Rabu, 22 Januari 2014

KERJA KURSUS CMP 2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM (3. LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI)




KERJA KURSUS
CMP 2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM
(3.  LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI)
ISI KANDUNGAN:
3.0          LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI.

3.1          SURAT UCAPAN TERIMA KASIH.

3.2          LAPORAN JAWATAN KUASA KERJA.
3.3          LAPORAN KEWANGAN.
3.4          KESIMPULAN LAPORAN
3.4.1       KEKURANGAN
3.4.2       KELEBIHAN
3.4.3       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PROGRAN AKAN DATANG.

















3.1       SURAT UCAPAN TERIMA KASIH.

Kepada:  Tuan/Puan/Ibu bapa/Penjaga/Guru-guru yang dihormati,
30 Oktober 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS USAHA DAN SUMBANGAN BAKTI SEMPENA MENJAYAKAN  PERKHEMAHAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2013
Dengan hormatya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.         Pihak pengelola merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih  di atas sokongan dan sumbangan Tuan/Puan/Ibu bapa/Penjaga/Guru-guru atas sumbangan bakti dan bantuan yang dihulurkan.

3.       Untuk makluman semua pihak yang terlibat, Program Intergrasi Murid seumpama ini akan dijayakan sepanjang tahun bagi menepati dasar dan agenda Negara. Segala maklumat dan laporan telah diteliti mengikut jawatankuasa berkaitan bagi memurnikan pemambahbaikan program pada masa akan datang. Laporan dan rakaman visual berkaitan program ini boleh dimuat turun dalam laman sesawang PERKHEMAHAN RIMUP 2013 PPD MENGELIP.blogspot.

Sekian,  terima kasih.
“INTEGRASI PEMANGKIN PERPADUAN

Saya yang menjalankan tugas.


………………………………………..
TUAN HAJI BAKAR BIN ALIMI
(PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MENGELIP)

3.2       LAPORAN JAWATANKUASA KERJA PROGRAM  PERKHEMAHAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Perkhemahan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) 2013, Daerah Mengelip, Melaka telah dilaksanakan dan berikut adalah laporan berkaitan sesi tersebut.

Tempat :          Bilik Mesyuarat SK Pulut, Mengelip, Melaka.
Tarikh :            26 Oktober 2013.
Masa :              3.00 petang.

Kehadiran :
TUAN HAJI BAKAR BIN ALIMI (PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MENGELIP)
EN ABDUL RAZAK BIN OTHMAN (GURU BESAR SK PULUT)
EN HADI BIN ALIAN  (GURU BESAR SK MENGELIP 1)
EN. SAMI A/L SAMSAR (GURU BESAR SJKT LBK)
EN MOHD ZAMANI BIN NORDIN. (SETIAUSAHA)
PN MELISSA TEH (BENDAHARI)
EN KAMARUL BIN KAILAN.
PN ROKIAH BT MAMAT.
PN KAMALADEWI A/P KAMAKAWI
EN MAHDI BIN MAHAT.
CIK MANIISAH BT. HAMZAH
EN. ZAMZURI BIN NORISMAIL.
EN NORMAN BIN FAISOL
CIK ABI BT ISMAILl (SKP)
PN. JUN LAI KOO (SJKC SH).
PN. MAZNAH BT HASSAN ( SKM1)
EN M. TALARAJAN(SJKT LBK)
EN MOHAN RAJ (SJKT LBK)
EN. KOH LAM MENG (SJKC SH)


Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
Bacaan doa dan ucapan salam. Tuan Pegawai Pelajaran Mengelip, mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa yang terlibat. Beliau mngucapkan terima kasih atas kesungguhan semua pihak menjayakan dasar dan matlamat Negara.

Pengesahan minit mesyuarat.
Pengerusi majlis membentang perkara yang tercatat dalam minit mesyuarat.
Minit mesyarat disahkan oleh Pn Maznah Bt Hassan dan disokong oleh En. Rasi Bin Khairol.

Laporan Jawatankuasa kerja.
1.         Jawatankuasa kerja Urusetia diketuai oleh EN. MOHAMMAD ZAMANI BIN NORDIN.
a.         Jawatan kuasa yang telah diamanahkan telah melantik AJK, menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli, bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk urusan surat jemputan, membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta, bekerjasama dengan JK perasmian penutup, menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja, memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa, bertugas 24 jam di bilik operasi dan  memastikan bilik operasi berfungsi secara optimum setiap masa. Jawatan kuasa juga menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan dan menyediakan Anggaran Perbelanjaan
b.         Segala masalah yang timbul telah diselesaikan atas nasihat pengerusi pengelola.
2.   Jawatankuasa Makanan dan Sajian diketuai oleh PN. MAZNAH BT HASSAN ( SKM1).
a.         Jawatan kuasa yang diamanahkan telah berusaha bersama-sama secara murni dalam melaksanakan elemen berkiatan melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat, memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi, memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi, memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan, menentukan menu harian, menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian ), mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan, menentukan lokasi penyediaan makanan, memastikan jumlah khemah mencukupi dan menyediakan Anggaran Perbelanjaan serta pembelian barangan mentah.
b.         Segala keperluan dan urusan dapat dilaksanakan dengan mudah berikutan komitmen dan kepakaran guru-guru yang berpengalaman.
3.   Jawatankuasa Perasmian, Majlis Penutup dan Juruacara diketuai oleh EN. NORMAN BIN FAISOL.
a.         Jawatan kuasa kerja yang diamanahkan telah mengambil inisetif melantik AJK,  menyediakan kertas cadangan, menyediakan backdrop, mengadakan raptai perasmian penutup, menyusun aturcara penutup, menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu dan mengenalpasti juruacara serta  pembaca doa. Jawatan kuasa kerja juga telah bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya, menentukan lokasi, mengemas semula selepas upacara dan menyediakan Anggaran Perbelanjaan.
b.         Segala keperluan dan protokol dapat dilaksanankan mengikut prosedur secara hikmah.
     
4.  Jawatankuasa Pengangkutan diketuai oleh EN HADI BIN HALIAN.
a.         Pada peringkat awalnya jawatankuasa kerja ini dirasakan tidak dibentuk. Akan tetapi jawatankuasa kerja ini diwujudkan atas desakan keperluan yang penting. Jawatankuasa kerja ini telah melantik AJK, menyediakan pengangkutan pergi dan balik. Ia juga menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan perkhemahan. Jawatankuasa kerja juga memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan berjalan seperti yang dijadualkan, menyediakan pengangkutan untuk pergerakan ke tempat aktiviti di luar tapak perkhemahan utama, bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan serta menyediakan Anggaran Perbelanjaan.
b.         Ahli jawatan kuasa berasa berbesar hati kerana dapat berbakti kepada semua warga guru yang terlibat.
5.  Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih di ketuai oleh CIK ABI BT ISMAIL.
a.         Jawatankuasa kerja telah berusaha melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas, menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang perkhemahan. Jawatankuasa kerja juga menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan serta menetapkan tempat pertandingan. Kami juga menyediakan format/ syarat pertandingan, menentukan jumlah hakim pertandingan, mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih serta menyediakan  anggaran perbelanjaan.
b.         Semasa aktiviti dijalankan ramai guru telah menghulurkan bantuan dan membimbing peserta bagi menjayakan program ini. Pihak jawatankuasa memgambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada di hadapan mahupun di sebalik tabir.

6.  Jawatankuasa Keselamatan, disiplin dan Pertolongan Cemas diketuai oleh PN ROKIAH BT. MAMAT.
a.         Jawatankuasa kerja telah berusaha melantik AJK di kalangan guru yang mempunyai kemahiran serta kelayakan dalam fungsi bantuan dan pertolongan cemas. Jawatankuasa kerja juga telah menyediakan kertas cadangan, memaklumkan kepada Pusat Kesihatan Mngelip, memohon pihak kesihatan membuat “fogging” kawasan, menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan, menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas, menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan, memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas, merekod rawatan pesakit dan menyediakan anggaran perbelanjaan.
b.         Bagi elemen disiplin, jawatankuasa telah menerima dan menyiasat maklumat berkaitan kesalahan tatatertib yang berlaku. Jawatankuasa kerja juga telah mengambil tindakan tatatertib berdasarkan nasihat Kem Komander dan prosedur yang digalurkan. Akhirnya pihak kami juga menyediakan laporan tatatertib .
b.         Jawatankuasa memohon pihak ppd mengadakan kursus asas pertolongan cemas bagi wakil guru setiap sekolah agar prosedur keselamatan lebih terjamin dimasa kan datang.
7.  Jawatankuasa Rakaman  Foto dan dokumentsi di ketuai oleh EN M. TALARAJAN(SJKT LBK).
a.         Jawatankuasa kerja merakamkan rasa bangga kerana diberi kepercayaan. Jawatankuasa kerja telah melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas), menyediakan anggaran perbelanjaan, menyediakan kertas cadangan, membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas) serta mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia
b.         Pihak ajk kerja telah mendapat sokongan dan bantuan maklumat yang jitu dari ketua kem komander bagi memastikan segala urusan pendokumentasian berjalan lancar. Syabas juga kepada semua pihak.     
8.  Jawatankuasa Alatan dan quatermaster diketuai oleh EN MAHDI BIN MAHAT.
a.         Jawatankuasa kerja telah berusaha melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan, menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan. Jawatankuasa kerja juga memastikan alatan selamat digunakan, memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup serta menyediakan anggaran perbelanjaan.
b.         Jawatankuasa kerja mengharapkan agar bahan dan alatan yang telah diberi diinventorikan dan mampu digunapakai dalam keadaan memuaskan di masa akan datang.

9.  Jawatankuasa Persiapan Tempat diketuai oleh  EN. RAZAK BIN OTHMAN.
a.         Jawatan kuasa kerja ini telah diberi kepercayaan dan berusaha melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, menyediakan/ menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina, memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa dan memastikan tapak perkhemahan bersih. Jawatankuasa ini juga menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan serta menyediakan anggaran perbelanjaan
b.         Jawatankuasa kami mencadangkan jika tapak prkhemahan ini dipilih bagi sesi program adalah suatu keputusan yang bijak memandangkan kemudahan yang mencukupi dan mesra pelajar.
10.  Jawatankuasa Siaraya/data/statistik diketuai oleh EN. KOH LAM MENG (SJKC SH).
a.         Jawatankuasa ini  telah berusaha melantik AJK, menyediakan kertas cadangan, menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya dan menyediakan petugas siaraya yang mampu memenuhi kehendak majlis dan program yang dilaksanakan. Jawatankuasa kerja ini juga telah menyediakan anggaran perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan perbelanjaan bagi semua pegawai dan guru yang terlibat.
b.         bagi unit data dan statistik pihak jawatankuasa telah menyediakan laporan harian, mengadakan mesyuarat penyatuan dan penyelarasan ( harian ), mengemaskini data dan pemarkahan, memberi keputusan mengikut keperluan, menyediakan anggaran perbelanjaan
c.         Secara amnya segala keperluan adalah mencukupi. Hari hujan menyebabkan beberapa orang pelajar sakit. Butiran maklumat pelajar yang pulang dan menerima rawatan perlu diberikan rujukan semula kepada unit statistik agar data yang dicatatkan adalah sahih dan benar.
11.  Jawatankuasa Penginapan Pegawai-Pegawai Perkhemahan diketuai oleh EN. MOHAN RAJ.
a.         Jawatankuasa kerja ini telah melantik AJK, menyediakan kertas cadangan dan mendapatkan jumlah pegawai yang memerlukan penginapan. Jawatan kuasa ini telah mengenalpasti bangunan dan kawasan untuk penginapan yang sesuai serta menyelaras peraturan penginapan. Jawatankuasa kerja juga telah menyediakan anggaran perbelanjaan setelah merujuk prosedur dan kelayakan yang diberikan.
b.         Jawatankuasa kerja ini tidak menghadapi banyak rintangan kerana guru-guru dan pegawai yang terlibat menampilkan sahsiah serta etika perguruan yang terpuji. DI masa akan diatang jawatankuasa kerja akan cuba meletakkan penginapan  pegawai berhampiran surau bagi melancarkan program keagamaan yang dilaksanakan.
12.  Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata diketuai oleh  PN KAMALADEWI A/P KAMAKAWI .
a.         Jawatankuasa kerja ini telah berusaha melantik AJK yang bersesuaian, menyediakan kertas cadangan pemilihan hadiah, menyusun tempahan hadiah, menguruskan cenderamata VIP dan hakim, menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang (Johan, Naib Johan dan Ketiga), menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah, mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan, menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah dan memastikan penerima bersiap sedia awal. Jawatankuasa kerja juga menyediakan anggaran perbelanjaan seperti yang dimaklumkan.
b.         Semua peserta telah mendapat sijil. Jika berlaku kekurangan sijil sila maklumkan. Peserta yang saklit dan pulang ke rumah juga diberikan sijil atas penghargaan dan motivasi kepada pelajar terbabit.









3.3       LAPORAN KEWANGAN.
3.3.1.   Laporan kewangan berkaitan makanan peserta.

PERKARA
BUTIRAN HARGA/KOS (RM)
A. HARI  JUMAAT
Minum petang
Makan malam

  1.20
  4.00

B. HARI  SABTU
Sarapan
Minum pagi
Makan tengahari
Minum petang
Makan malam


  2.00
  1.20
  4.00
  1.20
  4.00

C. HARI AHAD
Sarapan
Minum pagi

 2.00
 1.20

JUMLAH

20.80 X 300 ORANG = RM6240.00
 (240 PESERTA DAN 60 PEGAWAI)
3.3.2    Laporan kewangan lain-lainkeperluan berkaitan program.
Peralatan dan keperluan

  RM 320.00

Hadiah penyertaan

RM 2.00 X 68

  RM 136.00
Sewa tapak perkhemahan dan penginapan pegawai

 RM 1600.00

Cenderamata perasmi


  RM 030.00

Jamuan penutup

RM 4.00 X 30 PEGAWAI

 RM 120.00

Backdrop


RM 030.00

Runcit


RM 082.00

JUMLAH


RM2318.00

JUMLAH KESELURUHAN:           RM6240  +  RM2318 = RM8558


3.4          KESIMPULAN LAPORAN
3.4.1       KEKURANGAN
a.             Penglibatan peserta adalah terbatas atas kerana kekangan masa dan peruntukan kewangan. Lokasi perkhemahan terbabit juga ada menawarkan lain-lain aktiviti lasak dan pengembaraan.
b.            Tarikh program dipilih perlu dipilih mengikut keadaan cuaca dan peredaran musim monsun. Jika berlakunya musim hujan aktiviti perkhemahan kurang sesuai dilaksanakan. Sebaiknya aktiviti kebudayaan dan permainan dalaman lebih ideal dilaksanakan.
c.             Tarikh program juga berhampiran peperiksaan akhir tahun yang menimbulkan rungutan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid-murid.


3.4.2       KELEBIHAN
a.         Ini adalah suatu  program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perpaduan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila meningkat dewasa.
b.         Program ini dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan di samping memupuk nilai-nilai kerjasama antara pelajar.
c.         Pelajar diterapkan amalan yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
d.         Program ini juga menjadi pemangkin melahirkan warganegara yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
e.         Program ini juga menyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai dan menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.
d.         Lokasi program dilaksankan memberikan kecerian kepada pelajar dan tanggapan positif di kalangan ibu bapa yang hadir menziarahi anak mereka. Lokasi  program  ini selamat dan memiliki bentuk muka bumi sesuai untuk aktiviti sukan rekreasi dan perkhemahan. Lokasi ini juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, surau dan dewan terbuka.

3.4.3       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK PROGRAN AKAN DATANG.
a.         Jawatankuasa kerja perlu diagihkan kepada unit-unit yang lebih khusus dan tidak digabungkan. Ini dapat melancarkan lagi tugas dan mengurangkan beban kerja yang dihadapi oleh sesuatu unit.
b.         Adalah lebih baik majlis hanya melaksanakan perasmian penutup kerana ianya lebih tersusun, sesuai dan dapat mengurangkan ledakan susun atur kerja dan murid pada peringkat awal program.
c.         Penglibatan murid perlu diselaraskan agihan tahun pembelajaran dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar tahun enam. Pelajar perlu diasuh dari tahun empat agar mereka lebih selesa dan praktikal bergaul dan menjadikan amalan perpaduan sebagai rukun hidup.
d.         Penglibatan pegawai dari agensi  lain seperti kesihatan, polis dan jabatan perpaduan perlu digembeling sepenuhnya bagi menjayakan dasar dan agenda perpaduan Negara.
e.         Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik.
f.          Aktivit amal bakti perlu diterapkan pada diri pelajar. Pelajar dikesan hanya meminati program berbentuk hiburan dan aktiviti sukan. Kurangnya kesedaran menjaya aktiviti amal bakti menyebabkan impak dalam naluri pelajar untuk melakukan kerja kebajikan semakin pudar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan