BAHAGIAN B : ( E – FORUM )
Terdapat 5 soalan untuk
dibincangkan secara on –line menerusi laman MyGuru3 :
1.Bincangkan perbezaan antara
pengajaran berpusatkan guru dengan pengajaran
berpusatkan murid.
2. Bincangkan peranan guru sebagai
pengurus pengajaran dan pembelajaran.
3.Buku teks hanyalah sebagai
panduan bagi guru.Bincangkan.
4.Penilaian alternatif adalah lebih
sempurna dalam menilai kemajuan murid. Bincangkan.
5.Guru hanyalah sebagai pelengkap
kepada kejayaan akademik pelajar.Bincangkan.
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
General
|
Kehadiran buku teks dalam pengajaran
dan pembelajaran seharian di sekolah sewajarnya menyumbangkan hasil yang
besar. Buku teks merupakan satu elemen yang terhasil berdasarkan dasar dan
standard pelajaran yang telah digubal. Kewujudan buku teks juga menjadi satu
penanda aras dalam perlaksanaan soalan dan skima jawapan bagi sesuatu ujian
dan peperiksaan.
Justeru itu penggunaan buku teks
tidak wajar tersimpang jauh dari apa
yang diidamkan oleh seorang guru dalam
memantapkan penerangannya. Lebih baik atau perlu dijadikan panduan.
Selebihnya sebagai pengukuhan dan pengayaan.
Namun kematangan guru dalam
penyampaian dan pengurusan kelas telah terbukti menjayakan objektif
pengajaran dan pembelajaran pada sesuatu sesi.
|
04 Mar 2012 04:16:09 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
General
|
Alhamdulillah dan terima kasih
atas pandangan yang membina.Saya juga bersetuju bahawa buku teks adalah
sekadar panduan. Kebijaksaan dan kematangan guru memurnikan pengunaan buku
teks ini perlu lebih ditekankan. Buku teks boleh diiktiraf berjaya sebagai
panduan guru jika ianya menepati beberapa sasaran seperti:
1. Bahan buku
teks seiring dengan objektif yang hendak dicapai secara relistik.
2. Unit-unit yang
dicatatkan disusun secara berturutan dan berkonsep ansur maju.
3. Mudah untuk
diterangkan oleh guru dan mudah difahami murid.
4. Menjadi
pemangkin penglibatan P&P.
5. Bersesuaian
dengan peruntukan masa belajar murid.
6. Membantu
sistem penilaian formatif murid.
7. Sebagai
rujukan segera dan proses membuat pembetulan.
8. Membekalkan
pengetahuan sedia ada kepada murid dan berkesimambungan kepada unit
pembelajaran yang seterusnya.
9. Membantu guru
dan murid menjayakan penilaian sumatif di akhir P&P.
|
16 Mar 2012 12:50:51 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
Unit
1 (P&P)
|
Alangkah baiknya jika unit
pembelajaran satu dapat menjawab dan menunaikan segala kehendak dan keinginan
kesemua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan.
Walaupun pun pelbagai matlamat,
dasar, model dipaparkan namun ianya tetap mengalami proses penambahbaikan.
Kebimbangan juga timbul berkisarkan menantikan matlamat utama ini tercapai
dan dapatkah ia bersaing di peringkat global.
Erti pendidikan yang dijelaskan dalam
unit satu terlihat dalam aspek ekonomi dan sosologi. Namun pengaruh politik
semasa menyebabkan ianya berada dalam satu keadaan yang tertanya-tanya dan
kemudiannya digosip-gosipkan oleh golongan akedemik.
Hanya kekuatan psikologi dan keutuhan
jiwa sesuatu kaum menyebabkan matlamat pendidikan menjadi lebih jitu dan
terarah.
Semasa saya menelaah unit satu, saya
terimbau saat manis sewaktu di maktab perguruan dahulu.Saya mengulang kembali
erti pendidikan, mentafsir matlamat pendidikan di Malaysia.
(tetapi lebih membandingkannya dengan negara serantau terutama Singapura).
Saya cuba
mengukuhkan kembali tafsiran pendidikan dan pedagogi dalam perjuangan saya di sekolah setiap hari.
Kini saya peka dengan perbezaan beberapa model pengajaran yang pernah dan
tidak pernah saya buat disekolah.
Model pengajaran di UPSI merupakan
proses pembelajaran yang berterusan dan tulus. Ia terdiri daripada lapan
komponen mereka bentuk kurikulumnya yang berlangsung mulai membuat analisis
keperluan, menyusul turutan p&p, pengunaan kombinasi pendekatan dan
memilih BBB dan latihan yang bersesuaian. Akhirnya diharapkan semua murid
berkesan dan mencapai Masteri.
|
04 Mar 2012 04:45:40 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Unit
1 (P&P)
|
Perlu ditelitikan elemen yang
berkaitan erti pendidikan dalam espek ekonomi, politik, sosiolagi dan
psikologi. Matlamat pendidikan Malaysia
dan huraian pengajaran pedagogi serta membezakan model pengajaran wajar
diambil kira. Model UPSI akhirnya beharap agar mahasiswa menjadi berkesan dan
mencapai tahap masteri dalam kerjayanya.
|
04 Mar 2012 04:55:48 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Unit
1 (P&P)
|
Izinkan saya tintakan fokus hasil
pembelajaran unit satu yang bertajuk Erti dan Matlamat Pendidikan serta Model
pengajaran. Unit satu menuntut individu mahasiswa agar matang membezakan
takrif pendidikan dari sudut ekonomi, politik, sosiologi dan psikologi.
Mahasiswa juga dituntut agar boleh
menyatakan dan mentafsir matlamat pendidikan negara dengan waras. Mahasiswa
juga diharapkan boleh memperjelaskan beberapa erti pengajaran dan pedagogi
yang berkaitan. Kematangan mahasiawa membezakan beberapa model pengajaran
juga diharap berlaku secara rasional. Akhirnya mahasiawa di harapkan akan
dapat merumuskan model pengajaran UPSI (2009)dan berjaya memberi contoh
langkah pengurusan pengajaran yang berkaitan ( 8 komponen utama).
|
16 Mar 2012 12:02:53 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Unit
1 (P&P)
|
Izinkan saya fokuskan dapatan
daripada unit satu yang berdasarkan hasil pembelajaran kelima yang dituntut, iaitu guru dapat menghuraikan model
pengajaran UPSI dan memberikan contoh langkah-langkahnya.
Model Pengajaran UPSI (2009) di gubal
bertujuan sebagai panduan bagi memikir, merancang dan mereka bentuk
kurikulum pengajaran, teknologi dan penaksiran sesuatu subjek.
Model ini mengalurkan lapan komponen
utama iaitu
1. kenal pasti
kedian dan keperluan pelajar
2. membuat
analisis kandungan kurikulum
3. menentukan
objektif pengajaran (tahap hasil pembelajaran yang realistik perlu dicapai)
4. Menyusun turutan
unit pengajaran secara "sequential"
5. memilih dan
mengguna kobinasi pendekatan, keadah dan teknik pengajaran yang sesuai.
6. membina bahan
bantu belajar yang menjayakan proses P&P.
7. Melatih murid
dengan sesuai dan berkesan serta mencapai Masteri.
8. membina kaedah
dan instrumen yang sesuai dan boleh dipercayai.
|
16 Mar 2012 12:19:49 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Secara umumnya dihuraikan bahawa
pendekatan pengajaran merupakan proses dan situasi aliran penimbaan ilmu yang
menerangkan niat untuk belajar dan strategi untuk belajar. Pendekatan
pelajaran merupakan gabungan niat dan strategi yang dipilih oleh pelajar
untuk memperolehi ilmu, nilai, konsep yang baru atau berlainan dan akan
disesuaikan dengan keperluan keadaan kehidupan yang dialaminya seharian.
Maka guru menggunakan proses
pendekatan penyampaian maklumat yang dikenali sebagai berpusatkan pelajar
atau perubah konsep yang dikenali sebagai berpusatkan murid.
Bersesuaian mengikut keadaan
mengakibatkan guru mengamalkan konsep pengajaran berpusatkan guru dengan niat
untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan desakan masa, sukatan dan
kos yang perlu disesuaikan. Konsep ini mengutamakan kematangan dalam
kemahiran guru dari segi kemahiran individu dan fakta yang tulus. Pengetahuan
sedia ada dan latarbelakang pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu
yang serius. Komunikasi lebih kepada sehala dan keadaan kawalan kelas lebih
berbentuk mengikut aturan dan urutan.
Kesempatan guru mengamalkan
pendekatan pengajaran berpusatkan murid selalunya dengan niat untuk membantu
murid merubah pandangan murid tentang konsep dan tanggapan berkaitan ilmu
yang mereka pelajari. Murid perlu membina pengetahuan mereka sendiri. Guru
akan tumpukan lebih perhatian terhadap
tingkahlaku, peranan dan sumbang pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di sini guru menyedari guru tidak dapat menyajikan maklumat dan
menyuap terus nilai dan konsep baru kepada muridnya.
|
02 Mar 2012 11:02:04 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Alangkah baiknya jika pendekatan
pengajaran berpusatkan guru selama ini, yang telah banyak membuktikan
kejayaan akedemik dan kemantapan disiplin dan pembentukan sahsiah pelajar
dapat sama-sama kita sebagai warga guru untuk memakmurkannya.
Pengajaran berpusatkan guru selama
ini terlihat secara nyata iaitu dengan niat yang murni yang secara langsung
terus tanpa iklan atau tajaan menyalurkan maklumat, ilmu dan nilai terpuji
sinomin dengannya terus tanpa henti terus kepada murid. Pendekatan ini
dipandang ketinggalan kerana terdapat beberapa pendekatan baru yang lebih
dikatakan menyeronokkan dan mengembirankan murid. Bakat anugerah tuhan yang
ada pada seorang guru yang boleh berlakon, bersyair, berhujah, bercerita dan
berlawak jenaka mula diketepikan sedangkan kemahiran individu ini tidak dapat
dijual beli. Geliganya seorang guru menyalurkan fakta secara teratur mengikut
urutan dan diselang - selikan dengan kata kunci sebagai penarik ingatan murid
terhadap sesuatu fakta juga dapat diperhatikan melalui pendekatan ini.
Kekusutan pelajar dapat guru makmurkan dengan kemahiran individu guru dan
penerangan faktanya yang tulus dan tidak tergantung.
Pendekatan pengajaran pendekatan
murid lebih berniat merubah anjakan paradigma murid tentang sesuatu konsep.
Maka Murid itu sendiri perlu memiliki kemahiran sekurang-kurangnya menulis,
mengira, membaca dan berinteraksi. Guru akan mengharapkan murid telah
memiliki pengetahuan dan pengalaman berkaitan konsep yang akan dibincangkan.
kawalan perlu dilakukan kepada murid agar tidak berlakunya penyelewengan dan
pembaziran dari segi masa kajian, hala tuju serta keutamaan dan amanah
sebagai manusia yang bergelar insan.
|
02 Mar 2012 11:24:55 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Pelbagai kajian telah dilakukan dalam
menegakkan benang yang basah terhadap kedua-dua pendekatan ini. Akhirnya
terdapat kesimpulan situasi menang-menangdan murni terbaca di dada-dada
atikal ilmiah yang menuntut agar guru mengamalkan gaya
pengajaran yang sepadan dengan tuntutan kelompok murid yang semakin dahagakan
pendekatan yang sepadan dengan cabaran hidup mereka.
Akhirnya murid akan dapat belajar
dengan lebih baik seterusnya berpuas hati dan menghargai perjuangan
guru.Murid juga akan melahirkan bibit-bibit cinta dengan bidang ilmu atau
mata pelajaran yang guru ajarkan.
Gossip-gossip ilmiah ini akan mula terdengar dalam perbualan waktu sengga
murid yang menandakan misi fardu menuntut ilmu akan berpanjangan.
Pendekatan-pendekatan ini sememangnya
mempunyai banyak jurang dalam pelaksanaannya. Namun terlihat niat murni guru
sebagai khalifah penyampai utusan dunia
ilmiah yang mulia tetap sentiasa dibantu dalam memakmurkannya.
|
02 Mar 2012 11:39:26 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Desakan mencapai objektif harian
menyebabkan guru mananamkan niat dan pilihan samada mengajar
berpusatkan guru atau murid. Pilihan ini dibuat secara matang setelah guru
menilai elemen pengetahuan sedia ada murid dan kemudahan yang disediakan.
Kedua orentasi pelajaran ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya.
Kebijaksanaan guru itu sendiri menguruskan situasi perkembangan ilmu akan
membuahkan pencapaian objektif yang diharapkan.
Pembelajaran berpusatan guru
merupakan pembelajaran yang lebih bercorak sehala.Terlihat berlakunya
lambakan ilmu dan murid perlu berdikari mengutip dan mengaplikasikannya.
Sementara pembelajaran berpusatkan
murid lebih menuntut murid berdikari melakukan penyelidikan dan kajian. Guru
hanya pengawal dan pemudah cara. 70% pencambahan ilmu yang terhasil adalah
dari dapatan dan sumbangan pelajar. Sebahagian besar pengendalian
pembelajaran ini menuntut murid lebih giat dan dapat menyesuaikankan sasaran
dengan kemudahan dan masa yang terhad.
|
16 Mar 2012 11:39:50 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Izinkan saya tintakan sedikit
maklumat hasil pembacaan saya. Melalui konsep "fredom to learn"
pendekatan pelajaran berbentuk pendidikan yang terbuka, ‘pembelajaran
terarah-kendiri’ atau berpusatkan murid. Murid bebas menentukan sesuatu
matlamat, unit pembelajaran, cara belajar, memilih guru serta cara menilai
kemajuannya.
Sementara pendidikan yang terkawal
ketat dari ‘luar’ (other-directed) merangkumi penyelarasan dari aspek
kurikulum, buku teks, jadual waktu, kaedah pengajaran guru, latihan murid,
sistem penaksiran, dan pentadbiran aktiviti sekolah. Prosedur ini digubal
oleh golongan tertentu dan bukan ditentukan oleh murid. Sistem berasaskan
‘other directed’ dilabelkan sebagai
‘berpusatkan guru'.
|
17 Mar 2012 09:14:51 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
1 (Berakhir 17 Mac 2012)
|
Izinkan saya fokuskan pembelajaran
bepusatkan murid melalui pembacaan saya. Pendekatan ini memaparkan kurikulum,
kaedah pembelajaran, alat pembelajaran seperti buku teks, bengkel dan kaedah
penilaian dan tafsiran hasil pembelajaran ditentukan oleh murid. Tugas guru
dalam konteks pendekatan ‘pembelajaran terarahkendiri’ adalah untuk
memudahkan (facilitate) murid belajar sendiri: bertanya, berfikir, menyelidik
dan mencari sendiri jawapan supaya jawapan itu bermakna kepadanya.
Melalui pendekatan ini juga setiap
murid harus diberi ‘kebebasan’ kepadanya untuk belajar sendiri apa yang ia
mahu: setiap murid bebas untuk belajar apa saja, dengan cara apa yang dipilih
sendiri dan dalam masa yang ditentukannya.
Namun ramai berpendapat bahawa
pembelajaran dan perkembangan kognitif
murid ialah fenomenon sosial dan budaya, iaitu akibat daripada
interaksinya dengan orang lain. Pembelajaran seseorang murid lebih berkesan jika murid diberi bimbingan
untuk melakukan tugasan pembelajaran yang melangkaui dari pencapaiannya.
Dengan cara beransur-ansur pembelajaran murid akan terbina dan berkembang.
|
17 Mar 2012 09:28:28 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Terima kasih atas maklumat yang puan
tintakan. Izinkan saya berkongsi maklumat seadanya. Menurut A.J. Loveridge ”Buku teks adalah buku
sekolah yang memuat bahan yang telah diolah berkaitan skop pembelajaran
tertentu, dalam bentuk tulisan yang memenuhi syarat tertentu bagi menjayakan
sesi p&p, ianya disusun secara
sistematik agar dapat diaplikasikan dengan sempurna.”
Sewajarnya buku teks di negara kita diberikan pengiktirafan sebagai antara bahan p&p yang mampu menjadi panduan untuk guru dan murid. Berikut adalah beberapa ciri buku teks yang dikatakan telah berjaya mendokong aspirasi perkembangan pendidikan, iaitu
· merupakan bahan yang disasarkan kepada pelajar
sepanjang sesi pembelajarannya.
· merupakan
bahan yang terbukti keberkesanannya untuk p&p dan disediakan secara
sistematik dengan pendekatan yang tertentu.
· merangkumi
sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran dengan jelas.
· merupakan
bahan ilmiah yang diterapkan nilai murni secara berterusan.
· merupakan
bahan fokus sesi akedemik.
|
29 Mar 2012 10:37:26 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Terima kasih atas ulasan puan.
Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat berkaitan kemampuan sesuatu buku teks
itu dijadikan panduan dalam p&p. Menurut Geene dan Pety(1986)
telah menyenaraikan sepuluh kategori yang harus dipenuhi bagi mengiktiraf
buku teks sebagai bahan yang
berkualiti. Iaitu.
· Buku
teks haruslah menarik minat pelajar.
· Buku
teks haruslah mampu memberikan motivasi kepada pelajar.
· Buku
teks haruslah memuat ilutrasi yang menarik bagi dimunanfaatkan oleh pelajar.
· Buku
teks merangsang dan memberi keutamaan aspek-aspek linguistik sehingga sesuai
dengan kemampuan pelajar.
· Kandungan
buku teks haruslah merangkumi elemen pengabungjalinan dengan pelajaran lain.
· Buku
teks haruslah dapat dan membentuk sahsiah pelajar dengan akhlak dan gaya
hidup yang mengamalkan nilai murni.
· Buku
teks harus mempunyai fakta dan maklumat tepat dan jelas serta tiada unsur
kekeliruan..
· Buku
teks haruslah mempunyai sudut pandang atau ”point of view” yang jelas dan
tegas yang dapat dipercayai
keesahannya.
· Buku
teks haruslah mampu memberi penekanan pada nilai-nilai kehidupan sebenar manusia
dari usia kanak-kanak hinggalah dewasa.
· Buku
teks haruslah dapat menghargai perbezaan pandangan dan pendapat para pengguna.
Justeru itu saya yakin bahawa pengunaan buku
teks di negara kita telah banyak memberi faedah. Ia juga perlu melalui proses
perkembangan ilmu dan permunian sesuai dengan tuntutan semasa..
|
29 Mar 2012 10:56:46 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Saya hargai pandangan cikgu. izinkan
saya berkongsi pendapat bagi menyokong keberkesanan buku teks sebagai antara
bahan panduan untuk guru. Schorling dan Batchelder (1956) telah memurnikan sepuluh ciri buku teks
dari pandangan Geene dan Paty . Ia memberikan empat ciri buku teks yang baik,
iaitu
· dicadangkan
dan digubal oleh guru-guru yang berpengalaman.
· bahan
yang dimuatkan adalah sesuai dengan tujuan pendidikan, memenuhi keperluan
pelajar dan masyarakat.
· mengandungi
dan memuatkan teks bacaan,
· bahan
latih tubil dan latihan. memuat ilustrasi yang merangsang pelajar untuk
gembira belajar.
Sebagai buku pendidikan, buku teks
memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Dengan buku teks, program
pembelajaran dapat dilaksanakan secara lebih teratur. Buku teks jua merupakan
ejen yang dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran hariannya.
Kepentingnya buku teks jua digambarkan
oleh Grambs, J. D. dkk. (1959) dengan
menyatakan ”The textbook is one of the teacher’s major tools in guiding
learning”.
|
29 Mar 2012 11:18:09 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Izinkan saya berkongsi pendapat bagi
menyokong pengunaan buku teks sebagai di antara bahan panduan guru hari ini. Hubert
dan Harl menghayati nilai lebih buku teks bagi guru sebagai berikut.
· Buku
teks memuat persediaan bahan dan maklumat
yang memudahkan guru merencanakan jangkauan bahan ajar yang akan
disajikannya pada sesi pengajaran.(mingguan)
· Buku
teks memaparkan dan mengenalpasti masalah dan keperluan utama dalam satu
bidang.
· Buku
teks perlu memuat bbb, contohnyanya gambar, diagram, dan peta.
· Buku
teks merupakan cacatan yang berkekalan bagi memudahkan sesi ulangkaji di
kemudian hari.
· Buku
teks memuat bahan ajar yang seragam, yang diperlukan untuk keseragaman
inovasi dan juga kelancaran verbal languistik.
· Buku
teks menjadi bahan rujukan pelajar di
rumah.
· Buku
teks memuat bahan yang saling
berhubungkait dan bersistem dengan
penanda aras rasional tertentu.
· Buku
teks mampu membebaskan guru dari kesibukan mencari bahan sendiri bagi
membolehkan sebahagian waktunya dapat dimanfaatkan untuk kegiatan P&P yang lain.
|
29 Mar 2012 11:31:06 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Terima kasih atas perkongsian
maklumat. Izinkan saya menintakan serba sedikit maklumat berkaitan buku teks
sememangnya panduan utama guru dalam p&p harian. Menurut Chambliss dan
Calfee (1998) yang menjelaskannya secara lebih terperinci. Buku teks
adalah bahan bantu belajar yang digunakan untuk memahami dan belajar dari
hal-hal yang dibaca dan untuk memahami dunia (di luar dirinya). Buku teks
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan minda pelajar. Buku teks
dapat mempengaruhi pengetahuan anak dan menerapkan nilai-nilai murni yang
diidamkan.
Buku teks merupakan bahan bantu belajar yang telah mempertimbangkan faktor
· tujuan
pembelajaran,
· kurikulum dan struktur program pendidikan,
· tahap
perkembangan pelajar,
· keperluan dan kemudahan persekolahan serta
masyarakat persekitaran,
· keperluan guru dan murid.
Buku teks juga telah berperanan
sebagai
· kemudahan operasi bahan dan program dalam
kurikulum pendidikan,
· pemudahcara dan menyumbang kelancaran tugas
akademik guru,
· kemudahan bagi mencapaian tujuan
pembelajaran,
· kemudahan bagi mengiatkan aktiviti P&P.
|
29 Mar 2012 12:54:58 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
3 (berakhir 6 MEI)
|
Terima kasih atas sumbangan maklumat
cikgu. Izinkan saya berkongsi serba sedikit
kepentingan dan kejayaan buku teks sebagai panduan kepada guru dan
murid..Menurut Musse (1963:484) bahwa pengaruh buku teks terhadap murid
dikatogerikan kepada mendorong perkembangan yang baik dan
menghalangi perkembangan yang tidak baik.
Sebagai pemantapan berkaitan buku teks sebagai panduan murid dan guru, Loveridge menyatakan sebagai berikut: “Pelajaran dalam kelas sangat bergantung pada buku teks. Dalam keadaan guru tidak memenuhi syarat benar, maka buku teks merupakan pembimbing dan panduan dalam mengajar. Bagi murid, buku teks berfungsi sebagai dasar untuk belajar secara sistematik, sesi peneguhan, sesi mengulangkaji, dan untuk perkembangan pelajaran seterusnya.” |
29 Mar 2012 01:06:03 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
Forum
4 (6 Mei 2012)
|
Salam sejahtera, izinkan saya berkongsi
maklumat berkaitan kesesuaian penilaian alternatif yang lebih sempurna bagi
pelajar. Penilaian alternatif akan mengukur hasil dan kejayaan proses pembelajaran. Menurut Jo Anne W, penilaian kemajuan ( performance
assessment) didefinisikan sebagai Clearly defined task and a list of explicit
criteria for assessing student performance or product.
Laman web Building Tool Room
menjelaskan penilaian alternative sebagai: “To describe alternatives to
traditional, standardized, norm or criterion-referenced traditional paper and
pencil testing. An alternative assessment might require students to answer
open-ended question, work out a solution to a problem, perform a
demonstration of a skill, or in some way produce work rather than select an
answer from choices on a sheet of paper”
Kesesuaian penilaian alternatif
ini berdasarkan empat elemen utama
iaitu:
a. Berdasarkan
penyertaan aktif murid.
b. Tugasan yang
disempurnakan murid merupakan topik yang tidak terpisah dari proses
keseluruhan pembelajaran.
c. Tugasan yang
disempurnakan untuk mengetahui tahap murid dalam proses pembelajaran dan
tindakan susulan yang harus diambil dalam proses pembelajaran.
d. Murid akan
lebih berupaya untuk mencapai tujuan pembelajaran dengan mengetahui lebih
awal kriteria yang pembelajaran.
|
07 Apr 2012 09:49:22 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
4 (6 Mei 2012)
|
Terima kasih atas pandangan cikgu. Izinkan saya berkongsi
sedikit maklumat berkaitan penilaian alternatif. Tugas penilaian alternatif
dapat diwujudkan dalam berbagai bentuk, antaranya ialah:
· a
.Computer adaptive testing. Elemen ini menuntut tahap kemampuan diri
murid yang sebenarnya.
· b
Ujian pilihan diperluas. Elmen ini menuntut murid berfikir dengan
mengaitkan jawapan yang benar tidak hanya sekadar menanda jawapan..
· c.
Extended-reponse/ open-ended question. Jawapan yang disempurnakan
diselesaikan dalam bentuk yang teratur dan mengikut kesesuaian.
· d. Group performance assessment. Ini
menuntuk siswa memiliki kemahiran komunikasi dalam menyelesaikan kerja-kerja
berkumpulan.
· e. Individual
performance assessment. Ini menuntut tugasan kerja disempurnakan secara
individu.
|
07 Apr 2012 10:13:07 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
4 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan
kesesuaian penilaian alternatif sebelum dilaksanankan. Penyususan penilaian
harus dilakukan. Antara langkah-langkah penyusunan penilaian alternatif
sebagai berikut:
1. Menganilisa dan mengenali pengetahuan dan ketrampilan
yang diharapkan dapat dimiliki murid setelah menyempurnakan tugasan. Ianya
meliputi
· a) jenis pengetahuan yang diharapkan dapat
dilatih dan dicapai oleh murid,
· (b)
kualiti pengetahuan bernilai tinggi untuk dipelajari,
· (c)
penerapan pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan nyata.
2. Merancang tugasan yang memungkinkan murid dapat menunjukkan
kemampuan berfikir. Tugasan yang disempurnakan harus dapat menampung ilmu
& memotivasi murid untuk belajar. Setiap tugasan harus memiliki fokus dan kefahaman yang
sepadan dengan tingkat perkembangan murid.
3. Menetapkan kriteria kebekesanan yang akan dijadikan garis
panduan untuk menyatakan bahawa murid telah mencapai tahap masteri. Penilian
perlu terperinci dengan harapan murid mencapai kriteria yang disasarkan.
|
07 Apr 2012 11:18:50 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
4 (6 Mei 2012)
|
Terima kasih atas pandangan cikgu. Izinkan saya berkongsi
sedikit maklumat dengan harapan dapat dijadikan rujukan ilmiah. Tugas
penilaian alternatif dapat diwujudkan dalam berbagai bentuk, antaranya ialah:
· Computer adaptive testing.
(melibatkan ujian hadapan skrin) .
· Ujian pilihan diperluas. (Elmen ini menuntut murid berfikir dengan
mengaitkan jawapan yang benar tidak hanya sekadar menanda jawapan)..
· Extended-repons / open-ended
question. (Jawapan yang
disempurnakan diselesaikan dalam bentuk yang teratur dan mengikut
kesesuaian).
· Group performance assessment.
(Menuntut memiliki kemahiran
komunikasi dalam menyelesaikan kerja-kerja berkumpulan.)
· Individual performance
assessment. (Ini menuntut tugasan kerja disempurnakan secara
individu.)
· Interview, temubual
secara lisan)
· Nontraditional test items (
merupakan respon yang dalam bentuk forum bertulis berdasarkan kriteria yang ditetapkan).
· Observasi, (murid
melakukan tugasan dalam bentuk pemerhatian dalam kajiannya)
· Portfolio,
(merupan kumpulan hasil karya murid yang terisusun berdasarkan urutan tempoh
masa dan tahap pembelajaran.)
· Project,
exhibition, demonstration ( penyelesaian tugasan yang kompleks
dalamsuatu jangka waktu tertentu yang dapat memperlihatkan penguasaan kemampuan
pada diri individu pada tingkat tertentu.)
· Short-answer,
open-ended, (merupakan jawapan
singkat murid/ bentuk kuiz)
|
07 Apr 2012 04:20:28 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
4 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat yang menyatakan
rasa yakin saya terhadap keesahan
penilaian alternatif. Penilaian alternatif adalah lebih sempurna bagi menilai
kemajuan seseorang murid kerana skop ujian yang dilakukan lebih luas. Ia
dapat memberikan lebih peluang dan ruang yang lebih bersesuaian kepada murid
dalam mengukur keberhasilan pembelajarannya selama ini. Ini kerana tugas
penilaian alternatif dapat diwujudkan dalam berbagai bentuk. Jangkamasa dan
tempoh ujian juga adalah lebih sejahtera dan dapat mengatasi kesulitan murid
apabila dilanda bencana alam atau musibah.
Penilaian alternatif juga dapat membuka ruang agar
kemahiran-kemahiran murid yang tertentu dapat diberi keutamaan. Maka murid
dapat dijuruskan ke bidang yang lebih sesuai dengan kemahirannya. Justeru itu
keperluan psikologi dan fisiologi murid dapat dipenuhi dan diberi
keutamaan. Akan lahir suatu
warganegara yang berketerampilan dan produktif kerana sejak awal lagi murid
telah mengikuti hala tuju yang sesuai dengan kemahiran fizikal dan bakat yang
dianugerahkan kepadanya..
|
18 Apr 2012 10:58:27 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Course ID :
KPD3016 < Group Name : Group N.SMBLN01(A112PJJ) < Full Name : WAN MOHD
AFFENDY BIN MUSTAPAI
Title
|
Message
|
Date posted
|
Full Name
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya berkongsi maklumat
semoga ianya menjadi bahan ilmiah. Guru hanya sekadar pelengkap kejayaan
murid. Ini kerana terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan seseorang
pelajar. Antaranya ialah
· sifat
bertanggungjawab,
· disiplin
diri,
· kebijaksanaan
pelajar membahagikan masa,
· dorongan
serta galakan keluarga,
· ketenangan
emosi dan
· kekuatan
minda seseorang pelajar.
Peribahasa
‘berusaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan sesiapa sahaja
yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. Seseorang pelajar yang ingin
berjaya perlu berusaha dengan gigih bagi merealisasikan impiannya.
Sifat bertanggungjawab dalam diri
seseorang pelajar merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya.
Sifat bertanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu
· sebagai
anak dan pelajar.
· Sebagai
anak yang bertanggungjawab.
Kita doakan agar anak didik kita
mempunyai skop menimba ilmu yang luas dan tidak hanya taasub pada guru, akan
tetapi lebih taasub pada ilmu dan hak Maha Pencipta.
|
07 Apr 2012 03:35:52 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Terima kasih atas maklumat
cikgu.Izinkan saya berkongsi maklumat bersama seadanya.Guru sememangnya hanya
sekadar pelengkap kejayaan murid. Ini kerana terdapat faktor lain yang menentukan kejayaan
seseorang pelajar. Antaranya ialah sifat
bertanggungjawab, disiplin diri, kebijaksanaan pelajar membahagikan masa,
dorongan serta galakan keluarga, ketenangan emosi dan kekuatan minda seseorang pelajar.
Galakan serta dorongan keluarga
merupakan faktor penting melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta
ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang
pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu
bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya
kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran
anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda
serta pemakanan anak-anak mereka.
Kejayaan yang dikecapi seseorang
pelajar itu pastinya hanya dapat diraih sekiranya pelajar tersebut berusaha
seoptimanya secara bersepadu kerana ‘kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.’
|
07 Apr 2012 03:54:30 PM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya sekali lagi berkongsi
pendapat. Kejayaaan murid juga bergantung kepada kejayaannya mengatasi
tekanan hidup. Antara tekanan hidup yang utama dikalangan murid adalah
rasa marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi. Stres dialami oleh
semua orang sama ada di rumah atau sekolah. Stres, apabila keterlaluan,
berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada
kemarahan.
Guru dapat menjadi
sebahagian elemen pelengkap kejayaan murid dengan memberikan ruang dan cara
mengurangkan kemungkinan untuk murid stres. Antara langkahnya adalah:
· Latih
murid berfikir secara positif
· Minta
murid jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan.
· Minta
murid belajar menyukai diri sendiri
· Latih
murid untuk sentiasa bertenang
· Adakan hobi
menarik untuknya
· Buatkan
jadual untuk murid luangkan masa untuk keluarga, sekolah dan hobi.
· Dapatkan
tidur yang cukup
· Dapatkan
ahli keluarga/guru untuk meluahkan masalah
· Latih
murid sentiasa rasional.
· Wujudkan matlamat realistik untuk murid
mencapai impiannya.
|
09 Apr 2012 08:33:28 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya mengemukan pandangan
bagi dikupas bersama dalam forum ilmu ini.Bagi masyarakat Malaysia,
kriteria kejayaan murid diukur melalui pendidikan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Guru hanyalah sebagai pelengkap
kejayaan pelajar kerana terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi. Ibu bapa juga mempunyai
aspirasi tersendiri terhadap perkembangan anak-anak mereka dari segi
akademik, sosial dan emosi termasuk aspek konsep kendiri dan motivasi
pencapaian.
Pencapaian akademik pelajar juga
dipengaruhi oleh latar belakang seseorang pelajar serta tahap
potensi dan intelek individu. Selain itu, faktor konsep kendiri dan
motivasi pencapaian juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang pelajar.
Pendapat ini disokong melalui rujukan
di mana menurut Crow & Crow (1983), darjah pencapaian
seseorang pelajar dalam proses pengajarannya banyak bergantung kepada sikap,
minat dan motivasi yang berterusan. Justeru itu, kekuatan kedua-dua konsep
kendiri sama ada akademik dan bukan akademik serta motivasi pencapaian perlu
dikenalpasti supaya sesuatu boleh dilakukan bagi mengembangkan mana-mana yang
baik terhadap pelajar khasnya dan sekolah amnya.
Jika benar guru adalah faktor
pelengkap, apa pula helah bela diri yang akan diutarakan apabila wujud
masalah disiplin dan sosial yang semakin membimbangkan bukan saja wujud di
kalangan pelajar malah di kalangan warga pendidik.
|
20 Apr 2012 10:11:16 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Terima kasih atas pandangan tuan.
Izinkan saya mengutarakan beberapa pandang saya melalui rujukan kajian
ilmiah. Pada fikiran saya, guru hanya wujud di antara faktor pelengkap bagi
kejayaan pelajar. Ini kerana pelbagai hubungan saling meransang atau
menganggu kejayaan murid.
Di antara kajian-kajian itu ialah hubungan
antara konsep kendiri, motivasi pencapaian dan pencapai. Ini menyebabkan
isu yang menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan.
Misalnya kajian-kajian oleh Byrne
& Worth Gavin (1996) dan Skaalvik (1990) telah mendapati pencapaian
akademik dan konsep kendiri mempunyai perkaitan yang bermakna.
Kecemerlangan pelajar sering
dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya. Antaranya
termasuklah faktor keluarga, rakan, guru, sekolah dan paling penting adalah
sikap pelajar itu sendiri (Centra & Potter, 1980).
Selain itu, satu kajian yang
dijalankan oleh Mohd Nasir Khalid (1997) mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia mendapati
bahawa faktor-faktor seperti keyakinan pelajar, status sosioekonomi
keluarga, jantina, kedudukan sekolah, persekitaran sekolah, dan
pencapaian/pengalaman akaedmik terdahulu.
|
20 Apr 2012 10:25:28 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Terima kasih atas maklumat cikgu,
izinkan saya mengutarakan sedikit kajian yang menyokong isu berkaitan guru
hanyalah sebagai pelengkap kejayaan pelajar.
Satu model proses pendidikan yang
dibina oleh Bryant (1974, dalam Alias Baba, 1989) menerangkan bahawa terdapat tiga jenis
kategori yang memberi kesan kepada hasil pembelajaran yang umumnya adalah
ukuran bagi kejayaan pelajar.
(i). Katogeri pertama.
a. Kategorikan ini adalah sebagai
input dari pelajar yang terdiri dari faktor latar belakang, faktor kebolehan
dan sifat peribadi.
b. Faktor latar belakang merangkumi
faktor sosiologikal seperti status sosioekonomi, struktur keluarga dan
interaksi dalam keluarga.
b. Faktor kebolehan dan sifat
peribadi merujuk kepada perkembangan yang merangkumi faktor psikologi seperti
kemahiran belajar, kebiasaan belajar, aptitud, jantina dan umur.
(ii) Katogeri kedua.
a. Kategori ini merupakan proses
pendidikan yang merangkumi faktor-faktor seperti kaedah pengajaran, aktiviti
pembelajaran, suasana bilik darjah, kemudahan di sekolah, jenis sekolah,
jenis kurikulum dan personaliti guru.
(iii) Katogeri ketiga.
a. Katogeri ini merangkumi sikap,
motivasi, aspirasi dan harapan dan dinamakan juga sebagai unsur perantaraan.
b. Katogeri ini dipengaruhi oleh
latar belakang dan sifat peribadi pelajar, dan proses pendidikan, seterusnya
mempengaruhi hasil pembelajaran.
Selain dari tiga katogeri ini,
mungkin terdapat faktor-faktor lain yang tidak diketahui yang mempengaruhi
hasil pembelajaran yang mana katogeri ini dinamakan sebagai pengaruh lain.
|
20 Apr 2012 10:48:35 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya mengulas pendapat saya
yang menyokong bahawa guru hanyalah sebagai pelengkap kejayaan pelajar.
Saya hanya akan fokuskan model
teori yang menyatakan faktor pembelajaran pengajaran bilik darjah juga
menunjukkan hubungan antara beberapa faktor atau pembolehubah yang
mempengaruhi kejayaaan pelajar.
Model teori ini diadaptasi dari Model
Pengajaran Mitzel’s, seperti yang diterangkan oleh Dunkin dan Biddle
(1974, dalam Ball, Garton, & Dyer, 2001). Dalam model ini, Dunkin dan
Biddle menerangkan bahawa kajian tentang pengajaran dan pembelajaran
boleh dibahagikan kepada empat kategori pembolehubah iaitu ‘presage’,
‘context’, ‘process’ dan ‘product’.
(i) Presage Variable
Merangkumi perkara-perkara yang
memberi kesan kepada guru dan tingkahlaku pengajaran guru tersebut iaitu
perkara-perkara yang menyumbang kepada proses pengajaran.
(ii) Context Variable
Ianya adalah perkara yang disebabkan
oleh faktor pelajar itu sendiri. Ianya termasuk latar belakang pelajar
pengetahuan dan kemahiran terdahulu pelajar dan penglibatan pelajar dalam
organisasi serta aktiviti yang mungkin berpotensi membentuk personaliti dan
pembangunan kemahiran mereka.
(iii) Process Variable
Merupakan proses yang menerangkan
tentang interaksi antara tingkahlaku guru dan pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai contoh, ianya termasuk aktiviti-aktiviti dan
program-program berkenaan yang menyokong interaksi antara guru dengan pelajar
atau interaksi pelajar dengan pelajar.
(iv) Product Variable
Ketiga-ketiga kategori pembolehubah
diatas dikatakan mempengaruhi pembolehubah keempat iaitu Product Variable.
Merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi hasil dari pembelajaran
dan pengajaran, contohnya seperti pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
tertentu.
Diharapkan agar kita sama-sama
berlapang dada memurnikan dan melengkapkan faktor-faktor bagi memakmurkan
kejayaan anak didik kita.
|
20 Apr 2012 11:16:51 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Forum
5 (6 Mei 2012)
|
Izinkan saya menyatakan rasa yakin
saya bahawa guru hanyalah sebagai antara faktor pelengkap kejayaan pelajar.
Rujukan kajian yang saya tintakan harap dapat dijadikan kekuatan bersama.
· Secara
ringkasnya, tiga kategori faktor utama yang memberi kesan terhadap
kejayaan pelajar iaitu faktor guru,
faktor pelajar dan faktor proses pembelajaran dan pengajaran.
· Faktor
minat dan sikap pula merujuk kepada bagaimana penerimaan pelajar dari segi
minat dan sikap terhadap sesuatu mata pelajaran yang sedang diikuti.
· Faktor
jantina merujuk kepada lelaki atau pun perempuan,
· manakala
faktor bangsa merujuk kepada bangsa pelajar samada berbangsa Melayu, Cina,
India dan Bumiputra.
Satu model pembelajaran di sekolah
yang dibangunkan oleh Biggs dan Moore
(1993) juga mengatakan bahawa terdapat tiga kumpulan faktor yang
mempengaruhi hasil pembelajaran. Faktor-faktor tersebut adalah ciri-ciri
guru, ciri-ciri pelajar dan juga aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Shahabuddin Hashim &
Dr. Rohizani Ismail (2003) dalam bukunya (Psikologi Pembelajaran dan
Profesional) ‘Pengetahuan berkenaan psikologi pembelajaran dan penampilan
karektor mempunyai kaitan rapat dengan profesion perguruan dan ibu bapa bagi
memahami dan membantu perkembangan proses pembelajaran pelajar dan anak-anak,
serta bagi mendorong perubahan tingkahlaku yang mempengaruhi menentukan kejayaan seseorang’.
|
20 Apr 2012 11:37:03 AM
|
WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan