kesimpulan.
Kajian ini memberi beberapa implikasi terhadap aspek penilaian sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi murid Tahun 5 khususnya dan semua murid sekolah secara amnya.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penilaian interaktif melalui aplikasi laman sesawang amat positif untuk dibangunkan sebagai suatu proses latih tubi P&P dan ia juga menarik minat pelbagai warga sekolah untuk mula mengaplikasikan suatu kaedah penilaian melalui aplikasi laman sesawangg yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran khususnya dalam item tatabahasa dan pemahaman.
Kajian ini juga menunjukkan keberkesaanan kaedah penilaian interaktif melalui aplikasi laman sesawang dapat memurnikan minat murid sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Proses pengajaran dan embelajaran perlu bergerak selari dengan arus perkembangan ICT.

RUJUKAN
Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Md . Sidin Ahmad Ishak & Mohd Saleh Rahmad ( 1998 ) . Strategi Bahasa : Panduan Nahu  dan Retorik Untuk Penulisan . Kuala Lumpur : Penerbitan Universiti Malaya .
Mohd Salim Ahmad et.al (1994 ) . Penggunaan Tanda Baca dan Ejaan Dalam Penulisan Bahasa Melayu . Banting , Selangor : Jawatankuasa Penyelidikan Pembangunan SMK Datok dlm Madzniyah Md Jaafar , 1995 . Modul Kajian Tindakan : Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan , h.53-83
 Nik Safiyah Karim et. All ( 1992 ) . Tatabahasa Dewan , Jilid 2 : Perkataan : Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka Tuan Jah Tuan Yusof PHD.(2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19.
Iskandar Muda (2005).  Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35
Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Prosiding Seminar  Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84
Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR (Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24.
Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk Meningkatkan     Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195.

Rujukan Internet

Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat       mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.

Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan. Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf

Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA  2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan dipetik daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view=article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf


Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah. Diperoleh pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf

1 ulasan:

  1. Tahniah!!! Hebat Tuan Afendy menulis 👍🏻👍🏻👍🏻

    BalasPadam