BIL
|
KANDUNGAN
|
|
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
|
1.0 Latarbelakang
peribadi guru dan kerjaya.
2.0 Masalah dikenal
pasti.
2.1 Masalah responden.
2.2. Kaitan masalah yang
dialami oleh responden berdasarkan Etika dan
Standard Guru.
2.3 Perkembangan
masalah responden dikupas secara kronologi.
3. Analisa masalah responden berdasarkan teori yang berkaitan.
4. Cadangan pelan tindakan bagi membantu membentuk semula sikap
dan sahsiah responden.
4.1 Aspek fisiologi.
4.2 Keperluan psiologi.
4.2.1 Kemahiran berkomunikasi.
4.2.2 Kemulian sifat diri muslim mukmin.
4.2.3 Pengurusan dan kaunseling kewangan.
4.2.4 Pengurusan kerjaya perguruan.
5.0 Rumusan.
6.0 Rujukan.
|
|
1. Latar belakang perbadi guru dan
kerjaya (responden):
Nama:
Abu
Bin Ahmad.
Jantina: Lelaki.
Status: Berkeluarga.
Taraf pendidikan: Diploma
Pendidikan.
Umur: 34
tahun.
Opsyen: Bahasa
Melayu.
Pengalaman mengajar: 9 tahun.
Lokasi bertugas: Rembau, Negeri Sembilan.
Jawatan: Guru
Akdemik Biasa
Lain-lain maklumat: (i) Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Hubungan dengan
responden: Sepupu
kepada responden.
2.0
Masalah dikenalpasti:
2.1
Antara masalah utama yang dikenalpasti adalah:
a. sering tidak hadir ke sekolah.
b.
tidak memeriksa buku murid dengan sesempurna.
c.
sering terlupa masuk kelas.
d.
lewat hadir ke sekolah.
e.
gangguan emosi yang mengakibatkan masalah kesantunan bahasa.
f.
masih aktif menceburi skim cepat kaya dan jualan langsung.
2.2. Kaitan masalah yang dialami oleh responden berdasarkan Etika
dan Standard Guru.
2.2.1 Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan
supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila
Guru. Berikut disenaraikan juga
aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika
Perguruan Malaysia.
Maka terdapat beberapa elemen ini sewajarnya dijadikan garis panduan utama
semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Antara elemen tersebut adalah profesionalisme,
integriti, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian,
berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.
2.2.2 Beberapa elemen yang telah
dilangkaui oleh responden antaranya adalah
2.2.2.1 Aspek Profesionalisme
a. Responden guru tidak harus bertingkah
laku sebegitu rupa (kerap tidak hadir dan lewat ke sekolah ) sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
b. Sewajarnya responden mengutamakan dalam
semua hubungan dan tugas sebagai seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
c. Responden haruslah menumpukan separuh
perhatian terhadap keperluan pendidikan tiap-tiap muridnya seperti keprluan
psikologi dan fisiologi.
d. Responden haruslah bertingkah laku
terhadap murid-muridnya (tidak memeriksa dan menanda buku murid) sebegitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
e. Perkara yang dinyatakan di atas boleh
dirujuk dan dilakukan penambahbaikan dengan mengkaji etika dan pekeliling
seperti berikut:
(i) Tanggungjawab Asas Guru
P.U.(A) 531 Seksyen 8(1)
Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai.
Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang
dikenakan penalti RM 500.00
(ii) Jadual Waktu
Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2)
Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta
jadual semua mata pelajaran yang diajar;
Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk
pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan.22.
(iii) Sukatan Pelajaran
P.U.(A) Peraturan 11
Guru hendaklah mengajar ikut sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani).
2.2.2.2 Intergriti.
a. Responden haruslah mendidik dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga,
intelek, akademik dan status-status lain.
b. Responden haruslah menanamkan sikap
yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi
warganegara yang taat setia dan berguna.
c. Permasalahan berkaitan responden ini
boleh dijadikan rujukan melalui etika dan pekeliling. Antaranya adalah
Tatakelakuan/Larangan
Peraturan 4 (2)
Mencemar memburukkan nama baik
perkhidmatan awam seperti;
· Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah
· Kesusahan berat kerana berhutang
· Mengemukakan sijil sakit palsu
2.2.2.3 Kejujuran intelektual
a. sewajarnya responden memberi perhatian
dan pengajaran untuk semua muridnya, tidak kira bangsa dan agama dan
kepercayaaan.
2.2.2.4 Akauntabiliti
a. Responden perlu sedar tangungjawab
utamanya sebagai seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan
murid-muridnya haruslah mengatasi kepentingan lain.
b. Responden juga haruslah tidak
bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan
kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
2.2.2.5 Berpakaian.
(a) Responden haruslah bertingkah laku
sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-muridnya.
(b) Antara rujukan yang boleh dibuat
berkaitan pakaian semasa bertugas adalah
Etika Pakaian
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 -
Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi
Pegawai-Pegawai Awam.
2.2.2.6 Berbahasa
(a)
Responden haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha
untuk membentuk tingkah laku murid-murid, terutamanya memyemai sikap kesantunan
bahasa ke arah matlamat- matlamat yang
diterima oleh masyarakat.
(b)
Responden haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
2.2.2.7 Pengurusan masa dan
ketetapan waktu.
(a) Responden haruslah hadir ke
sekolah dan kelas seperti waktu yang diperuntukkan.
(b) Antara etika dan pekeliling yang boleh
dijadikan rujukan adalah seperti
Etika Pengurusan Masa
SPI. Bil 2/1982:
1. Waktu hadir ke sekolah;
2. Waktu hadir ke kelas;
3. Mengajar ikut jadual waktu . Waktu
tidak mengajar(free period)
4. Semak buku latihan murid;
5. memberikan bimbingan.
2.2.2.8 Membuat keputusan.
(a)
Responden sewajarnya mematuhi etika dan pekeliling sepanjang waktu
bertugas. Ini kerana seorang guru mempunyai 4 tanggungjawab utama iaitu
tanggungjawab kepada pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara.
(b)
Responden seharusnya meneliti beberapa perkara dalam tatakelakuan
terlarang bagi menambahbaik tugas hariannya. Antara etika dan pekeliling yang
boleh dirujuk adalah
Tatakelakuan/Larangan
Peraturan 4 (2)
· Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri
/ isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
· Menggunakan kakitangan
jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian.
· Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan
awam seperti;
· Kesusahan berat kerana berhutang
· Mengambil cuti rehat di saat
perkhidmatannya diperlukan;
2.3 Perkembangan masalah responden
dikupas secara kronologi melibatkan elemen kognitif, rohani, sosial dan penampilan fizikal.
2.3.1 Ditinjau dari aspek rohani.
2.3.1.1 Hubungan antara respondn dengan
tuhan pencipta dirasakan agak longgar. Responden sendiri mengatakan dia akan
melakukan apa saja untuk membiayai masalah dan keperluan kewangannya. Responden
juga mengakui kerap terlepas solat fardu kerana kesibukan dan lewat bangun
tidur.
2.3.1.2 Kini responden yang saya kenali
berjiwa kental sering putus asa dan menyalahkan takdir yang menimpanya. Dia
juga kelihatan membenci dirinya atas kesilapan yang telah dilakukannya.
2.3.1.3 Melalui pemerhatian saya responden
terlalu mengejar material dan agenda peribadi yang tidak berlandaskan tuntutan
agama sehingga konsep kendirinya menjadi rapuh.
2.3.1.4 Ada
kalanya dia kelihatan mengamalkan kepercayaan kurafat dengan menjual beberapa
bentuk cincin dan batu geliga bagi mencapai hajat.
2.3.2 Ditinjau dari aspek kognitif
2.3.2.1. Responden gagal memangani stres
yang dialaminya. Ini memyebabkan beliau kurang fokus untuk berfikiran secara
positif. Beberapa keputusan dan tindakannya berkaitan p&p kelihatan seperti
melepaskan batuk di tangga.
2.3.2.2 Responden selalu disenarai
hitamkan oleh pihak pentadbiran sekolah kerana kerap kali gagal mengurus
keperluan kerjayanya. Responden sering lewat menyiapkan kertas soalan, penandan
markah dan menyiapkan rekod kemajuan murid, post-mortem
dan analisa peperiksaan.
2.3.2.3 Responden juga terganggu dalam
menguruskan diri dan kehidupannya. Dia mengalami masalah tunggakan pembayaran
pinjaman. Pihak bank sering menghubungi sekolah dan melaporkan masalah pinjaman
kenderaan dan pinjaman kad kreditnya. Kenderaan yang dimiliki responden juga
kurang diselenggara dengan baik dan telah beberapa kali mengalami kerosakan
kecil.
2.3.3 Aspek sosial.
2.3.3.1
Responden kurang ceria untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan
beberapa pihak terutamanya individu yang memandang serong terhadapnya. Dia
sering menjauhkan diri daripada beberapa kelompok guru (yang gemar
memperbesar-besarkan isu dan gossip).
Dia juga sering bertegang urat dengan pihak pentadbir sekolah yang juga lemah
kemahiran komunikasi dan lemah kemahiran memimpin.
2.3.3.2
Responden mempunyai penerimaan yang agak sangsi terhadap orang lain. Ini
adalah kerana aduan yang diutarakan oleh ibu bapa/penjaga dan guru atas
kecuaian p&p yang dijalankannya. Kehadiran beberapa orang pegawai PPD juga
memaparkan tanggapan awal yang serong akibat maklumat tidak membina yang diuja
awal oleh pihak pengurusan sekolah.
Beberapa orang guru yang telah lama mengenalinya juga kerapkali mengelak
daripada berbual panjang dengannya kerana sering diperangkap untuk membeli
barang jualannya dan mulai muak dengan propaganda yang diluahkan.
2.3.3.3
Responden juga kurang berlapang dada untuk memberi dan menerima pendapat
semasa menjalankan tugas. Akibat kekangan masa dan masalah lain responden
kurang meluangkan masa dengan akitiviti sekolah. Keadaan menjadi lebih buruk
apabila pihak pentadbir sering menjadikannya sebagai bahan sindiran dan contoh
negatif.
2.3.3.4 Responden juga berbaik-baik dengan
beberapa orang individu guru lain yang bermasalah bagi melebarkan pengaruh dan
keselamatan mereka bersama. Responden hanya berbaik dengan individu tertentu kerana
ada udang di sebalik batu iaitu untuk memudahkan kerjanya atau untuk berniaga.
2.3.4 Aspek fizikal.
2..3.4.1 Secara pandangan mata kasar,
responden kelihatan seperti peniaga pasar malam. Dia sentiasa memakai beg lilit
pinggang. Responden jarang memakai tanda nama dan memakai baju batik pada
khamis persekolahan. Kasutnya tidak lagi berkilat seperti dulu.
2.3.4.2 Responden juga memiliki beberapa
bentuk cicin yang dipakainya sebagai azimat kelihatan agak keterlaluan.
Penglibatan responden dengan beberapa pertubuhan haram, memampilkan wataknya
sebagai pemberani.
2.3.4.3 Penempilannya digemari beberapa
individu guru yang sealiran budaya dan cara berfikir. Mereka kerap merokok
bersama dan menimbulkan bau rokok keretek yang agak kuat ketika lalu berdekatan.
Mereka juga gemar ketawa kuat dan gemar menempelak.
2.3.2.4
Pengurusan kendiri responden agak lemah jika ditunjau dari sudut
kebersihan dan keceriaan kelas. Penempilan kendiri responden sering menjadi
tanda tanya buat saya. Saya bimbang dengan gaya
dan amalannya negatifnya menjadi faktwa songsang yang gemar diikuti oleh
individu yang beragenda peribadi.
3. Analisa masalah responden
berdasarkan teori yang berkaitan.
3.1 Rasional menjadikan Teori Pilihan
sebagai dasar rujukan menganalisis masalah.
3.1.1 Rasional
Teori Pilihan menjadi rujukan kerana ia membincangkan bagaimana seseorang
individu itu bertingkah laku dan mengapa mereka bertingkah laku berdasarkan
perspektif psikologi kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia
kualiti, keperluan asas, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan
pengetahuan, skala perimbangan, tingkah laku keseluruhan, sistem tingkah laku,
identiti berjaya dan identiti gagal.
3.1.2 Mengikut
Teori Pilihan kesemua tingkah laku manusia berasaskan kepada keinginan psikologi
dan fisiologi individu.
3.1.3 Menurut
Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010), keinginan psikologi merangkumi
seseorang individu yang menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain, ingin
penghargaan daripada lain, inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan.
3.1.4 Aspek
fisiologi pula merujuk kepada kelangsungan hidup yang merangkumi individu ini
berani mengambil risiko, mempunyai wang yang cukup, keselamatan, dilindungi dan
seksual yang sihat.
3.2 Analisis masalah tingkahlaku
berdasarkan Teori Pilihan dengan konsep-kensep yang digunakan secara kronologi
perkembangan tingkahlaku responden.
3.2.1 Antara
masalah yang dianalisis terhadap perkembangan tingkahlaku responden adalah
berkaitan penekanan kepada sifat tanggungjawab individu. Glasser (1965)
mendefinisikan tanggungjawab adalah keupayaan untuk memenuhi sesuatu keperluan,
dan bersedia untuk menghadapi halangan bagi memenuhi keperluan yang diingini.
3.2.2 Wujud
keinginan yang dialami oleh responden dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi
iaitu menyayangi dan disayangi, inginkan penghargaan ke atas dirinya oleh
keluarga serta komuniti setempat, kebebasan berkerjaya, kegembiraan dan
kelangsungan hidup yang tampil bergaya .
3.2.3 Aspek
fisiologi yang mempengaruhi responden juga merujuk kepada kelangsungan hidup.
Aspek ini merangkumi penyertaan responden yang berani mengambil risiko terhadap
keputusan dan tindakannya, aliran kewangan yang positif dan membina, ketenangan
dan rasa keselamatan, dilindungi pengurusan tindakannya dan seksual yang sihat.
3.2.4 Secara
kronologinya, wujud suatu konflik yang tegar serta mempengaruhi tingkah laku,
pemikiran, perasaan dan fisiologi responden. Sebahagian besar tingkah laku
responden telah melahirkan konflik yang akan menyumbang kepada pembentukan
identiti berjaya dan identiti gagal.
3.2.5 Personaliti
gagal diwatakkan oleh responden wujud apabila responden gagal memenuhi
kehendaknya dengan cara yang bertanggungjawab. Personaliti responden yang
dikatakan gagal menampilkan kekecewa dan sentiasa menafikan kegagalan yang
dilalui. Personaliti responden yang gagal akan mewujudkan pilihan simptom
negatif dan menyebabkan tingkah laku yang tidak efektif. Responden akhirnya
akan melarikan diri daripada tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya
terganggu.
3.2.6 Responden
jua sedar akan masalah sahsiahnya akan tetapi tidak dapat memecah rutin harian
yang diamalkan. Responden ada menyatakan hasrat ingin kehidupan Islam yang
sejaherta sepenuhnya dan igin cuci tangan/berhenti melakukan tindakan negatif
setelah sasaran kewangannya tercapai. Dia jua impikan untuk membina dan
berhijrah ke kehidupan baru di lokasi yang lebih tenteram baginya.
3.2.7 Bersyukur
dan segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam, rsponden dibukakan pintu
hatinya dan diberi hidayah untuk membina kembali pembentukan sahsiah mulia
sebagai seorang mukmin. Peringkat awalnya pengkaji telah membuat rujukan dan
perbincangan telah dibuat dengan jemaah yang arif tentang ilmu tasawuf,
usuluddin dan fekah, dengan harapan Allah SWT memakmurkan segala usaha murni
berlandanskan agamaNYa.
3.2.8 Ulasan
terhadap responden dianalisis dan diaturkan dengan penuh niat yang suci,
beradap, bersopan, penuh kesantunan bahasa dan memuliakan maruah responden.
Pengkaji sentiasa berdoa serta berwaspada agar sesi analisis dan pembentukan
sahsiah ini akan terhindar dari sifat riak, as-summah dan sifat manipulasi yang
negatif. Aturan yang diwujudkan kerana ihsan dan amanah Allah SWT ini telah
mewujudkan penerimaan responden positif dan membuahkan keakraban hubungan
bersama responden.
4. Cadangan pelan tindakan bagi
membantu membentuk semula sikap dan sahsiah responden.
Secara rasionalnya saya sebagai insan
kerdil tidak berdaya upaya untuk melakukan apa saya melainkan dengan
pertolongan Yang Maha Esa. Saya berdoa agar mendapat hidayah dalam mengalurkan
pelan tindakan membantu membentuk sikap dan sahsiah responden dalam
melengkapkan keperluan psikologinya dan fisiologinya. Segala penambahbaikan ini
adalah atas pilihan dan keredhaan responden.
4.1 Aspek fisiologi.
4.1.1 Pelan fisiologi diwujudkan
memberi keutamaan melibatkan aspek pembentukan kerohanian. Beberapa tindakan
yang disarankan kepada seperti berikut:
(a) Mu’ahadah (mengingati perjanjian. (Q. S. 16:9))
Responden sebagai seseorang mukmin perlu
selalu menyendiri, hanya antara dia dan Allah. Responden digesa untuk menyedari
hakikat diri sebagai hamba Allah. Responden dan diri saya sendiri diingatkan
setiap hari paling minima kita berjanji sebanyak 17 kali dalam solat-solat
fardhu sebanyak lima waktu;
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah”.
(b) Muraqabatullah (merasakan pengawasan Allah. (Q. S.
26: 218-219))
Responden diseru dan dilatih agar
sentiasa ingat dan merasakan Allah sentiasa bersama, melihat dan
mengawasi setiap pergerakan hamba-hambaNya dalam sembunyi maupun
terang-terangan. Jika setiap kali responden ingin melakukan apa jua perkara
mestilah dipastikan samaada perlakuan itu semata-mata kerana Allah. Tidak
sesekali lupa diri dengan iktikad kerana kepentingan pribadi dan memperoleh
pujian manusia.
(c). Muhasabah (menghitung diri. (Q. S. 59:18))
Responden jua disarankan agar menghisab
atau menghitung selepas selesai mengerjakan apa jua amal perbuatan. Usahakan
perlakuannya adalah semata-mata untuk beroleh keredhaan Allah dan elakkan
dikuasai rasa riya’dan takabbur.
(d). Mu’aqabah (berusaha menebus kesalahan. (Q. S.
2:197))
Setiap kali responden terasa akan dirinya
tergelincir melakukan kesalahan, dia diingatkan agar bersegeralah pula
memperbaiki diri dan menebus kesilapan. Usah dibiarkan bertompoknya kesalahan
demi kesalahan hingga terperangkap dalam dosa yang menyukarkan responden
memelihara maruah diri.
(e). Mujahadah (sikap bersungguh-sungguh berjihad
untuk beroleh keredhaan Allah, terutama dalam melawan hawa nafsu sendiri. (Q.
S. 29:69))
Responden dimotivasikan agar tidak
dikuasai kemalasan, suka istirehat, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan
tanggungjawab dan perintah Allah tepat pada waktunya. Responden perlu memaksa
diri melakukan segala bentuk amalan lebih sempurna dari masa sebelumnya.
(f).
Menyempatkan diri beribadah.
Responden didedahkan dengan sistem aturan
kehidupan yang berjadual agar masa dan pengabdian diri kepadaNya tidaklah
sia-siakan. Responden didedahkan dengan firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai
anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku
akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
(g). Memperbanyak istighfar (amalan melapangkan jiwa
dan kehidupan).
Resoponden diminta mengamalkan lafaz
istighfar sebanyaknya dalam kehidupan hariannya. Istighfar adalah rintihan dan
pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh
kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar
maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)
(h). Tinggalkan segala perbuatan dosa terutamanya
menyekutukan Allah.
Responden dijelaskan berkaitan Sabda
Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana
dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Istighfar tidak akan diterima
di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah
menutup pintu rezeki.
(i). Sentiasa ingat Allah SWT.
Responden dibacakan dan diminta
menerangkan kefahamannya berkaitan Firman Allah swt: “...(iaitu)
orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d,
ayat 28). Diterangkan juga kepada responden bahawa banyak ingat Allah SWT
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini adalah bentuk rezeki yang
hanya Allah beri kepada orang beriman.
(j). Berbakti dan mendoakan ibu bapa.
Responden diseru agar teruskan dan tingkatkan bakti murni seperti yang telah dilakukankepada ibu bapanya. Penjelasan berkaitan bakti ini terdapat dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Responden diseru agar teruskan dan tingkatkan bakti murni seperti yang telah dilakukankepada ibu bapanya. Penjelasan berkaitan bakti ini terdapat dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab
mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu
meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki
(Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
(k). Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
Responden diterangkan agar berbuat baik
kepada orang yang lemah. Ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua,
orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih
kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu
diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
(l). Tunaikan hajat orang lain
Responden dijelaskan bahawa menunaikan
hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya
maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim).
(m). Banyak berselawat.
Saya membaca bersama responden petikan mengatakan ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
Saya membaca bersama responden petikan mengatakan ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
(n). Buat kebajikan banyak-banyak
Kami juga membaca kupasan kata dari Ibnu
Abbas: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan
pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit
rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
(o). Berpagi-pagi.
Responden juga didedahkan dengan menyemarakkan rumah Allah dengan berjemaah. Kupasannya berdasarkan sabda Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Responden juga didedahkan dengan menyemarakkan rumah Allah dengan berjemaah. Kupasannya berdasarkan sabda Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
(p). Menjalin silaturrahim
Responden diingatkan agar memurnikan
hubungan persahabatan seperti sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa ingin
dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi
sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
(q). Melazimi kekal berwuduk
Responden juga diseru agar berusaha
melazinkan sentiasa berwuduk. Ini dikisahkan ketika seorang Arab desa menemui
Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu
dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada
dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
(r). Bersedekah
Responden diterangkan juga adab-adab
bersedekah. Ini perlu diketahui kerana sedekah mengundang rahmat Allah dan
menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin
al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar
nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan
baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
(s). Melazimi solat malam (tahajud) dan solat Dhuha.
Kami juga sama-sama membaca dan memahami
keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan
Allah. Amalan solat Dhuha pula yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah
dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada
waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu
pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
(t). Bersyukur kepada Allah
Responden akhirnya sedar dia perlu bersyukur.
Responden dijelaskan erti syukur adalah
mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur
nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku
tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)
(u). Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran.
Responden digalakkan meneruskan amalan
zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna dan mengelakkan amalan-amalan
bidaah. Amalan ini dapat menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia
mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah,
dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Salah
satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab
dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya
Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk
mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
(v). Berdoa
Responden perlu sedar baghawa dngan berdoa
menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap
pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta
kepada-Nya, nescaya Dia
akan perkenankan.
(w). Berikhtiar sehabisnya
Responden diingatkan bahawa siapa
berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan
bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak
dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
(x). Bertawakal
Dengan tawakal, secara tidak langsung
responden dan sesiapa saja akan
direzekikan rasa kaya dengan Allah. Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah
rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan
takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal
kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat
3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu
bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi
rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah
kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan
yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
4.2 Keperluan psikologi
Keperluan psikologi pula
menjurus kepada penambahbaikan adab, kesopanan tingkah laku, kesantuanan bahasa
dan memelihara maruah. Namun fokus utama tertumpu kepada adap dan kemahiran
berkomunikasi.
4.2.1 Kemahiran berkomunikasi.
· Responden didedahkan dengan penerapan adap
tutur kata amalan Rasullah SAW. A. Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan
banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia
akan menjadi semakin jauh dari Allah“. Maka responden dilatih agar menuruti tata
etika komunkasi kebangaan Rasullah SAW. Antaranya adalah:
· Responden perlu bertutur dengan nada yang jelas
tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
· Semasa responden berkomunikasi, bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata
dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah
faham.
· Responden perlu peka akan situasi di mana
seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan
maka janganlah mengutarakan
tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
· Jika seseorang sedang makan maka janganlah
bercakap tentang sesuatu
yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
· Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit
tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang
memberangsangkan.
· Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang yang jahil dalam agama
· Jangan bercakap secara berkumam mulut.
· Jangan bercakap mengenai hal orang lain,
memfitnah serta mencaci-maki orang.
· Jangan memanggil orang yang lebih tua
dari kita dengan panggilan
nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
· Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak
menyenangkannya.
· Jangan bercakap sesuatu yang responden sendiri masih kurang
pasti.
4.2.2 Responden juga disajikan dengan
kemulian sifat diri muslim mukmin.
l Kepribadian yang diutarakan adalah kuat
tubuh badan dan tidak merosakkan badan, akhlak yang mantap, fikiran yang berpengetahun
dan maklumat mampu untuk disampaikan kepada orang lain. Responden juga perlu
mampu berusaha walaupun kecewa. Responden perlu mengamalkan prinsip dan cara
hidup yang sejahtera serta sentiasa redha.
l Responden juga perlu sistematik dan
tersusun dalam urusan iaitu berjadual, memanfaatkan waktu dengan baik,
berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan
sesuai. Responden diharapkan dapat
memiliki sifat mukmin muslim sejati dengan berguna untuk orang lain dari
kesesatan. Insan sepatutnya berasa
gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila
dapat mengajak seorang manusia ke arah kebaikan.
4.2.3 Pengurusan dan kaunseling
kewangan.
a. Responden digalakkan menghadiri
pengurusan menstruktur semula kawalan kewangan berkaitan badjet, isu pengurusan
hutang dan kredit dan terpenting adalah program menghidupkan semula kewangan
dan pembayaran balik pinjaman yang telah dilakukannya.
b. Responden diseru untuk menabung bagi
keperluan membeli rumah, rawatan kesihatan, pendidikan anak-anak, simpanan
untuk kecemasan/hilang upaya/kematian (perbelanjaan untuk 6 bulan) dan
pesaraan.
c. Responden diminta mewujudkan aliaran
tunai yang sentiasa positif dengan cara amalkan bajet berhemah, berikhtiar
untuk tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.
4.2.4 Pengurusan kerjaya perguruan.
a. Responden perlu faham akan keperluan
kerjayanya. Dia diberikan pekeliling dan maklumat berkaitan etika kerja dan
nilai-nilai utama Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai rujukan berterusan. Responden juga diingatkan tanggungjawabnya terhadap
pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta ibu bapa.
b. responden digalakkan untuk mengikuti
latihan dalam perkhidmatan atau melanjutkan pelajarannya agar kehidupannya
lebih fokus dan cerah pada masa hadapan. Responden juga digalakkan untuk
meningkatkan kemahiran ICT dan menguasai pendekatan-pendekatan serta
keadah-kaedah pembelajaran.
c. Dalam jangka masa terdekat responden
digesa untuk menyiapkan tugasan hariannya yang berkaitan dengan penuh rasa
tanggungjawab.
4.3
Penilaian akan dijalankan terhadap responden dengan ukuran skala
penambahbaikan pembentukan sahsiah berdasarkan jangkamasa pendek (dalam tempoh
1 bulan) dan jangkamasa panjang (1 tahun). Penilaian ini akan dilakukan sendiri
oleh responden berdasarkan persetujuan penambahbaikan yang digalurkan.
Berikut adalah jadual penilaian
perkembangan pembentukan sahsiah responden.
Bulan dinilai:_____________________
ELEMEN DINILAI
|
PENAMBAHBAIKAN YANG DILAKUKAN
|
CATATAN
|
Tanggungjawab dengan tuhan
|
|
|
Tanggungiawab dengan keluarga
|
|
|
Tanggungjawab dengan ibubapa
|
|
|
Keperibadian muslim
|
|
|
Pengurusan kewangan
|
|
|
Pengurusan kerjaya
|
|
|
Etika perguruan
|
|
|
Nilai-nilai etika perguruan
|
|
|
Kemahiran & adap komunikasi
|
|
|
Kesihatan fizikal
|
|
|
Pengurusan rumah kediaman
|
|
|
Pengurusan kenderaan
|
|
|
Pengurusan anak-anak
|
|
|
Pengurusan pasangan & keluarganya
|
|
|
5. Rumusan
5.1. Penampilan sahsiah individu akan
mengalami perkembangan atas desakan tertentu yang merupakan proses pertumbuhan
kendiri. Kebijaksanan memahami situasi, jenis individu yang kita berhubung
serta peraturan akan memberikan impak keupayaan dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
5.2. Kefahaman secara teoritikal membantu
menjelaskan keperibadian sahsiah secara lebih tulus dan berkesinambungan.
5.3 Kod etika perlu dihayati,diamalkan,
dipertahankan dan dikuatkuasakan semurninya kerana kandungan nilai-nilai
sejagat perguruan di Malaysia.
Kod Etika Perguruan merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku
serta menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru.
5.4 Pembangunan sahsiah memerlukan
peruntukan falsafah pendidikan yang Islamik serta menyeluruh dalam semua
bidang, baik dalam pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan,
keusahawanan mahupun dalam politik, kesenian, kesukanan dan perlaksanaan
dasar-dasar negara.
6. Rujukan.
Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang
Kita Idamkan, Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar, 2000, hlmn 212, 213,
214, 222, 225.
Drs. H. Moh Rifai, Akhlak Seorang
Muslim, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar, 1986, hlmn 9, 10, 11, 17, 52, 53,
62, 63, 71, 72, 277, 278.
Raisul Muhadaddithin Allama Muhammad
Zakariyya (RAH) Syeikhul Hadith Mazahir’Ulum, Fadhilat Amal, Kuala
Lumpur: Era Ilmu Sdn Bhd, Cetakan ketujuh 2007, hlmn 24, 25, 26, 10.
Amdan Bin Hamid, Pembuka Segala Rahsia,
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, cetakan keempat 2007, hlmn 9, 32, 33,
34, 48, 83.
Syamsuddin Noor. S.AG. , Dahsyatnya Doa
Para Nabi, Kuala Lumpur, Synergy Media, 2010, hlmn 62, 73, 88, 111, 186,
231.
Dr. Mohd Puzhi Usop, Jadilah Orang yang
Menjiwai Iman dan Hidayah, Kuala Lumpur:
Synergy Media, cetakan pertama 2012, hlmn 26, 278, 238.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan