LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM
/AKTIVITI KESIHATAN.
|
NO.
|
ISI KANDUNGAN
|
MUKA SURAT
|
1.0
|
PENGENALAN
|
1
|
2.0
|
TUJUAN DAN MATLAMAT
|
2
|
3.0
|
DASAR SEKOLAH
|
3
|
4.0
|
KEPENTINGAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
|
3
|
5.0
|
PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
|
4
|
5.1
|
PENDAHULUAN
|
4
|
5.2
|
RASIONAL
|
4
|
5.3
|
KEPERLUAN VITAMIN
|
5
|
5.4
|
STRATEGI PERLAKSANAAN
|
5
|
5.5
|
OBJEKTIF PERLAKSANAAN
|
5
|
5.6
|
CARTA ORGANISASI
|
6
|
5.7
|
KUMPULAN SASARAN
|
6
|
5.8
|
KAEDAH PELAKSANAAN
|
7
|
5.9
|
CARA PENYIMPANAN
|
7
|
5.10
|
KEBENARAN PEMBERIAN VITAMIN DAN MINERAL.
|
7
|
5.11
|
CARA PEMBERIAN MULTIVAMIN DAN MINERAL
|
8
|
5.12
|
KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN
|
8
|
5.13
|
LANGKAH-LANGKAH KESLAMATAN
|
8
|
5.14
|
PENGURUSAN DAN PENYELARASAN
|
9
|
5.15
|
RUMUSAN
|
10
|
6.0
|
PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
|
10
|
6.1
|
PENGENALAN RMT
|
10
|
6.2
|
OBJEKTIF RMT
|
11
|
6.3
|
ORGANISASI RMT
|
12
|
6.4
|
SUMBER KEWANGAN
|
13
|
6.5
|
KAEDAH KRITERIA MURID RMT
|
14
|
6.6
|
KAEDAH DAN PEMILIHAN TANDER UNTUK RMT
|
14
|
6.7
|
KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYELARAS MAKANAN
|
14
|
6.8
|
KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PESERTA
|
14
|
6.9
|
PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN RMT
|
14
|
6.10
|
PEMILIHAN BAHAN BAHAN MENTAH
|
14
|
6.11
|
MENU MAKANAN YANG DISEDIAKAN
|
15
|
6.12
|
CARA PENYEDIAAN MAKANAN RMT
|
15
|
6.13
|
KEBERKESANAN PENGURUSAN TERHADAP MURID
|
16
|
6.14
|
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM RMT
|
17
|
7.0
|
RUMUSAN
|
18
|
8.0
|
RUJUKAN
|
19
|
PROGRAM KESIHATAN DI SEKOLAH
1.0 PENGENALAN
1.1 Program
Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan
usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam
kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
1.2 Keutamaan
diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.
Kumpulan sasar bagi program ini adalah murid-murid yang terdiri daripada
pra-sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3.
2.0 TUJUAN DAN MATLAMAT
2.1 Program
kesihatan ini dirangka oleh kementerian bagi mencapai tujuan berikut:
2.1.1 Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling
optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan, pencegahan penyakit,
rawatan dan rujukan. 2.1.2 Melakukan
pengesanan awal terhadap masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang
pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat membuat rawatan dan
rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem
pendidikan khas.Menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat bagi membentuk
sebuah sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan
pembelajaran kesihatan yang berkesan.
2.1.3 Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga
kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.
2.1.4 Memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya penyakit seperti
AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.
2.1.5 Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan,
ceramah dan pameran dan menjayakan sebarang kempen kesihatan.
2.1.6 Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.
2.2 Tindakan
pihak kementerian melaksanakan program ini adalah berlandaskan rasional-rasional
berikut :
2.2.1 Mengurangkan masalah kesihatan di kalangan murid sekolah.
2.2.2 Dapat mengawal penyakit bawaan vektor.
2.2.3 Memantau tahap kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin
sekolah.
2.2.4 Memastikan dan membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di
sekitar sekolah.
2.3 Terdapat
enam Teras Utama dalam melaksanakan Program Kesihatan ini. Keenam-enam teras
ini merupakan satu kaedah pendekatan pihak kementerian untuk menjayakan program
ini. Antaranaya adalah:
2.3.1. Polisi Kesihatan Sekolah
2.3.2. Persekitaran fizikal sekolah
yang sihat dan selamat
2.3.3. Persekitaran sosial sekolah
yang selamat
2.3.4. Penglibatan komuniti
2.3.5. Kemahiran kesihatan diri
2.3.6. Perkhidmatan kesihatan
sekolah
2.4 Di
samping enam Teras Utama di atas, pihak kementerian menerusi program ini turut
mengambil kira beberapa kriteria berikut bagi menjayakan program ini dan agar
program ini sesuai dengan persekitaran dan iklim sekolah tersebut:
2.4.1 Kurikulum Sekolah
2.4.2 Keadaan Fizikal dan sosial sekolah
2.4.3 Perkhidmatan kesihatan sekolah
2.4.4 Peraturan dan garis panduan yang memberi impak kepada kesihatan
2.4.5 Sebarang program sekolah sihat, yang seharusnya dapat
meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah .
3.0 DASAR SEKOLAH
3.1 Dasar sekolah
merujuk kepada polisi sesebuah sekolah itu dalam melaksanakan sesuatu piagam.
Hal ini termasuklah kesihatan murid. Berikut merupakan dasar sekolah berkenaan
kesihatan murid.
3.2 Sekolah
akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program
yang dirancang seperti :
3.2.1 Pemeriksaan Gigi dan Mata.
3.2.2 Pemeriksaan Kesihatan.
3.2.3 Program RMT.
3.2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan.
3.2.5 Ceramah dan Kempen.
3.2.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu
bapa atau penjaga.
3.2.7 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat
semasa berada di sekolah.
3.2.8 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa
menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.
3.2.9 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah Kesihatan.
4.0 KEPENTINGAN PROGRAM
KESIHATAN SEKOLAH
4.1 Mempergunakan model
kesihatan untuk memperkembangkan individu dari segi JERIS.
4.2 Menggalakkan
penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatan
kanak-kanak.
4.3 Memberi
penekanan kepada pentingnya aspek persekitaran fizikal kepada kesihatan.
4.4. Mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah untuk membentuk
suasana pembelajaran yang kondusif.
4.5 Membentuk
hubungan antara sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan.
4.6 Memberi
penekanan kepada kepentingan penglibatan pelajar secara aktif dalam kurikulum.
4.7 Membentuk
keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan.
4.8 Membentuk
persekitaran kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah.
4.9 Memberi
kesempatan kepada sekolah dan masyarakat setempat untuk bekerjasama.
5.0 PROGRAM VITAMIN 1MALAYSIA
5.1 PENDAHULUAN.
5.1.1 Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, pada 15 Oktober 2010, dalam
pembentangan Belanjawan 2011, telah mengumumkan rancangan pemberian vitamin
kepada semua murid sekolah rendah dalam kalangan yang berpendapatan rendah.
5.1.2 Ini bagi membantu mereka meningkatkan tumbesaran serta taraf
pemakanan dan seterusnya kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Keputusan
tersebut jelas memaparkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan modal insan
yang cemerlang menjelang 2020.
5.2 RASIONAL.
5.2.1 Kekurangan vitamin dan mineral yang sering berlaku dalam kalangan
kanak-kanak kurang zat makanan yang dilaporkan ialah kekurangan vitamin A,
kalsium, zat besi dan zink.
Kanak-kanak yang terbantut
(stunted), menghadapi anemia (kurang zat besi), kelaparan atau kurang
pengambilan makanan yang seimbang cenderung kepada pencapaian akademik dan
fungsi kognitif serta kehadiran ke sekolah yang rendah (Taras H., 2005).
5.2.2 Di Malaysia, pada tahun 2006, 15% (495,000) kanak-kanak
berumur 7-12 tahun yang terbantut dan
10% (283,000) kanak-kanak pula mempunyai berat badan susut (wasted) (NHMS III,
2006). Kajian juga menunjukkan 20%
kanak-kanak bawah 6 tahun dan 20% remaja 12-19 tahun mengalami anemia atau kekurangan
zat besi (MOH, 2000., Foo et. al., 2004).
5.3 KEPERLUAN VITAMIN.
5.3.1 Kanak-kanak memerlukan vitamin dan mineral bagi mencapai
pertumbuhan dan pembesaran yang optima. Vitamin berperanan dalam pertumbuhan
normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mengikut Saranan Pengambilan
Nutrien Malaysia 2005, (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2005), dalam
sehari, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 500-600 ug vitamin A (Retinol Equivalent),
700-1000 mg kalsium, 9-15 mg zat besi dan 5.8-9 mg zink.
5.3.2 Lazimnya, kanak-kanak mendapat cukup vitamin melalui pengambilan
makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sukar mendapat
makanan seimbang secara tetap setiap hari disebabkan oleh faktor seperti
pendapatan keluarga yang rendah, pengambilan suplemen multivitamin dan mineral
dapat membantu meningkatkan pengambilan dan seterusnya taraf pemakanan mereka.
5.3.3 Selain itu, suplemen vitamin dan mineral juga diperlukan oleh
kanak-kanak yang cerewet atau memilih makanan (picky eaters), sedang sakit atau
baru pulih dari sakit.
5.4 STRATEGI PELAKSANAAN.
5.4.1 Pendekatan yang digunakan ialah pemberian multivitamin dan
mineral dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Strategi ini dapat mengatasi
masalah kekurangan vitamin dan mineral dalam kalangan murid dari keluarga
berpendapatan rendah.
5.4.2 Dari segi pelaksanaan, program ini diintegrasikan ke dalam
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah. Oleh yang demikian, ia menambah
nilai program tersebut dan tidak membebankan pihak sekolah.
5.5 OBJEKTIF PROGRAM.
5.5.1 Untuk memberi multivitamin dan mineral kepada murid sekolah
rendah terutama daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki taraf
pemakanan.
5.6 CARTA ORGANISASI.
CARTA ORGANISASI PROGRAM VITAMIN 1 MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAMANDA,ALAMANDA, MELAKA
BAGI SESI 2015.
5.7 KUMPULAN SASAR.
5.7.1 Kriteria kelayakan. Murid
yang layak menerima multivitamin dan mineral ialah murid warganegara Malaysia
dari darjah 1 hingga darjah 6 yang bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan yang menerima RMT (termasuk kanak-kanak yang telah
dihentikan daripada Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, atas sebab masuk sekolah).
5.7..2 Kriteria pengecualian. Terdapat
tiga kriteria di mana murid tidak boleh diberi multivitamin dan mineral, iaitu:
a. . Murid yang disahkan menghidapi penyakit talasemia oleh doktor
dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala.
b. Murid
yang sedang diberi vitamin dan mineral di rumah secara rutin.
c. Murid
yang sedang menerima rawatan yang diberi multivitamin di klinik/ hospital.
5.8 KAEDAH PELAKSANAAN..
5.8.1 Penerimaan bekalan
daripada pembekal.
Beberapa langkah telah digalurkan
sumpama:
a. Mengesahkan
penerimaan bekalan melalui Sijil Akuan Penerimaan (SAP).
b. Menyimpan
rekod penerimaan dan agihan multivitamin dan mineral yang mengandungi maklumat tarikh pembekalan,
kuantiti dan nombor batch menggunakan Buku
Laporan Program Vitamin 1Malaysia (Lampiran 1).
c. Memastikan
multivitamin dan mineral yang dibekalkan dalam keadaan baik dan dalam tempoh sah guna semasa penerimaan.
5.9 CARA PENYIMPAAN.
i. Menyedia
dan memastikan tempat penyimpanan sentiasa dalam keadaan bersih dan kering pada suhu kurang daripada 30°C
atau mengikut arahan pengeluar.
ii. Memastikan
tempat penyimpanan berkunci untuk mengelakkan kecurian.
5.10 KEBENARAN PEMBERIAN
MULTIVITAMIN DAN MINERAL OLEH IBU BAPA ATAU PENJAGA.
5.10.1 Sebelum pemberian multivitamin dan mineral dilaksanakan, setiap
murid mesti mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Oleh itu, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah:
i-
mengedarkan Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan
Mineral (Lampiran 2) kepada ibu bapa atau penjaga murid,
ii-
memastikan semua borang dikembalikan dan semua soalan
telah dijawab,
iii-
memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangan bahagian
memberi kebenaran, sebelum multivitamin dan mineral diberi kepada murid.
5.10.2 Jika ibu bapa/penjaga menjawab “YA” pada soalan 1, 2 atau 3 di
bahagian “Sejarah Perubatan” pada Borang Kebenaran Pemberian Multivitamin dan
Mineral, maka murid berkenaan TIDAK BOLEH diberi multivitamin dan mineral di
sekolah.
5.11 CARA PEMBERIAN
MULTIVITAMIN DAN MINERAL.
5.11.1 Kekerapan.Pemberian vitamin
di sekolah dengan kekerapan 1 biji untuk 3 kali seminggu. Ianya berdasarkan:
a. Dos
(Bilangan tablet). Bilangan tablet untuk setiap murid adalah mengikut jadual
yang disediakan oleh pembekal seperti di
dalam spesifikasi (Lampiran 3). Ia
adalah berdasarkan kandungan vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan
harian mereka.
b. Pemberian.
Tablet multivitamin dan mineral tidak boleh diambil semasa perut kosong. Oleh
yang demikian, pihak pentadbir/ guru sekolah hendaklah mengagihkan tablet
tersebut kepada murid yang layak, 3 kali seminggu bersama dengan hidangan
Rancangan Makanan Tambahan atau sejurus selepas waktu rehat di mana murid telah
makan sarapan.
5.11.2 Pihak pentadbir/ guru sekolah mesti sentiasa ada bersama semasa
murid memakan tablet multivitamin dan mineral untuk memastikan tablet dikunyah
dan ditelan oleh setiap murid. Penyeliaan yang rapi perlu dilakukan untuk
mengelakkan daripada murid membuang atau mengambil lebih daripada sukatan yang
ditetapkan serta mengelakkan kejadian tercekik.
5.12 KESAN SAMPINGAN
PENGAMBILAN VITAMIN.
5.12.1 Multivitamin dan mineral adalah selamat apabila diambil pada dos
yang ditetapkan dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Kesan sampingan ringan seperti muntah, mual,
pening, sakit perut, sembelit dan kesan alahan termasuk kulit gatal, susah
bernafas, bengkak muka, bibir, lidah atau kerongkong mungkin berlaku dalam
sebilangan kecil murid.
5.12.2 Jika murid mengalami kesan sampingan seperti di atas, hentikan
pemberian multivitamin serta merta dan pihak pentadbir/guru sekolah hendaklah
membawa murid ke klinik kesihatan/ hospital untuk rawatan. Dapatkan pengesahan
daripada Pegawai Perubatan sama ada pengambilan multivitamin boleh diteruskan.
5.12.3 Pihak klinik hendaklah melaporkan kesan sampingan kepada Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menggunakan borang Report on Suspected
Adverse Drug Reactions (Lampiran 4) atau secara online di URL http://portal.bpfk.gov.my dan kemudian
klik pada menu MADRAC (Adverse Drug Reactions).
5.13 LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN. Sebagai langkah keselamatan, pihak pentadbir/ guru sekolah
hendaklah:
5.13.1 Memeriksa bahawa
bungkusan primer dan sekunder tidak pecah, retak atau terdapat kesan dibuka
atau koyak.
5.13.2 Membaca label bungkusan multivitamin dan mineral yang dibekalkan
dan mengikut semua arahan yang dinyatakan pada label. Di antara perkara-perkara
utama yang perlu diberi perhatian ialah:
a. Cara
pengambilan hendaklah mengikut arahan yang tercatat pada label.
b. Jangan
beri lebih daripada dos yang ditetapkan.
c. Semua
multivitamin dalam kotak yang telah dibuka perlu dihabiskan dahulu sebelum yang
baru dibuka.
d. Pastikan
bekalan tidak melebihi tarikh luput.
e. memastikan
murid yang dikecualikan daripada menerima tablet multivitamin dan mineral
(rujuk para 7.2) TIDAK DIBERI tablet berkenaan.
5.14 PENGURUSAN DAN
PENYELARASAN. Rancangan pemberian multivitamin dan mineral ini diintegrasikan ke dalam RMT. Peranan
pihak sekolah untuk membantu mengurus, menyelaras dan memantau melalui unit/
pegawai atau jawatankuasa yang ditetapkan.
Buat masa ini, tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
5.15 RUMUSAN.
Program pemberian multivitamin dan
mineral dijangka dapat meningkatkan taraf pemakanan murid sekolah rendah yang
disasarkan dan membantu meningkatkan tumbesaran agar dapat mencapai potensi
akademik mereka.
LAMPIRAN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG KEBENARAN PEMBERIAN MULTIVITAMIN DAN
MINERAL
Objektif
Pemberian multivitamin dan
mineral kepada murid sekolah rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan tumbesaran. Ianya diberi
secara percuma kepada anak/ anak jagaan tuan/ puan di sekolah. Multivitamin dan
mineral diberi pada setiap hari persekolahan bersama dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Sekiranya terdapat kemusykilan, sila hubungi pihak pentadbir/
guru sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Maklumat Murid
Nama Murid:
|
Tahun:
|
Alamat Rumah:
|
Nama Sekolah:
|
Sejarah Perubatan
1.
Adakah
anak/ anak jagaan tuan/ puan mempunyai penyakit talasemia yang disahkan oleh
pegawai perubatan dan sedang mendapat rawatan transfusi darah secara berkala?
Ya Tidak
2.
Adakah
anak anda sedang mengambil apa-apa vitamin lain di rumah?
Ya Tidak
3.
Adakah
anak anda sedang menerima rawatan vitamin di klinik/ hospital?
Ya Tidak
Kebenaran menerima
multivitamin dan mineral
(sila lengkapkan SATU kotak sahaja).
Saya Bersetuju membenarkan anak/ anak jagaan saya menerima
multivitamin dan mineral.
|
Saya Tidak Bersetuju anak/ anak jagaan saya menerima multivitamin
dan mineral.
|
Nama ibu bapa/penjaga:
No. Telefon Rumah:
No. Telefon Bimbit:
|
Nama ibu bapa/penjaga:
No. Telefon Rumah:
No. Telefon Bimbit:
|
Tandatangan:
|
Tandatangan:
|
Tarikh:
|
Tarikh:
|
Terima kasih atas kerjasama tuan/ puan melengkapkan
borang ini. Sila kembalikan borang kepada pihak sekolah.
6.0 PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT
).
6.1 PENGENALAN RMT.
6.1.1 Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan
membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin.
Hal ini bermaksud RMT adalah untuk memberikan makanan tambahan secara imbuhan
sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan hariannya.
6.1.2 Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras
dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid
tersebut.
6.1.3 Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang
bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid-murid
sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana
Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Menteri mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
6.1.4 RMT ini layak untuk murid yang berstatus warganegara Malaysia dan
daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM400.00 atau pendapatan per
kapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini
di sekolah di bawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.
6.1.5 Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah
sebanyak RM247 juta bagi melaksanakan skim RMT kepada 691000 pelajar sekolah
rendah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd
Puad Zarkashi peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukan tambahan
sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta.
6.1.6 Hal ini berlaku kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan
berdasarkan statistik yang diperoleh daripada pendaftaran e-Kasih yang
membabitkan 54000 murid miskin sahaja. Namun, terdapat pelbagai masalah
berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang mendakwa ramai murid-murid yang layak
telah tercicir daripada senarai menerima bantuan. 6.1.7 Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat
Murid yang dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima
bantuan.
6.1.8 Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua
menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta
kesihatam mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu
menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yang digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir
daripada 20 menu yang ditentukan.
6.2 OBJEKTIF RMT.
6.2.1 Objektif RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan
tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari
golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu,
memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan
Negara.
6.2. 2 RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi
masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
6.2.3 RMT adalah untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan
pemakanan secara langsung dan secara tidak langsung.
6.2.4 RMT juga bagi mengendalikan tabiat sopan santun, timbang rasa serta
amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan
kebersihan alam sekitar. 6.2.5 RMT jua
berobjektifkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam
usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.
6.3 ORGANISASI RMT.
CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAMANDA,
ALAMANDA, MELAKA.
2015
6.4 SUMBER KEWANGAN.
6.1 Peruntukkan
kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan oleh
Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh
Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana
Jabatan Pelajaran menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka.
6.2 Pada
penghujung setiap bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada
pihak yang mengurus RMT sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.
6.5 KAEDAH DAN KRITERIA
PEMILIHAN MURID RMT.
6.5.1 Kriteria pemilihan murid RMT ini adalah berdasarkan kepada :
a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah
pemakanan.
b. Murid daripada keluarga yang
berpendapatan rendah dan ahli keluarga yang ramai.
c. Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.
6.6 KAEDAH DAN PEMILIHAN
TANDER UNTUK RMT.
6.6.1 Pihak sekolah telah menyerahkan tanggungjawab untuk penyediaan
dan pengurusan RMT ini kepada pihak kantin sekolah. Keputusan yang telah dibuat
adalah berdasarkan kepada persetujuan dari Pejabat Pelajaran.
6.7 KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA
PIHAK PENYEDIAAN MAKANAN.
6.7.1 Hasil perbincangan dan pemufakatan, pihak kantin dilantik untuk
mengurus dan menyediakan makanan RMT.
6.7.2 Pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek kepada pihak
kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.
6.8 KAEDAH PENGAGIHAN
MAKANAN KEPADA PESERTA.
6.8.1 Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan
penyediaan RMT di sekolah ini telah menyediakan kad RMT yang tertera nama bagi
setiap murid RMT mengikut kelas masing- masing.
6.8.2 Ketua kelas akan mengambil kad-kad tersebut 10 minit sebelum masa
rehat dan mengedarkannya kepada murid RMT yang terdapat di kelas masing-
masing. Murid- murid RMT ini akan keluar 5 minit sebelum loceng rehat
dibunyikan dan berbaris mengambil makanan di kantin.
6.8.3 Pekerja kantin akan yang bertugas mengedarkan makanan akan
mengambil kad RMT murid tersebut sebelum memberikan makanan RMT.
6.9 PEMILIHAN
PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN RMT.
6.9.1 Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada
kantin sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin
telah mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini
mengikut masa yang telah ditetapkan.
6.9.2 Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan,
pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian
kemas warna putih dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan
pengurusan RMT yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.10 PEMILIHAN BAHAN-BAHAN
MENTAH.
6.10.1 Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan
penyimpanan barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT (
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang
patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang:
i. mengandungi
zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan
mencegah penyakit.
ii. segar,
tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.
iii. mengenyangkan.
iv. tidak
mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan kesihatan.
6.10.2 Menerusi kajian yang dijalankan pihak kantin sekolah telah mematuhi
peraturan yang disediakan. Bahan makanan yang disediakan dapat memberikan
tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga dapat mengenyangkan dan tidak
mengandungi bahan kimia atau pewarna.
6.11 MENU MAKANAN YANG
DISEDIAKAN.
6.11.1 GPK Hal Ehwal Pelajar selaku penyelaras RMT di sekolah ini telah
menyediakan menu makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu
makanan ini disediakan berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT
dengan pengurus kantin sekolah.
6.11.2 Berikut adalah menu RMT di sekolah ini :
HARI
|
MENU MAKANAN
|
ISNIN
|
1. Nasi
+ ayam masak kicap + sayur
2. Minuman
– jus oren
3. Buah
– betik
|
SELASA
|
1. Nasi
kuning + telur + sayur
2. Minuman
– milo
3. Buah
– nenas
|
RABU
|
1. Roti-
2 keping + jem
2. Minuman
– milo
3. Buah
– tembikai
|
KHAMIS
|
1. Bubur
nasi
2. Minuman
– milo
3. Buah
– nenas
|
JUMAAT
|
1. Mee
goreng dengan sayur dan ayam
2. Minuman
– milo
3. Buah
– betik
|
6.11.3 Berdasarkan menu makanan yang dipilih dan disediakan oleh pihak
kantin sekolah, makanan tersebut adalah seimbang dan sesuai dengan objektif RMT
seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
6.12 CARA PENYEDIAAN MAKANAN
RMT.
6.12.1 Pengurusan dan penyediaan makanan RMT di sekolah ini adalah
ditadbir sendiri oleh pihak kantin. Oleh itu, kantin sekolah seratus peratus
bertanggungjawab terhadap kebersihan, pengurusan dan penyediaan makanan RMT
murid.
6.12.2 Berdasarkan tinjauan yang dibuat, didapati pihak kantin mula
menyediakan makanan RMT pada jam 9 pagi. Makanan tersebut siap dimasukkan ke
dalam bekas yang disediakan 15 minit sebelum masa rehat murid. Makanan yang
telah dimasukkan ke dalam bekas plastik disusun di atas sebuah meja di tepi
kantin. Cara penyediaan makanan RMT ini kelihatan terurus dengan sistematik.
6.13 KEBERKESANAN PROGRAM
TERHADAP MURID.
6.13.1 Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan
kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada
murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan
penyakit-penyakit yang berjangkit.
6.13.2 Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan.
Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik,
bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah
makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling
dengan cara yang betul.
6.13.3 Murid-murid membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang
dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.
Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan
yang seimbang.
6.14 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PROGRAM RMT.
6.14.1 Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan
menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu
terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap
pagi.
6.14.2 Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh
dijalankan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan
dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program
ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat.
Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut
boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.
6.14.3 Program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan
dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui
tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan
berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan.
Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.
6.14.4 Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut
boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT.
Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan
pada waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan
cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap
minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.
6.14.5 Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi
amalan untuk murid-murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan
murid-murid yang berdisiplin dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh
memberi keistimewaan kepada murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan
makanan serta makan terlebih dahulu daripada mereka yang lewat sebagai
ganjaran.
6.14.6 Program memberi penerangan
dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi kerana kurang kesedaran
murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian mendapati kebanyakan
murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat kerjasama daripada
ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri yang tidak
biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid RMT
untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.
6.14.7 Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada
murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan.
Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan
menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan
sayuran.
6.14.8 RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan sumber
pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang diperlukan
oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga
akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan
tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap
kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani,
sosial dan intelek atau JERIS.
7.0 RUMUSAN
7.1 Program
Kesihatan Sekolah adalah satu program yang diwujudkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan
usaha pihak kerajaan dalam memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam
kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.
7.2
Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh
Malaysia. Tindakan pihak kementerian melaksanakan program ini adalah
berlandaskan rasional-rasional iaitu untuk mengurangkan masalah kesihatan di
kalangan murid sekolah, dapat mengawal penyakit bawaan vektor , memantau tahap
kebersihan di sekitar sekolah khususnya di kantin sekolah dan memastikan dan
membuat tanda aras kebersihan dan keselamatan di sekitar sekolah.
7.3 Program
kesihatan yang dilaksanakan di sekolah telah banyak mengubah amalan gaya hidup
di kalangan kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai ilmu
pengetahuan baru..
8.0 RUJUKAN
Ministry of
Health Malaysia. (2000). Nutritional Status of Children Below Six Years in
Malaysia.
Panduan
Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005.
Recommended
Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and
Nutrition, Ministry of Health Malaysia, 2005.
Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 7 Tahun 2010 Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah.
Rujukan KP(BKEW)(PK)1587/A-4(26) bertarikh 15 Julai 2010.
Taras H., (2005)
Nutrition and student performance in school. Journal of School Health. August
2005, Vol.75, No.6.
Buku Panduan Program Bersepadu Sekolah Sihat (1998)
Kementerian Pelajaran
Malaysia
Fauziah G. (2000) Teachers' Potential Role in
Promoting Health in Schools. Dept.
of Community Dentistry, Universitii Malaya, Kuala
Lumpur. MCD dissertation.
Junid NZ. (1997) The Impact of a Dental Health
Education Programme on the
Knowledge, Attitude, Behaviour, Perception and Oral
Health Status of Trainee
Schoolteachers. Dept. of Community Dentistry,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
MCD dissertation.