Karangan Jenis Fakta/Rencana
Ciri-ciri
karangan jenis fakta.
1.
Karangan fakta ialah karangan yang diolah untuk:
a)
rnenerangkan sesuatu peraturan;
b) menerangkan proses kejadian sesuatu
perkara;
c) menerangkan peranan seseorang;
d) memberi petunjuk dan arahan;
e) menerangkan sesuatu kaedah dan
penggunaan ciptaan.
2.
Sebuah karangan fakta yang baik mempunyai:
a) isi-isi yang tepat, padat, kukuh, dan
logik;
b) contoh yang benar;
c) statistik yang tepat;
d) bahasa yang mantap, ringkas, dan mudah
difahami.
3.
Pendahuluan sesebuah karangan fakta diolah berdasarkan tema atau
kunci daripada soalan yang dikemukan.
4.
Isi-isi disampaikan secara tersusun dan berkesinambungan antara satu
sama lain.
5.
Penutup karangan fakta diolah dengan membuat kesimpulan
daripada keseluruhan karangan. Penutup yang
paling mudah adalah
dengan memberikan unsur-unsur pengajaran
dan nilai-nilai murni.
Apakah peranan akhbar kepada masyarakat? Bincangkan.
Akhbar atau surat khabar merupakan satu bahan bacaan yang popular.
Akhbar adalah alat sebaran am yang amat berguna kepada manusia. Akhbar diterbitkan
dalam pelbagai bahasa. Di negara kita, terdapat akhbar berbahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, dan Inggeris.
Akhbar mempunyai pelbagai peranan. Akhbar
berfungsi sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Melalui akhbar, kita
dapat mengetahui berita tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar
negara. Berita-berita ini meliputi berita semasa, politik, sukan, dan
sebagainya.
Selain itu, akhbar dapat memupuk
semangat minat membaca di kalangan masyarakat. Dengan cara ini, manusia dapat
menambah dan meluaskan pengetahuan masing-masing. Pembacaan yang meluas, dapat
mengelakkan kita daripada digelar seperti “katak di bawah tempurung’.
Selain meluaskan pengetahuan sedia ada,
dengan membaca surat khabar pelbagai bahasa, kita dapat
memperbaiki tahap penguasaan sesuatu bahasa yakni sama ada bahasa
Inggeris, Cina, Tamil mahupun Bahasa Malaysia.
Kesimpulannya, akhbar mempunyai peranan
yang penting dalam kehidupan kita setiap hari.
Kosa hati
Popular
: terkenal dan di
sukai ramai
Alat
sebaran am : media massa (radio, surat khabar dan sebagainya)
Diterbitkan
: dicetak dan diedarkan
Memupuk
: menjadikan / menyebabkan
Penguasaan
: Kebolehan seseorang menguasai sesuatu
Katak
di bawah : orang yang mengetahui
tentang dunia atau hal
tempurung
di sekelilingnya sahaja.
Cara-cara mengekalkan permainan
tradisional.
Permainan tradisional ialah
permainan yang diwarisi sejak zaman datuk nenek kita lagi. Terdapat
pelbagai jenis permainan tradisional seperti sepak raga, wau, gasing, batu
seremban dan sebagainya. Permainan –permainan ini perlu dikekalkan kerana
permainan ini merupakan budaya yang amat bernilai.
Banyak cara yang boleh kita lakukan
untuk mengekalkannya. Langkah yang pertama ialah memberi kesedaran kepada
semua, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan permainan
tradisional. Golongan muda tidak harus hanya memberikan tumpuan yang
lebih kepada permainan-permainan yang moden sahaja.
Kanak-kanak patut digalakkan bermain
permainan tradisional. Jika mereka dilatih untuk menyayangi permainan ini sejak
kecil, apabila dewasa nanti mereka tidak akan meninggalkan permainan-permainan
ini.
Kita perlu mengadakan pertandingan
bagi menarik perhatian orang ramai seperti bermain wau, gasing, galah panjang
dan seumpamanya. Dengan itu, permainan ini tidak akan dilupakan.
Selain itu, kita juga patut berusaha
untuk menjadikan permainan tradisional sebagai acara sukan dalam sukan negara
atau ke peringkat antarabangsa.
Oleh itu, setiap pihak perlu
bekerjasama bagi menjayakan usaha ini. Jika tidak dikekalkan, permainan
tradisional akan hanya tinggal nama sahaja nanti.
Kosa Kata :
Diwarisi : dipusakai
Budaya : peradaban sesuatu bangsa
Khususnya : terutamanya
Generasi : angkatan
Tumpuan : perhatian
Tuliskan rencana tentang pendatang tanpa
izin.
Pendatang tanpa izin adalah sekumpulan manusia yang masuk ke
dalam sesebuah negara secara haram. Golongan ini bekerja di sektor
perladangan, pembinaan, perkilangan, dan sebagainya.
Peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia telah menarik perhatian pendatang untuk
bekerja di sini. Sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerjaya menyebabkan
peluang-peluang pekerjaan diambil alih oleh golongan pendatang.
Kemerosotan ekonomi yang dialami
oleh beberapa negara jiran menjadi faktor penolak mereka datang ke Malaysia. Kestabilan ekonomi dan politik
menyebabkan pendatang asing begitu yakin mencari sesuap nasi di sini.
Kedatangan pendatang tanpa izin ini
menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Kawasan penempatan juga semakin terhad
akibat pembukaan kawasan rumah setinggan. Hal ini menyebabkan negara
menghadapi masalah penempatan yang agak serius.
Masalah pendatang tanpa izin ini
kian meruncing dan perlu ditangani segera. Semua pihak perlu bekerjasama
dan berganding bahu mengatasi masalah ini agar tidak menjadi kudis
kepada negara.
Kosa kata :
Sektor : bidang sesuatu usaha Kerjaya : pekerjaan
Kestabilan : tetap,tidak berubah Sesuap nasi : rezeki
Setinggan : pertempatan haram Meruncing : serius
Kudis : punca segala masalah Terhad : terbatas
Latihan
Tuliskan
sebuah karangan berkenaan masyarakat Malaysia.
Bincangkan
kepentingan kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Kegiatan ko-kurikulum adalah aktiviti yang dilakukan di luar
kelas selepas waktu sekolah. Pelbagai kegiatan yang dijalankan oleh
murid-murid. Biasanya, kegiatan ko-kurikulum ini diadakan pada sebelah petang.
Setiap pelajar perlu menyertai kegiatan
ko-kurikulum di sekolah. Antaranya ialah, kita dapat mengisi masa lapang,
menyihatkan badan, dan mendapat ramai kenalan.
Jika kita mengikuti aktiviti yang
diadakan, kita dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam
segala kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, dan
sebagainya. Pendek kata, kita dapat menghindarkan diri daripada
bercampur dengan budak-budak nakal.
Ko-kurikulum juga mendidik kita agar
mengamalkan sikap bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, dan lain-lain
lagi. Kegiatan ini berupaya melatih kita menjadi pemimpin.
Selain itu, kita akan mendapat kawan
yang ramai. Kita boleh berkenalan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa,
keturunan, dan agama tanpa mengira usia.
Oleh itu, kita perlu menyertai
kegiatan ko-kurikulum di sekolah supaya kita tidak akan rugi nanti.
Kosa kata :
Mengelakkan : menjauhkan
Terjerumus : terabai, terbit
Melepak : Membuang masa di tempat
tidak berfaedah
Menghindar : menjauhkan
Berupaya
: mampu
Latihan
Bincangkan
tentang kepentingan sukan kepada manusia.