Selasa, 1 Julai 2014

qgj 3043 pergerakan dan rithma (Kareografi)





QGJ 3043
PERGERAKAN DAN RITHMA. (Karegorafi)
NO
ISI KANDUNGAN
CATATAN
1
PENDAHULUAN

2
TAJUK

3.
OBJEKTIF KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF.

4.
ALATAN/PROPS/KOSTUME

5.
LATAR BUNYI/IRAMA/LAGU

6.
ASPEK KESELAMATAN

7.
HURAIAN KAREOGRAFI MENGIKUT SEGMEN

8.
PENUTUP

9.
RUJUKAN


1.0       PENDAHULUAN.
1.1       Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Ia dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi.
1.2       Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta  sesuatu pergerakan secara berterusan.
1.3       Melalui pergerakan kreatif, pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan kesedaran dan kefahaman mereka mengenai konsep sesuatu pergerakan yang dilakukan.
1.4       Setiap perlakuan kreatif yang dilakukan mempunyai penceritaan dan maksudnya yang tersendiri. Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif.  Empat unsur tersebut itu ialah kesedaran tubuh badan,  kesedaran ruang, kesedaran masa dan kesedaran daya.

2.0       TAJUK.
2.1       Pemilihan tajuk dilakukan oleh guru berdasarkan standard pembelajaran atau sukatan pelajaran dengan harapan tajuk ini menarik dan bersesuaian dengan tahap umur pelajar.
2.2       Tajuk dipilih adalah Padi Padi Ku.

3.0       OBJEKTIF.
3.1       Kognitif:
      3.1.1    Murid dapat menyatakan secara lisan kepentingan penceritaan dengan tema pergerakan kreatif dalam persembahan.
3.1.2    Murid dapat melakukan, menghayati dan melakukan unsur pergerakan yang bersesuaian dengan tema pergerakan kreatif.
3.1.3    Murid dapat merasai kebebasan dan kesedaran serta memupuk pengawalan dalam penggunaan tubuh badan sebagai alat pencurahan perasaan dan idea.
3.1.4    Murid berpeluang memperkembangkan imaginasi pergerakan dan menghayati ritma semulajadi sebagai satu daya kreatif

3.2       Psikomotor:
3.2.1    Murid dapat melakukan elemen perlakauan dalam pergerakan yang sesuai mengikut situasi yang dilalui  berdasarkan segmen penceritaan.
     3.2.2    Murid dapat melakukan aktiviti di ruang diri dan di ruang am dalam berbagai arah, aras, dan ekstensi.
3.2.3    Murid dapat berpeluang merasai pengalaman pergerakan yang akan memperkembangkan daya cipta kreatif.

3.3       Afektif:
      3.3.1    Murid dapat menunjukkan semangat bekerjasama dalam menghasilkan pergerakan kreatif yang bersesuaian dengan segmen penceritaan.
3.3.2    Murid dapat memperkembangkan perasaan untuk perkaitan pergerakan kreatif terhadap rangsangan bunyi dan visual.
3.3.3    Murid dapat mengembangkan perasaan terhadap unsur-unsur pergerakan iaitu daya, masa dan ruang yang bersesuaian dengan penceritaan.

4.0       ALATAN/PROPS DAN KOSTUM:
4.1       Guru membulat pilihan agar alatanyang digunakan sesuai dan mudah digunakan oleh murid dalam menjayakan pergerakan kreatif  yang dialamainya. Antara alatan yang digunakan adalah kayu hoki, skittle,  pundi kacang dan pita rakaman.(Lagu padi padi ku, padi mari potong padi).
4.2       Lokasi penceritaan dilakukan di hadapan di blik bangunan yang mempunyai lukisan mural pemandangan di tepi kawasan sawah padi serta terletak bersebelahan kebun herba.
4.3       Masa persembahan terlibat adalah 15 minit.

5.0       LATAR BUNYI/ IRAMA/ LAGU.
5.1       Latar bunyi adalah berteraskan suasana pengembaraan yang mendebarkan dalam lokasi yang tidak pernah ditempuhi.
5.2       Bunyian unggas dan air terusan yang mengalir serta tiupan angin yang menyebabkan daun serta pelepah pohon berdeser menjadi asas irama.
 5.3      Lagu yang diudarakan melibatkan situasi riang dengan mengunakan bunyi seruling. Sementara situasi aktif  akan lebih banyak kedengaran aluan gendang serta gesekan biola.  Sementara situasi tenang akan kedengaran alunan piano dan gitar.

6.0       ASPEK KESELAMATAN.
6.1       Guru akan berusaha sebaiknya dalam melakukan tindakan berkaitan elemen keselamatan dengan memberi penjelasan/ taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang aktiviti  berlangsung.
6.2       Murid akan dimaklumkan lebih awal (seminggu sebelum aktiviti teleh diedarkan) berkaitan manual peraturan dan disiplin bertulis yang yang perlu dipatuhi.
Murid memastikan tempat persembahan adalah rata.
6.3       Guru mengadakan pemeriksaan secara lisan dan pemerhatian agar murid berada dalam keadaan cergas dan sihat.
6.4       Guru juga memastikan agar alatan dan bahan yang digunakan adalah selamat, selesa dengan pergerakan telibat serta tidak menimbulkan rasa remeh dan menganggu aktiviti.
6.5       Guru melarang murid menimbulkan sebarang tindakan agresif, tidak mempunyai kesantunan bahasa dan tidak sopan perbuatan.



7.0       HURAIAN KAREOGRAFI MENGIKUT SEGMEN.

SEGMEN
&
MASA
HURAIAN PERLAKUAN
TEMA DALAM PERGERAKKAN
KREATIF
HURAIAN UNSUR PERGERAKAN MENGIKUT TEMA
Segmen pertama.
(3 minit)
Di kejutkan dari tidur. Mengeliat dan mengemas tempat tidur. Mandi dan membersihkan diri. Memakai pakaian dan bersiap untuk ke bendang. Bersarapan bersama datuk dan nenek.

Membantu nenek mencuci pingan dan mengambil topi serta bekalan makanan untuk ke bendang. Nenek mengunci pintu rumah.







Tema 1: Aktiviti Lokomotor      








Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas. 3 unsur apung – kawal lambat – halus dalam pergerakan.





  .


Murid menggunakan pergerakan lokomotor, bebas menggunakan anggota anggota badan untuk bergerak.







      Pergerakan bermula di bahagian tangan, lutut dan siku serta arah pergerakan kaki. Pergerakan seperti melangkah dengan langkah kecil secara pantas dan lambat. Arah pergerakan tangan juga menatang, memegang, menjinjit dan memulas.      Bahagian tubuh badan melakukan pergerakan serta-merta, halus dan terus. Dilakukan dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Keseluruhan badan merasa cergas dan bersedia untuk melakukan pergerakan laju.
SEGMENKEDUA
(3 minit)
Angin bertiup agak kencang ketika menuju ke batas sawah padi.
Memimpin tangan nenek.  Rasa bimbang dan berwaspada ketika melalui batas sawah  agar tidak terjatuh dan dihinggapi pacat.

Empat orang murid yang hanya memakai uniform rasmi sekolah diminta melakonkan aksi menjadi pokok yang bergoyang-goyang ditiup angin.
*       
  Lapan orang murid menjadi burung pipit sedang terbang bebas.

Tema 5: Penyesuaian Terhadap Rakan
     




Tema 9: Kesedaran bentuk pergerakan.




Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas
      3 unsur apung – kawal lambat – halus dalam pergerakan pokok kelapa dan burung pipit.

Tema 3: Kesedaran ruang.
      Murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang sekata Murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang sama. Murid melakukan laluan zig-zag.  


      Murid melakukan aksi berjalan secara berjengket, mengimbangi tangan dan melangkag besar dan kecil. Murid juga membuat aksi menepis bahagian kaki yang dibimbangi dihinggapi pacat.
          
      Murid mengoyangkan badan dan tangan dengan kelenturan yang perlahan ibarat ditiup angin. Sementara murid yang menjadi burung pipit akan bergerak bebas secara skip dan mengoyangkan tangan ibarat burung terbang.



      Murid menyesuaikan pergerakan tetap (pokok kelapa) dan bebas secara berskala (burung pipit).  
SEGMEN KETIGA
(5 minit)
Membantu datuk mengangkat ikatan padi yang telah disabit. Membanting padi dalam kepuk bekas padi. 

Kumpulan murid yang menjadi pokok kelapa dikekalkan semantara kumpulan murid menjadi burung pipit ditukarkan aksi menjadi belalang.
Tema 9: Kesedaran bentuk pergerakan.

Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa




Tema 7: Lapan Lakuan Daya Asas. 3 unsur apung – kawal lambat – halus dalam pergerakan.
Murid melakukan aksi berjalan dengan langkah kecil menyesuaikan pergerakan tanah yang tidak rata.

Murid juga melakukan aksi mencekak padi, mengangkatnya ke atas kepala dan membantingnya serta mengoyang-goyangkan cekak padi dengan kelenturan dan skala masa yang bersesuaian.

Murid yang menjadi belalang akan melakukan aksi dekam dan melompat secara berulang-ulang dengan corak arah pergerakan yang bebas.
SEGMEN KEEMPAT
(2 MINIT)
Murid membantu datuk memasukkan padi ke dalam guni, menjahit guni dan mengangkat guni menggunakan ke atas kereta sorong.
Tema 9: Kesedaran bentuk pergerakan.




Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Murid melakukan aksi mencedok padi dalam kapok menggunakan gayung dan memasukkannya ke dalam guni sehingga penuh. Murid juga melakukan aksi menjahit guni.

Murid mengangkat beban dan murid yang menjadi belalang kini bertukar menjadi kereta sorong. Murid ini akan menyiarap dan murid lain akan mengangkat kakinya. Dia akan bergerak menggunakan tangan ibarat kereta sorong.
SEGMENKELIMA
(2 minit)
Berehat di pondok di tepi sawah dan menikmati juadah yang dibawa. Murid keletihan dan terlena.

     
Tema 5: Penyesuaian terhadap rakan




 Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa.
Semua murid melakonkan aksi membersihkan anggota badan di sumur. Murid menikmati makanan dan membuat memek muka serta bunyi mengunyah makanan.

Murid baring menelentang dan melunjurkan kaki. Murid membuat bunyi dengkuran apabila melepaskan nafas dan bunyi siulan apabila menyedut nafas.



8.0       PENUTUP.
8.1       Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas , iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan, ritma dan kreativiti.
8.2       Secara umumnya didapati murid dapat membuat pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan pergerakan kreatif. Sebahagian besar murid juga dapat menunjukan pergerakan dengan perasaan dan idea yang sesuai berdasarkan rangsangan bunyi. Guru juga berasa kagum kerana murid dapat melakukan pergerakan mengikut kreativiti  secara individu dan berkumpulan serta mempraktikkan beberapa emelen pergerakan asas dalam persembahan kreatif. 8.3         Menurut Graham, 1992, penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka. Maka penerapan elemen keseronokan akan menjadikan proses pengajaran lebih bermakna dan dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif.
8.4       Bagi menjayakan aktiviti pergerakan kreatif  ini, guru-guru juga memerlukan latihan dan pendedahan asas dan teknikal serta perlu mempunyai semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Azam guru dalam membimbing murid-murid, meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri.

9.0       RUJUKAN.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif .

Buku Panduan Guru Tahun 3: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wee Eng Hoe. ( 2001 ). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd.

Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun3. (1998). Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983).Buku Panduan Khas Pendidikan JasmaniTahun Tiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liyod, M. L Adventures in Creative Movement Activities. Petaling Jaya: Federal Publications Sdn. Bhd. 1990.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan