Isnin, 8 April 2013

rph bm didik hibur




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA


Mata Pelajaran dan
Kelas:
Bahasa Malaysia  Tahun  2 Bestari
Tema/Tajuk:
Kekeluargaan / Jasa Ibu
Masa:
7.30 – 8.30 pagi
Standard Pembelajaran:
4.4.1  / Literasi 3.2

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i. Melafazkan 5 pantun dua kerat dengan intonasi yang betul
ii. Memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Murid melihat gambar ahli keluarga dan mengenali watak-watak ahli keluarga.
2. Murid melihat contoh pantun dua kerat yang berkaitan dengan ahli keluarga. 
3. Murid mendengar guru melafazkan pantun dengan intonasi yang betul.
4. Murid melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara individu, pasangan dan kumpulan.
5. Murid memahami maksud pantun dengan bimbingan guru.
6. Murid menulis contoh pantun dua kerat yang ditunjukkan dalam slaid powerpoint. 

Aktiviti Literasi
1.   Menyebut suku kata dan memahami perkataan dalam pantun 2 kerat.

Elemen Merentas
Kurikulum (EMK):
Nilai Murni – Kasih Sayang  
TMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Mengajar:
Alatan Muzik, komputer, slaid powerpoint gambar-gambar  ahli keluarga, lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid melafazkan pantun dua kerat yang dipaparkan melalui slaid powerpoint  dengan intonasi yang betul.
Refleksi:
20 orang daripada 25 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan