TUGASAN: PENILAIAN PENGAJARAN MIKRO
1.0 Pengenalan.
1.1 Saya
berpeluang melaksanakan tugasan pengajaran mikro bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 3. Penglibatan murid adalah seramai 22 orang.
Tempoh masa selama 5 minit ditetapkan semasa menggunakan kemahiran set induksi
sebagai kemahiran memulakan pengajaran
1.2 Bagi
menjayakan set induksi saya telah merancang beberapa aktiviti senaman sebelum
mengadakan sesi soal jawab lisan.
1.3 Set
induksi dapat didefinisikan oleh Omardin Ashaari (1997) sebagai pross terawal
dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan
tertentu.
1.4 Antara
ciri kemahiran set induksi yang dapat saya rumuskan adalah
Melahirkan tumpuan kepada murid terhadap pelajaran yang
akan dilaksanakan.
Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
yang sentiasa ada perkaitan.
Mampu memberikan makna kepada konsep atau prinsip yang
baru secara menstruktur.
Mampu membangkitkan motivasi, minat dan penglibatan
pelajar.
2.0 Persediaan
proses set induksi.
2.1 Sebelum
melaksankan set induksi saya berusaha untuk mengaitkannya dengan isi kandungan
yang selari dengan objektif pengajaran. Saya berusaha untuk memastikan
permulaan pengajaran yang perlu adalah
berkaitan dengan bahan dan objektif P&P.
Saya berusaha memulakan pengajaran dengan menyajikan
aktiviti yang bermakna serta mampu menarik minat pelajar. Saya berharap
aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu pelajar agar dapat menjadikan
pelajaran lebih menarik serta meningkatkan sifat ingin tahun murid untuk
meneroka pelajaran seterusnya.
3.0
Tujuan melaksanakan set induksi.
3.1 Saya
melaksanakan set induksi supaya dapat menarik perhatian murid. Saya berusaha
mewujudkan nada suara yang sesuai, menggunakan gerakan, kontek mata dan isyarat
yang menarik dan luar biasa.
3.2 Saya
juga melaksanakan set induk dengan tujuan agar murid mudah memahami isi
kandungan pelajaran. Ini kerana
maklumat yang disusun berkaitan dengan
pengetahuan lepas murid, isi pelajaran baru, peristiwa semasa serta minat dan
pengalaman murid.
3.3 Set
induksi juga bertujuan agar menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi di kalangan
murid.
4.0 Perlaksanaan set induksi.
4.1 Set
indiksi ini saya laksanakan bagi memulakan proses P&P yang baru dengan
hasrat mengenalkan sesuatu konsep kepada murid-murid.
4.2 Set
induksi saya mulakan dengan memulakan aktiviti bagi mewujudkan kemahiran di
kalangan murid-murid. Aktiviti ini disusuli dengan soal jawab lisan bagi mengalakkan
murid berinteraksi.
4.3 Saya
juga cuba mengubah cara
penyampaian bagi memakmurkan situasi yang kurang difahami murid.
4.4 Saya
segera memulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti atau beralih fokus
kepada unsur lain. Saya menggunakan
kesantunan bahasa yang pernuh tertib dan sesuai dengan keadaan setempat agar
murid mudah memahami arahan.
4.5 Saya
berusah memberikan bimbingan kepada murid secara beransur-ansur hingga mereka
boleh berdikari dan berlaku perluasan perkembangan kognitif murid.
4.6 Saya
juga berusaha untuk mewujudkan pelbagai interaksi dan tidak membataskannya
kepada satu hala sahaja. Saya berusaha memusatkan perhatian secara lisan atau
bukan lisan.
5.0 Strategi
pengajaran.
5.1 Saya cuba merancang strategi
pengajaran berdasarkan komponen-komponen kemahiran set induksi. Pemilihan
aktiviti gerakan secara kelas menjadi fokus saya bagi mewujudkan suatu suasana
yang segar dan dapat melibatkan semua pelajar.
5.2 Saya
sewajarnya menggunakan alat bantu mengajar bagi menambahkan lagi keberkesanan
P&P. Pengunaan BBB juga perlu disesuaikan dengan bilangan murid, umur murid
dan pengetahuan sedia murid. Pengunan BBB berbentuk ICT dan bahan maujud juga
mampu memberikan gambaran sbenar tentang pelajaran yang hendak diajar.
5.3 Saya
melaksanakan set induksi berbentuk aktiviti gerakan anggota badan dan disusuli
dengan soalan lisan kerana ianya sesuai dengan objektif pengajaran. Aktiviti
ini juga sesuai dengan keadaan bilik darjah yang luas dan selesa. Aktiviti ini
juga tidak begitu rumit untuk dilaksanakan dan tidak menganggu klancaran
penyampaian pelajaran.
5.3 Set
induksi yang dilaksanakan paling cepat memberikan kesan ke atas pembelajaran
murid. Murid-murid mendapat pengalaman sebenar secara cuba jaya dan amat
mudah dilakukan. Aktiviti ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan mudah
diuruskan.
6.0 Kemahiran
menyoal.
6.1 Bagi
menghubungkaitkan pengajaran, saya telah menggunakan kaedah kemahiran penyoalan
kepada murid-murid. Soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan aktiviti yang
dilakukan sebelum ini iaitu amalan penjagaan kesihatan.
6.2 Antara
contoh-contoh soalan yang saya ajukan ialah:
a) Sudahkah anda bersarapan pagi ini?
b) Mengapa kita perlu bersarapan?
c)Bagaimanakah caranya kita ingin sihat?
7.0 Kelemahan
perlaksanaan set induksi.
7.1 Wujud
kelemahan yang amat ketara semasa saya melaksankan set induksi ini. Saya tidak
berjaya melaksanakan aktiviti gerakan senaman yang menarik. Sewajarnya saya
melakukan pergerakan dengan lebih berkoodinasi dan bergaya.
7.2 Saya
juga mengemukakan soalan secara tertumpu kepada kelas. Saya tidak membuka
soalan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan membuka ruang kumpulan lain
memurnikan jawapannya.
7.3 Saya
terpaksa meringkaskan set induksi kerana berlaku gangguan kesuntukan masa. Saya
tidak dapat memberikan keseronakan sebenar murid untuk bersenam dan gagal
meredakan tekanan yang mereka hadapi sebelumnya.
7.4 Saya
tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam set induksi dan hanya memberi tumpuan
kepada senaman ringan. Pergerakan pengajaran saya lebih tergesa-gesa untuk
beralik ke langkah pengajaran yang sterusnya.
7.5 Saya
juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Saya perlu lebih kreatif
dan mencari idea-idea baru dalam usaha memurnikan P&P.
7.6 Pergerakan
saya juga terbatas. Saya hanya mampu memantau di bahagian hadapan kelas. Maka
saya tidak dapat mengawal disiplin dan membimbing murid yang lemah.
8.0 Penambahbaikan.
8.1 Saya
telah mengalurkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti dan mutu
pengajaran saya. Antara elemen yang akan saya murnikan adalah
l pengurusan masa
dalam menyampaikan pelajaran
l mewujudkan dan
merancang suatu aktiviti yang jarang/tidak pernah diikuti oleh murid.
l mewujudkan
kesantunan bahasa dan nada bahasa yang sesuai.
l mewujudkan aktiviti
yang berguna dan membangkitkan perasaan ingin tahu.
l mengemukakan suautu
siri soalan yang berkaitan dan mampu merangsang minda murid untuk berkomunikasi
dengan lebih mesra dan komited.
l membimbing murid
menyatakan cara-cara melaksanakan aktiviti serta had masa menjayakannya.
l menggunakan BBB dan
ICT yang menarik dan mampu mengaitkan pengetahuan lepas murid dengan isi
pelajarn yang baru.
l mengunakan gerakan,
kontek mata dan isyarat yang sesuai bagi mewujudkan kawalan kelas.
9. 0 Rumusan.
9.1 bagi
menjayakan sesi pengajaran mikro, sewajarnya seorang guru bijak merancang dan
memilih kemahiran-kemahiran mengajar. Kemudian merancang suatu persediaan
mengajar yang murni berdasarkan prinsip, objektif dan komponen kemahiran yang
bersesuaian dengan fokus utama kemahiran.
Suatu impak yang membina akan terhasil di kalangan murid yang memudahkan
penyampaian konsep pengajaran serta mewujudkan suasana p&p yang lebih
mengalakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan