Selasa, 12 Mac 2013

4 perkara yang harus diterapkan pada guru hari ini.







BIL

                                               
 KANDUNGAN



1.0

2.0


3.0






4.0

5.0


6.0






7.0

8.0

1.  Pengenalan dan definisi sahsiah.

2.   Penerapan pengertian etika profesionalisme perguruan.
2.1 Etika Profesion Perguruan.

3.   Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.
3.1  Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
3.1.1  Sifat rohaniah.
3.3.2  Sifat Fizikal.
3.3.3  Ciri-ciri sahsiah yang unggul.
3.2    Karektor guru negatif.

4.  Faktor-faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah.

5.0 Kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan profesion            perguruan.

6.0     Pengaruh pembangunan sahsiah terhadap perkembangan karektor diri saya sebagai seorang guru.
6.1.Kognitif.
6.2 Rohani
6.3 Fizikal
6.4 Sosial.

7.0  Rumusan.

8.0  Rujukan.







1. PENGENALAN DAN DEFINISI SAHSIAH
1.1       Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada dalaman (psikologi) dan input persekitaran luar. Kursus Pembangunan Sahsiah telah digalur berfokuskan sebagai input perubahan karektor pendidik yang professional dan berkesan. Di antara  perkara utama  yang ingin diterapkan kepada guru-guru adalah
· etika profesionalisme guru,
· ciri sahsiah guru yang positif dan negatif,
· faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah individu dan
· kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan murid.
1.2       Menurut Wan Azmi, 1992, pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negative. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.
1.3        Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia.  Unsur dalaman terlihat menerusi tingkah laku luaran.  Tingkah laku ini dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.
1.4       Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan.

2.0       Penerapan pengertian etika profesionalisme perguruan.
2.0.1    Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.  Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
 .2.0.2  Etika dapat dijelaskan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi  dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Etika juga berhubungkait dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan.

2.1       Etika profesion perguruan.
2.1.1    Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.
2.1.2    Terdapat beberapa aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Antaranya adalah profesionalisme, integrit,, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.
2.1.3    Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengalurkan etika kerja berdasarkan prinsip berdisiplin dan beradap, pergerakan ke arah kebaikan, niat yang tulus, perlakuan yang baik, menghargai dan bertanggungjawab atas hasil usaha organisasi, dan memperkotakan apa yang dikatakan.
2.1.4    Kementerian Pelajaran Malaysia juga memberi fokus kepada nilai amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasidan ikhlas dalam etika kerjanya.
2.1.5    Pekeliling-pekeliling telah dibentuk sebagai sumber rujukan dalam pembentukan etika perguruan iainya berkaitan etika pakaian, pengurusan masa, tanggungjawab asas guru, jadual waktu, sukatan pelajaran dan tatakelakuan terlarang. 

3.         Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.
3.0.      Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.
3.0.1    Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
3.0.2    Kedua, ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman.
3.0.3    Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
 3..0.4  Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
3.1       Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
3.1.1 Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
 Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
3.1.1.1. Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
3.1.1..2  Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
3.1.1.3 Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat.  Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan.  Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
3.1.2. Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.
3.1.3    Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

3.2  Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif). 3.2.1 Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a.         bersikap tidak adil dan pilih kasih
b.         tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c.         terbatasnya amalan timbang rasa.
d.         Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e.         Berjiwa kasar dan membosankan
f.          Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.
h.         Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j.          Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k.         Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

3.2.2    Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

4.0       FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH
4.1       Pembangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit, kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat.
4.2       Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan iaitu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga tidak dapat dipisahkan dengan  kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu sendiri.

5          KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KEPADA GURU  DAN PROFESIONALISME PERGURUAN.
5.1  Pembangunan sahsiah yang diterapkan sememangnya  berkepentingan dalam mencorak kendiri individu, menjangka dan meramal tingkahlaku, memperihalkan sasiah secara menyeluruh, menjelaskan pembangunan sahsiah secara toritikal dan merupahan perubahan kepada proses pertumbuhan diri yang murni.
5.1       Pembangunan sahsiah dapat mencorakkan kendiri individu yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Pengalaman yang telah ditempuhi akan dimanipulasi sebagai satu garis panduan. Nikmat yang dikecapi termasuk jangkaan anda tentang masa depan, keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri anda sendiri dan juga sahsiah individu disekeliling anda. Sahsiah diri yang ditampilkan  juga berupaya menghadkan atau membolehkan meneroka sesuatu peluang yang mewujudkan satu fenomena  seseorang lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia individu lain.
5.2       Ilmu pembangunan sahsiah yang diterapkan juga membantu individu menjangkakan dan meramal tingkahlaku. Pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu akan mewujudkan erti kemurnian peradapan individu. Idea-idea ini melahirkan perancangan dan diri lebih peka terhadap tindakbalas yang bersesuaian dengan situasi. Ilmu yang akan memudahkan kita berusaha, bertawakal dan redha.
5.3       Individu mampu berikhtiar mengawal kehidupannya jika ia dapat memerihalkan sahsiah secara menyeluruh. Ini kerana keputusan yang dibuatkan adalah berdasarkan persepsi  seseorang individu. Yang sering mengambarkan penjelasan tentang kritieria tertentu berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain.
5.4       Penjelasan secara teoritikal  dengan menggunakan perkataan yang lebih tepat dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang secara lebih jitu. Pengalaman diri yang terbina hasil dari interaksi tidak mencukupi untuk memerihalkan pembentukan sahsiah seseorang. Maklumat ini perlu diolah dengan penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian. Hasil yang  diharapkan dapat membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu dirinya dan individu lain  ke arah kebaikan secara efektif.
5.5       Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang memberi kesan langsung terhadap tahap produktiviti diri serta pendekatan sosial. Amalan dan gaya hidup guru akan memberi kesan ke atas tahap penerimaan  pengajaran dan pembelajaran kepada muridnya. Pengalaman lampau serta keupayaan dan kekuatan diri yang diselaraskan akan   membantu murid untuk membuat perubahan yang adaptif bagi mencapai keseimbangan hidupnya. Konflik dalaman yang dilalui perlu dimurnikan dengan harapan akan berlakunya anjakan paradigma diri kepada tahap tahap peringkat pertumbuhan diri yang seterusnya dengan lebih matang bagi mencapai cita-cita Islam yang syumul.

6.         PENGARUH PEMBANGUNAN SAHSIAH TERHADAP PERKEMBANGAN KAREKTOR DIRI  SAYA  SEBAGAI SEORANG GURU.

6.0       Secara umumnya saya sedari saya mengalami kemanisan nilai perubahan pada karektor diri saya. Saya berharap ianya adalah kemanisan nilai ilmu dan amalan atas hanya kerana Yang Maha Esa. Moga Allah s.w.t sentiasa mencurahkan hidayah dan nur ketakwaan kepada saya dalam setiap detik saat mengingatinya, Empat perkara utama yang saya dapat huraikan perubahan karektor diri adalah aspek kognitif, rohani, fizikal dan sosial dengan harapan ianya melibatkan corak tingkah laku bertatasusila dan operasi yang bersifat konsisten.
Secara terperinci pembentukan karektor diri saya merangkumi empat aspek berikut iaitu;

6.1       KOGNITIF.
6.1.1.  Elemen yang diharapkan dapat saya elementasikan secara tulus adalah berfikir secara positif, mampu dan reda menangani stress, berusaha dan bertawakal dalam mengurus keperluan kerjaya, diri dan tanggungjawab kehidupan.
6.1.2. Semasa bertugas saya akan memastikan saya berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas dan enguasai mata pelajaran dengan baik. Saya akan adil dalam pemarkahan serta berikhtiar menarik perhatian pelajar dalam proses p&p. Saya mula mengkaji pendekatan-pendekatan  agar sentiasa menyampaikan arahan yang jelas dan spesifik.
6.1.3. Saya berharap karektor diri saya berkembang dengan tidak menyalahgunakan peraturan, luas pengetahuan am, sentiasa muhasabah diri dengan mengajar tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar.  Saya mula mengenal dan menjana titik kekuatan murid agar dapat dimurnikan dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan.
6.1.4    Saya sedaya upaya mengamalkan tugas dan tanggungjawab terhadap penguasaan ilmu. Sebagai seorang guru muslim memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. Penimbaan ilmu ini akan dilakukan secara beriltizam dengan amanah ilmiah.
6.1.5  Saya semakin prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. Kini saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. Sebagai seorang guru Muslim saya mula melalui landasan atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. Saya berharap akan celik keperluan bagi memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.
6.2.      ROHANI.
6.2.1    Elemen rohani yang mula saya rasai adalah menjaga semulianya hubungan dengan Allah s.w.t. Saya mula melatih diri agar berjiwaan yang kental melalui kehidupan beramanah atas landasan tuntutan agama semata-mata. Saya juga bercita-cita memiliki prinsip kendiri yang mantap.
6.2.2  Saya berdoa dan berusaha  untuk sentiasa berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) pada semua makhluk ciptaan Allah swt. Saya cuba agar tidak berat sebelah dan sentisa berdisiplin. Sikap amanah dan menunaikan janji akan membina karektor yang dihormati. Jika situasi memerlukan saya akan mengkaji beberapa bentuk prosedur lebih awal agar berupaya membuat penghukuman yang betul. Nilai simpati terhadap kelemahan murid tidak akan saya lalaikan. Saya mula berazam mempunyai kemahuan yang kuat terhadap melakukan perkara baik sebagai perjuangan hidup seorang muslim.
6.2.3    Etika guru muslim terhadap Allah mula menjadi kajian untuk saya bentuk diri saya. Saya berusaha untuk memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.  Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh saya usahakan agar menjadi amalan harian. Saya dapat rasakan perlunya menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. Keprihatin mula membara untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. Saya redha melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. Juga tidak lupa akan rasa bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca kalam Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
6.3.      FIZIKAL
6.3.1    Antara sifat fizikal yang mula membentuk karektor diri dan perlu untuk saya tampilkan adalah mempamerkan tingkah laku seorang muslim sejati, penampilan kendiri yang sederhana serta mengamalkan pengurusan kendiri yang tulus dan tidak memudaratkan.
6.3.2    Semasa saya bertugas saya akan mengelakkan dari berlakunya suara yang  tidak baik(serak-serak basah) atau yang tidak bersesuaian. Saya mencari langkah tertentu agar boleh mengendalikan pengurusan diri secara berkala. Saya semakin mementingkan kebersihan, kesihatan dan sentiasa memastikan pengudaraan bilik darjah yang baik. Semangat riadah atau kesukanan yang kini mula pudar akan saya wujudkan ruang masa agar dapat diluangkan dengan keluarga tersayang.
6.3.3    Sayajuga mula prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal untuk diri dan untuk ahli keluarga. Saya mengambil peluang untuk beri keutamaan menjaga adap-adap yang lebih semasa melakukan ibadah solat dan semasa musafir ke rumah Allah swt.

6.4        SOSIAL
6.4.1    Sikap sosial adalah merupakan faktor yang paling terlihat secara terus dalam urusan kehidupan harian saya. Antaranya perkembangan karektor yang terlibat adalah keinginan berinteraksi dan berkomunikasi secara bertatasusila, saya mula mengamalkan sikap berlapang dada terhadap elemen berkaitan penerimaan terhadap orang lain. Kini saya mengutamakan situasi menang-menag dalam persediaan untuk memberi dan menerima pendapat.
6.4.2    Antara karektor yang saya impikan terbina dalam diri adalah  adanya kesantunan unsur humor dalam tutur kata. Budaya suka menolong pelajar di luar kelas serta fahami masalah pelajar akan saya ikhtiarkan. Saya sentiasa berhati-hati dan memohon pertunjuk Allah agar boleh membezakan antara intan dan kaca dalam memberikan kerjasama dan penglibatan diri. Saya akan mengelakkan diri dari bersubahat atau terperdaya.
6.4.3    Diri mula mempunyai azam  yang kuat agar mempunyai bakat kepimpinan yang murni dan mulia. Saya akan mengelakkan amalan suka menghina murid atas kesalahan mereka tetapi lebih kepada membina penambahbaikan dalam diri mereka. Saya sentiasa berfikir sejenak agar pandai memilih kata-kata yang hikmah dan sejuk dada mendengarnya. Saya berusaha untuk memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji  setelah  mengambil kira suasana mereka di rumah.
7.0  Rumusan.
7.1 Pembentukan sahsiah yang unggul akan membentuk generasi guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Pembentukan sahsiah penting kerana guru adalah agen yang bertindak secara langsuang sebagai penyebar ilmu yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).
7.2 Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai / role model  yang harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi bagi  menghayati ilmu dengan bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia.
7.3 Guru merupakan tenaga ikhtisas yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak serta berkemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif.
7.4 Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikaan juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.
7.5 Pembentukan sahsiah akan menjadikan guru lebih cnderung sebagai  pengajar efektif yang sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif sebagai egen  segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran yang optimun.

8.0       Rujukan.
Dr. MustapaZahri, Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf, Surabaya: PT Bina Ilmu, 1979, hlmn 19, 20, 26, 67, 68, 71.

Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Kuala Lumpur : Darul Syakir Enterprise, 2010, hlmn 460, 461, 462, 472.

Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd, 1998, hlmn 139, 181, 205, 337, 377.

Talib Samat, Motivasi dan Jihad Umat Islam Alaf Baru, Kuala Lumpur: Thinker’s Library Sdn Bhd, 1998, hlmn 443, 459.
$Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi,  Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar, 2000, hlmn 165, 166, 246, 212, 213, 214, 215, 216, 220,  222, 225.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan