Selasa, 1 Julai 2014

qgj 3033 Sukan sepanjang hayat. Senaman Satu Malaysia.



                       

QGJ 3033
SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKRASI
JENIS TUGASAN:
ARTIKAL ILMIAH
TAJUK:
SENAMAN SENI SATU MALAYSIA
BIL
ISI KANDUNGAN

CATATAN
1.0
TAJUK


2.0
DEFINISI SENI DAN KEBUDAYAAN


3.0
FUNGSI SENI DAN KEBUDAYAAN


4.0
PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN DAPAT MENINGKATKAN KECERGASAN FIZIKAL, PERPADUAN KAUM DAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA.


5.0
PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM AKTIVITI SENI KEBUDAYAAN.
     

6.0
KEPENTINGAN PENGLIBATAN AKTIF MURID SEKOLAH RENDAH DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN TERHADAP PERKEMBANGAN DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF.


7.0
RUMUSAN


8.0
RUJUKAN




1.0       TAJUK:                     SENAMAN SENI SATU MALAYSIA.
1.1       Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk  aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.
1.2       Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.
1.3       Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara. Modul Senam Seni Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit.
2.0       DEFINISI SENI DAN KEBUDAYAAN.
2.1       Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
2.2       Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
2.3       Menurut Andreas Eppink, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
2.4       Edward B. Taylor menyatakan budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
2.5       Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya.
2.6       Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
2.7       Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.
2.8       Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak fitriah manusia  yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat

3.0       FUNGSI SENI DAN BUDAYA.
3.1       Fungsi seni dan budaya terserlah dalam fitrah kehidupan manusia. Budaya dalam pengertian biasa ialah satu cara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsip bahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan oleh manusia itu sendiri bagi keperluan hidup.
3.2       Seni dan budaya acapkali memenuhi dan menyediakan keperluan asasi manusia untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakan air untuk kegunaan pertanian, kayu-kayan untuk pembinaan rumah dan sebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaan keperluan dan aktiviti oleh masyarakat.
3.3       Seni dan budaya merupakan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku. Kepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupan manusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripada agama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan, meliputi perlakuan yang perlu  dkasanakan dan yang dilarang.
3.4       Seni dan budaya juga mengatur hubungan sesama manusia. Budaya positif akan mendidik kita agar mengamalkan nilai-nilai yang murni. Ini bermakna dalam menjalani kehidupan seharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesama manusia.
3.5       Seni dan budaya adalah penggalak kepada manusia untuk mencipta pelbagai alatan dan bahan yang berbeza untuk memenuhi keperluan manusia yang berbeza bagi memudahkan segala urusan.
3.6       seni dan budaya adalah alat penyatuan dan pengenalan identiti sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa dikenali bukan sahaja dari segi fizikalnya, lebih lagi dari budayanya. Manusia juga akan bersatu apabila anggota masyarakat mengamalkan semangat kekitaan dan saling bekerja sama bagi mencapai sesuatu.


4.0       PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN DAPAT MENINGKATKAN KECERGASAN FIZIKAL, PERPADUAN KAUM DAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA.
4.1       Peningkatan kecerdasan fizikal dirujuk setelah mendapati bahawa kesan telah berlaku dalam  mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, dan obesiti. Penjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal juga dapat ditingkatkan bagi memudahkan pergerakan. Beberapa kesan penuaan, ketegangan dan kegelisahan dapat dikurangkan. Kecergasan fizikal juga dapat    meningkatkan tenaga dan ketahanan diri serta membantu mengawal berat badan.
4.2       Penglibatan masyarakat dalam seni dan budaya akan menjadi pemangki kepada sektor ekonomi. Pelbagai usaha yang berterusan akan diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf Malaysia. Usaha ini meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru. Bagi  meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan rakyat Malaysia, aktiviti seni dan budaya dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Terdapat 7 buah taman budaya di seluruh negara. Taman budaya ini menjadi tempat untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan.
4.3       Penglibatan masyarakat semakin terserlah dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi muda. Elemen ini adalah antara usaha memupuk perpaduan.  Pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia. Akademi Seni Kebangsaan (ASK) terus menyediakan kursus di peringkat sijil dan diploma dalam bidang teater, penulisan kreatif, tarian dan muzik serta cinematography. Kursus dan program sedia ada dalam bidang seni persembahan dan seni halus yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi diperluas kepada bidang baru seperti pemodelan grafik berkomputer, seni video digital serta pemasaran dan pengurusan. Kursus dan program ini menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka.

5.0       PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM AKTIVITI SENI KEBUDAYAAN.
5.1       Secara peribadi, agak gusar untuk saya nyatakan bahawa Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat  dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing. Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum. Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.
5.2       Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.
5.3       Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang.
5.4       Nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian.
5.5       Namun dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Maka terdapat isi kandungan pembelajaran yang mengamdungi elemen asas seni tampak tradisional.
5.6       Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Murid tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Pelbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.

6.0       KEPENTINGAN PENGLIBATAN MURID SEKOLAH RENDAH DALAM SENI DAN KEBUDAYAAN TERHADAP PERKEMBANGAN DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF.
6.1       Domain psikomotor umumnya adalah merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka. Dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi.
Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.
Domain Psikomotor ini juga berkempentingan dalam member peluang dan ruang bagi murid menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Kemahiran psikomotor juga akan dilatih kepada setiap individu murid agar dapat  menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

6.2       Domain Kognitif mempunyai hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi.
Hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.
Murid dibimbing agar mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah kad ucapan yang indah dan kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
Perkembangan domain kognitif dalam proses kerja murid dalam menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang imaginatif, inovatif dan inventif. Murid juga diharapkan dapat menghargai keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri..
6.3       Domain Afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Perkara ini  mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan. Pemerhatian murid akan menjadi antara elemen ukuran disiplin, motivasi yang tinggi dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. 
6.4       Domain Kreativiti juga dapat dilihat selain daripada domain-domain di atas. Ianya merujuk kepada proses yang berterusan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Murid- murid sekolah rendah mempunyai nilai imaginatif yang tinggi tidak kiralah murid tersebut di tahap satu mahupun di tahap dua. Masing- masing akan mempunyai kreativiti yang berbeza dalam meluahkan penghasilan seni da ini membantu proses mengembangkan idea dalam diri mereka dan menyuburkan budaya pemikiran kritikal murid di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Proses ini juga menggalakkan eksplorasi menerusi deria dan eksperimentasi agar murid mempunyai pengalaman luas.

7.0       RUMUSAN.
Wawasan 2020 mengandungi intisari pandangan masa hadapan yang optimis, matlamat yang dapat mempertingkat maruah, martabat dan jati diri bangsa Malaysia turut disokong oleh pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai langkah persediaan untuk menangani cabaran sama ada dari aspek rohani, sosial, politik, ekonomi, sains, dan teknologi membuktikan keperluan pembangunan sumber manusia yang lengkap amat diutamakan.
Di peringkat sekolah menengah pengubahsuaian kandungan tertumpu kepada memperkenalkan teknologi multimedia dalam kandungan komunikasi visual dan mengamalkan penggunaan teknologi dalam penghasilan bentuk seni.
Prinsip “humanizing education” menjadi semakin penting demi menjamin masa hadapan generasi dan bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Berdasarkan pernyataan objektif pendidikan seni sekolah menengah yang lebih jelas dan  realistik hanya akan tercapai sekiranya objektif-objektif itu dapat diterjemahkan ke dalam bentuk operasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh guru dan pihak pentadbiran yang profesional dan faham bagaimana untuk merancang  pelajaran ini selari dengan keperluan individu, kehendak masyarakat, budaya dan negara pada dekad pertama abad ini. 
Tumpuan kepada pemupukan budaya ilmu, penerapan nilai murni, pemupukan budaya sains dan teknologi, pengukuhan perpaduan negara dan meningkatkan kualiti kemahiran  merupakan agenda utama dalam mempersiapkan pendidikan seni seiring dengan cabaran abad ke 21.

8.0       RUJUKAN.
 Arnold, Matthew. 1869. Culture and Anarchy. New York: Macmillan. Third edition, 1882, available online. Retrieved: 2006-06-28.
 Barzilai, Gad. 2003. Communities and Law: Politics and Cultures of Legal Identities. University of Michigan Press.
Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21.
Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia: KUALA LUMPUR: Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia
Boritt, Gabor S. 1994. Lincoln and the Economics of the American Dream. University of Illinois Press. ISBN 978-0-252-06445-6.
Boyle, L. (1999). Educating The Global Village. Including the Young Child in the World.  Ohio: Merill(Prentice Hall).
Efland, A.D. (1977). Planning Art Education. Middle/Secondary School Of Ohio: State of Ohio Dept. of Education.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan