Rabu, 22 Januari 2014

Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Huraikan empat kategori tatabahasa bahasa Melayu



Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Huraikan empat kategori tatabahasa bahasa Melayu berdasarkan aspek-aspek dibawah:
·        Kenal pasti tokoh/pelopor setiap kategori tersebut.
·        Jelaskan idea asas yang dibawa oleh pelopor tersebut.
·        Perincikan kepentingan setiap kategori tersebut.


                                       

Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang terkenal dan tersohor di Asia Tenggara. Pengangkatan martabat bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar dalam pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepqat, lengkap, tuntas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
            Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hokum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa dahulunya dikenali sebagai nahu. Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara rin gkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) pula mendefinisikantatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Menurut Siri Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa laiah retetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsure-unsur ucapan menurut fungsinya.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4 kategori tatabahasa yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.
TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Pengenalan
Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada  tahun 1957 oleh Avram Noah Chomsky. Beliau  ialah seorang ahli linguistik , pendidik , aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang prolifik. Beliau dilahir dan dibesarkan di Philadelphia, Pennsylvania. Beliau menamatkan ijazah pertamanya pada tahun 1945 dan pengajian sarjananya pada tahun 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950- an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa tranformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965) iaitu buku yang telah menghuraikan nahu tranformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang ditonjolkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik.
Tatabahasa Transformasi Generatif mendapat sambutan dan popular dalam kalangan para linguistik antarabangsa termasuklah pakar-pakar bahasa di Malaysia. Pengaruh terhadap tatabahasa Transformasi Generatif  ini bukan hanya setakat di Amerika sahaja malah telah menular ke negara-negara Eropah dan juga ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Antara tokoh-tokoh bahasa Melayu yang sealiran dan seangkatan dengan tatabahasa ini ialah Lutfi Abas melalui bukunya iaitu Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulisnya pada tahun 1971 , Abdullah Hassan melalui bukunya iaitu Linguistik Am tahun 1980 , Nik Safiah Karim melalui buku Tatabahasa Dewan (1991) dan Bahasa Malaysia Syntax (1978) dan beberapa orang lagi ahli bahasa Transformasi Generatif Melayu.
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.
 Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi.
Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori TG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.
Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.
Rumusan
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.

TATABAHASA TRADISIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.
Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa asaran kepada bahasa ibunda ataupun dikenali sebagai bahasa pertama. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif. Penghafalan hukum tatabahasa yang diajarkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan. Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat elak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian.
PELOPOR TATABAHASA TRADISIONAL
Tatabahasa tradisional di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM yang dipelopori oleh Panini. Teori  Tatabahasa Tradisional oleh Panini telah  mendefinisikan tatabahasa tradisional sebagai ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
IDEA ASAS PANINI
Pengetahuan linguitik tatabahasa di India berasaskan daripada kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam Rig-Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini mengemukakan  rencana bahasa yang lengkap serta teliti yang tidak hanya bersandarkan kepada teori falsafah tetapi berdasarkan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan.  Dalam hubungan  ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani.  Lalu bahasa Yunani bertapak kepada tatabahasa Inggeris yang amat mengutamakan makna bagi sesuatu unit nahu itu. Di samping itu semua penutur diwajibkan mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.  Konsep teori ini diikuti oleh huraian.  pengajarannya lebih banyak tertumpu pada pengajaran nahu  terjemahan. Penghasilan tatabahasa tradisional pula bersifat anggapan yang merupakan kajian yang berdasarkan kepercayaan atau tanggapan. Keistimewaan tatabahasa ini terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun berdasarkan pemerhatian yang halus.
KEPENTINGAN TEORI YANG DIPELOPORI
Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang Hindu. Tatabahasa tradisional atau Sanskrit ini dijadikan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Tatabahasa dan tatabunyi yang dinyatakan oleh Panini memperlihatkan cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan kepada penemuan linguistik perbandingan. Teori ini seterusnya diperkembangkan oleh Plato yang telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu ‘Logos’.
Rentetan sejarah perkembangan Tatabahasa Tradisional
Panini ( Zaman India 2- 200 SM)

Plato, Aristotles ( Zaman Yunani-300 SM )

Priscian ( Zaman Romawi- 500 SM )

Al-Khalil, Al-Masri ( Zaman Renaissance )

Jason Grimm ( Zaman Perbandingan )

Linguistik moden Ferdinand de Saussure ( Abad ke-19 dan 20 )



TATABAHASA STRUKTURAL
Definisi Tatabahasa Struktural
Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran  Tatabahasa Struktural menekankan bahawa  tatabahasa: “….. is concerned with the observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of utterance” ( Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud “…. merangkumi bentuk –bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan”.

Tokoh- Tokoh Tatabahasa Struktural
Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan , muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Haris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metadologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, taxonomist dan Bloomfieldian. Tatabahasa Struktural dikait dengan era Linguistik  Moden. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal dengan nama Course in general Lingistik. Sesungguhnya Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai  jirim dan bentuk.
Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand  berkembang dengan  pelbagai mazhab antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield , Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S Haris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Haris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural  Linguistik  (1951). Dalam bukunya itu, Haris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji bahasa. Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural  Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968)  -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola.”  Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V)  dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita.
Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik  Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah  Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
Fokus pengkajianTatabahasa Struktural  ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:
·                     Bahasa ialah pertuturan bukan  tulisan
·                     Bahasa ialah satu sistem
·                     Sistem bahasa ialah arbitari
·                     Bahasa adalah untuk perhubungan
Aliran Struktural  menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan  dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam  struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi  tumpuan kepada perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah
·                      Mementingkan bentuk  atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu
             bahasa
·                     Tidak bertitik  tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam
             sesuatu  unsur  tatabahasa
·                     Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat
·                     Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik
·                     Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan  bukti yang tepat dan betul
Rumusan
Aliran strultural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

TATABAHASA FUNGSIONAL
Pengenalan
Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) sebenarnya adalah merupakan nama sekumpulan teori linguistik yang secara umum dapat digolongkan ke dalam linguistik fungsional (linguistic functionalism), termasuk di dalamnya functional discourse grammar yang dibangunkan oleh linguis Belanda Simon Dik dan systemic functional grammar yang dibangunkan oleh linguis Inggeris Michael A. K. Halliday.
Di samping itu juga, pandangan Choamsky yang mendapat penambahbaikan dari Simon C.Dick (1978) telah mengembangkan tatabahasa fungsional. Tata bahasa ini didasarkan pada fungsi bahasa sebagai satu alat komunikasi. Dalam pada itu juga, tata bahasa ini tidak diakui sintaksis sebagai sistem yang otonom, melainkan sistem ini didasarkan pada semantik (Dick,1978).
            Tatabahasa fungsional adalah salah satu linguistik moden. Tatabahasa fungsionalnya  juga merupakan instrumen simbolik yang digunakan untuk tujuan berkomunikasi. Pandangan tatabahasa fungsional mendasarkan bahawa struktur bahasa tidak akan difahami secara tidak baik apabila prinsip pragmatik diabaikan. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar konvensyen pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi verbal iaitu sintaksis membentuk kemampuan gramatikal untuk mengekspresi bahasa, sedangkan pragmatik berkemampuan menggunakan ekspresi bahasa secara sesuai demi mewujudkan kejayaan sesebuah komunikasi. Oleh  kerana itu, tatabahasa fungsional melibatkan fungsi sintaksis, fungsi semantik dan fungsi pragmatik.
            Secara umumnya, tatabahasa fungsional (TBF) adalah teori yang berusaha menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsionalnya. Kerana  itulah pengembangan teori ini memusatkan perhatiannya kepada tiga perkara  yang saling berkaitan, iaitu (1) fungsi bahasa semulajadi, (2) fungsi hubungan yang terjadi pada pelbagai peringkat susunan tata bahasa, dan (3) sasaran yang ingin dicapai.
     Untuk merealisasikan perkara di atas, pembangunan teori-teori tata bahasa fungsional ini harus memenuhi tiga standard, iaitu:
1. Tipologis. Ertinya, peraturan dan prinsip-prinsip teori ini harus dapat diterapkan dalam 
    mana-mana bahasa semulajadi.
2. Pragmatik. Ertinya, rumusan yang dikemukakan harus memberi pemahaman mengenai
     bagaimana ungkapan-ungkapan dapat  digunakan secara efektif dalam interaksi
     komunikatif.
3. Psikologi. Ertinya, apa-apa yang dikemukakan oleh tata bahasa fungsional harus
    bersesuaian dengan perkara-perkara yang telah diketahui.
     Dalam pada itu juga, tatabahasa fungsional ada tiga tingkatan fungsi-fungsi yang menjadi  perhatian, iaitu:
1. Fungsi Semantik (Pelaku [Agent], Pesakit [Patient], Penerima [Recipient], dsb.)
            Fungsi ini mendefinisikan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam suatu peristiwa atau perbuatan sebagaimana ditunjukkan oleh predikat.
2. Fungsi Sintaksis (Subjek dan Objek).
            Fungsi ini mendefinisikan bagaimana sudut pandang suatu peristiwa atau perbuatan diwujudkan dalam bahasa-bahasa yang diungkapkan.
3. Fungsi Pragmatik (Tema dan Ekor [Tail], Topik dan Fokus).
            Fungsi ini mendefinisikan status maklumat yang diungkapkan  dan menyambung ungkapan-ungkapan yang ada dalam perbincangan atau wacana yang sedang berlangsung itu. Interaksi verbal yang sedang berlangsung juga dapat digunakan sebagai alat analisis atas pelbagai aspek bahasa dan penggunaan bahasa, maka tatabahasa fungsional berupaya sekaligus dapat memaksimumkan tahap  tipologis dan meminimakan peringkat abstraksi analisis linguistiknya. Usaha ini dilakukan dengan mengurangkan kadar abstraksi (aturan, cara kerja, atau prosedur), sehingga jarak antara struktur berdasarkan teori ini dapat disusun dan disempitkan. Sekatan abstraksi dilakukan dengan mengikut prinsip-prinsip berikut:
1. Mengelakkan transformasi (dalam erti operasi perubahan struktur);
2. Mengelakkan elemen-elemen kosong dalam struktur utama yang tidak mendapatkan
    ekspresi;
3. Menolak peranti penapis (filter devices);
4. Tidak melaksanakan penguraian leksikal yang abstrak (sebagai gantinya, hubungan
    semantik antara kata dilakukan melalui definisi makna.)
             Secara ringkas, formal grammar (atau umumnya disebut grammar sahaja) adalah seperangkat aturan yang mengatur pembentukan kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal itu. Sementara functional grammar adalah model tatabahasa yang memasukkan unsur fungsi (pemakaian) yang kontektual dalam suatu rangkaian sistem-sistem yang disambungkan dalam menghasilkan makna. Dengan kata lain, tata bahasa atau tatabahasa formal hanya tertarik dengan susunan atau proses penyusunan bentuk kata, frasa, atau ayat, sedangkan, tatabahasa fungsional memusatkan perhatiannya pada bagaimana para pengguna bahasa memilih dan menggunakan bentuk atau susunan kata, frasa, atau ayat tertentu dalam menyampaikan makna yang mereka inginkan. Pilihan yang mereka gunakan itu sudah tentu tidak akan hanya mahal bentuknya saja, tetapi juga hal-hal kontekstual yang lain.
Rujukan
Abdullah Hassan.(2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Arbak Othman .(1984). Permulaan ilmu linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn.Bhd.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar.(2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Hashim Haji Musa.(1993). Binaan dan fungsi perkataan dalam bahasa Melayu suatu huraian dari        
     sudut transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa  Dan Pustaka.


BINCANGKAN TENTANG MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA. HURAIAN ANDA HENDAKLAH DIKAITKAN DENGAN MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT EWISE DAN SIMNETT (1986).



TUGASAN KURSUS QGU 3013
KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN.

BINCANGKAN TENTANG MASALAH OBESITI  DALAM KALANGAN  PELAJAR SEKOLAH  MALAYSIA. HURAIAN ANDA HENDAKLAH DIKAITKAN DENGAN MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT EWISE DAN SIMNETT (1986).


ISI KANDUNGAN.
CATATAN
1.         PENDAHULUAN DAN DEFINISI, MATLAMAT DAN  
           OBJKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN.


2.         DEFINISI OBESITI  DAN PANDANGAN MENURUT         
           EWELES DAN SIMNETT (1986).


3.         FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN
           OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI
           MALAYSIA.



4.         PUNCA-PUNCA OBESITI  DI KALANGAN PELAJAR
           DI  MALAYSIA.



5.         KESAN-KESAN OBESITI  DI KALANGAN PELAJAR
           SEKOLAH DI MALAYSIA.



6.0       CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI
           KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.


7.         RUMUSAN.


8.         RUJUKAN.











1.0       PENDAHULUAN DAN DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN.
1.1       Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-
i. Kesihatan Diri dan Keluarga
ii. Gaya Hidup Sihat
iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
1.2       Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
1.3       Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
1.4       Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).
1.5       Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.
1.6       Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial, rohaniah dan seksual.
1.7       Matlamat Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. ( wikipedia.org). Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :
a. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.
b.  menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.
c. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
d. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

e. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
1.8      .Objektifnya pula adalah untuk :
a. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.
b.  Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
c.  Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
d. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.
1.9       Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
1.10    Similarly, Ewles dan Simnett (1999) menyenaraikan lima pendekatan yang berkaiatan iaitu
a. Pendekatan medis (preventif).  Pendekatan ini dikonsepkan pada keberadaan penyakit. Hal ini digunakan untuk mencegah penyakit dan kematian imunisasi.
b. Pendekatan Perilaku.  Pendekatan ini bertujuan untuk mendorong masyarakat agar mengamalkan perilaku sihat yang mendorong masyarakat bebas membuat pilihan tentang perubahan perilaku yang  berkaitan penambahbaikan tahap kesihatan.
c. Pendekatan edukasis.  Pendekatan ini mengutamakan proses belajar melalui dialog dan diskusi dengan mengintegrasikan kehidupan dengan model pendidikan.
d. Pendekatan perubahan sosial merupakan suatu pendekatan ini harus menjamin bahwa sihat lebih mudah dicapai dan memberikaan perhatian bahawa kesihatan adalah untuk semua.
e. Pendekatan berpusat pada klien pula merupakan pendekatan berdasarkan hubungan seimbang antara pemudahcara dengan individu klien yang lebih mendorong klien membuat pilihan positif.
2.0       DEFINISI OBESITI  DAN PANDANGAN MENURUT EWELES DAN SIMNETT (1986).
2.1       Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).
2.2       Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).
Formula BMI ialah :
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3
Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak,  bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =    berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
2.3       Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut :
a.         Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.
b.         Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu.
c.         Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya.
d.         Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.
3.0       FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.
3.1       Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
3.2       Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
3.3       Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)
3.4       Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.
3.5       PETALING JAYA 17 April – Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini. Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.
4.0       PUNCA-PUNCA OBESITI  DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.
4.1       Secara umumnya faktor- faktor yang menyebabkan obesity adalah seperti  keturunan dan faktor genetik, tiada senaman yang mencukupi, nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak, hormon, pengambilan ubat/ rawatan dan jangkitan virus.
4.2       Melalui kajian antara faktor obesity di kalangan pelajar di Malaysia adalah seumpama:
a.         Makan makanan rendah/bebas lemak. Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus.
b.         Tidur terlalu sedikit/banyak. Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
c.         Minuman bergas. Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.
d.         Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
e.         Makan terlalu cepat. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.
4.3       Minuman manis antara punca utama obisiti dikalangan pelajar di Malaysia.
a.         Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah.
b.         Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?
c.         Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

d.         Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

e.         Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumber makanannya’ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.
f.          Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

g.         Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).

5.0       KESAN-KESAN OBESITI  DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.
5.1       Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan, kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya.
5.2       Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).
5.3       Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.
5.4       Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
5.5       Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai ‘virus’ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan.
5.6       Apabila kegemukan dialami oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan.
6.0       CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.
6.1       Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah dan antaranya adalah:
a.         Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.
b.         Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).
c.         Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.
d.         Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)

6.2       Panduan semasa menyediakan makanan merupakan antara elemen penting dan berkesan. Panduan ini merangkumi aspek seperti:
a.         Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan
b.         Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.
c.         Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.
d.         Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.
e.         Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murni dan mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama
f.          Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam mineral terutama kalium dan kalsium.  Sama sekali tidak mengandungi kolestrol dan amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium.  Kebaikan boleh menjadi snek yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem penghadaman dan beerapa jenis kanser.

6.3       Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang, minum air secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat.
 6.4      Cara diet yang betul secara asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami masalah obesiti seperti beberapa panduan diet yang betul di bawah;
a.         Ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang).
b.         Elakkan perut daripada lapar. Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress. Anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal. Hidangkan buah-buahan di atas meja makan anda.
c.         Usah abaikan lemak. Tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin. Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal. Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun. Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

6.5       Pelajar perlu menambah karbo selepas senaman. Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.

6.6       Jangan tidur ketika lapar. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

6.7       Kitaran Kalori merupakan salah satu langkah yang boleh di lakukan i dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

6.8       Jadualkan ‘Cheat Day’ dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan tidak terkawal.
 
6.9       Saratkan dengan serat kerana serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

6.9       Kawal pengambilan minuman yang manis (menyebabkan pengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari) Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

6.10    Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product) dengan kerap, cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

6.11    Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

6.12    Pelajar boleh ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


6.13    Minum lapan gelas air setiap hari.Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


6.14.   Para pelajar perlu mengelakkan minum minuman yang bergas.  Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


6.15    Kurangkan pengambilan garam.Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6.16    Para pelajar diseru agar mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

6.17    Makanlah dengan perlahan-lahan dan  jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

6.18.   Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


6.19.   Makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


6.20    Pelajar perlu kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan dan jangan simpan ianya di dalam peti ais anda.


6.21    Amalkan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti:

a.         Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.
b.         Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
c.         Renang adalah latihan menyeluruh.
d.         Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
e.         Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

6.22    Ambil makanan yang berempah kerana sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

6.23    Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


6.24    Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.
6.25    Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.  Pelajar lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

6.26    Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak atau hindari minyak atau lemak haiwan.


6.21    Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.
6.22    Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Ini kerana jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.
6.23    Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.
6.24    Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3. Pelajar disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

7.         RUMUSAN
8.1       Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.
.2         Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.
8.3       Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.
8.         RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan
Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
http://www.kesihatan.biz/Punca_Gemuk.php
http://www.jomdiet.com/obesiti-antara-tanda-awal-penyakit-kronik/
http://www.top5reason.com/index.php/5-tabiat-yang-menjadi-punca-gemuk/
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Mengatasikegemukan/Article/index_html
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/minuman-manis-dan-kegemukan/
http://enamanja.tripod.com/makan3.htm
 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/8-tip-mudah-diet-malaysia/