Khamis, 2 Mei 2013

Hadis: Iman penyebab utama masuk syurga.



B. Malaysia :
Bab      :           2. IMAN
Perkara            :           4. IMAN PENYEBAB UTAMA MASUK SYURGA DAN ORANG YANG MEMATUHI APA YANG DIPERINTAHKAN AKAN MEMASUKI SYURGA
                       
Bilangan           :           1/2
Hadis   :           5 - Hadis Abu Ayub al-Ansari r.a: Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah mengadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para Sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini.
                                               
                       
Version                        English :
Chapter            :           2. FAITH
Subject :           4. CONCERNING IMAN (FAITH) BY WHICH A PERSON WOULD ENTER HEAVEN
Number            :           1/2
Hadith  :           5 - Abu Aiyub Al-Ansari, may Allah be pleased with him, reported: Once during a journey of the Holy Prophet (may peace of Allah be upon him), a Bedouin appeared before him and caught hold of the nose string of his she-camel and then said: Messenger of Allah (or Muhammad), inform me about that which takes me near to Paradise and draws me away from the Fire (of Hell). He (the narrator) said: The Prophet (may peace be upon him) stopped for a while and cast a glance upon his Companions and then said: He was afforded a good opportunity (or he had been guided well). He (the Holy Prophet), addressing the Bedouin, said: (Repeat) whatever you have uttered. He (the Bedouin) repeated that. Upon this the Messenger (may peace be upon him) remarked: You worship Allah and associate none with Him, and you perform the Prayer and pay Zakah, and do good to your kin. After having uttered these words, the Holy Prophet asked the Bedouin to release the nose string of his she-camel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan