Andaikan
anda seekor burung . Suatu hari , kamu telah dijerat dan dikurung. Ceritakan
perasaan kamu.
Pada
suatu hari aku keluar mencari makanan bersama-sama rakan-rakanku. Tiba-tiba aku
terpandang seekor ulat pada ranting kayu. Aku menghampiri ulat itu. Malang sungguh nasibku. Aku terperangkap ke
dalam sebuah jebak ketika menangkap ulat itu.
Aku cuba melepaskan diri dari jebak itu. Namun
apakah dayaku , aku hanya makhluk yang kerdil. Tidak lama
kemudian , seorang lelaki datang dan mengambil jebak itu. Dia membawa aku
pulang. Aku menjerit meminta tolong , namun rakan-rakanku tidak mampu
membantuku
Aku dimasukkan ke dalam sangkar yang cantik. Aku
diberi makanan dan minuman. Setiap hari , makanan aku ditambah dan minuman aku
ditukar. Kini , aku tidak perlu mencari makanan dan minuman lagi.
Segala-galanya tersedia tetapi semua itu tidak bermakna. Aku terpisah daripada
rakan-rakanku. Aku tidak bebas seperti dulu.
Saban hari aku menangis. Manusia tentu menganggap
aku bersiul-siul gembira kerana
tinggal di dalam sangkar yang cantik. Sebenarnya aku menangis, minta
dibebaskan. Namun, siapakah yang mendengar tangisanku ini.
Kosa kata
Jebak : alat
untuk menangkap burung
Berupaya : berdaya
Sangkar : tempat
tinggal burung
Makhluk : hidupan
di dunia
Kerdil : kecil
Saban : tiap-tiap
Bersiul-siul : bunyi
burung
Anda melihat seorang
kanak-kanak diculik. Ceritakan kejadian tersebut.
Pada petang Ahad yang lalu , selepas menonton wayang,
saya mengayuh basikal menuju ke taman permainan berhampiran rumah saya. Saya
biasa ke taman itu untuk bermain bersama-sama kawan.
Semasa berbasikal di dalam taman , saya ternampak seorang
kanak-kanak ditarik ke dalam sebuah kereta. Saya berasa curiga dan
mengesyaki mungkin kanak-kanak itu diculik.
Saya mengekori kereta itu. Saya cuba menghafal nombor plat kereta itu.
Kereta itu dipandu agak laju , pasti saya tidak dapat mengekorinya. Sampai di
sebuah pondok telefon, saya terus menelefon polis. Saya memberitahu kejadian
yang saya nampak dan memberitahu nombor plat , warna , jenis dan arah kereta
itu.
Saya balik ke rumah dan menceritakan kejadian ini kepada
ibu dan bapa saya. Ibu memuji tindakan saya. Ayah menasihati saya supaya tidak
pergi ke taman permainan seorang diri. Saya bersyukur kerana kejadian itu tidak
menimpa saya.
Kosa kata
Curiga : ragu-ragu
Menghafal : mengingat
Menimpa : terkena
Latihan
Kamu ternampak seorang
lelaki meragut beg tangan seorang wanita yang sedang menunggu bas di tepi
jalan. Ceritakan kejadian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan