Salam memakmurkan majlis ilmu. Menurut Calderhead
(1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan
bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai
keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya.
Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa
amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis
kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat
amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987).
Releksi memberi pelbagai impak positif. Pertamanya dengan
melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri.
Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis
dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya.
Refleksi amat berkesan diaplikasikan untuk mengatasi masalah
atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan
menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.
|
Izinkan saya memurnikan majlis ilmu ini dengan
memaparkan pandangan beberapa pendapat ahli fikir yang telah saya baca.
Menurut John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran
reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang
reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat
keputusan dalam proses pendidikan.
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, kebaikan
amalan refleksi membolehkan seseorang guru:
•
membuat penilaian kendiri
•
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
•
menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
•
melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
•
mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai &
estetika
•
mengubah tingkahlaku
|
Isnin, 4 Mac 2013
forum kajian tindakan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan