Isnin, 8 April 2013

jadual penentu ujian, rph objektivisme dan konstruk dan model assure


BIL
KANDUNGAN
     



1.0

BAHAGIAN A

PORTFOLIO
1.1 Jadual Penentu Kandungan
1.2 Rancangan Pengajaran Harian
       ( 3 Objektivisme & 3 Konstrutivisme
1.3   1 set soalan objektif
1.4  ESEI ILMIAH : Jelaskan beserta contoh bagaimanakah
       Guru akan melaksanakan model ASSURE





2.0











3.0

BAHAGIAN B

FORUM E-LEARNING
2.1 Bincangkan perbezaan antara pengajaran berpusatkan
     guru dengan pengajaran berpusatkan pelajar.   
2.2 Bincangkan peranan guru sebagai pengurus pengajaran
      pembelajaran.
2.3 Buku teks hanyalah sebagai panduan bagi guru.
      Bincangkan.
2.4 Penilaian alternatif adalah lebih sempurna dalam
      menilai kemajuan pelajar.Bincangkan.
2.5 Guru hanyalah sebagai pelengkap kepada kejayaan
     akademik pelajar.Bincangkan?

RUJUKAN / LAMPIRAN






BAHAGIAN A
1.1 JADUAL PENENTU KANDUNGAN
Berdasarkan satu topik  / tajuk dalam mata pelajaran major / minor anda ,sediakan Jadual Penentu Kandungan
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun 2                    Topik : Kesihatan dan Kebersihan.       

Unit


Pengetahuan



Kemahiran



Fakta

Konsep/
Istilah

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor

Sosial

RPH 1
Unit 7
Kesihatan dan Kebersihan.







( 1.3 )
Mendengar, memahami, dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Menghubung kaitkan makanan berkhasiat dengan kesan kepada kesihatan diri.

 Mendengar, memahami dan memberikan respon yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan, berdasarkan ayat perintah jenis ayat silaan dan ayat perintah jenis ayat larangan.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
  Menyatakan maksud makanan seimbang dengan menggunakan laras bahasa yang betul.


Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran murid dapat:
Mengamalkan gaya hidup sihat.










Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:

Memberi respon berkaitan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.


Unit


Pengetahuan



Kemahiran



Fakta

Konsep/
Istilah

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor

Sosial

RPH 2
Unit  7
Kesihatan dan Kebersihan diri.





( 1.6 )
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kesannya terhadap kesihatan kita

Berbicara untuk menyampaikan maklumat  tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber  secara bertatasusila.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
Menyebut perkataan berdasarkan senikata lagu dan menyampaikan maklumat dari pelbagai sumber secara bertatasusila

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Memilih gambar dan melengkapkan borang grafik.


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
Murid dapat:
Bekerjasama di dalam kumpulan untuk membincangkan maklumat berkaitan alam sekitar.






                                  

Unit


Pengetahuan



Kemahiran



Fakta

Konsep/
Istilah

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor

Sosial

RPH 3
Unit 7
Kesihatan dan Kebersihan.





( 1.6 )
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila

.Menjaga kebersihan makan daripada tercemar.

Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat:
. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang bertatasusila




Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Menyatakaan kesan jika tidak mengamalkan kebersihan makanan kepada manusia.



Pada akhir pengajaran
dan
pembelajaran
murid dapat:

Melakonkan dialog di hadapan kelas.                



      

1.2 Sediakan dua jenis Rancangan pengajaran Harian (Objektivisme dan Konstruktivisme bagi tiga unit pengajaran yang berterusan bagi topik / tajuk tersebut.


1.2.1 MEMBINA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(RPH 1 : OBJEKTIVISME )

Contoh Rancangan Pengajaran Harian 1: Objektivisme

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu
TAHUN
2 Arif
BILANGAN MURID
26 orang murid.
TEMA
Kesihatan dan Kebersihan.
TAJUK
Makanan Berkhasihat dan Seimbang.
TARIKH
09.04.2012
MASA
7.40 pagi-8.40 pagi (60 Minit)
STANDARD PEMBELAJARAN:
OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
1.3.1 / literasi 3.2

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
Kognitif :    
Menyatakan maksud makanan seimbang dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
Afektif:
Mengamalkan gaya hidup sihat.
Psikomotor:
Memberi respon berkaitan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa:
Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat perintah.
Kosa Kata:
seimbang,karbohidrat,vitamin,resipi

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Bahasa Melayu, Pendidikan Kesihatan
Nilai :
 Taat kepada ibu bapa, kebersihan fizikal dan mental.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait, merumus.
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai makanan seharian.

BAHAN BANTU MENGAJAR
 LCD, Power point dan Lembaran kerja.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
(Set Induksi)
(5 Minit)





Merangsang minat murid.

1.Guru mengucapkan salam. Guru memaparkan sebiji buah limau.

2.Guru meminta seorang murid membuat reaksi makan buah epal didalam kelas sambil berdialog:
2.1 Wah,  sedapnya.
2.2 Cikgu masih ada lagi beberapa biji buah limau, ada sesiapa yang ingin makan bersama cikgu?
2.3  Murid yang dapat jawab soalan cikgu, akan beri buah limau ini.

3.Guru mengujarkan  soalan kepada murid.
3.1 Di manakah boleh kita lihat buah ini ditanam? Atau
3.2Apakah khasiat  buah limau ini?
4.Guru mengaitkan buah limau dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
1.Murid menjawab soalan dan memerhatikan lakonan sepontan.

2.Murid akan member reaksi secara spontan apabila melihat rakannya  makan buah epal.Murid memberi respons kepada soalan guru.

3.Murid bersedia ingin menjawab soalan yang dikemukankan.



  
Strategi/Teknik:
-Soalan lisan.



-menghubungkait

Langkah 2
(10 minit)

Penerangan
dan mencari maksud dan khasiat makanan seimbang

1.Guru mengajukan soalan berkaitan makanan yang dimakan oleh                     murid pada setiap hari.
 
2.Guru memberi penerangan dan kemudian meminta murid membaca petikan yang diberi secara individu. Murid diminta mencari maksud dan khasiat makanan seimbang.

3. Murid dikehendaki menyatakan hasil dapatan mereka secara lisan.  

4.Guru memantau aktiviti murid sambil mendengar laporan dapatan mereka.


1. Murid menjawab soalan secara lisan berkaitan soalan yang diajukan  oleh guru.

2. Murid membaca petikan secara senyap individu. Murid mengariskan ayat berkaitan maskud dan isi penting tentang khasiat makanan.

3.Murid menyatakan secara lisan hasil dapatan mereka.

Strategi/Teknik:
a. Penerangan
b. inkuiri penemuan.


BBB: petikan.
Langkah 3
(20 minit)
Aplikasi Idea
Klasifikasikan makanan seimbang.
1.Guru meminta murid  menyatakan  contoh secara lisan makanan yang mengandungi lemak, vitamin, protein, garam mineral dan karbohidrat.
(melayari internet)

2.Guru meminta murid mengklasifikasikan makanan seimbang dalam lembaran kerja.
2.1 karbohidrat
2.2 vitamin
2.3 protein
2.4 garam mineral
2.5 lemak

3.Guru meminta beberapa orang  murid membacakan  jawapan mereka di hadapan kelas.

4.Guru meminta murid-murid lain membandingkan dan memberikan respon berkaitan perbezaan hasil  dapatan mereka.
    

1. Murid membaca petikan dan mencari isi penting untuk mencari makananan yang mengandungi  :
i.Lemak
( santan, minyak)
ii.Vitamin
(buah-buahan, sayur-
   sayuran)
iii.Protein
(ayam, daging, ikan, susu)
iv.Karbohidrat  (roti, nasi, jagung)
v.Garam-mineral (udang,ketam)

2.Murid mengklasifikasikan
makanan seimbang dalam lembaran kerja.

3. Beberapa orang murid membaca dapatan jawapan mereka di hadapan kelas.

4. Murid-murid lain mendengar dan membandingkan jawapan mereka. Murid mmberi respon secara lisan dalam sesi perbincangan.
Strategi/Teknik:
-Membaca petikan.
-Inkuiri induktif
 terbimbing.

Penekanan kepada makanan seimbang

Lembaran kerja 1

-laporan dan menyatakan respon.
-perbincangan

Langkah 4
(20 minit)

Menyatakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat


1.Guru memaparkan   gambar bersiri makanan yang biasa dinikmati oleh murid  melalui paparan projektor ohp slide power point.

2. Murid diminta menyatakan  pendapat secara lisan berkaitan khasiat  makanan.  (samada berkhasiat atau tidak).

2.1 Jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat  .
i-roti dan susu
ii-makanan ringan
iii-gula-gula
iv-buah-buahan
v-aiskrim

3.Guru menerangkan      kepentingan makanan     seimbang, berkhasiat dan kesan jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.

4.  Beberapa orang murid diminta menggayakan watak   individu yang sihat dan kurang sihat.

5. Guru meminta murid-murid mengadili rakan mereka yang telah   menggayakan lakonan terbaik.


1.Murid melihat gambar makanan yang ditunjukan oleh guru.

2.Murid menyatakan  pendapat secara lisan berkaitan  makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

3.Murid mendengar penerangan guru berkaitan kepentingan makanan seimbang.

4.Murid melakonkan aksi individu yang:
i-sihat/cergas
ii-tidak sihat/lemah

5.Murid menjawab soalan berpandu daripada lembaran kerja yang diberi.

Strategi/Teknik:

-Perbincangan.
-power point
 (Slide 1)












- Berlakon


-Lembaran kerja

Langkah 6
(Penutup)
(5 minit)

Membuat
rumusan pengajaran dan pembelajaran.

Menyatakan nilai-nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.

1. Guru memaparkan  soalan teka-teki melalui hp projector kepada murid untuk  menguji kecerdasan pemikiran mereka.
-Contoh  teka-teki :    
1. Rasa manis sekali,
Bungkusannya berwarna-warni,
Banyak makan sakit gigi, barulah ingat  nasihat ibu dan bapa. Siapakah aku?

2. Guru meminta murid menyata nasihat dari teka-teki diberi.

3. Guru menegaskan nilai patuh akan nasihat ibu bapa dan kepentingan mengamalkan penjagaan kesihatan.


1.Murid menjawab soalan teka-teki daripada guru.

2. Murid menyataka  secara lisan kepentingan kesihatan dan nilai murni  patuh terhadap nasihat ibu bapa.

Teori Kecerdasan
Pelbagai.

-Slide  2





























Contoh Rancangan Pengajaran Harian 2:

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu
TAHUN
2 Bestari
BILANGAN MURID
26 orang murid
TEMA
Kesihatan dan Kebersihan.
TAJUK
Pencemaran Alam Sekitar.
TARIKH
10.04. 2012
MASA
8.40 pagi-9.40 pagi (60 Minit)
STANDARD PEMBELAJARAN

OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
1.6.1 / Literasi 3.2

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
Kognitif :
Menyebut perkataan berdasarkan senikata lagu dan menyampaikan maklumat dari pelbagai sumber secara bertatasusila.
Afektif:
Memilih gambar dan melengkapkan borang grafik.
Psikomotor:
Bekerjasama di dalam kumpulan untuk membincangkan maklumat berkaitan alam sekitar.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa:
Ayat tunggal, ayat majmuk.
Kosa Kata:
Habitat, pupus, flora, fauna.

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Bahasa Melayu, Sains
Nilai :
berdisiplin, kebersihan fizikal dan mental.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait, merumus.
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai pemeliharaan alam sekitar.

BAHAN BANTU MENGAJAR
Power point dan Lembaran kerja.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
(Set Induksi)
(5 Minit)





Merangsang minat dan tumpuan murid.

1. Guru mengucapkan salam dan meminta murid membacakan doa secara kelas.

2. Guru memaparkan tayangan slide power point  berkaitan alam sekitar dan  senikata lagu “Hijau” kepada murid. Guru memperdengarkan rakaman lagu “Hijau” kepada murid.

3. Guru menerangkan dan mengaitkan tujuan aktiviti berikut dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

1.Murid menjawab salam guru dan membaca doa secara kelas.

2. Murid melihat seni kata lagu dan mendengar lagu yang didendangkan.

3.  Murid mendengar dan memahami  penerangan guru mengenai tajuk yang akan dipelajari.
Strategi/Teknik:
Menyoal secara   lisan keseluruhan murid.

BBB:
-slide 1  dan rakaman lagu.
Langkah 2
(10 minit)
Membaca seni kata lagu ”hijau”.


1.  Guru membimbing murid membaca secara mekanis seni kata lagu ”hijau”.

2.  Guru membaca perkataan yang berwarna biru yang terdapat dalam seni kata lagu dan meminta murid mengikut membaca bersama.


1.Murid membaca seni kata lagu secara mekanis.

2. Murid mengikut guru membaca perkataan berwarna biru  yang terdapat dalam seni kata lagu ”Hijau”. 
telur.
Strategi/Teknik:
Bacaan mekanis.

Langkah 3
(15 minit)

Memadankan perkataan seserti.
1. Guru memaparkan beberapa perkataan pada slide power point untuk dipadankan dengan perkataan yang berwarna biru.

2. Guru meminta murid membaca perkataan tersebut.

3. Guru membimbing dan memilih murid secara rawak bagi  memadankan perkataan yang sama ertinya.

4. Guru meminta murid membaca kesemua perkataan yang telah dipadankan secara seerti dengan betul.


1.Murid melihat perkataan yang dipaparkan.

2. Murid membaca perkataan tersebut secara kelas.

3. Murid yang terpilih memadankan perkataan yang berwarna agar sama ertinya.

 4. Murid membaca percatan yang telah dipadankan.

Strategi/Teknik:
Inkuiri induktif terbimbing.



Langkah 4
(15 minit)
Berbincang dan menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar berpandu.


 1. Guru meminta murid kekal di dalam kumpulan masing-masing dan mengedarkan satu gambar berpandu dan borang grafik bagi setiap kumpulan.

2. Guru memberi arahan kepada murid untuk berbincang dan menyatakan lima maklumat berkaitan aktiviti dan situasi yang terdapat dalam gambar berpandu.

3. Murid dimaklumkan bahawa setiap kumpulan mesti menceritakan hasil dapatan perbincangan  kepada rakan-rakan di hadapan kelas.

3.Guru membimbing murid menyatakan  respon  secara bertatasusila.
1.Murid berada di dalam kumpulan dan memerhatikan gambar berpandu dan borang grafik yang diberikan.

2. Murid berbincang dan menyatakan maklumat berkaitan aktiviti dan situasi yang terdapat dalam gambar berpandu.



Strategi/Teknik:
Kerjasama kumpulan.
Perbincangan.

BBB:
Borang grafik dan gambar berpandu.
Langkah 5
(10 minit)
Menyatakan maklumat secara bertatasusila.
1. Guru meminta semua ahli kumpulan murid membacakan hasil dapatan mereka secara bergilir-gilir.

2. Guru meminta borang grafik ditampalkan di papan putih dihadapan kelas.
1. Murid membentangkan hasil dapatan dengan sebutan yang bertatasusila.


Strategi/Teknik:
Penerangan.

BBB:
Borang grafik.
Gambar berpandu.
Langkah 6
(Penutup)
(5 minit)
Membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar

Menyatakan nilai-nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
1.Guru membuat rumusan
mengenai pengajaran yang
telah diajar.

2.Guru scara rawak meminta murid menyatakan kembali nilai murni dan  aktiviti memelihara alam sekitar.

3. Guru meminta murid menyanyikan semula lagu ”hijau” bersama-sama.


1. Murid mendengar penerangan  guru.

2. Murid juga menyatakan nilai murni dan aktiviti memelihara alam sekitar. 

3. Murid menyanyikan lagu ”hijau” dengan diiringi muzik.








BBB:
Slide dan rakaman lagu ”hijau”



Contoh Rancangan Pengajaran Harian 3:

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu
TAHUN
2 Arif
BILANGAN MURID
26 orang murid
TEMA
Kesihatan dan Kebersihan.
TAJUK
Makanan Bersih, Badan Sihat.
TARIKH
11.04. 2012
MASA
9.10 – 10.10 pagi (60 Minit)
STANDARD PEMBELAJARAN:

OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN:
1.6.3 / Literasi 1.6


Kognitif :
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang bertatasusila..
Afektif    :
Menyatakaan kesan jika tidak mengamalkan kebersihan makanan kepada manusia.
Psikomotor  :
Melakonkan dialog di hadapan kelas.                

SISTEM BAHASA
Tatabahasa:
Ayat tunggal, ayat majmuk, sebutan dan intonasi.
Kosa Kata:
tercemar, mengelakkan, terjamin
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Melayu, Pendidikan Kesihatan
Nilai : 
Berhati-hati, kebersihan fizikal dan mental.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait, membuat perbezaan.
Kemahiran Belajar : 
Menerima maklumat, memproses dan melengkapkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik,intrapersonal, interpersonal.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat berbicara akan pengetahuan dan
pengalaman mereka berkaitan amalan menjaga kebersihan makanan.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Keratan akhbar, power point, buku teks dan alat  tulis.

       
           




Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Punca pencemaran /keracunan makanan (surat khabar) dan juga idea sendiri (pengetahuan sedia ada)
1.Guru mengucapkan salam kepada murid.

2..Guru memaparkan salinan petikan akhbar  (Lampiran 1) dan mengedarkan kepada murid.
i) Murid-murid membaca keratan akhbar tersebut.
ii)Murid-murid diminta menyatakan  punca pencemaran makanan yang terdapat di dalam akhbar itu.
iii) Murid-murid diminta menyatakan beberapa punca pencemaran makanan  yang diketahui sendiri selain yang terdapat di dalam keratan akhbar itu.
3. Guru mengaitkan tujuan aktiviti dengan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

1.Murid menjawab salam guru.

2.Murid membaca petikan akhbar secara senyap.

3.Murid memberi respon.

4. Murid menghubungkaitkan maklumat dengan mendengar penerangan guru.

Strategi/
Teknik:
Membaca senyap.    Merujuk petikan akhbar

Pengembangan idea/isi
(15 min)

1. Petikan dialog menjaga kebersihan makanan
2. Paparan slaid
3. Bertanyakan soalan berdasarkan petikan
1.Guru meminta murid melihat paparan pada slide yang ditayangkan.
(Lampiran 2)

2.Murid diminta membaca petikan  dan melakonkan  dialog mengikut intonasi yang sesuai dan gaya yang betul.

3. Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami ayat-ayat yang terdapat di dalam petikan tersebut.
4. Guru memberikan penerangan dan ulasan berkaitan teks

5.Kemudian guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan petikan tersebut.

1.Murid melihat slide yang ditayangkan.

2. Melakonkan watak yang terdapat di dalam petikan

3.Murid-murid menumpukan perhatian terhadap dialog yang dilakonkan oleh murid-murid lain.

4. Murid mendengar penerangan guru.

5..Murid yang ditanya menjawab soalan daripada guru.
Strategi/teknik
Lakonan
Soal jawab


Persembahan sumber pengajaran : slaid  PP

Menstruktur/ Menstruktur semula
(15 min)
Isi-isi penting tentang cara-cara menjaga kebersihan makanan.
1.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

2.Murid dikehendaki berbincang dan membentangkan isi-isi penting mengenai cara-cara menjaga kebersihan makanan.

3.Guru akan memperbetulkan kesilapan ayat murid.
1.Murid berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

2.Murid berbincang, selepas itu membentangkan isi-isi penting yang telah dibincangkan di dalam kumpulan.

3.  Murid mendengar dan memberi tumpuan semasa guru membetulkan kesilapan ayat.

Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(20  min)
1. Paparan slide gambar  cara-cara menjaga kebersihan makanan.

2.  Memilih perbuatan yang perlu dilakukan atau dielakkan dalam menjaga kebersihan makanan.

3. Murid-murid menjawab soalan di dalam buku latihan dan aktiviti
1.Guru menayangkan paparan slide gambar cara-cara menjaga kebersihan makanan.
(Lampiran 3)

2.Guru memberi arahan kepada murid.
i) Pilih perbuatan yang selalu kamu lakukan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Pilih juga perbuatan yang patut dielakkan.
ii)Fikirkan sebab dan akibat.
                 
 3.Guru memberi respon kepada jawapan murid.

4. Meminta seorang murid mendemontrasikan cara-cara mencuci tangan sehingga bersih.

5.  Guru memberikan soalan kuiz kepada murid-murid.  (lampiran 4)

6. Guru  mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. (Lampiran 5)

7. Guru memantau kerja murid.
1.Murid melihat paparan slide pada skrin.


2.Murid mendengar arahan guru.
i) Murid memilih perbuatan yang selalu dilakukan dan yang  perlu dielakkan.
ii) Murid memikirkan sebab dan akibat.

3.Murid menerima respon guru dengan hati yang terbuka.

4. Seorang murid keluar dan mendemontrasikan cara-cara mencuci tangan.

5.  Murid menjawab soalan kuiz yang diberikan.

6. Murid membuat latihan di dalam lembaran kerja yang diberikan .

Strategi:
Perbincangan kumpulan
Demontrasi
Kuiz
Latihan bertulis

Persembahan
Sumber pengajaran: slaid PP


Penutup
(5 min)
 Membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar
 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid
 1.Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan dan meminta murid berbicara semula akan isu  yang mereka telah pelajari sebagai pengukuhan.

2.Guru juga bertanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka.

1.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

2.Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Kebersihan fizikal dan 
  mental
-berhati-hati
-bekerjasama
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas





Contoh Rancangan Pengajaran Harian 4:

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu
TAHUN
2 Arif
BILANGAN MURID
26 orang murid
TEMA
Kesihatan dan Kebersihan
TAJUK
Amalan Pemakanan Sihat.
TARIKH
12.04. 2012
MASA
10.30 – 11.30 pagi (60 Minit)
STANDARD PEMBELAJARAN:

OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
3.2.6 / Literasi 3.2


Kognitif :
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Afektif :
Menunjukkan minat terhadap aktiviti mencari perkataan             bermakna daripada lingkaran huruf.
Psikomotor :
Mengesan kesilapan sesuatu perkataan dalam ayat.

SISTEM BAHASA
Sistem ejaan, ayat tunggal dan kata sifat, sebutan
dan intonansi.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Bahasa Melayu, Pendidikan Kesihatan
Nilai :
Kesyukuran, kebersihan fizikal dan mental.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait, merumus.
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai makanan yang dinikmati seharian.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar,gambar rajah makanan seimbang,lembaran kerja,buku latihan










Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
(Set Induksi)
(5 Minit)
Merangsang minat murid.
1.Guru mengucapkan  salam kepada murid.

2. .Guru memaparkan  gambar tunggal dan menyuruh murid memerhati situasi dan aktiviti pada gambar tersebut.

3.Guru meminta murid menyatakan perbezaan antara 2 individu yang terdapat dalam gambar tersebut.

4.Guru mengaitkan tujuan aktiviti dengan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

1.Murid menjawab salam guru.

2.Murid menampal gambar di papan hitam.
(LAMPIRAN 1)

3.Murid mendengar penerangan guru bagi mendapatkan gambaran mengenai tajuk yang akan diajar.
Strategi/
Teknik:

Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar
Langkah 2
(15 Minit)
Murid dapat membezakan antara tabiat pemakanan yang baik dan tidak baik
1.Guru meminta 2 orang murid tampil ke hadapan .
2. Guru menyusun 2 gambar kumpulan makanan di atas meja.(LAMPIRAN 2)
Kumpulan 1
Makanan yang terdiri daripada gambar makanan yang berkhasiat.Contoh:
Roti sandwich,buah-buahan dan air kosong.
Kumpulan 2
Makanan yang terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat.
Contoh: Burger, ayam goreng dan makanan ringan.

3.Guru menyuruh 2 orang murid tersebut melakonkan aksi makan makanan yang disediakan itu mengikut kumpulan makanan yang diberi.

4.Berdasarkan main peranan tersebut guru menyoal murid:

Contoh soalan:
1.Murid yang manakah mempunyai tabiat pemakanan yang baik

2.Kenapa kita tidak boleh makan makanan yang mengandungi lemak dengan banyak?

3.Apakah yang akan terjadi pada diri kita jika kita mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak elok?

1.Murid  tampil ke hadapan untuk main peranan sebagai murid yang mempunyai tabiat pemakanan yang baik dan tabiat pemakanan yang tidak baik.

2.Murid dikehendaki melakonkan aksi memakan makanan dalam kumpulan masing-masing.

Strategi/
Teknik:
Main peranan,
penyoalan keseluruhan  kelas.
Nilai murni:
Penglibatan aktif,
Menghargai makanan
Langkah 3
(15 Minit)
Aplikasi Idea
Memahami tentang cara-cara amalan  pemakanan yang sihat.

1. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada setiap orang murid.

2. Setiap murid dikehendaki menjawab soalan  yang terdapat di dalam lembaran kerja tersebut.

3.Selesai menjawab soalan tersebut,murid dikehendaki menukar kertas soalan dengan rakan sebelah.

4.Guru dan murid bersama-sama berbincang tentang jawapan yang betul.

1.Murid meneliti lembaran kerja tersebut.
(LAMPIRAN 3)

2. Murid menjawab soalan tersebut dengan teliti tanpa berbincang dengan kawan.

3.Murid dibenarkan menandakan jawapan rakan dengan pensel.

4. Murid menerima teguran daripada guru secara positif.

Strategi:
ujian
Sumber pengajaran: lembaran kerja

Langkah 4
(20 Minit)

Murid mencari makna perkataan dan membina ayat


1..Guru membimbing  murid menyalin perkataan yang terdapat di dalam buku teks di dalam buku latihan masing-masing.

2. Guru membimbing murid mencari makna perkataan tersebut.

3.Guru membimbing  murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut.
Contoh perkataan:
1.sihat
2.manis
3.lemak
4.kotor
5.gemuk

4 .Guru membimbing murid membina ayat.

5.Guru memantau kerja murid.


1.Murid mencari makna perkataan dalam kamus.

2.Murid menyalin perkataan di dalam buku latihan masing-masing.

3.Murid membina ayat dan menulisnya dalam buku latihan masing-masing.








Strategi:
Mencari makna,membina ayat.

Sumber pengajaran: kamus,  buku teks


Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar.

Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.Guru membuat rumusan berkaitan  pengajaran yang telah diajar dan meminta  murid menyatakan beberapa amalan baik yang harus dipatuhi.

2.Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa sesi pengajarandan pembelajaran.

3. Guru menggalakkan murid supaya membaca maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.

1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

2.Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama


Contoh Rancangan Pengajaran Harian 5:

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu

TAHUN
2 Arif

BILANGAN MURID
26 orang murid

TEMA
Kesihatan dan Kebersihan.

TAJUK
Cintai Kebersihan Alam Sekitar.

TARIKH
13.04. 2012

MASA
7.40-8.40 pagi (60 Minit)

STANDARD PEMBELAJARAN

OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
3.7.1 / Literasi 2.4

Kognitif :
Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan tulisan yang betul dan kemas.
Afektif :
Menunjukkan minat terhadap aktiviti menyusun perkataan  dan melengkapkan cerita.
Psikomotor :
Menulis semula ayat dengan struktur ayat yang betul.


SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa:
ejaan, ayat tunggal dan kata sifat, sebutan
dan intonansi.


PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Bahasa Melayu, Kajian Tempatan.
Nilai :
Berhemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait, merumus.
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik.


PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai amalan gotong-royong dan menjaga kebersihan di tepi pantai..

BAHAN BANTU MENGAJAR
Gambar bersiri, lembaran kerja.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
(Set Induksi)
(10Minit)
Merangsang minda murid
1.Guru mengucapkan  kepada murid.

2. Guru memaparkan gambar berpandu kepada murid.

3. .Guru meminta murid menyatakan nilai murni yang terdapat dalam gambar tersebut.

4. Guru mengaitkan tujuan aktiviti dengan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

1.Murid menjawab salam guru.

2..Murid memerhatikan gambar dan menyatakan beberapa amalan manjaga kebersihan.

3. Murid mendengar ulasan guru.

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar tunggal.
Langkah 2
(25 Minit)
Murid mengenal pasti langkah sesuai menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal.
1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta murid membaca secara senyap.

2.Guru membimbing murid membaca perkataan-perkataan yang terdapat dalam lembaran kerja.

3. Guru membimbing  murid menyusun perkataan yang diberi agar menjadi ayat yang betul.

4. Guru membimbing murid membaca keseluruhan ayat yang telah disusun.

1.Murid membaca senyap lembaran kerja yang diberikan.

2. Murid membaca perkataan-perkataan dalam lembaran kerja dan menyusunnya menjadi ayat yang betul.

3. Murid membaca semula perkataan yang telah disusun.

Strategi/
Teknik:
Bacaan mekanis.


Langkah 3
(20 Minit)
Aplikasi Idea
Memahami langkah utama menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal.
1.Guru membimbing murid menyusun  dan menulis ayat tersebut berdasarkan urutan yang betul.
1. Murid mendengar arah guru dan menulis ayat mengikut urutan yang betul.
Strategi:
ujian

BBB:
lembaran kerja










Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar.

Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.Guru membuat rumusan dengan meminta murid menyatakan tiga cara menjaga alam sekitar.

2.Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa sesi pengajarandan pembelajaran.


1.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

2.Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.


Nilai-nilai murni :

-Menghormati
-bekerjasama










Contoh Rancangan Pengajaran Harian 6:

MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu
TAHUN
2 Arif
BILANGAN MURID
26 orang murid
TEMA
Kesihatan dan Kebersihan.
TAJUK
Pantun Nasihat.
TARIKH
16.04. 2012
MASA
8.40-9.40 pagi (60 Minit)
STANDARD PEMBELAJARAN

OBJEKTIF/HASIL PEMBELAJARAN
4.4.1 / Literasi 3.2

Kognitif :
Membina dan menulis conto pantun nasihat.
Afektif :
Menunjukkan minat terhadap aktiviti berpantun.
Psikomotor :
Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan bahasa yang indah.
SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa:
Tanda bacaan, ejaan, kata adjektif, sebutan dan intonansi.

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu :
Bahasa Melayu, Kajian Tempatan.
Nilai :
Berhemah tinggi, menghargai, kebersihan fizikal dan mental.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea, menghubungkait,
Kemahiran Belajar :
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai :
Verbal linguistik.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid dapat melafazkan pantun dua kerat.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Lembaran kerja, kad pantun, slaid power point.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 1
(Set Induksi)
(5 Minit)
Merangsang minda murid
1.Guru mengucapkan  kepada murid.

2. Guru memaparkan gambar berpandu kepada murid.

3. .Guru meminta murid menyatakan amalan baik dan sebaliknya yang terdapat dalam gambar tersebut.

4. Guru mengaitkan tujuan aktiviti dengan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari ini.

1.Murid menjawab salam guru.

2..Murid memerhatikan gambar dan menyatakan beberapa amalan menjaga kesihatan dan kebersihan tubuh badan.

3. Murid mendengar ulasan guru.

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar tunggal.
Langkah 2
(25 Minit)
Murid mengenal pasti cara sesuai menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.
1.Guru mengedarkan kad pantun kepada murid dan meminta murid membaca secara senyap.

2.Guru membimbing murid membaca dan melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Guru membimbing  murid untuk melafazkan empat lagi rangkap pantun secara berkumpulan..

4. Guru meminta murid melafazkan pantun dengan bahasa yang indah mengikut kumpulan di hadapan kelas.

1.Murid membaca senyap kad pantun yang diberikan.

2. Murid membaca dan melafazkan pantun  dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid membaca dan melafazkan pantun mengikut kumpulan.

4. Murid melafazkan pantun mengikut kumpulan di hadapan kelas secara bergilir-gilir.

Strategi/
Teknik:
Bacaan mekanis.


Langkah 3
(20 Minit)
Aplikasi Idea
Memahami langkah utama menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan.
1.Guru membimbing dan memberikan penerangan kepada murid untuk memahami maksud pantun.

2. Guru membimbing murid menulis rangkap-rangkap  pantun dengan cara yang betul.
1. Murid mendengar penerangan dan arah guru.

2. Murid  menulis rangkap-rangkap pantun dengan cara dan susunan yang betul.
Strategi:
ujian

BBB:
lembaran kerja
Penutup
(5 minit)
Membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar.

Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.Guru membuat rumusan dengan meminta murid menyatakan cara menjaga kesihatan mata..

2.Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa sesi pengajarandan pembelajaran.


1.Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

2.Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.


Nilai-nilai murni :

-menjaga kebersihan diri.









3. Bagi topik /tajuk pengajaran tersebut sediakan satu soalan objektif yang merangkumi kesemua aras  Taksonomi Bloom .
1.3.1  ARAS TAKSONOMI BLOOM




1.3.2 ARAS- ARAS PENYOALAN.
          Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya ‘ Taxonomy of Education Objectives’ . Peringkat- peringkat tersebut ialah :
· Pengetahuan 
· Kefahaman
· Aplikasi 
· Analisis
· Sintesis 
· Penilaian



1.3.2 CONTOH- CONTOH SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM

1.3.2.1.PENGETAHUAN
            Peringkat ini memaparkan dan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah,erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa,apa, bila, mana dan sebagainya.
 
Tajuk: Makanan Berkhasiat dan Seimbang.
a) Tulisakan maksud makanan berkhasiat berdasarkan petikan yang dibaca.
b)  Senaraikan tiga jenis makanan berkhasiat?
c) Di manakah kita boleh mendapatkan bekalan makanan yang berkhasiat?
d) Nyatakan dua kesan yang akan berlaku jika tidak mengamalkan makanan seimbang?
e) Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kebersihan makanan?
f) Nyatakan lima watu makanan seimbang perlu diambil?

1.3.2.2  KEFAHAMAN
            Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan
fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya
digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan,
nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya.
Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar.
 (a) Mengapa pencemaran alam sekitar berlaku di Malaysia?
(b) Terangkan dua kesan pencemaran air?
(c) Huraikan maksud pencemaran alam sekitar berdasarkan petikan yang dibaca?
 d) Mengapa kita perlu memelihara hutan?
e) Mengapakah berlakunya pembuangan sampah di sungai?
c) Tuliskan tiga jenis pencemaran alam sekitar?

1.3.2.3. APLIKASI
            Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya
digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.
Tajuk: Makanan Bersih, Badan Sihat.
(a) Bagaimana cara mengelakkan makanan daripada tercemar?
(b) Huraikan cara menemasitkan makanan sentiasa bersih dengan menyususn semula ayat yang diberikan?         
c) Bagaimanakah cara menjaga kesihatan badan?
d) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul bagi menjelaskan kesan termakan makanan yang tercemar?
e) Nyatakan  3 perbezaan makanan yang bersih dan makanan yang sudah tercemar?
f)  Padankan ruang makanan yang diambil dengan kesan ke atas tubuh badan?

1.3.2.4 .PERINGKAT ANALISIS
            Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.
Tajuk: Amalan Pemakanan Sihat.
a) Bezakan maksud ‘sihat” dengan ‘cerdas”.
(b) Yang manakah amalan yang lebih sesuai digunakan dalam kehidupan seharian, pemakanan enak atau pemakanan yang seimbang?
(c) Bandingkan kelebihan mengamalkan pemakanan sihat dengan memadankan ruang yang sesuai pada jadual di bawah?
d) Bandingkan jenis makanan ringan dengan makanan seimbang.
e) Bezakan keadaan kesihatan murid yang gemar makan makanan ringan dengan murid yang mengambil makanan berkhasiat?
f) Bezakan harga makanan ringan dengan makanan berkhasiat?
1.3.2.5 .PERNGKAT SINTESIS
            Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.
Tajuk:  Cintai Kebersihan Alam Sekitar.
a) Dengan menggunakan kaedah penerangan apakah saluaran media massa yang sesuai digunakan?
b)  Bincangkan cara penyelesaian bagi mengatasi masalah pembakaran hutan dengan memadankan jadual di bawah?
c) Dengan memelihara hutan dan sungai, alam sekitar menjadi semakin bersih. Namakan aktiviti tersebut.
d) Bincangkan aktiviti-aktiviti  yang boleh digunakan untuk memelihara alam sekitar berdasarkan petikan yang dibaca?.
e)  Nyatakan kesimpulan yang akan terjadi jika hutan tidak dipelihara?
f)  Nyatakan tindakan yang akan anda ambil jika terlihat ada pihak yang mencemarkan sungai?

3.2.6 .PERINGKAT PENILAIAN
            Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Tajuk: Menjaga Kebersihan Diri.
(a) Buktikan dengan menyenaraikan tiga kesan murid yang tidak mengosok gigi?
(b) Senaraikan aktiviti menjaga kebersihan  tubuh badan setiap hari?
c) Beri komen jika rakan anda tidak mandi dan hanya memakai pewangi saja ke sekolah?
d) Beri pendapat awak tentang pengunaan sabun mandi yang mengandungi bahan kimia?
e) Beri pendapat awak tentang kebersihan pakaian rakan anda hari ini?
f) Berikan kesimpulan menjaga kesihatan diri dengan melengkapkan ayat di bawah mengunakan perkataan yang sesuai?

1.4 ESEI ILMIAH
 Jelaskan berserta contoh bagaimanakah seseorang guru ingin melaksanakan model ASSURE.
            Seorang guru mampu melaksanakan model assure dengan jayanya jika beberapa elemen berikut menjadi kajian dan amalan murni dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Antara elemen yang perlu kaji dan dijadikan amalan adalah dengan memahami konsep dan pengertian sebenar model assure. Konsep yang menekankan elemen  untuk menganalisis pelajar, menyatakan secara fokus objektif pembelajaran, melakukan  pilihan, pembaikan atau membina media, menggunakan media, peka terhadap keperluan tindakan, dan menilai semula dapatan pengajaran dan pembelajaran.  Elemen dan konsep model assure yang dimaksudkan cuba saya  dijelaskan seperti yang tercatat di bawah.
1.  Pengenalan Model ASSURE
1.1  Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Assure secara umunnya bermaksud " memastikan sesuatu berlaku untuk memastikan wujudnya keberkesanan pengajaran yang berasaskan media dan teknologi ”
1.2  Singkatan akronim ASSURE membawa pengertian berikut:,
 
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)
 

2. Analyse learner (analisis pelajar)
2.1 Analyse learner menghuraikan maksud mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak dipelajari.
2.2  Analisis yang akan diwujudkan terhadap murid adalah kaji pengetahuan sedia ada, umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar, stail pembelajaran dan suasana persekitaran kehidupan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
2.3  Menurut Gardner, tidak semua orang belajar dengan cara yang sama.
2.4  Analisis pengalaman sedia ada murid adalah berdasarkan urutan kongkrit, rawak konkrit, urutan abstrak dan rawak abstrak.
2.5  Urutan konkrit melibatkan pengalaman secara ”hand-on” mengikut urutan logikal seperti berkaitan buku kerja, pengajaran terancang (PI), tunjukcara dan pendekatan makmal berstrutur.
2.6   Sementara analisis rawak konkrit menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE) yang melibatkan aktiviti permainan, simulasi, projek pembelajaran kendiri dan kaedah penemuan.
2.7  Analisis urutan abstrak melibatkan suatu pendekatan yang menuntut kemampuan pelajar mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah. Ini diperhatikan melalui aktiviti persembahan verbal (reading presentation) dan  mendengar persembahan.
2.8  Analisi rawak abstrak pula adalah suatu tangapan berkaitan kefahaman maksud/makna (pemahaman) dari persembahan yang melibatkan perantara (manusia) dan respons pada elemen nada dan stail penyampaian. Antara aktiviti yang terlibat adalah perbincangan kumpulan, kuliah dengan sesi soal jawab, video dan televisyen.

3. State objective (nyatakan objektif).
3.1  State objective  pula menghuraikan suatu pernyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang telah dirancangkan. Maka perlu dicatatkan pernyataan apa yang akan dicapai bukan bagaimana ianya hendak dicapai.
 3.2  Penyataan objektif melibatkan kumpulan sasaran (audience). Pembelajaran
berlaku apabila pelajar aktif (memproses idea secara mental) atau (membuat latihan kemahiran secara fizikal ).
3.3 Selepas objektif dinyatakan tercapai selepas pengajaran akan wujud suatu perlakuan yang menghuraikan kebolehan baru yang akan di tampilkan oleh kumpulan sasaran.
3.4  Beberapa syarat (Conditions) perlu ditetapkan bagi menyatakan objektif antara yang utama adalah pengajaran/pembentangan/persembahan yang diadakan,perlu di beri perhatian oleh pelajar.
3.5  Suatu tahap piawaian (Degree) yg boleh diterima dan sejahtera akan diwujudkan bagi menilai prnyataan objektif.

4. Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media).
4.1  Item ini menyeru warga pendidik memilih media yang sedia ada. Suatu sesi pengajaran berkemungkinan memerlukan dua atau lebih kaedah untuk mencapai objektif pengajaran/pembelajaran.
4.2  Kateria pemilihan media melibatkan elemen seperti  bentuk fizikal sesuatu mesej yang ingin disampaikan /ditunjukkan.  Antara contoh media yang terlibat adalah imej tampak, teks, suara dan muzik.
4.3  Sesuatu media perlu diubah suai dan segera wujudkan suatu kesinambungan dengan objektif pengajaran sekiranya berlaku kepincangan terhadap item media tersebut.
4.2  Akan tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru dan lebih focus terhadap tajuk dan objektif pengajaran.
 
5. Use media (gunakan media)
5.1  Warga pendidik juga diseru agar merancangkan bagaimana sesuatu media itu dapat dioptimumkan pengunaaannya.
5.2  Justeru itu digalakkan agar disediakan bahan bantu belajar yang sesuai dan dapat dimanipulasikan untuk sesuatu pembentangan p&p.
5.3  Wujudkan perancangan awal yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang situasi ke arah p&p serta melahirkan kesan motivasi kepada murid supaya lebih fokus terhadap pencapaian objektif p&p. Apabila wujudnya didik hibur dalam p&p maka sesi pengukuhan juga dapat dijayakan sebagai aktiviti susulan.
5.4   Sentiasa pratonton bahan pengajaran sebelum menggunakannya.  Bahan bantu belajar seharusnya sesuai dengan kumpulan sasar dan objektif pengajaran.  Kumpulkan kesemua bahan dan peralatan yang anda dan pelajar perlukan dan pastikan penggunaanya adalah mengikut urutan.
5.5  Warga pendidik juga perlu wujudkan suatu suasana persekitaran yang berkesan untuk pembelajaran. Susun atur segala kemudahan yang membolehkan pelajar menggunakan bahan dan media secara berkesan.
5.6  Elemen yang perlu difokuskan adalah kesediaan pelajar. Berikan gambaran kasar keseluruhan isi pengajaran atau nyatakan hubung kait pelajaran dengan topik yang sedang dipelajari. Berikan penyataan yang bermotivasi yang mampu mewujudkan suasana memahami maklumat melalui pemberitahuan bagaimana pelajar boleh mengaplikasikan atau memanfaatkan ilmu dari pelajaran yang disampaikan.
5.7  Warga pendidik perlu wujudkan pengalaman pembelajaran secara sejahtera, maka tumpuan penyampaian kepada kelas dengan objektif yang jelas.


6. Require learner response (keperluan tindakbalas).
6.1  Item ini adalah suatu hasil tindakbalas aktif dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku.
6.2  Warga pendidik juga diseru agar mewujudkan elemen pengukuhan supaya tindakbalas/refleksi yang sebenar  terhasil berlandaskan objektif yang digalurkan.
6.3  Beberapa perspektif dipaparkan hasil tindakbalas aktif pelajar. Antaranya adalah:
· Perspektif Behavioris yang merupakan suatu pembelajaran adalah satu proses mencuba pelbagai perlakuan dan mengekalkan pembelajaran tersebut hingga membawa kepada hasil yang diingini.
· Pespektif Kognitivis pula situasi di mana pelajar membina skima mental apabila otak mereka terlibat secara aktif dalam mengingati / mengaplikasi konsep atau suatu prinsip yang baru dikenali.
· Perspektif Konstruktivis memaparkan pembelajaran sebagai satu proses yg aktif di mana pengetahuan dibina berasaskan pengalaman.
· Pespektif Psikologi Sosial pula adalah komunikasi interpersonal yang wujud adalah sebagai sustu asas sosial kepada pemerolehan pengetahuan diri sendiri, sumber cetak, peranti dan orang lain.

7. Evaluate materials (menilai).
7.1  Item ini merujuk kepada elemen mengenal pasti, menilai dan menyemak semula dan memperbaiki masalah yang telah diadabtasikan semasa proses p&p.
7.2 Maka wujud persoalan-persoalan seperti berikut:
· Adakah aktiviti p&p berjaya mencapai objektif yang telah dirancang?
· Keadah dan bahan yang digunakan membantu P&P?
· Adakah semua pelajar menggunakan cara yang betul?
· Adakah suasana P&P yang diwujudkan selesa dan berkesan?
· Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
· Adakah soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan tulus?
· Adakah pelajar belajar apa yang mereka perlu belajar?


8.  Penutup.
8.1  Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar.
8.2  Media boleh berupa dalam bentuk alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

 9.  Rujukan. 
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 88, 89, 90.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999, hlmn 91, 92.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997, hlmn 12, 13, 14.
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 34, 35.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 67, 68, 69.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994, hlmn 40,41.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan