Jumaat, 31 Mei 2013

JANGAN MENYULITKAN /MENYUSAHKAN RAKYAT ATAU ORANG BAWAHAN MU.



JANGAN MENYULITKAN / MENYUSAHKAN RAKYAT  ATAU ORANG BAWAHAN MU.

DARI AISYAH RA KATANYA: ‘ AKU MENDENGAR RASULLLAH SAW BERDOA DI RUMAHKU, KATANYA:

 “ WAHAI ALLAH! SIAPA YANG MENJAWAT SUATU JABATAN DALAM PEMERINTAHAN UMATKU, LALAU DIA MEMPERSULITKAN URUSAN MEREKA, MAKA PERSULIT PULALAH  DIA,

DAN SIAPA YANG MENJAWAT SUATU JAWATAN DALAM PEMERINTAHAN UMATKU, LALU DIA BERUSAHA MENOLONG MEREKA, MAKA TOLONG PULALAH DIA!”

JANGAN MEMINTA MENJADI PEMBESAR / PEMIMPIN.



JANGAN MEMINTA MENJADI PEMBESAR.

DARI ABDULRRAHMAN BIN SAMURAH R.A KATANYA: ‘RASULLAH SAW BERSABDA KEPADAKU,

“HAI ABDURRAHMAN! JANGAN ENGKAU MEMINTA –MINTA MENJADI PEMBESAR NEGARA. KERANA JIKA ENGKAU JADI PEMBESAR KERANA PERMINTAAN, TANGGUNG JAWABMU AKAN BESAR SEKALI.

DAN JIKA ENGKAU DIANGKAT TANPA PERMINTAAN, ENGKAU AKAN DITOLONG TANPA PERMINTAAN, ENGKAU AKAN DITOLONG ORANG DALAM TUGAS MU.”

Ahad, 19 Mei 2013

Khutubah terakhir Nabi Muhammad SAW



Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW Untuk Semua Umat IslamPadang Arafah. Pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.
Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:
“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.
Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.
1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.
2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).
4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.
6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.
10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.
12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah-Mu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.
Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam. “Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)
Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun Sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis.
Sayyidina Umar bertanya apakah sebabnya lalu Sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu Sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.

Khamis, 16 Mei 2013

BERDOALAH, MOGA ALLAH PERKASAKAN KITA DALAM MEMBENTUK NEGARA ISLAM YANG BERKEBAJIKAN.



Kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Selasa, 14 Mei 2013

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR



BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR

Kebanyakan kanak-kanak lelaki tertarik hati dengan serangga dan katak, dan kerap kali menakutkan si ibu dengan membawa haiwan kecil tersebut ke dalam rumah. Kanak-kanak perempuan pula didapati gemar mencuba alat-alat solek dan pakaian si ibu. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan ke atas sentiasa menanya pelbagai soalan, seperti “Kenapa serangga ini mempunyai enam kaki? Kenapa kasut ibu begitu besar? Kenapa ayah tidak menggunakan alat solek seperti ibu? Kenapa, ibu, kenapa?”

Semua ini menguji kesabaran ibu bapa dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahuan untuk belajar dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sebanyak mungkin. Ianya adalah salah satu keinginan semulajadi kanak-kanak untuk belajar. Mereka cuba memahami tentang dunia sekeliling melalui bertanya soalan, bermain dengan serangga atau gincu bibir. Otak mereka sebenarnya menyerap dan mencerna maklumat yang diterima, yang kemudiannya akan ditambah ke dalam kesedaran mereka dan seterusnya meningkatkan intelek kanak-kanak.



Ini bukan segala-galanya. Kanakkanak kemudiannya akan belajar menggunakan pengetahuan mereka secara aktif. Mereka perlu memahami maklumat, membuat keputusan tentang kepentingan maklumat ini dan bagaimana menggunakannya di dalam sesuatu situasi atau dalam menyelesaikan masalah.

Pakar psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya banyak belajar menerusi bermain. Permainan simbolik seperti ‘masak-masak’ dan ‘jamuan teh’ membantu kanak-kanak ‘mengalami’ dan memahami kehidupan dewasa.
           


Permainan memilih bentuk dan teka-teki meningkatkan kemahiran meng-analisa. Sukan dan permainan ‘formal’ seperti ‘Ular dan Tangga’ dan dam, membantu kanak-kanak belajar mematuhi peraturan.

Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui melakukan kerja. Kerjakerja rumah yang bermakna turut
membentuk perkembangan mental dan mengajar si manja tentang tanggungjawab dan kebebasan. Dia akan berasa seronok, lebihlebih lagi jika digalakkan menganggap ‘kerja’ sebagai satu ‘permainan’. Dia boleh melakukan kerja-kerja mudah seperti menyediakan meja makan atau mengemaskan barang permainan, yang kelihatan seperti satu permainan kepada kanak-kanak atau ‘membantu orang dewasa’. Ia membuatkan si manja merasa berguna dan ‘dewasa’.

Jika kanak-kanak baru belajar sesuatu dan amat menggemarinya, dia akan mahu melakukan perkara tersebut berulang kali. Misalnya bermain dengan tekateki yang serupa sepanjang masa. Anda mungkin merasa pelik dan tidak tahu di manakah keseronokan bermain permainan yang sama lebih dari 20 kali sedangkan si manja telah tahu cara penyelesaiannya. Tetapi ini adalah cara kanak-kanak belajar dan menyempurnakan sesuatu kemahiran.

APA YANG SI MANJA PELAJARI

Apa yang kanak-kanak pelajari di rumah membantu menyediakannya untuk masuk ke tadika. Berikan si manja permulaan yang baik dengan memperkenalkannya kepada huruf dan abjad terlebih dahulu. Baca buku bersamanya sebelum tidur sejak dari kecil lagi supaya dia akan memupuk minat terhadap pengetahuan dan cerita dari buku-buku. Dengan berbekalkan pengetahuan ini, kanak-kanak akan lebih mudah menyesuaikan diri apabila berada di tadika.



Peringkat tadika menyediakan si manja untuk masuk ke sekolah rendah, dan mengajarnya membaca, menulis dan membuat matematik. Sebenarnya sebelum kanak-kanak belajar teknik-teknik ini, dia akan belajar beberapa kemahiran asas yang penting. Salah satunya adalah berfikir. Kemahiran berfikir yang baik bermakna keupayaan untuk memproses maklumat dengan lebih berkesan. Ini akan membantu dalam proses pembelajaran seseorang kanak-kanak
           


Klasifikasi adalah salah satu kemahiran berfikir yang si manja pelajari. Dia belajar untuk membahagikan benda-benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama.

Dia juga belajar bagaimana untuk memahami konsep relatif (‘lebih banyak’ atau ‘lebih sedikit’) dan nombor. Di samping itu, dia juga belajar kemahiran memberi sebab dan pemerhatian.

Selepas si manja belajar kemahirankemahiran berfikir tersebut, dia akan mendapati bahawa penerangan yang diberi adalah sama penting dengan jawapannya. Sebagai contoh, apabila kita memberi kanak-kanak satu set gambar yang mengandungi tiga jenis buah dan sebuah buku, dia harus memberikan sebab kenapa dia membulatkan buku sebagai benda yang tidak serupa di dalam set itu. Sebab yang diberikan mungkin kerana buku tidak boleh dimakan sedangkan buah-buahan boleh. Walaupun penerangan yang diberikan oleh kanak-kanak sangat mudah, ia menunjukkan bagaimana kanak-kanak berusaha mendapatkan jawapan. Ini adalah satu aspek yang penting dalam proses pemikiran.

Selain kemahiran memikir, si manja juga akan belajar kemahiran mengira. Kemahiran ini akan membolehkannya mamahami konsep seperti ‘besar’, ‘kecil’, ‘lebih besar’, dan ‘lebih kecil’ dengan lebih jitu. Menggunakan alat yang terdapat dalam hidup seharian (seperti alat mainan dan makanan) dalam memperkenalkan konsep tambah dan kurang adalah satu cara yang berkesan untuk kanak-kanak belajar konsep matematik asas. Tidak perlu menggunakan alat mainan yang mahal- penutup botol yang lama atau kayu aiskrim boleh digunakan. Bahasa adalah satu lagi kemahiran yang penting. Belajar berbahasa meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak, membolehkannya membaca, menulis dan mengekspresikan kreativitinya dengan lebih baik pada masa hadapan. Penting bagi anda memberi perhatian kepada perkembangan kemahiran si manja berbahasa, kerana kelambatan atau kegagalan mungkin merupakan petanda bagi masalah pembelajaran (lihat rencana sampingan). Bercakaplah dengan kanak-kanak dengan suara komunikasi yang biasa. Jangan gunakan percakapan ‘bayi’ atau mengikut cara percakapannya. Kemahiran belajar yang disebutkan di atas mungkin kelihatan sangat susah, tetapi ia diajar dengan cara yang menyeronokkan di tadika. Ia juga adalah asas bagi pelajaran yang lebih sukar apabila kanak-kanak masuk ke peringkat sekolah rendah.



MEMBANTU SI MANJA BELAJAR

Anda merupakan guru yang pertama dan paling berpengaruh kepada si manja. Adalah sangat penting untuk memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar dari peringkat bayi lagi.

Memberi pujian adalah salah satu cara untuk memberi motivasi kepada si manja untuk belajar. Pujian patut diberikan atas setiap satu pencapaiannya.
           


Ini mungkin ketika kali pertama si manja meniarap, atau ketika kali pertama dia berupaya melukis bulatan. Pujian akan menggalakkan kemahuannya untuk belajar dan melakukan sesuatu dengan lebih baik.

Kadang-kadang kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran dalam mempelajari kemahiran baru. Di sini, anda perlu bersabar. Anda perlu tekun dalam membantunya. Kadangkala anda perlu melepaskan tangan dan membiarkan kanak-kanak berusaha sendiri sehingga dia mempelajarinya.

Si manja akan berasa belajar adalah menyeronokkan jika anda melibatkan diri bersamanya dalam proses tersebut. Contohnya, habiskan sekurang-kurangnya sejam sehari membaca atau berbincang tentang sesuatu perkara baru. Jika boleh, benarkan kanak-kanak membantu anda melakukan sesuatu. Dia boleh melakukan kerja-kerja rumah yang mudah manakala anda membuat yang lebih susah. Jika anda bekerja di meja, benarkan kanak-kanak duduk bersebelahan dan melukis. Dengan cara ini, kanak-kanak akan berfikir bahawa dia adalah sebahagian daripada kerja anda dan sebaliknya.

Apabila kanak-kanak sudah memasuki tadika, anda masih boleh membantu meningkatkan pelajaran serta prestasinya.

Pada peringkat tadika, si manja akan terdedah kepada pengalaman kemahiran sosial dan lebih berdikari. Pada ketika ini, dia tidak sabar-sabar menunjukkan kepada anda bahawa dia berupaya melakukan sesuatu tanpa bantuan anda. Terlalu memanjakannya tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kerana ini akan mengganggu si manja dari belajar berdikari.

Kanak-kanak mungkin memerlukan bantuan untuk membuat kerja rumah. Ini tidak bermakna anda perlu melakukannya, tetapi sebaliknya, menolong menyelesaikan kebuntuan. Bantu kanak-kanak membina kemahiran memberi sebab dan menyelesaikan masalah.

Sekiranya si manja menghadapi kerumitan ketika mempelajari sesuatu, anda tidak patut berasa marah. Jika dia berasa dirinya dipaksa untuk belajar, secara semulajadinya kanak-kanak akan tersinggung dan menolaknya. Kesulitan adalah perkara yang biasa dihadapi kanak-kanak di dalam proses pembelajarannnya. Sebilangan kanak-kanak akan belajar dengan lebih cepat berbanding yang lain. Elakkan membandingkan seseorang kanak-kanak dengan adik-beradiknya atau kawan-kawan yang lain.

Jika anda ingin tahu keadaan si manja di tadika, berbincanglah dengan gurunya. Pada masa yang sama, anda boleh berbincang tentang perkembangan si manja. Anda juga boleh mengetahui pencapaian akademik, perhubungannya dengan rakan sekelas dan bagaimana anak anda bergembira. Gurunya akan beritahu anda jika kanak-kanak tidak menunjukkan perkembangan yang normal. Anda dan gurunya bolehlah berbincang untuk menolong kanak-kanak dalam proses ini.

Kesemua ini adalah petua praktikal yang akan memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk berjaya
dengan lebih cemerlang di tadika. Apa yang dia pelajari akan membantunya di zaman persekolahan kelak.

BAHASA DAN PEMBELAJARAN

Anda mungkin pernah mendengar tentang kanak-kanak yang mengalami dyslexia dan tidak boleh membaca dengan betul. Ada kanak-kanak yang menghadapi masalah belajar matematik akibat sejenis keadaan yang dipanggil dyscalculia. Ada juga kanak-kanak yang tidak boleh berlari, melompat atau memegang pensel dengan betul kerana dia mempunyai dyspraxia.

Kanak-kanak sebegini bukan lembab atau tidak pandai. Mereka mempunyai keadaan yang dikenali sebagai masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran disebabkan oleh masalah di dalam cara otak kanak-kanak memproses maklumat. Masalah ini mungkin memberi kesan kepada kebolehan kanak-kanak belajar.

Salah satu petanda utama masalah pembelajaran ialah kelambatan di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar berbahasa sejak lahir. Bahasa adalah lebih luas dari setakat kebolehan membuat bunyi. Bahasa adalah sistem simbol yang digunakan oleh kanak-kanak untuk belajar, menerangkan tentang dirinya dan bertukar-tukar maklumat.

Anda boleh mencatatkan tahap perkembangan berbahasa anak anda sejak dia lahir. Apabila kanak-kanak berusia 6 bulan, dia patut boleh menyahut percakapan kita dan mengeluarkan bunyibunyian (cooing). Ia membantu kanak-kanak belajar peraturan dalam membuat perbualan. Dia sepatutnya boleh menoleh dan melihat anda apabila anda bercakap dengannya, tersenyum sebagai balasan dan bertukar giliran untuk ‘bercakap’ dengan anda.

Apabila menjangkau 1 tahun, dia patut tahu namanya dan boleh menyebut perkataan lengkap yang pertama. Pada usia 2 tahun, dia boleh mengucapkan 2 patah perkataan seperti “mama main”. Struktur berbahasanya menjadi semakin kompleks apabila memasuki tadika dan zaman persekolahan.

Jika anak anda tidak mencapai tahap ini, bawa dia berjumpa pakar pediatrik dengan segera. Perkembangan berbahasa yang lambat adalah salah satu petanda masalah pembelajaran.

Walaupun anak anda mungkin tidak mengalami masalah pembelajaran, dia mungkin mempunyai masalah lain seperti masalah pendengaran atau masalah perkembangan yang lain contohnya autisme. Semua keadaan ini akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak.

Jika anda syak anak bermasalah pembelajaran, jangan tunggu sehingga kanak-kanak memasuki tadika ataupun sekolah rendah. Tahuntahun sebelumnya adalah sangat penting bagi pembelajaran kanak-kanak. Mengesan masalah pembelajaran dengan awal membolehkan anda mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membantu kanak-kanak.

Walaupun tidak ada penawar untuk masalah pembelajaran, terdapat langkah-langkah pemulihan (seperti teknik pengajaran yang tertentu) bagi membantu kanak-kanak meneruskan pembelajaran secara normal. Yang penting sekali, kanak-kanak harus sedar masalah ini bukanlah salah mereka, dan ramai orang yang menghadapi masalah pembelajaran telah mencapai pelbagai kejayaan di bidang akademik dan sukan.



BAGAIMANA ANAK ANDA BELAJAR.



Bagaimana Anak Anda Belajar

Fahami gaya pembelajaran anak anda dan bantunya belajar dengan berkesan di rumah dan di tadika.

Setiap anak belajar dengan cara yang berbeza. Sebagai ibubapa, kita harus memahami bagaimana cara anak kita belajar, apa yang mengujanya, apa yang memberi dorongan kepadanya dan apa yang dia gemar lakukan?
          
Kita boleh menggunakan maklumat ini untuk membantu anak-anak kita belajar dengan lebih berkesan. Artikel ini menunjukkan caranya.

Adakah anak anda aktif? Adakah dia suka berlakon dan membuat persembahan, dansuka menunjuk kepada orang lain apa yang boleh dilakukannya? Adakah dia sukakan kepelbagaian dan gemar mencuba cabaran baru dengan sendiri?

Anak anda adalah jenis PENGHIBUR.

Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya, terutamanya kebolehan menghibur orang lain. Beri dia peluang menjadi tumpuan perhatian dan untuk menunjukkan aksinya.

Petua Pembelajaran

    Beri arahan yang pendek dan jelas.
    Aplikasikan pelajarannya dalam kehidupan sebenar.
    Berikan dia ruang untuk bergerak dan jadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan menggunakan permainan dan objek.
    Rehat setiap 15-20 minit semasa sesi pembelajaran.


Adakah anak anda mudah memberi tumpuan di kelas? Adakah dia gemar sesuatu yang rutin dan konsisten? Adakah dia lebih sukakan pelajaran yang dipersembahkan dengan cara teratur?

Anak anda adalah jenis PENERBIT.

Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk melakukan sesuatu dengan kemas, tepat masa dan teratur. Tetapkan rutin dan jadual rancangan, dan sentiasa mematuhinya.

Petua Pembelajaran

    Beri arahan dan penjelasan dengan cara yang teratur.
    Tandakan maklumat penting dalam buku dan nota.
    Jadualkan sesi pembelajaran dan jangan tukar jadual jika tidak perlu.


Adakah anak anda bersifat ingin tahu dan gemar mencuba dan meneroka perkara baru? Adakah dia menggunakan kreativitinya untuk menyelesaikan masalah, tidak kira berapa lama masa yang diambilnya?

Anak anda adalah jenis PENCIPTA.

Dorong kanak-kanak ini dengan mengakui dan memuji kebolehannya untuk menemui perkara baru dan menyelesaikan masalah dengan bijak.

Petua Pembelajaran

    Bincang dan bertukar pendapat mengenai pelajaran yang sedang diajar.
    Galakkan dia melukis dan membuat model, dan gunakan program komputer untuk mengajar.
    Mintanya jelaskan apa yang telah dipelajari daripada menulisnya.



Adakah anak anda suka membebel walaupun bila disuruh diam? Adakah dia gemar menghabiskan masa dengan kawankawan dan bekerja secara berpasukan? Adakah dia peka terhadap perasaan orang lain?

Anak anda adalah jenis PENGHUBUNG.

Dorong kanak-kanak ini dengan menumpu kepada kesaksamaan, nilai nilai murni dan semangat berpasukan di tadika. Hargai kebaikan dan sifat bertimbang rasanya.

Petua Pembelajaran

    Galakkan dia bermain secara berkumpulan dan berbincang mengenai pelajaran yang diajar.
    Mintanya jelaskan apa yang telah dipelajari daripada menulisnya.
    Bergilir-gilir membacakan dengan kuat kepada satu sama lain.


Adakah anak anda suka melamun atau mengusulkan idea baru? Adakah dia pendiam dan pemalu? Adakah dia cenderung kepada seni lukis dan kreativiti?

Anak anda adalah jenis PEMIKIR.

Dorong kanak-kanak ini dengan mengiktiraf kreativitinya dan memberinya peluang untuk mempamerkan karyanya.

Petua Pembelajaran

    Galakkan dia menconteng atau melukis gambar sambil belajar.
    Gunakan gambar, poster atau puisi untuk menjelaskan sesuatu subjek.
    Sediakan masa tenang untuk dia bersendirian.



Bolehkah gaya pembelajaran berubah?

Gaya pembelajaran boleh berubah sepanjang masa kanak-kanak membesar, disebabkan pengaruh dan faktor persekitaran. Malah, seseorang kanak-kanak boleh mendapat kaedah pembelajaran baru bila dia membesar, dan gaya pembelajarannya akan turut berubah.

Membantu Anak Anda Belajar Dengan Lebih Baik

Kita semua memang mahu kanak-kanak membesar dengan
sempurna dan mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Tetapi, sebelum kanak-kanak mencapai tahap tersebut, dia perlu belajar pelbagai perkara.

Masih ingatkah lagi waktu semasa si manja berada dalam zaman bayi? Lihat, kini dia telah berupaya berlari-lari merata rumah dan menceritakan kepada anda bahawa dia telah mula belajar membaca di tadika. Anda tentu berasa sangat bangga dengannya. Besar kemungkinan anda berharap dia akan menjadi seorang pakar jantung satu hari nanti.

Sebilangan pakar percaya bahawa proses pembelajaran bermula sebelum seseorang kanak-kanak dilahirkan.
            
Bercakap dengan bayi ketika dia masih berada dalam kandungan akan menambahkan lagi harapan ibu bapa serta mengeratkan pertalian ibu bapa dengan anak pada peringkat awal. Selepas dilahirkan, si manja belajar apabila mendapat pengalaman baru dan maklumat yang membentuk personaliti, kebolehan serta tindakannya.

Pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat dan tempoh lima atau enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah sangat mustahak. Perkembangan mereka di tahun-tahun formatif ini akan membuka jalan untuk kejayaan akademik, kreatif dan sosial di masa hadapan.

NEGARA BERKEBAJIKAN



NEGARA BERKEBAJIKAN.

  1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan

    2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol

    4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat

    5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa

    6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan

    7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar

    8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda

    9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%

    10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Isnin, 6 Mei 2013

HADIS - SOLAT DAN AZAN



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           1. PERMULAAN AZAN
                       
Bilangan           :           1/1
Hadis   :           199 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Ketika orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkatakan tentang waktu sembahyang. Tiada seorang pun yang menyeru kepadanya. Semasa mereka berbincang tentang perkara tersebut, sebahagian daripada mereka berkata: Bunyikanlah loceng sebagaimana loceng orang Nasrani. Manakala sebahagian lagi berkata: Bunyikanlah trompet seperti trompet orang Yahudi. Kemudian Umar berkata: Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang agar menyerukan sembahyang? Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Bilal! Bangunlah dan serukan untuk sembahyang.                      
                       
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           1. THE BEGINNING OF ADHAN
Number            :           1/1
Hadith  :           199 - 'Abdullah bin 'Umar, may Allah be pleased with them, reported: When the Muslims came to Medina, they gathered and sought to know the time of the Prayer but no one summoned them. One day they discussed the matter, and some of them said: Use something like the bell of the Christians and some of them said: Use horn like that of the Jews. 'Umar asked: Why may not a man be appointed who should call (people) to the Prayer? Allah's Messenger (may peace be upon him) said: O Bilal, get up and summon (the people) to the Prayer.
  


Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :   . PERINTAH MENGGENAPKAN AZAN DAN MENGGANJILKAN IQAMAH
                       
Bilangan           :           1/1
Hadis   :           200 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Bilal telah diperintahkan agar menggenapkan azan dan mengganjilkan iqamat  
                                                         
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           2. REPEATING ADHAN TWICE AND ONCE IN IQAMAH
Number            :           1/1
Hadith  :           200 - Anas, may Allah be pleased with him, reported: Bilal was commanded (by the Messenger of Allah) to repeat (the phrases of) Adhan (Call for the Prayer) twice and once in Iqamah (Call at the commencement of the Prayer).



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           3. SUNAT UNTUK MELANTIK DUA ORANG TUKANG AZAN UNTUK SATU MASJID
                       
Bilangan           :           1/1
Hadis   :           201 - Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w mempunyai dua orang tukang azan iaitu Bilal dan Ibnu Ummi Maktum yang buta
                       
                       
           
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           3. THERE CAN BE TWO PRONOUNCERS OF ADHAN FOR ONE MOSQUE
Number            :           1/1
Hadith  :           201 - Ibn 'Umar, may Allah be pleased with them, reported: Allah Messenger (may peace be upon him) had two Mu'adhins (pronouncers of the Prayer), Bilal and 'Abdullah bin Umm Maktum, who (the latter) was blind.


Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           4. SUNAT MENGIKUTI UCAPAN YANG DIBUAT OLEH TUKANG AZAN BAGI ORANG YANG MENDENGAR AZAN KEMUDIAN MEMBACA SELAWAT UNTUK NABI S.A.W DAN MENGHARAPKAN AGAR ALLAH S.W.T MENJADIKANNYA SEBAGAI PERANTARAAN
                       

Bilangan           :           1/1
Hadis   :           202 - Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar azan maka ucaplah sebagaimana yang disebut oleh tukang azan
                                      
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           4. HE WHO HEARS THE ADHAN SHOULD RESPOND LIKE IT, INVOKE BLESSINGS UPN THE MESSENGER ( MAY PEACE BE UPON HIM) AND THEN BEG FOR HIM THE WASILAH
(EXAITED STATUS)
Number            :           1/1
Hadith  :           202 - Abu Sa'id Al-Khudri, may Allah be pleased with him, reported: The Messenger of Allah said: "when you hear the call (to the Prayer), repeat what the Mu'adhin pronounces."


Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           5. KELEBIHAN AZAN. SYAITAN AKAN LARI APABILA MENDENGARNYA
                       
Bilangan           :           1/1
Hadis   :           203 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendegarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut
                       
                
                       
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           5. THE EXCELLENCE OF ADHAN, THE SATAN IS RUNAWAY ON HEARING IT.
Number            :           1/1
Hadith  :           203 - Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: When Satan hears the Call to the Prayer, he turns back and breaks the wind so as not to hear the Call being made, but when the Call is finished he turns round to distract (the minds of those who pray), and when he hears the Iqamah he again runs away so as not to hear its voice, and when it subsides, he comes back to distract (the minds of those who stand for the Prayer).


 versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           7. TAKBIR TELAH DITENTUKAN SEBAGAI GERAKAN SETIAP KALI TURUN DAN BANGKIT SEMASA SEMBAHYANG KECUALI BANGKIT DARI RUKUK. IANYA MEMADAI DENGAN MEMBACA “
                       
Bilangan           :           1/2
Hadis   :           206 - Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman r.a katanya: Bahawa Abu Hurairah sembahyang mengimami para sahabat. Beliau bertakbir setiap kali turun dan bangkit semasa sembahyang. Sebaik sahaja selesai, beliau terus berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku melakukannya adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
            
             
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           7. THE RECITING OF TAKBIR IN PRAYER AT THE TIME OF BOWING AND RISING EXCEPT WHEN RISING AFTER RUKU’ WHEN IT IS SAID,”ALLAH IS LISTENED TO HIM WHO PRAISED HIM”.
Number            :           1/2
Hadith  :           206 - Abu Hurairah's Hadith, may Allah be pleased with him. Abu Salamah bin 'Abdul-Rahman reported: Abu Hurairah led the people in the Prayer and recited takbir when he bent and raised himself (in ruku' and sujud) and after completing (the Prayer) he said: By Allah I perform the Prayer which has the best resemblance with the Prayer of the Holy Prophet (may peace be upon him) among you.



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           7. TAKBIR TELAH DITENTUKAN SEBAGAI GERAKAN SETIAP KALI TURUN DAN BANGKIT SEMASA SEMBAHYANG KECUALI BANGKIT DARI RUKUK. IANYA MEMADAI DENGAN MEMBACA “
                       
Bilangan           :           2/2
Hadis   :           207 - Hadis Imran bin Husain r.a: Diriwayatkan daripada Mutarrif bin Abdullah r.a katanya: Aku dan Imran bin Husain pernah sembahyang dengan berimamkan Ali bin Abu Talib. Apabila ingin sujud beliau mengucapkan takbir dan begitu juga bila bangkit dari sujud. Setelah selesai rakaat yang kedua, beliau bangkit serta bertakbir. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami pun bersurai. Lalu Mutarrif berkata: Imran memegang tanganku sambil berkata: Sembahyang yang kita kerjakan tadi adalah sama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ataupun katanya: Saidina Ali cuba mengingatkan aku bahawa ini adalah cara sembahyang yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
      
                       
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           7. THE RECITING OF TAKBIR IN PRAYER AT THE TIME OF BOWING AND RISING EXCEPT WHEN RISING AFTER RUKU’ WHEN IT IS SAID,”ALLAH IS LISTENED TO HIM WHO PRAISED HIM”.
Number            :           2/2
Hadith  :           207 - 'Imran bin Husain's Hadith, may Allah be pleased with them. Mutarrif bin 'Abdullah reported: I and 'Imran bin Husain performed the Prayer behind 'Ali bin Abi Talib. He recited takbir when he prostrated, and he recited takbir when he raised his head and he recited takbir while rising up (from the sitting position at the end of two rak'ahs). When we had finished our Prayer, 'Imran caught hold of my hand and said: He ('Ali) has led the Prayer like Muhammad (may peace be upon him) or he said: He in fact recalled to my mind the Prayer of Muhammad (may peace be upon him).



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           7. TAKBIR TELAH DITENTUKAN SEBAGAI GERAKAN SETIAP KALI TURUN DAN BANGKIT SEMASA SEMBAHYANG KECUALI BANGKIT DARI RUKUK. IANYA MEMADAI DENGAN MEMBACA “
                       
Bilangan           :           2/2
Hadis   :           207 - Hadis Imran bin Husain r.a: Diriwayatkan daripada Mutarrif bin Abdullah r.a katanya: Aku dan Imran bin Husain pernah sembahyang dengan berimamkan Ali bin Abu Talib. Apabila ingin sujud beliau mengucapkan takbir dan begitu juga bila bangkit dari sujud. Setelah selesai rakaat yang kedua, beliau bangkit serta bertakbir. Sebaik sahaja selesai sembahyang kami pun bersurai. Lalu Mutarrif berkata: Imran memegang tanganku sambil berkata: Sembahyang yang kita kerjakan tadi adalah sama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ataupun katanya: Saidina Ali cuba mengingatkan aku bahawa ini adalah cara sembahyang yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
            
                       
                       
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           7. THE RECITING OF TAKBIR IN PRAYER AT THE TIME OF BOWING AND RISING EXCEPT WHEN RISING AFTER RUKU’ WHEN IT IS SAID,”ALLAH IS LISTENED TO HIM WHO PRAISED HIM”.
Number            :           2/2
Hadith  :           207 - 'Imran bin Husain's Hadith, may Allah be pleased with them. Mutarrif bin 'Abdullah reported: I and 'Imran bin Husain performed the Prayer behind 'Ali bin Abi Talib. He recited takbir when he prostrated, and he recited takbir when he raised his head and he recited takbir while rising up (from the sitting position at the end of two rak'ahs). When we had finished our Prayer, 'Imran caught hold of my hand and said: He ('Ali) has led the Prayer like Muhammad (may peace be upon him) or he said: He in fact recalled to my mind the Prayer of Muhammad (may peace be upon him).



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           8. WAJIB MEMBACA AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT SEMBAHYANG. SEKIRANYA TIDAK DAPAT MEMBACANYA DENGAN BAIK SERTA TIDAK BOLEH MEMPELAJARINYA, HENDAKLAH DIA MEMBACA SURAH LAIN ATAU AYAT LAIN YANG MUDAH BAGINYA.
                       
Bilangan           :           1/3
Hadis   :           208 - Diriwayatkan daripada Ubadah bin As-Somit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah al-Fatihah
                         
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           8. THE RECITING OF AL-FATIHAH IN EVERY RAK’AH OF PRAYER IS OBLIGATORY.
Number            :           1/3
Hadith  :           208 - 'Ubadah bin Al-Samit, may Allah be pleased with him, reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) said: He who does not recite Fatihat Al-Kitab is not credited with having observed the Prayer.




Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           8. WAJIB MEMBACA AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT SEMBAHYANG. SEKIRANYA TIDAK DAPAT MEMBACANYA DENGAN BAIK SERTA TIDAK BOLEH MEMPELAJARINYA, HENDAKLAH DIA MEMBACA SURAH LAIN ATAU AYAT LAIN YANG MUDAH BAGINYA.
                       
Bilangan           :           2/3
Hadis   :           209 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada sembahyang melainkan dengan bacaan.
               
Version                        English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           8. THE RECITING OF AL-FATIHAH IN EVERY RAK’AH OF PRAYER IS OBLIGATORY.
Number            :           2/3
Hadith  :           209 - Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) said: If anyone observes the Prayer in which he does not recite (Umm Al-Qur'an), his Prayer is deficient and not complete.



Versi                B. Malaysia :
Bab      :           5. SEMBAHYANG
Perkara            :           8. WAJIB MEMBACA AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT SEMBAHYANG. SEKIRANYA TIDAK DAPAT MEMBACANYA DENGAN BAIK SERTA TIDAK BOLEH MEMPELAJARINYA, HENDAKLAH DIA MEMBACA SURAH LAIN ATAU AYAT LAIN YANG MUDAH BAGINYA.
                       
Bilangan           :           3/3
Hadis   :           210 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w memasuki masjid, seorang lelaki juga memasukinya lalu mendirikan sembahyang. Setelah selesai, dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Lelaki tersebut kembali mendirikan sembahyang sebagaimana yang telah dilakukannya kemudian kembali menemui Rasulullah s.a.w dengan memberi salam kepada baginda. Lantas baginda menjawab salam lalu bersabda: Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah. Perkara ini berlaku sebanyak tiga kali sehingga akhirnya lelaki tersebut berkata: Oleh kerana engkau dibangkitkan untuk menyatakan kebenaran, bagaimanakah sebenarnya sembahyang dilakukan? Ajarkanlah padaku. Lalu baginda bersabda: Apabila kamu ingin mengerjakan sembahyang, mulakanlah dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu. Seterusnya rukuklah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan bangkitlah untuk berada dalam keadaan duduk antara dua sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan sehingga selesai sembahyang.
                       
                           English :
Chapter            :           5. PRAYER
Subject :           8. THE RECITING OF AL-FATIHAH IN EVERY RAK’AH OF PRAYER IS OBLIGATORY.
Number            :           3/3
Hadith  :           210 - Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, reported: Allah's Messenger (may peace be upon him) entered the mosque and a person also entered therein and offered the Prayer, and then came and paid salutation to the Messenger of Allah (may peace be upon him). The Messenger of Allah (may peace be upon him) returned his salutation and said: Go back and pray, for you have not offered the Prayer. He again prayed as he had prayed before, and came to the Messenger of Allah (may peace be upon him) and saluted him. Allah's Messenger (may peace be upon him) returned the salutation and said: Go back and say the Prayer, for you have not offered the Prayer. This (act of repeating the Prayer) was done three times. Upon this the person said: By Him Who has sent you with Truth, no better can I do than this. So, please teach me. He (the Holy Prophet) said: when you get up to pray, recite takbir, and then recite whatever you conveniently can from the Qur'an, then bow down and remain quietly in that position, then raise yourself and stand erect: then prostrate yourself and remain quietly in that attitude; then, raise yourself and sit quietly: and do that throughout all your Prayers.




Khamis, 2 Mei 2013

PERINTAH MEMERANGI MANUSIA SEHINGGA MEREKA MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAT, MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MENGELUARKAN ZAKAT SERTA MEMPERCAYAI APA YANG DIBAWA OLEH NABI S.A.W. SESIAPA YANG MELAKUKAN SEMUA TUNTUTAN TERSEBUT NESCAYA TERPELIHARALAH DIRI DAN HARTANYA KECUALI APA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK MENINGGALKANNYA SERTA BERSERAHLAH KEPADA ALLAH S.W.T MEMERANGI ORANG YANG TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT ATAU TIDAK MAHU MENUNAIKAN TUNTUTAN ISLAM YANG LAIN.



 IMAN
Perkara            :           8. PERINTAH MEMERANGI MANUSIA SEHINGGA MEREKA MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAT, MENDIRIKAN SEMBAHYANG, MENGELUARKAN ZAKAT SERTA MEMPERCAYAI APA YANG DIBAWA OLEH NABI S.A.W. SESIAPA YANG MELAKUKAN SEMUA TUNTUTAN TERSEBUT NESCAYA TERPELIHARALAH DIRI DAN HARTANYA KECUALI APA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK MENINGGALKANNYA SERTA BERSERAHLAH KEPADA ALLAH S.W.T MEMERANGI ORANG YANG TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT ATAU TIDAK MAHU MENUNAIKAN TUNTUTAN ISLAM YANG LAIN.
                       
Bilangan           :           1/3
Hadis   :           10 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka.                         
                    
                       
                       
                       
                       
                       
                       
                       
Version                        English :
Chapter            :           2. FAITH
Subject :           8. COMMAND FOR FIGHTING AGAINST THE PEOPLE SO LONG AS THEY DO NOT PROFESS THAT THERE IS NO GOD BUT ALLAH AND MUHAMMAD IS HIS MESSENGER.
Number            :           1/3
Hadith  :           10 - Abu Hurairah, may Allah be pleased with him, narrated: When the Messenger of Allah (may peace be upon him) died and Abu Bakr was appointed as his successor (Caliph), some tribes among the Arabs became apostates. 'Umar asked Abu Bakr: Why would you fight against the people, when Allah's Messenger (may peace be upon him) declared: I have been directed to fight against people till they say: There is no god but Allah? And he who professes it is granted full protection of his property and life on my behalf except for a right cause. His (other) affairs rest with Allah. Upon this Abu Bakr said: By Allah, I would definitely fight against those who severed the Prayer from Zakah, for it is the obligation upon the rich. By Allah, I would fight against them even if they withheld a cord (used for hobbling the feet of a camel) which they used to give to Allah's Messenger (may peace be upon him) (as Zakah).

Hadis: Menyeru kepada 2 kalimah syahadat



B. Malaysia :
Bab      :           2. IMAN
Perkara            :           7. MENYERU KEPADA 2 KALIMAH SYAHADAT DAN SYARIAT-SYARIAT ISLAM.
                       
Bilangan           :           1/1
Hadis   :           9 - Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya: Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.
           
                       
Version                        English :
Chapter            :           2. FAITH
Subject :           7. CALLING PEOPLE TO TESTIMONY AND THE CANNONS OF ISLAM
Number            :           1/1
Hadith  :           9 - Mu'adh, may Allah be pleased with him, said: The Messenger of Allah (may peace be upon him) sent me (as a governor of Yemen) and (at the time of departure) instructed me thus: You will soon find yourself in a community of the People of the Book, so first call them to testify that there is no god but Allah, and that I (Muhammad) am the Messenger of Allah; and if they accept this, tell them that Allah has enjoined upon them five Prayers during the day and night; and if they accept it, tell them that Allah has made Zakah obligatory for them that it should be collected from the rich and distributed among the poor; and if they agree to it, do not pick up (as a share of Zakah) the best of their wealth. Beware of the supplication of the oppressed for there is no barrier between it and Allah.