Rabu, 27 Mac 2013

Empat kesalahan penggunaan tatabahasa



ii) Menganalisis empat kesalahan pengunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.

1.0 Pengenalan kesalahan tatabahasa. Secara umumnya konsep kesalahan bahasa dapat ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Antara kesalahan pengunaan tatabahasa dalam bilik darjah adalah kesalahan morfologi, kesalahan tanda bacaan, kesalahan sintaksis dan kesalahan ejaan.
2.0       Kesalahan morfologi.
2.1 Kata sendi nama
2.1.1    Murid kerap tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …
l salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung
l betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2.1.2    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
l salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
l betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

2.1.3    Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
Murid kerap keliru dan melakukan kesalahan pengunaan kata sendi "dari". Sewajarnya pengunaan tatabahasa yang betul yang melibatkan arah, tempat dan masa
l A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
l T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
l M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
Sementara pengunaan kata sendi "daripada" sewajarnya wujud seperti berikut:
l K– keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
l A – asal  (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati)
l B– banding / beza  (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)
l O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)
l S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

2.1.4    Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak). Antara kesalahan yang berlaku di dalam kelas adalah
l salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
l betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

2.1.5    Menganggap penggunaan kata sendi "pada" dan "kepada" boleh bertukar ganti
2.1.5.1 Kata sendi "pada"
l Kata sendi "pada" berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda. Contohnya:
Buku itu ada pada Encik Bean.
Adik menampal poster itu pada dinding.
l Kata sendi "pada"jua menunujukkan maksud sandaran. Contohnya:
Pada pandangan saya, guru itu baik.
Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu.
l Kata sendi "pada" bagi masa pula adalah seperti
Pada waktu malam,
Pada era globalisasi

2.1.5.2 Kata sendi "kepada" juga meimbulkan kekeliruan dalam sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Antaranya adalah
l menunjukkan sasaran bagi manusia.
(Surat ini ditujukan kepada Encil Ahmad)
(Ali sentiasa  menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)
l menunjukkan perubahan
(Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Muar meningkat kepada paras bahaya)
l menunjukkan pecahan
(Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

2.2       Kata bilangan
Kesalahan timbul apabila pengguna tidak menggandakan kata bilangan himpunanan. Contohnya:
salah – beratus murid, beribu rakyat, berguni baja
betul – beratus-ratus murid, beribu-ribu rakyat, berguni-guni baja

2.3       Kata pemeri
Kesalahan wujud dalam penggunaan kata darjah penghabisan. Contohnya
salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

2.4       Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)
Kesalahan wujud dalam penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu "akan". Contohnya
salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

2.5       Menjarakkan imbuhan pinjaman
Berapa situasi kesalahan tatabahasa menjarakkan imbuhan pinjaman kerap berlaku di kalangan murid seperti
salah– juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
betul– sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

2.6       Frasa yang lewah.
Berikut adalah antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah.

Salah
Benar
Selain daripada itu 
selain itu
Antara prasarana kemudahan yang disediakan termasuklah
Antara prasarana yang disediakan termasuklah
Demi untuk negara tercinta
Demi negara tercinta
Semua pengguna perlu membaca terma dan syarat
Pengguna perlu membaca terma dan syarat
Semua guru-guru diminta
Semua guru diminta
Ada murid-murid yang
Ada murid yang

2.7       Menggandakan kata selepas saling
Kesalahan ini juga berbentuk lewah yang kerap berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya:
salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
3.0.      Kesalahan tanda baca:
3.1       Tanda sempang (-)
Kesalahan tanda sempang berlaku seperti awalan  se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar),  untuk menulis kata ulang ( kata ganda ) dan  untuk memperjelaskan ungkapan
3.2       Noktah bertindih.
Murid kerap meletakkan nokhtah bertindih pada nilai wang dan sen serta dalam pengunaan waktu.Contohnya:
RM 23:50 (salah)                     RM 23.50 (betul)
Pukul 5.24 petang (salah)        Pukul 5:24 petang (betul)

3.3       Tanda tanya dan tanda seru ( ?, ! )
Murid selalu tidak meletakkan tanda tanya pada akhir perkataan pada ayat tanya. Begitu juga keadaannya dengan ayat seruan. Murid juga melakukan kesalahan dengan meletakkan tanda seru selepas kata seruan. Contohnya:
Wah! Cantiknya baju kamu. (salah)

4.0.      Kesalahan sintaksis:
4.1       Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)
4.2       Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)
Kesalah tatabahasa wujud dalam pembentukan ayat pasif. Contohnya
Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

4.3       Struktur ayat tidak tepat
Kesalahan tatabahasa yang dilakukan murid juga melibatkan kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Contohnya :
Selepas merebus bawang, tukang masak itu masukkan ayam dan santan ke dalam kuali. (Salah)
Selepas menumis bawang, tukang masak itu memasukkan ayam dan santan ke dalam kuali. (Betul)

4.4       Ayat yang kabur/ menyimpang makna
Perkara ini kerap kedengaran ketika murid meminta izin untuk pergi ke tandas. Contoh kesalahan yang dilakukan adalah "cikgu, tandas sekejap"

5.0.      Kesalahan ejaan
5.1       Ejaan kata asli bahasa Melayu
Terdapat kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan wujud untuk situasi ini. Contohnya:
Pantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kaki tangan syarikat itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. (salah)
Pemantauan dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan kaki tangan syarikat itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. (betul)

5.2       Ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun.
Sebagai contoh:
Disember (betul),          December(salah)

5.3       Ejaan kata majmuk
Kesalahan ini termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya.  Contohnya:
Salah: Pasaraya, pasaria, alatulis, lebuhraya, bandararaya
Betul: Pasar raya, pasar ria, alat tulis, lebuh raya, bandar raya
6.0       Penutup.
Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Maka, seorang guru wajar memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan