Khamis, 7 Mac 2013

Rancangan pendidikan individu



Jika dilihat dari sudut rasional RPI penting.Kemahiran dan tugasan  pembelajaran (learning tasks) yang disasarkan untuk murid berkeperluan khas adalah selaras dengan keperluan dan ke fungsian murid berkenaan.  Usaha perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh murid tersebut bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian sedia ada dalam,
(i)                  interaksi sosial/emosi
(ii)                kemahiran
(iii)               pengurusan diri,
(iv)              intelek, supaya akhirnya mereka boleh berdikari selepas. tamat sesuatu tahap persekolahan
(v)                komunikasi. 
Jika ini tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran yang diperoleh  tidak menjurus kepada pencapaian yang   sewajarnya dan lebih malang lagi jika impak pembelajaran memperkukuhkan lagi ketidakupayaan murid.Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan RPI adalah untuk menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid berkenaan.  Ini bermakna RPI bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan  cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar  dan   mesin  Braille. Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan  bahasa isyarat. Guru-guru
·        Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid
·        Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan
·        Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan. 
·        Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional

      Ibu Bapa pula   memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.Ia  memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah.  Menyediakan  forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.Memberi peluang untuk  berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan