Ahad, 31 Mac 2013

Rancangan Pelajaran Harian dan Refleksi





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :           Bahasa Melayu
Tahun :                       3 Arif
Umur murid:                9 Tahun
Tarikh:                         6 November 2012
Tema   :                       Amalan Hidup Sihat
Tajuk   :                       Mari Berekreasi
Masa   :                       9.00 pagi – 10.00 pagi
Bilangan murid :          22 orang

Kemahiran:

Fokus Utama:

3.3 Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan  intonasi dan gaya yang betul.

8.3 Aras 1(i) Menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan intonasi  dan gaya yang betul.

Fokus sampingan:

4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan 
                        konsonan bergabung.

Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai dengan cantik dan kemas.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa:    Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan Bahasa.
Kosa Kata :     Nyanyi, Rekreasi, jogging

Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni: tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan bahasa, hemah tinggi.

Kemahiran Bernilai Tambah:
Kem. Berfikir: menjana idea
Kecerdasan Pelbagai:  Verbal linguistik, kinestetik, intrapersonal












LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)
1.  Murid melakukan beberapa pergerakan anggota badan.
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.

2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.

VAK:

Kinestetik
LANGKAH 1
( 10 minit)
1.  Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.
Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi lagu “ Ikan Kekek”.

2.  Murid membaca senikata lagu.
BBM:
Powerpoint

VAK:
Audiovisual, Verbal, gambar tunggal
LANGKAH 2
( 20 minit)
1.  Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan lagu dan gambar.

2.  Murid mengenalpasti perkataan yang mengandungi perkataan digraph.

BBM:
Powerpoint

VAK:
Verbal
LANGKAH 3
( 20 minit)
1.  Murid-murid  menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan berangkai yang kemas.

2.  Murid –murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi digraph berdasarkan kad imbasan.

3.  Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata lagu.

4.  Murid-murid menyalin perkataan digraph dalam buku latihan.

BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja

VAK:
visual
Penutup
( 5 minit)
1.  Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi “Ikan Kekek” dengan gaya sendiri.

2.  Penerangan nilai murni.

3.  Rumusan.
BBM:
Powerpoint

VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik


Impak:

22 orang murid dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan  intonasi dan gaya yang betul.












REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


1.0       Pendahuluan.
1.1       Saya melaksanakan pengajaran makro untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3 bagi menjayakan tugasan  refleksi  yang merupakan suatu aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan.  Refleksi yang telah dilaksanakan dengan hikhmah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik.

1.2       Masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit.

1.3       Bagi tugasan ini tajuk yang saya pilih ialah amalan hidup sihat.

1.4       Bagi melancarkan P&P saya menggunakan teknologi komputer persembahan Ms Power point semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, kad imbasan, gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar.

1.5       Sepanjang pengajaran dan pembelajaran tersebut saya telah meminta bantuan rakan untuk menjalankan proses rakaman dapat dijalankan dengan lancar.

1.6       Hasil rakaman dan juga respon bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa, saya berharap akan dapat menyatakan secara bertulis suatu  refleksi kendiri yang merupakan analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. Saya amat berharap akan lahir suatu penekanan yang  menitik beratkan penerokaan doman affective spiritual dan mewujudkan suatu pemikiran membina dalam  tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu dan tugasan yang diterokai.
1.7       Secara peribadi saya berharap refleksi akan membina suatu anjakan paradigma dalam diri saya dalam elemen berikut:i.   Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi.ii.  Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam dunia pendidikan.iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.v.  Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal dan tugasan berkaitan dengannya.
2,0       Perancangan makro pengajaran.

2.1       Objektif pengajaran telah dirancang merujuk kepada sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan Bahasa Melayu Tahun 3 mengikut kelompok yang telah diagihkan secara mingguan.

2.2       Wujud rasional objektif pengajaran kerana ianya adalah berdasarkan rujukan KBSR Bahasa Mlayu dan mempunyai tema dan tajuk yang telah terancang dari awal tahun dan telah diakui keesahannya oleh ketua panatia, dan guru besar.

2.3       Jika dilakukan penilaian dalam skala peratusan, objektif pengajaran saya dinilai tercapai 95 % keseluruhannya.
2.4       Terdapat  faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif P&P pada sesi makro ini. Antaranya adalah faktor kesediaan murid untuk belajar. Kehadiran guru-guru dalam menjayakan rakaman, pemerhatian, bantuan pengajaran berganding telah menjadikan murid sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap pembelajaran.  Terdapat dua orang pelajar yang belum lancar menguasai pembacaan (murid pemulihan).

2.5      Kaitan antara tujuan pengajaran dengan objektif  pengajaran makro adalah menguasai kemahiran lisan, bacaan dan menulis dalam bahasa Melayu. Murid diberi peluang menyampaikan dan menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan  intonasi dan gaya yang betul. Murid juga dibimbing untuk menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

2.6       Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi.  Rancanagan pengajaran harian yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada  dan tahap kemahiran bahasa murid. Rangsangan minat murid telah bermula apabila murid dibimbing menyanyi secara kelas dengan bantuan audio yang berkesan. Proses ini diikuti dengan beberapa sesi permainan bahasa dan pembelajaran dalam kumpulan.

2.7       Wujud beberapa prasyarat bagi pencapaian objektif  seperti  tema dan tajuk pengajaran yang selaras dengan aras kemahiran yang diperuntukkan. Suasana pembelajaran yang kondusif, kesediaan murid, kawalan kelas dan kemudahan infrasturktur yang selesa juga merupakan pemangkin kepada pemcapaian objektif.

3.0       Sumber pengajaran pembelajaran.
3.1       Beberapa sumber pengajaran telah digunakan bagi membantu  mencapai objektif pengajaran saya. Penggunaan Ms Power point semasa proses pengajaran dan pembelajaran, telah berjaya menarik perhatian  murid. Dengan menggunakan Ms Power Point murid lebih tertarik dengan isi pelajaran. Tayangan yang jelas dan lancar menyebabkan murid-merid fokus dengan setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan.
Melalui penggunaan LCD dan komputer,guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih jelas dan teratur.
3.2       Saya telah mengubahsuai sumber yang sedia ada iaitu gambar  tunggal kerana ianya merupakan bahan pandang lihat yang genuin bagi murid sekolah rendah. Bahan ini juga merupakan bahan maujud yang kekal yang membolehkan guru membuat ulangan penerangan dan murid dapat mengunakannya secara berulang bagi menguasai pemerhatian.

3.3       Lagu yang dinyanyikan dengan bantuan alunan audio memberikan impak yang positif. Murid-murid memberikan tumpuan penuh dengan persembahan ini.
3.4       Rasional bagi saya memilih sumber yang digunakan adalah kerana ianya medium utama ransangan masa kini. Pengunaan ICT dan bahan maujud  juga dapat membantu murid menyatakan respon dan pendapat peribadi mereka dengan lebih ideal. Sesi soal jawab dan perbincangan juga berjalan lancar dan aktif. Murid- murid dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga memberikan pendapat sendiri berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik.
4.0       Isi pelajaran.
4.1       Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan dengan objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran sering dengan langkah pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut urutan dan berkiatan dengan kemahiran yang diharapkan.

4.2       Butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting. Saya sentiasa mengawal masa dengan kehendak fokus utama da fokus sampingan kemahiran bahasa. Saya sentiasa menastikan penerangan saya sentiasa rasional dan tidak miskonsepsi dengan kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu serta penerapan kemahiran bernilai tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan butiran pengajaran ini mempunyai elemen yang penting.

Semua murid mendengar penerangan daripada guru mengenai isi kandungan tayangan tersebut.Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul dan tepat berkaitan dengan tayangan video.Ini menjelaskan bahawa murid memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas.
4.3       Wujud jua pembahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh murid.  Set induksi telah diwujudkan bagi merangsang dan mencetuskan kehadiran P&P secara formal. Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan fokus tersendiri dalam mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan. Rumusan pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan kemahiran bahasa.
4.4.      Isi pelajaran juga mengandungi unsur yang kurang penting iaitu membaca perkataan melalui kad imbasan.  Sewajarnya dirasakan perkataan ini dapat ditayangkan melalui slide. Akan tetapi dirasakan dengan adanya kad imbasan, murid murid lemah dapat dibantu dengan dan pengukuhan dengan mengunakannya secara berulang.
4.5       Saya telah mengubahsuai isi pelajaran yang akan disampaikan dan mengambil kira sifat perbezaan individu murid. Sesi bacaan secara kelas dalam bentuk mengeja perkataan melalui kad imbasan dapat membantu murid lemah mengikuti bacaan secara tidak langsung.

5.0       Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran.5.1          Strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. Ini kerana  aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif pengajaran.
5.2       Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu yang rasional bagi pemilihan strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid, membolehkan murid cergas dalam mengambil bahagian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati  murid-murid lebih aktif, saling berkomunikasi dan sentiasa berusaha.

5.3       Aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan yang melibatkan murid jelas menunjukkan mereka dapat memberikan pendapat dan cadangan dalam aktiviti yang sedang dijalankan. Ini kerana tajik dan tema yang digalurkan telah dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

5.4       Tedapat jua beberapa strategi dan langkah-langkah yang boleh dijayakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran saya. Antaranya adalah pengajaran secara kobolaratif dan penerapan seni bahasa. Drama, lakonan, teknik lakonan arca, mimik muka, main peranan, teater pemabaca, teater bercerita dan slot pembaca berita antara detik pembelajaran yang diidamkan oleh murid-murid dalam pembelajaran bahasa.

Suasana komunikasi yang baik di antara guru dengan murid dapat menjayakan onjektif yang hendak dicapai. Unsur jenaka dan kecindan yang diselitkan dapat mengurangkan situasi  tegang dan tekanan kepada murid. Murid –murid akan berasa lebih tenang jika guru dapat memakmurkan situasi P&P.
6.0       Pencerapan nilai.
6.1       Wujud jua kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai  yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.2       Rasional diwujudkan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua elemen yang diharapkan. Penerapan nilai murni jua adalah suatu lambang perjuangan mengekalkan manusia sebagai insan yang bertamadun dengan tatsusila yang unggul.
6.3       Nilai-nilai murni yang diterapkan adalah penting disebabkan desakan keperluan memyediakan pelajar yang mampu mengharungi arus kehidupan yang semakin mencabar dan penuh dengan asakan yang membimbangkan.7.0  Kemahiran-kemahiran pengajaran.

7.1       Adalah wajar seseorang guru membuat reflektif dengan memberi tumpuan khas dalam satu masalah, dilema atau cabaran yang dihadapi.

7.2       Kemahiran yang terbina dalam set induksi jua perlu diberikan nafas baru. Set induksi yang menggunakan medium ICT dan berbentuk muzikal secara umumnya menarik minat murid.
            7.3       Variasi rangsangan jua memainkan peranan sebagai pemangkin atau untuk memujuk. Ganjaran berbentuk cenderahati atau pujian adalah unsur menggalakkan  murid  lebih bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan tangan guru juga merupakan komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang berbentuk motivasi antara guru dan murid. Menurut Egan (1994) komunikasi bukan lisan yang di utarakan merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara.

7.4       Kemahiran menyoal. Murid  akan memberikan respon yang baik terhadap soalan –soalan yang diberikan oleh guru jika terdapat bantuan dalam mewujudkan pengetahuan sedia ada. Bahan bantu mengajar seperti gambar tunggal, seni kata lagu membantu murid dapat memahami dengan jelas isi kandungan soalan yang ingin disampaikan

7.5       Pengurusan masa dapat dijayakan dengan baik beberapa faktor. Antaranya adalah kawalan kelas, rancangan pengajaran yang teratur dan berkesinambungan.
8.0       Pengurusan bilik darjah.
8.1       Pengurusan bilik darjah adalah antara penyumbang suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik. Ini dapat melahirkan tingkah laku yang positif di dalam bilik darjah.
Selain itu juga, seorang guru seharusnya sentiasa memberikan kata-kata pujian dan ayat berbentuk motivasi kepada murid-muridnya bagi mengggalakkan mereka berusaha dengan lebih tekun lagi.

9.0       Menilai kefahaman pelajar.
9.1       Kefahaman pelajar dapat diukur melalui lebaran kerja yang diberikan. Hasil jawapan murid dapat diukur dalam struktur bahasa, ejaan, imbuhan, tanda bacaan, isi-isi penting dan bentuk tulisannya.

10.0     Kelemahan pengajaran makro.

10.1     Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Pengurusan masa juga tsedikit terganggu.

10.2     Masa yang panjang dimabil bagi menyiapkan tulisan berangkai dan menjawab soalan pada lembaran kerja.

10.3     Kedudukan  guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian hadapan kelas. Secara keseluruhannya, saya tidak berkesempatan  untuk memantau kesemua aktiviti murid.

10.4     Bimbingan secara individu jua tidak dapat dijayakan dengan  cepat kepada murid-murid yang menghadapi kelemahan. Saya dapati beberapa orang murid tidak dapat mnyiapkan lembaran kerja kerana penguasaan membaca yang lemah.

11.0     Penambahbaikan.

11.1     Saya perlu merancang strategi pengajaran yang lebih berpusatkan murid.

11.2     Kawalan masa akan saya pentau dengan baik dengan mengadakan aktiviti bersesuaian dengan aras kebolehan murid.

11.3     Saya akan lebih dalam pembahagian ahli kumpulan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Susunan tempat duduk murid akan dilakukan bagi melancarkan proses mmbimbing pelajar dan meningkatkan kawalan kelas.

11.4     Saya akan mencari ruang dan cara dalam sesi pemuliahn bagi mambantu murid-murid yang lemah membaca berdasarkan strategi yang sesuai. mengikut tahap kebolehan mereka.


12.0     Penutup.

12.1     Saya amat berharap agar dapat  memahami beberapa elemen pembinaan refleksi seperti
l objektif pengajaran eksplisit dan spesifik,
l implikasi objektif pengajaran
l kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan pengajaran.
l contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid.
l perkara yang patut dilakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat murid.
l perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif.
l strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.menilai tahap diri dalam mencapai objektif pengajaran.
l cara untuk saya boleh mengetahui tahap pencapaian pengajaran saya.

12.2     Prosos menjayakan tugasan yang diberikan merupakan proses membina sahsiah, kemahiran dan peningkatan ilmu kepada saya. Moga usaha mendidik yang saya sandang ini dapat saya jadikan amanah yang merupakan anugerah dari Yang Maha Pencipta Sekian Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan