Ahad, 2 Disember 2012

Karangan Jenis Fakta/Rencana



Karangan Jenis Fakta/Rencana

Ciri-ciri karangan jenis fakta.

1. Karangan fakta ialah karangan yang diolah untuk:
            a) rnenerangkan sesuatu peraturan;
b) menerangkan proses kejadian sesuatu perkara;
c) menerangkan peranan seseorang;
d) memberi petunjuk dan arahan;
e) menerangkan sesuatu kaedah dan penggunaan ciptaan.

2. Sebuah karangan fakta yang baik mempunyai:
a) isi-isi yang tepat, padat, kukuh, dan logik;
b) contoh yang benar;
c) statistik yang tepat;
d) bahasa yang mantap, ringkas, dan mudah difahami.

3. Pendahuluan sesebuah karangan fakta diolah berdasarkan tema atau
    kunci daripada soalan yang dikemukan.

4. Isi-isi disampaikan secara tersusun dan berkesinambungan antara satu
    sama lain.

5. Penutup karangan fakta diolah dengan membuat kesimpulan
    daripada keseluruhan karangan. Penutup yang paling mudah adalah
    dengan memberikan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni.


















Apakah peranan akhbar kepada masyarakat? Bincangkan.

Akhbar atau surat khabar merupakan satu bahan bacaan yang popular. Akhbar adalah alat sebaran am yang amat berguna kepada manusia. Akhbar diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Di negara kita, terdapat akhbar berbahasa Malaysia, Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Akhbar mempunyai pelbagai peranan. Akhbar berfungsi sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai. Melalui akhbar, kita dapat mengetahui berita tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Berita-berita ini meliputi berita semasa, politik, sukan, dan
sebagainya.

Selain itu, akhbar dapat memupuk semangat minat membaca di kalangan masyarakat. Dengan cara ini, manusia dapat menambah dan meluaskan pengetahuan masing-masing. Pembacaan yang meluas, dapat mengelakkan kita daripada digelar seperti “katak di bawah tempurung’.

Selain meluaskan pengetahuan sedia ada, dengan membaca surat khabar pelbagai bahasa, kita dapat memperbaiki tahap penguasaan sesuatu bahasa yakni sama ada bahasa Inggeris, Cina, Tamil mahupun Bahasa Malaysia.

Kesimpulannya, akhbar mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan kita setiap hari.

Kosa hati

Popular                     : terkenal dan di sukai ramai
Alat sebaran am   : media massa (radio, surat khabar dan sebagainya)
Diterbitkan              : dicetak dan diedarkan
Memupuk                : menjadikan / menyebabkan
Penguasaan           : Kebolehan seseorang menguasai sesuatu
Katak di bawah     : orang yang mengetahui tentang dunia atau hal
tempurung                di sekelilingnya sahaja.




Cara-cara mengekalkan permainan tradisional.

            Permainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman datuk nenek kita lagi. Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional seperti sepak raga, wau, gasing, batu seremban dan sebagainya. Permainan –permainan ini perlu dikekalkan kerana permainan ini merupakan budaya yang amat bernilai.

            Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengekalkannya. Langkah yang pertama ialah memberi kesedaran kepada semua, khususnya generasi muda, mengenai kepentingan permainan tradisional. Golongan muda tidak harus hanya memberikan tumpuan yang lebih kepada permainan-permainan yang moden sahaja.

            Kanak-kanak patut digalakkan bermain permainan tradisional. Jika mereka dilatih untuk menyayangi permainan ini sejak kecil, apabila dewasa nanti mereka tidak akan meninggalkan permainan-permainan ini.

            Kita perlu mengadakan pertandingan bagi menarik perhatian orang ramai seperti bermain wau, gasing, galah panjang dan seumpamanya. Dengan itu, permainan ini tidak akan dilupakan.

            Selain itu, kita juga patut berusaha untuk menjadikan permainan tradisional sebagai acara sukan dalam sukan negara atau ke peringkat antarabangsa.

            Oleh itu, setiap pihak perlu bekerjasama bagi menjayakan usaha ini. Jika tidak dikekalkan, permainan tradisional akan hanya tinggal nama sahaja nanti.

Kosa Kata :

Diwarisi          : dipusakai
Budaya         : peradaban sesuatu bangsa
Khususnya    : terutamanya
Generasi       : angkatan
Tumpuan     : perhatian




Tuliskan rencana tentang pendatang tanpa izin.

            Pendatang tanpa izin adalah sekumpulan manusia yang masuk ke dalam sesebuah negara secara haram. Golongan ini bekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan, dan sebagainya.

            Peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia telah menarik perhatian pendatang untuk bekerja di sini. Sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerjaya menyebabkan peluang-peluang pekerjaan diambil alih oleh golongan pendatang.

            Kemerosotan ekonomi yang dialami oleh beberapa negara jiran menjadi faktor penolak mereka datang ke Malaysia. Kestabilan ekonomi dan politik menyebabkan pendatang asing begitu yakin mencari sesuap nasi di sini.

            Kedatangan pendatang tanpa izin ini menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Kawasan penempatan juga semakin terhad akibat pembukaan kawasan rumah setinggan. Hal ini menyebabkan negara menghadapi masalah penempatan yang agak serius.

            Masalah pendatang tanpa izin ini kian meruncing dan perlu ditangani segera. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu mengatasi masalah ini agar tidak menjadi kudis kepada negara.

Kosa kata :

Sektor                        : bidang sesuatu usaha                           Kerjaya          : pekerjaan
Kestabilan    : tetap,tidak berubah                              Sesuap nasi  : rezeki
Setinggan    : pertempatan haram                             Meruncing   : serius
Kudis              : punca segala masalah                         Terhad          : terbatas

Latihan

Tuliskan sebuah karangan berkenaan masyarakat Malaysia.







Bincangkan kepentingan kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

            Kegiatan ko-kurikulum adalah aktiviti yang dilakukan di luar kelas selepas waktu sekolah. Pelbagai kegiatan yang dijalankan oleh murid-murid. Biasanya, kegiatan ko-kurikulum ini diadakan pada sebelah petang.

             Setiap pelajar perlu menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Antaranya ialah, kita dapat mengisi masa lapang, menyihatkan badan, dan mendapat ramai kenalan.

            Jika kita mengikuti aktiviti yang diadakan, kita dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam segala kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, dan sebagainya. Pendek kata, kita dapat menghindarkan diri daripada bercampur dengan budak-budak nakal.

            Ko-kurikulum juga mendidik kita agar mengamalkan sikap bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, dan lain-lain lagi. Kegiatan ini berupaya melatih kita menjadi pemimpin.

            Selain itu, kita akan mendapat kawan yang ramai. Kita boleh berkenalan dengan rakan-rakan daripada pelbagai bangsa, keturunan, dan agama tanpa mengira usia.

            Oleh itu, kita perlu menyertai kegiatan ko-kurikulum di sekolah supaya kita tidak akan rugi nanti.

Kosa kata :

Mengelakkan         : menjauhkan
Terjerumus                : terabai, terbit
Melepak                   : Membuang masa di tempat tidak berfaedah
Menghindar                        : menjauhkan
Berupaya                 : mampu


Latihan

Bincangkan tentang kepentingan sukan kepada manusia.

Karangan Surat kiriman tidak rasmi



Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi.
Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi

1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat, keluarga, ibu bapa,  
    saudara-mara, guru, dan sebagainya.

2.
Surat tidak rasmi bersifat peribadi.
3. Tujuan menulis surat tidak rasmi:
         a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar.
         b) Bertukar pendapat.
         c) Membalas
surat daripada rakan, keluarga, saudara-mara.
         d) Meluahkan perasaan.
         e) Memohon maaf.
          f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya.
4. Format surat kiriman tidak rasmi:
         a) Alamat pengirim — ditulis di sebelah kanan bahagian atas
surat
         b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
         c) Pembuka kata — sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam
              sedikit selepas diselang sebaris daripada tarikh.
         d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari, ayahanda,
              bonda, kakanda, dan sebagainya.
         e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis
surat. lsinya 
  dibahagikan kepada beberapa perenggan.
 f) Penutup —ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam.
g) Ucapan salam.
h) Tandatangan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah
surat.
              Sebelum itu tulislah “Sahabatmu”,”Anakanda yang jauh”, dan
     sebagainya.
5. Penggunaan singkatan perkataan seperti dah, ni, tapi, tu tidak  digalakkan.



Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan bersekolah di kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah sebagai pelajar terbaik sekolah kamu.


      Kampung Padang Lalang,
           24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
              9 Oktober 2000

Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu.

Ayahanda,
Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa agar ayahanda sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah ayahanda bimbangkan. Anakanda sihat dan riang di samping nenda berdua. Nenda berdua juga sihat. Mereka sampaikan salam buat ayahanda.

Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk meminta ayahanda rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah anakanda. Majlis itu akan diadakan pada 22 Oktober 2000, pada pukul 10.30 pagi. Anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu nanti. Ayahanda pasti gembira mendengar berita bahawa anakanda telah mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu. Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas anakanda.

Anakanda sangat berharap agar ayahanda dapat hadir pada majlis itu nanti. Sudah tentu kehadiran ayahanda akan mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir. Mereka sangat gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu.

Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda di sana.
       Anakanda yang merindui,
                        Eliza

Tuliskan sepucuk surat kepada datuk dan nenek kamu di kampung untuk memberitahu bahawa kamu akan pulang lewat ke sana pada musim cuti nanti.

      A60, Kampung Bendahara,
      84100 Muar,
      Johor Darul Takzim.
      16 Julai 2000

Ke hadapan nenda berdua yang berada di Taman Cenderawasih dengan selamatnya.

Nenda,
Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cucunda dan keluarga di sini, sihat walafiat.

Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan akan datang. Minggu ini cucunda akan menyertai pertandingan bola sepak di sekolah. Pertandingan bola sepak itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini.

Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda sahaja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas di Kuala Lumpur.

Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat cucunda coretkan pada kali ini. Doakan kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti.

Cucunda yang jauh.
      Aminah

Latihan
Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Dia telah berjaya menga!ahkan peserta-peserta lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

Karangan jenis biografi



Karangan jenis biografi

Ciri-ciri karangan jenis biografi

1. Menceritakan latar belakang dan riwayat hidup seorang yang dikenali.
2. Watak yang dipilih
            a) ahli politik
            b) karyawan
            c) ahli perniagaan
            d) ahli akademik
            e) seniman
            f) ahli sukan yang berjaya dan lain-lain.

3. Maklumat atau butir-butir yang diberi hendaklah tepat dan betul 
   sekiranya watak itu wujud dan dikenali ramai. Bagi watak rekaan,
   anda boleh menggunakan butir-butir yang sesuai.
4. Karangan biografi menceritakan latar belakang individu, kejayaan
    yang dicapai dalam bidang pendidikan dan kejayaannya serta
    pengalaman pahit manis yang ditempuhi.
5. Karangan anda perlu ada pendahuluan, isi-isi dan penutup karangan.
· pendahuluan karangan lazimnya menceritakan latar belakang tokoh seperti tarikh lahir, tempat tinggal, bilangan keluarga ,taraf pendidikan dan hobi.
·  Isi-isi pula menyentuh tentang pengalaman tokoh, kejayaan tokoh, sumbangan dan peristiwa pahit dan manis.
·  Penutup pula menyentuh tentang kebaikan, matlamat, cita-cita atau wawasan tokoh.
 
Tuliskan biografi tentang Tunku Abdul Rahman Putra A1-IIaj
Tunku Abdul Rahman Putra A1-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah. Bapanya bernama Sultan Abdul Hamid Shah, manakala ibunya bernama Mak Cik Manjalera yang berketurunan Siam.
Tunku Abdul Rahman menerima pendidikan pertama di Maktab Sultan Abdul Halim di Penang Free School ketika berumur lapan tahun. Pada tahun 1920, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Cambridge, England. Beliau pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Sungai Petani. Tunku Abdul Rahman juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.
Pada tahun 1951, Tunku dilantik memegang jawatan Presiden UMNO. Tunku juga berjaya menggabungkan MCA dan MIC dengan UMNO sehingga wujud Parti Perikatan. Parti inilah yang menyatupadukan seluruh rakyat Tanah Melayu.
Tunku telah berjaya meminta kerajaan Inggeris memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’. Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama untuk memerintah negara ini selepas merdeka.
Kosa kata

Melanjutkan            : menyambung
Jurusan                     : bahagian pengajian
Dilantik                      : dipilih
Menggabungkan : mencantumkan sesuatu kumpulan
Gelaran                    : nama jolokan yang ada sifat dengan keadaan
  seseorang.

 


Tuliskan karangan biografi ‘Pak Mat Nelayan Yang Rajin’
Pak Mat seorang yang rajin. Dia tinggal di Kampung Kukup, Pontian. Rumahnya di tepi laut. Pak Mat belajar di Sekolah Kebangsaan Kukup semasa kecil. Dia belajar hingga tahun empat sahaja.
Dia bekerja sebagai nelayan hampir tiga puluh tahun. Sejak dia berhenti sekolah, Pak Mat menolong bapanya menangkap ikan di laut. Hidup keluarganya susah bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pak Mat cuba membaiki kehidupan keluarganya. Dia memohon pinjaman daripada kerajaan untuk membeli peralatan moden dan bot baru. Dengan adanya bot baru dia dapat menangkap ikan lebih jauh lagi. Dia juga memperolehi tangkapan yang banyak dengan menggunakan peralatan moden.
Sekarang kehidupannya telah berubah. Dia ada tiga orang pekerja yang menolongnya. Hasil tangkapannya dijual secara borong kepada pemborong.
Cita-cita Pak Mat hendak membesarkan lagi perusahaannya. Dia bekerja dengan rajin dan berjimat-cermat. Pak Mat yakin dengan cara ini dia akan berjaya akhirnya.
Kosa kata
Borong                      : secara banyak
Pemborong             : pembeli barang dengan jumlah yang banyak.
Latihan
Tuliskan biografi ‘Guru Saya.’


Karangan cereka



Andaikan anda seekor burung . Suatu hari , kamu telah dijerat dan dikurung. Ceritakan perasaan kamu.

            Pada suatu hari aku keluar mencari makanan bersama-sama rakan-rakanku. Tiba-tiba aku terpandang seekor ulat pada ranting kayu. Aku menghampiri ulat itu. Malang sungguh nasibku. Aku terperangkap ke dalam sebuah jebak ketika menangkap ulat itu.

            Aku cuba melepaskan diri dari jebak itu. Namun apakah dayaku , aku hanya makhluk yang kerdil. Tidak lama kemudian , seorang lelaki datang dan mengambil jebak itu. Dia membawa aku pulang. Aku menjerit meminta tolong , namun rakan-rakanku tidak mampu membantuku

            Aku dimasukkan ke dalam sangkar yang cantik. Aku diberi makanan dan minuman. Setiap hari , makanan aku ditambah dan minuman aku ditukar. Kini , aku tidak perlu mencari makanan dan minuman lagi. Segala-galanya tersedia tetapi semua itu tidak bermakna. Aku terpisah daripada rakan-rakanku. Aku tidak bebas seperti dulu.

            Saban hari aku menangis. Manusia tentu menganggap aku    bersiul-siul gembira kerana tinggal di dalam sangkar yang cantik. Sebenarnya aku menangis, minta dibebaskan. Namun, siapakah yang mendengar tangisanku ini.


Kosa kata

Jebak                        :           alat untuk menangkap burung
Berupaya     :           berdaya      
Sangkar        :           tempat tinggal burung
Makhluk        :           hidupan di dunia
Kerdil              :           kecil
Saban           :           tiap-tiap
Bersiul-siul      :           bunyi burung







Anda melihat seorang kanak-kanak diculik. Ceritakan kejadian tersebut.


            Pada petang Ahad yang lalu , selepas menonton wayang, saya mengayuh basikal menuju ke taman permainan berhampiran rumah saya. Saya biasa ke taman itu untuk bermain bersama-sama kawan.

            Semasa berbasikal di dalam taman , saya ternampak seorang kanak-kanak ditarik ke dalam sebuah kereta. Saya berasa curiga dan mengesyaki mungkin kanak-kanak itu diculik.

            Saya mengekori kereta itu. Saya cuba menghafal nombor plat kereta itu. Kereta itu dipandu agak laju , pasti saya tidak dapat mengekorinya. Sampai di sebuah pondok telefon, saya terus menelefon polis. Saya memberitahu kejadian yang saya nampak dan memberitahu nombor plat , warna , jenis dan arah kereta itu.

            Saya balik ke rumah dan menceritakan kejadian ini kepada ibu dan bapa saya. Ibu memuji tindakan saya. Ayah menasihati saya supaya tidak pergi ke taman permainan seorang diri. Saya bersyukur kerana kejadian itu tidak menimpa saya.



Kosa kata

Curiga                       :           ragu-ragu
Menghafal               :           mengingat
Menimpa                 :           terkena



Latihan

Kamu ternampak seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan. Ceritakan kejadian ini.






Karangan jenis laporan.



Ciri-ciri karangan jenis laporan

1. Laporan adalah maklumat sesuatu perkara atau peristiwa yang
telah berlaku dan disampaikan dengan terperinci.

2. Dalam peperiksaan lazimnya murid-murid diminta menulis laporan tentang kegiatan persatuan , lawatan , pameran , hari ucapan atau hari penyampaian hadiah.

3. Jika  anda membuat laporan bagi sesuatu persatuan, jawatan anda sama ada pengerusi , setiausaha , bendahari atau salah seorang jawatankuasa perlu dinyatakan.


4. Laporan ditulis dengan teliti , logik , tepat dan boleh diterima akal.


5. Jika anda hanya mereka-reka laporan , anda mesti memastikan laporan anda mempunyai maklumat yang lengkap.


6. Waspada dengan struktur ayat dalam laporan. Peristiwa yang dilaporkan mesti yang telah berlaku.


7. Laporan mempunyai format yang khusus.
a) mempunyai tajuk laporan – huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan huruf besar dan digaris.
b) Kandungan laporan
c) Tanda tangan , tarikh nama pelapor – tanda tangan dan nama pelapor ditulis disebelah kiri , serta tarikh ditulis di sebelah kanan. Nama pelapor mesti ditulis dengan huruf besar , jawatan ditulis di bawah nama pelapor.






Tuliskan sebuah laporan tentang kejadian kebakaran di tempat kamu.


LAPORAN KEBAKARAN DI TAMAN SELASIH


Tarikh Kejadian       :           5 Jun 2005
Waktu                       :           Lebih kurang pukul 2.30 petang
Tempat kejadian   :           Nombor 12 A, Jalan Cempaka , Taman Selasih


            Kebakaran yang berlaku sungguh dahsyat. Kejadian ini berpunca daripada saluran gas yang bocor. Pada masa yang sama , pemilik rumah berkenaan sedang menyalakan api untuk menjerang air. Akibatnya api menyala dengan marak dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun pemilik rumah itu berjaya menyelamatkan dirinya.

            Beberapa minit kemudian , dua pasukan bomba datang untuk memadamkan api. Api semakin marak di bahagian dapur , kemudian merebak pula ke seluruh rumah berkenaan. Pasukan bomba berjaya mengawal keadaan dalam masa hampir 45 minit. Namun, rumah itu hangus sama sekali.

            Kerugian dianggarkan sebanyak RM 45000.00. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.

                                                                                                                        6 Jun 2005
Dilaporkan oleh ,

( INDU BARATHI )


Kosa Kata

Berpunca                 :           disebabkan oleh
Pemilik                       :           orang yang memilikinya
Marak                        :           menyala dengan lebih besar
Hangus                     :           musnah kerana dijilat api
Dianggarkan          :           dikira secara kasar sahaja
Kemalangan jiwa  :           kematian


Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan pertandingan kuiz. Sebagai setiausaha persatuan tuliskan sebuah laporan mengenai pertandingan itu.


LAPORAN KUIZ PERSATUAN BAHASA MELAYU, SJKT (T) LADANG CHEMBONG

            Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu telah diadakan pada 11 Mac 2005, jam 9.00 pagi di dewan sekolah. Sebanyak empat kumpulan iaitu kumpulan A , B , C , dan D mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta.

            Pertandingan kuiz ini diadakan sempena Minggu Bahasa sekolah. Di samping itu , pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan lebih meluas dan betul. Tujuan lain ialah mencari pelajar yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz peringkat daerah.

            Dalam pertandingan ini , kumpulan C , iaitu pelajar-pelajar dari Tahun 6 Tamarai telah menjadi juara. Mereka memperoleh markah sebanyak 85 mata. Kumpulan B mendapat tempat kedua dengan 79 mata. Kumpulan A mendapat tempat ketiga. Mereka memperoleh markah sebanyak 70 mata. Kumpulan D pula hanya berjaya mengumpul 69 mata.

            Ahli-ahli jawatan kuasa pertandingan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat disanjungi.

Dilaporkan oleh,                                                                                       12 Mac 2005


( SATHIS KUMAR )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu SJKT Ldg Chembong

Latihan

Tuliskan sebuah laporan berkenaan majlis Hari Penyampaian Hadiah yang diadakan di sekolah anda.


Karangan Jenis Cereka

Ciri-ciri karangan jenis cereka


1. Karangan jenis ini mempunyai ciri-ciri sesuatu cerita.

2. Antara ciri-ciri ialah peristiwa , watak , latar cerita , sebab  dan akibat serta jalan cerita.

3. Contoh karangan jenis ini seperti cerita pendek , cerita khayalan atau cerita jenaka.

4. Perkara yang dimaksudkan dalam cerita ialah:-
a) peristiwa – suka , duka dan ngeri
b) pengalaman – dialami sendiri sesuai dengan tajuk.

5. Jalan cerita terdapat tiga peringkat iaitu:-
a) permulaan
b) kemuncak  (klimaks)
c) kesudahan

6. Dalam cerita perlu ada unsur saspens atau ketegangan untuk mengelakkan kebosanan.

7. Cerita yang dipaparkan perlu logik dan diterima akal.

8. Penutup karangan bolehlah dimasukkan unsur nasihat dan pengajaran.