Ahad, 2 Disember 2012

Karangan jenis biografi



Karangan jenis biografi

Ciri-ciri karangan jenis biografi

1. Menceritakan latar belakang dan riwayat hidup seorang yang dikenali.
2. Watak yang dipilih
            a) ahli politik
            b) karyawan
            c) ahli perniagaan
            d) ahli akademik
            e) seniman
            f) ahli sukan yang berjaya dan lain-lain.

3. Maklumat atau butir-butir yang diberi hendaklah tepat dan betul 
   sekiranya watak itu wujud dan dikenali ramai. Bagi watak rekaan,
   anda boleh menggunakan butir-butir yang sesuai.
4. Karangan biografi menceritakan latar belakang individu, kejayaan
    yang dicapai dalam bidang pendidikan dan kejayaannya serta
    pengalaman pahit manis yang ditempuhi.
5. Karangan anda perlu ada pendahuluan, isi-isi dan penutup karangan.
· pendahuluan karangan lazimnya menceritakan latar belakang tokoh seperti tarikh lahir, tempat tinggal, bilangan keluarga ,taraf pendidikan dan hobi.
·  Isi-isi pula menyentuh tentang pengalaman tokoh, kejayaan tokoh, sumbangan dan peristiwa pahit dan manis.
·  Penutup pula menyentuh tentang kebaikan, matlamat, cita-cita atau wawasan tokoh.
 
Tuliskan biografi tentang Tunku Abdul Rahman Putra A1-IIaj
Tunku Abdul Rahman Putra A1-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Bapanya bernama Sultan Abdul Hamid Shah, manakala ibunya bernama Mak Cik Manjalera yang berketurunan Siam.
Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab Sultan Abdul Halim di Penang Free School ketika berumur lapan tahun. Pada tahun 1920, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Cambridge, England. Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Pada tahun 1951, Tunku dilantik memegang jawatan Presiden UMNO. Tunku juga berjaya menggabungkan MCA dan MIC dengan UMNO sehingga wujud Parti Perikatan. Parti inilah yang menyatupadukan seluruh rakyat Tanah Melayu.
Tunku telah berjaya meminta kerajaan Inggeris memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’. Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama untuk memerintah negara ini selepas merdeka.
Kosa kata

Melanjutkan            : menyambung
Jurusan                     : bahagian pengajian
Dilantik                      : dipilih
Menggabungkan : mencantumkan sesuatu kumpulan
Gelaran                    : nama jolokan yang ada sifat dengan keadaan
  seseorang.

 


Tuliskan karangan biografi ‘Pak Mat Nelayan Yang Rajin’
Pak Mat seorang yang rajin. Dia tinggal di Kampung Kukup, Pontian. Rumahnya di tepi laut. Pak Mat belajar di Sekolah Kebangsaan Kukup semasa kecil. Dia belajar hingga tahun empat sahaja.
Dia bekerja sebagai nelayan hampir tiga puluh tahun. Sejak dia berhenti sekolah, Pak Mat menolong bapanya menangkap ikan di laut. Hidup keluarganya susah bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pak Mat cuba membaiki kehidupan keluarganya. Dia memohon pinjaman daripada kerajaan untuk membeli peralatan moden dan bot baru. Dengan adanya bot baru dia dapat menangkap ikan lebih jauh lagi. Dia juga memperolehi tangkapan yang banyak dengan menggunakan peralatan moden.
Sekarang kehidupannya telah berubah. Dia ada tiga orang pekerja yang menolongnya. Hasil tangkapannya dijual secara borong kepada pemborong.
Cita-cita Pak Mat hendak membesarkan lagi perusahaannya. Dia bekerja dengan rajin dan berjimat-cermat. Pak Mat yakin dengan cara ini dia akan berjaya akhirnya.
Kosa kata
Borong                      : secara banyak
Pemborong             : pembeli barang dengan jumlah yang banyak.
Latihan
Tuliskan biografi ‘Guru Saya.’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan