RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3
Arif
Umur murid: 9 Tahun
Tarikh: 6
November 2012
Tema : Amalan
Hidup Sihat
Tajuk : Mari
Berekreasi
Masa :
9.00 pagi – 10.00 pagi
Bilangan murid : 22 orang
Kemahiran:
Fokus Utama:
3.3 Aras 1(i)
Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
8.3 Aras 1(i)
Menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
Fokus sampingan:
4.1 Menyebut,
membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Objektif:
Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
Murid dapat
menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat
menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai dengan
cantik dan kemas.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama
Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.
Kosa Kata : Nyanyi,
Rekreasi, jogging
Pengisian
Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni:
tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa,
hemah tinggi.
Kemahiran
Bernilai Tambah:
Kem. Berfikir:
menjana idea
Kecerdasan
Pelbagai: Verbal linguistik, kinestetik,
intrapersonal
LANGKAH
|
AKTIVITI
|
CATATAN
|
SET INDUKSI
( 5 minit)
|
1. Murid melakukan beberapa pergerakan anggota
badan.
Contohnya:
angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.
2. Guru
mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.
|
VAK:
Kinestetik
|
LANGKAH 1
( 10 minit)
|
1. Murid melihat papan gambar dan senikata
lagu.
Murid dibimbing
menyanyikan lagu mengikut melodi lagu “ Ikan Kekek”.
2. Murid membaca senikata lagu.
|
BBM:
Powerpoint
VAK:
Audiovisual, Verbal,
gambar tunggal
|
LANGKAH 2
( 20 minit)
|
1. Murid
menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan lagu dan
gambar.
2. Murid
mengenalpasti perkataan yang mengandungi perkataan digraph.
|
BBM:
Powerpoint
VAK:
Verbal
|
LANGKAH 3
( 20 minit)
|
1.
Murid-murid menulis perkataan
yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
2. Murid
–murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi digraph berdasarkan
kad imbasan.
3.
Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata lagu.
4. Murid-murid menyalin perkataan digraph
dalam buku latihan.
|
BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja
VAK:
visual
|
Penutup
( 5 minit)
|
1. Murid menyanyikan
semula lagu mengikut melodi “Ikan Kekek” dengan gaya sendiri.
2.
Penerangan nilai murni.
3. Rumusan.
|
BBM:
Powerpoint
VAK:
Visual,
audiotori,
Kinestetik
|
Impak:
22 orang murid
dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi dan gaya yang betul.
REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO
1.0 Pendahuluan.
1.1 Saya melaksanakan pengajaran makro untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 bagi menjayakan tugasan refleksi
yang merupakan suatu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan
pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan. Refleksi yang telah dilaksanakan dengan
hikhmah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik.
1.2 Masa yang diperuntukkan adalah
selama 60 minit.
1.3 Bagi tugasan ini tajuk yang saya
pilih ialah amalan hidup sihat.
1.4 Bagi melancarkan P&P saya menggunakan
teknologi komputer persembahan Ms Power point semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran, kad imbasan, gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu
mengajar.
1.5 Sepanjang pengajaran dan pembelajaran
tersebut saya telah meminta bantuan rakan untuk menjalankan proses rakaman
dapat dijalankan dengan lancar.
1.6 Hasil rakaman dan juga respon bermula
dengan bisikan hati dan nyata rasa, saya berharap akan dapat menyatakan secara
bertulis suatu refleksi kendiri yang
merupakan analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. Saya amat berharap
akan lahir suatu penekanan yang menitik
beratkan penerokaan doman affective spiritual dan mewujudkan suatu pemikiran
membina dalam tindakannya mencari
kebenaran terhadap ilmu dan tugasan yang diterokai.
1.7 Secara peribadi saya berharap refleksi
akan membina suatu anjakan paradigma dalam diri saya dalam elemen
berikut:i. Mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi.ii. Mengambil tindakan susulan untuk
mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.iii. Meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran saya dalam dunia pendidikan.iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja
profesional keguruan.v. Menjadikan
refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal dan tugasan berkaitan dengannya.
2,0 Perancangan makro pengajaran.
2.1 Objektif pengajaran telah dirancang
merujuk kepada sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan
pelajaran tahunan Bahasa Melayu Tahun 3 mengikut kelompok yang telah diagihkan
secara mingguan.
2.2 Wujud rasional objektif pengajaran
kerana ianya adalah berdasarkan rujukan KBSR Bahasa Mlayu dan mempunyai tema
dan tajuk yang telah terancang dari awal tahun dan telah diakui keesahannya
oleh ketua panatia, dan guru besar.
2.3 Jika dilakukan penilaian dalam
skala peratusan, objektif pengajaran saya dinilai tercapai 95 % keseluruhannya.
2.4 Terdapat
faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif P&P pada
sesi makro ini. Antaranya adalah faktor kesediaan murid untuk belajar.
Kehadiran guru-guru dalam menjayakan rakaman, pemerhatian, bantuan pengajaran
berganding telah menjadikan murid sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap
pembelajaran. Terdapat dua orang pelajar
yang belum lancar menguasai pembacaan (murid pemulihan).
2.5 Kaitan antara tujuan pengajaran dengan
objektif pengajaran makro adalah
menguasai kemahiran lisan, bacaan dan menulis dalam bahasa Melayu. Murid diberi
peluang menyampaikan dan menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik
dengan intonasi dan gaya yang betul. Murid juga dibimbing
untuk menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
2.6 Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai
dengan minat dan tahap perkembangan murid kerana tidak berlakunya
miskonsepsi. Rancanagan pengajaran
harian yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran bahasa murid. Rangsangan minat
murid telah bermula apabila murid dibimbing menyanyi secara kelas dengan
bantuan audio yang berkesan. Proses ini diikuti dengan beberapa sesi permainan
bahasa dan pembelajaran dalam kumpulan.
2.7 Wujud beberapa prasyarat bagi
pencapaian objektif seperti tema dan tajuk pengajaran yang selaras dengan
aras kemahiran yang diperuntukkan. Suasana pembelajaran yang kondusif,
kesediaan murid, kawalan kelas dan kemudahan infrasturktur yang selesa juga
merupakan pemangkin kepada pemcapaian objektif.
3.0 Sumber pengajaran pembelajaran.
3.1 Beberapa sumber pengajaran telah
digunakan bagi membantu mencapai
objektif pengajaran saya. Penggunaan Ms Power point semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, telah berjaya menarik perhatian murid. Dengan menggunakan Ms Power Point
murid lebih tertarik dengan isi pelajaran. Tayangan yang jelas dan lancar
menyebabkan murid-merid fokus dengan setiap isi pelajaran yang ingin
disampaikan.
Melalui penggunaan
LCD dan komputer,guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dengan lebih jelas dan teratur.
3.2 Saya telah mengubahsuai sumber yang
sedia ada iaitu gambar tunggal kerana
ianya merupakan bahan pandang lihat yang genuin bagi murid sekolah rendah.
Bahan ini juga merupakan bahan maujud yang kekal yang membolehkan guru membuat
ulangan penerangan dan murid dapat mengunakannya secara berulang bagi menguasai
pemerhatian.
3.3 Lagu yang dinyanyikan dengan bantuan
alunan audio memberikan impak yang positif. Murid-murid memberikan
tumpuan penuh dengan persembahan ini.
3.4 Rasional bagi saya memilih sumber yang
digunakan adalah kerana ianya medium utama ransangan masa kini. Pengunaan ICT
dan bahan maujud juga dapat membantu
murid menyatakan respon dan pendapat peribadi mereka dengan lebih ideal. Sesi
soal jawab dan perbincangan juga berjalan lancar dan aktif. Murid- murid dapat
menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga memberikan pendapat sendiri
berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik.
4.0 Isi pelajaran.
4.1 Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan
dengan objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran
sering dengan langkah pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut
urutan dan berkiatan dengan kemahiran yang diharapkan.
4.2 Butir-butir pelajaran saya
merupakan kandungan yang penting. Saya sentiasa mengawal masa dengan
kehendak fokus utama da fokus sampingan kemahiran bahasa. Saya sentiasa
menastikan penerangan saya sentiasa rasional dan tidak miskonsepsi dengan
kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu serta penerapan kemahiran
bernilai tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan butiran
pengajaran ini mempunyai elemen yang penting.
Semua murid
mendengar penerangan daripada guru mengenai isi kandungan tayangan
tersebut.Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan
betul dan tepat berkaitan dengan tayangan video.Ini menjelaskan bahawa murid
memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas.
4.3 Wujud jua pembahagikan isi pelajaran
kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih
mudah diikuti oleh murid. Set induksi
telah diwujudkan bagi merangsang dan mencetuskan kehadiran P&P secara
formal. Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan fokus
tersendiri dalam mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan.
Rumusan pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan
kemahiran bahasa.
4.4. Isi pelajaran juga mengandungi unsur
yang kurang penting iaitu membaca perkataan melalui kad imbasan. Sewajarnya dirasakan perkataan ini dapat
ditayangkan melalui slide. Akan tetapi dirasakan dengan adanya kad imbasan,
murid murid lemah dapat dibantu dengan dan pengukuhan dengan mengunakannya
secara berulang.
4.5 Saya telah mengubahsuai isi pelajaran yang
akan disampaikan dan mengambil kira sifat perbezaan individu murid. Sesi bacaan
secara kelas dalam bentuk mengeja perkataan melalui kad imbasan dapat membantu
murid lemah mengikuti bacaan secara tidak langsung.
5.0 Strategi dan aktiviti pengajaran
pembelajaran.5.1
Strategi pengajaran saya dapat
merealisasikan objektif yang disediakan. Ini kerana aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif pengajaran.
5.2 Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu
yang rasional bagi pemilihan strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana
pengajaran berpusatkan murid, membolehkan murid cergas dalam mengambil bahagian
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati murid-murid lebih aktif, saling berkomunikasi
dan sentiasa berusaha.
5.3 Aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah
sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan
yang melibatkan murid jelas menunjukkan mereka dapat memberikan pendapat dan
cadangan dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Ini kerana tajik dan tema yang
digalurkan telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
5.4 Tedapat jua beberapa strategi dan
langkah-langkah yang boleh dijayakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran
saya. Antaranya adalah pengajaran secara kobolaratif dan penerapan seni
bahasa. Drama, lakonan, teknik lakonan arca, mimik muka, main peranan, teater
pemabaca, teater bercerita dan slot pembaca berita antara detik pembelajaran
yang diidamkan oleh murid-murid dalam pembelajaran bahasa.
Suasana komunikasi
yang baik di antara guru dengan murid dapat menjayakan onjektif yang hendak
dicapai. Unsur jenaka dan kecindan yang diselitkan dapat mengurangkan
situasi tegang dan tekanan kepada murid.
Murid –murid akan berasa lebih tenang jika guru dapat memakmurkan situasi
P&P.
6.0 Pencerapan nilai.
6.1 Wujud jua kaitan nilai-nilai murni
yang dipilih dengan nilai-nilai yang
terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.2 Rasional diwujudkan penerapan
nilai-nilai murni dalam pengajaran saya adalah bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dalam semua elemen yang diharapkan. Penerapan nilai murni
jua adalah suatu lambang perjuangan mengekalkan manusia sebagai insan yang
bertamadun dengan tatsusila yang unggul.
6.3 Nilai-nilai murni yang diterapkan
adalah penting disebabkan desakan keperluan memyediakan pelajar yang mampu
mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar dan penuh dengan asakan yang
membimbangkan.7.0 Kemahiran-kemahiran
pengajaran.
7.1 Adalah wajar seseorang guru membuat
reflektif dengan memberi tumpuan khas dalam satu masalah, dilema atau cabaran
yang dihadapi.
7.2 Kemahiran yang terbina dalam set
induksi jua perlu diberikan nafas baru. Set induksi yang menggunakan medium
ICT dan berbentuk muzikal secara umumnya menarik minat murid.
7.3 Variasi
rangsangan jua memainkan peranan sebagai pemangkin atau untuk memujuk.
Ganjaran berbentuk cenderahati atau pujian adalah unsur menggalakkan murid
lebih bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan tangan guru juga merupakan
komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang berbentuk motivasi antara guru
dan murid. Menurut Egan (1994) komunikasi bukan lisan yang di utarakan merujuk
kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara.
7.4 Kemahiran
menyoal. Murid akan memberikan respon
yang baik terhadap soalan –soalan yang diberikan oleh guru jika terdapat
bantuan dalam mewujudkan pengetahuan sedia ada. Bahan bantu mengajar seperti
gambar tunggal, seni kata lagu membantu murid dapat memahami dengan jelas isi
kandungan soalan yang ingin disampaikan
7.5 Pengurusan masa dapat dijayakan dengan
baik beberapa faktor. Antaranya adalah kawalan kelas, rancangan pengajaran yang
teratur dan berkesinambungan.
8.0 Pengurusan bilik darjah.
8.1 Pengurusan bilik darjah adalah antara
penyumbang suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik. Ini dapat melahirkan
tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah.
Selain itu juga,
seorang guru seharusnya sentiasa memberikan kata-kata pujian dan ayat berbentuk
motivasi kepada murid-muridnya bagi mengggalakkan mereka berusaha dengan lebih
tekun lagi.
9.0 Menilai kefahaman pelajar.
9.1 Kefahaman pelajar dapat diukur melalui
lebaran kerja yang diberikan. Hasil jawapan murid dapat diukur dalam struktur
bahasa, ejaan, imbuhan, tanda bacaan, isi-isi penting dan bentuk tulisannya.
10.0 Kelemahan pengajaran makro.
10.1 Saya juga tidak mencadangkan aktiviti
susulan kepada murid. Pengurusan masa juga tsedikit terganggu.
10.2 Masa yang panjang dimabil bagi menyiapkan
tulisan berangkai dan menjawab soalan pada lembaran kerja.
10.3 Kedudukan
guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian hadapan kelas. Secara
keseluruhannya, saya tidak berkesempatan
untuk memantau kesemua aktiviti murid.
10.4 Bimbingan secara individu jua tidak dapat
dijayakan dengan cepat kepada
murid-murid yang menghadapi kelemahan. Saya dapati beberapa orang murid tidak
dapat mnyiapkan lembaran kerja kerana penguasaan membaca yang lemah.
11.0 Penambahbaikan.
11.1 Saya perlu merancang strategi pengajaran
yang lebih berpusatkan murid.
11.2 Kawalan
masa akan saya pentau dengan baik dengan mengadakan aktiviti bersesuaian dengan
aras kebolehan murid.
11.3 Saya akan lebih dalam pembahagian ahli
kumpulan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Susunan tempat duduk murid akan
dilakukan bagi melancarkan proses mmbimbing pelajar dan meningkatkan kawalan
kelas.
11.4 Saya akan mencari ruang dan cara dalam sesi
pemuliahn bagi mambantu murid-murid yang lemah membaca berdasarkan strategi
yang sesuai. mengikut tahap kebolehan mereka.
12.0 Penutup.
12.1 Saya amat berharap agar dapat memahami beberapa elemen pembinaan refleksi
seperti
l objektif pengajaran eksplisit dan spesifik,
l implikasi objektif pengajaran
l kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan
pengajaran.
l contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang
mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada
murid-murid.
l perkara yang patut dilakukan supaya dapat menarik dan
mengekalkan minat murid.
l perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif.
l strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.menilai tahap diri dalam mencapai objektif
pengajaran.
l cara untuk saya boleh mengetahui tahap pencapaian
pengajaran saya.
12.2 Prosos menjayakan tugasan yang diberikan
merupakan proses membina sahsiah, kemahiran dan peningkatan ilmu kepada saya.
Moga usaha mendidik yang saya sandang ini dapat saya jadikan amanah yang
merupakan anugerah dari Yang Maha Pencipta Sekian Alam.