Kesusasteraan Melayu
DEFINISI
Perkataan sastera berasal daripada bahasa
sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa
maksud khusus iaitu :
Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku
(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku
yang indah bahasanya dan baik isinya
J.S Badudu
Sastera harus ditinjau dari dua segi
iaitu bahasa dan isi
Hashim Awang
Ciptaan senia yang disampaikan melalui
bahasa.
GENRE SASTERA
Genre Sastera ialah kategori atau jenis
karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu.
KAMUS DEWAN
Hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk
prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
PERBEZAAN BAHAN SASTERA DAN BUKAN SASTERA
KESUSASTERAAN
Sajak tentang bunga kemboja.
Novel yang mengisahkan pengembaraan
dengan keretapi.
Cerita mata-mata gelap.
Drama tentang gadis menunggu telefon
berbunyi.
BUKAN KESUSASTERAAN
Penerangan menegnai bungan kemboja.
Jadual perjalanan keretapi.
Berita jenayah.
Panduan telefon.
UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.
Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur
dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
Intelek.
Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu
yang tinggi dan menarik dalam sesebuah
Karya sastera.
Emosi.
Membezakan di antara karya sastera dengan
karya bukan sastera.
Imaginasi.
Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan
pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
Teknik.
- Merangkumi cara pengarang menyusun
peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm
sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.
Kesusasteraan
Melayu Klasik
-sastera tertua yang disampaikan secara
lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur
tokok -tambah.
-ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
-di hasilkan sebelum tahun 1800.
-hasil yang masih tersimpan tidak kira
dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
-disampaikan dalam bentuk lisan dan
sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.
-punya nilai dan ukuran yang tersendiri.
-terpancar ‘worldview masayarakat’
-setiap karya adalah hak cipta
bersama----- tiada nama pengarang.
-khayalan dicampuradukkan dengan
kenyataan----tujuan hiburan dan pengajaran.
-mempunyai unsur-unsur setempat.
-bersifat universal.
Kesusasteraan Lisan.
kesusasteraan yang disampaikan melalui
peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
dikenali juga sebagai sastera rakyat
contoh sastera lisan berbentuk cerita:
cerita asal-usul ( Dongeng harimau
jadian, dongeng gerhana )
cerita binatang ( Cerita Sang Kancil,
Pelanduk )
cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan
Lebai malang )
cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
cerita penglipur-lara ( Malim Deman,
Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
PERIBAHASA
-ayat atau kelompok yang mempunyai
susunan yang tetap dan mempunyai pengertian yang tertentu(kamus dewan)
-juga dikenali sebagai bidalan atau
pepatah
-contoh---‘biar mati anak janagn mati
adat’.
PANTUN
-sejenis puisi lama yang biasanya terdiri
daripada empat bis pertama meraris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris pertama
merupakan pembayang maksud dan yang selainya mengandungi maksudnya (Kamus Dewan).
JENIS-JENIS
PANTUN
1. Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun tiga belas kerat
8. Pantun berkait
Contoh:
Pantun dua kerat
Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pantun empat kerat
Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
MANTERA
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat
menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi.
(Kamus Dewan)
TEROMBA
Sejarah yang diceritakan dalam bentuk
perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
Merupakan susunan kata-kata adat.
Ciri-ciri
Puisi bebas yang tidak tentu jumlah
baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi
yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba.
Isinya memuat hal-hal yang berhubungan
dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok
masyarakat.
Contohnya: Terombo dalam adat istiada
perkahwinan.
GURINDAM
Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada
dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan).
Dalam baris kedua termuat jawapan atau
ketegasan bagi baris pertama tadi.
Rima akhir tiap-tiap baris gurindam
adalam sama.
Jenis-jenis gurindam :-
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
SELOKA
Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis
puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
Perkataan ‘seloka’ berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.
Bentuk puisi lama yang ditulis secara
berangkap-berangkap
Rima akhir adalah tidak tetap
Ia digubah sama ada mengikut bentuk
pantun, syair ataupun perumpamaan
Seloka tidak mempunyai pembayang
Contoh seloka tiada pembayang :
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.
TEKA-TEKI
Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah
soalan yang dikemukakan secara samar-samar atau rumit yang jawapanya harus
diduga, soalan untuk menduga akal
Contoh teka-teki ialah :
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?
KESUSASTERAAN
TULISAN
BUKAN KESUSASTERAAN
Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan
yang disampaikan secara bertulis
Pada awalnya, tulisan jawi digunakan
untuk menulis kesusasteraan.
Sebelum adanya alat pencetak, banyak
karya sastera bertulis dengan tangan sahaja.
Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah
Melayu
Setelah masyarakat didatangi peradaban
barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan.
Contoh karya-karya sastera adalah seperti
Hikayat Sang Kancil
Sastera bertulis berbentuk cerita
terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
NOVEL
Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan
sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan
dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
Menurut Hashim Awang novel adalah prosa
cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat
dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang
menarik.
Contoh novel yang terkenal ialah Novel
Siti Nurbaya.
Menurut Hashim Awang Novel terbahagi
kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
Novel Resaman
Novel Sejarah
Novel Sosial
Novel Politik
Novel Lawan Alam
Novel perwatakan
Perlukisan dan perkembangan watak.
Contoh :Rentong
Novel psikologi
Menekankan penjiwaan watak
Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman
Novel peristiwa
Peristiwa-peristiwa menarik tetapi
mungkin tidak berhubungan.
Contoh : Puteri Gunung Tahan
Novel resaman
Penceritaan tentang adat resam satu-satu
masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.
Contoh : Cinta Gadis Rimba
Novel sejarah
Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah
dan adat resam
Contoh : Panglima Awang
Novel Sosial
Menekankan mengenai persoalan masyarakat
Contoh : Salina
Novel Politik
Persoalan politik
Contoh : Krisis
Novel lawan alam
Kisah kawasan-kawasan tertentu
Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
CERPEN
Cerita pendek (Kamus Dewan)
Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang
membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah.
(Hashim Awang)
Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
Ciri-ciri
Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
Menonjolkan hanya satu kesan
Mengisahkan dengan agak terperinci suatu
perisiwa
Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur
dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.
DRAMA
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan :
ia selalunya dipentaskan.
Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa
Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
Sifat Drama
Isu konflik
Aksi fizikal atau mental
Jangka waktu persembahan yang terbatas
Jenis Drama
Komedi
Tragedi
Opera
Pantomin
Tragedi-Komedi
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan
prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang
sesuatu tajuk.
Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud
satu karangan yang berpatutan panjangnya.
SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi
baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris,
kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran
penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
SIFAT-SIFAT SAJAK
Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
Sajak tidak semestinya mengemukakan
pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau
dimana-mana juga.
Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris
ayat pada serangkap tidaklah tetap.
Mempunyai baris-baris ayat yang
membangunkan rangkap.
Mempunyai keharmonian atau penyesuaian
yang baik antara isi dengan bahasa.
BENTUK-BENTUK SAJAK
Disitkhon
Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris
bagi tiap-tiap serangkap
Terzina
Sajak yang serangkapnya terdiri daripada
tiga baris
Quantrain
Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun
atas empat baris. Bentuknya lebih menyerupai pantun dan syair.
Quintain
Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat
Sextet
Sajak yang digubah dengan pemaikaian
rangkap yang terdiri daripada enam baris.
Oktaf (stanza)
Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan
baris atau kalimat
ISI DALAM SESEBUAH SAJAK
Unsur pujaan
Unsur keagamaan
Unsur kesedihan
Unsur pengajaran
Unsur sindiran
Unsur percintaan
Unsur pengisahan
CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK
Mengenali sifat luar sesebuah sajak
Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak
Mengetahui latar belakang penyair atau
penulis
Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak
CARA MENDEKLAMASI SAJAK
Pemahaman
Mimik
Peresapan
Gerak geri
Pengucapan
Daya hafal
Daya ucapan dan irama
Batas kalimat
KRITIKAN SASTERA
Usaha mempertimbangkan dan menilai karya
sastera secara jujur dan sistematik.
Merupakan cabang ilmu yang mempunyai
fungsi-fungsi sediri.
Pertimbangan dan penilaian terhadap karya
–karya sastera akakn diperkuat dengan alasan –alasan yang munasabah.
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya
mengembangkan pengetahuan itu.
Memberikan bantuan besar kepada pembaca
menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan
pengarangnya dengan jelas.
Membuat perbezaan antara karya sastera
yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.
Memberikan kenerangan kepada pengarang
cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.
Menghapuskan prasangka buruk terhadap
karya sastera dan juga kesusasteraan.
Memperkenalkan karya sastera yang baru
kepada mereka yang tidak sempat membaca.
BUKU-BUKU KRITIKAN TEORI
Poetics oleh Aristotle
Principles of literary Criticism (1924 )
oleh L.A. Richards
Anatomy of Criticism (1957 ) oleh Norhrop
Frye
Kritikan Sastera di Malaysia
BUKU-BUKU KRITIKAN AMALI
Lives of the Poets oleh Dr. Johnson.
Essays in Criticism oleh Mathew Arnold
Seleted Essays oleh T>S> Eliot
Novel-novel Malaysia dalam kritikan susunan Hamzah Hamdani
Jenis Lain Kritikan Sastera
Kritikam mimetik – melihat karya sastera
sebagai satu perimen alam.
Kritikan prgmatik – melihat karya sastera
sebagai alat yang boleh
Kritikan ekspresif – melihat karya
sastera sebagai alat bagi pengarang menyatakan fikiran dan perasaannya
Kritikan objektif – melihat karya sastera
sebagai sesuatu yang istimewa yang boleh berdiri sendiri.
KRITIKAN SASTERA DAN ILMU-ILMU LAIN
BIDANG ILMU
PENGGUNAAN MELAHIRKAN
Sejarah
Sosiologi
Psikologi
Estetika
Kritikan sejarahan dan biografi
Kritikan sosial dan Marxist
Kritikan psikologi, Freudian dan mitos
Kritikan Formal
PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN
SASTERA
Pendekatan moral
Pendekatan sosiologi
Pendekatan psikologi
Pendekatan tipainduk
Pendekatan struktur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan