NO
|
TAJUK / TOPIK
|
CATATAN
|
1
|
PENGENALAN
|
|
2
|
OBJEKTIF
|
|
3
|
TENTETIF PERLAKSANAAN
|
|
4
|
PENGELOLAAN / PENGANJURAN
|
|
5
|
PENAJA UTAMA
|
|
6
|
SASARAN PESERTA
|
|
7
|
BAYARAN PENYERTAAN
|
|
8
|
JAWATAN KUASA PENGELOLA
|
|
9
|
MANUAL ORGANISASI
|
|
10
|
ATURCARA
|
|
11
|
ANGGARAN BELANJAWAN
|
|
12
|
PERATURAN DAN SYARAT
|
|
13
|
PENUTUP
|
|
|
|
|
TUGASAN 2: PENGANJURAN PERTANDINGAN SUKAN INDIVIDU PILIHAN
Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Jasin.
DENGAN
KERJASAMA
Jabatan
Pelajaran Daerah Jasin.
Jabatan
Belia Dan Sukan Daerah Jasin.
TARIKH
27
& 28 September hingga 2014 (Sabtu
dan Ahad)
TEMPAT
Kompleks
Sukan Jasin, Melaka.
KEJOHANAN
SQUASH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
DAERAH
JASIN
TAHUN
2014
1.0
PENGENALAN.
1.1 Sukan
Squqsh merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai
sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini
terutama bagi peringkat pelapis bawah 15 tahun.
1.2 Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) Daerah Johor Baharu telah mengambil inisiatif untuk mencungkil
bakat-bakat muda terutama dibawah umur 12 tahun di negeri Melaka khusunya
dengan penganjuran Kejohanan Squash Peringkat Sekolah Rendah. Ini sejajar
dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kementerian belia dan Sukan dan menjadikan negeri Melaka pelopor kepada
usaha mencari juara tenis negara menjelang 2020.
2.0
OBJEKTIF
2.1 Memperkenalkan dan mempromosikan sukan squash
di kalangan generasi akar umbi
2.2 Memajukan sukan squash sebagai sukan teras di
peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
2.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan
mempunyai daya ketahan diri yang seimbang yang merangkumi kecerdasan rohani,
kecergasan jasmani, kecedrasan intelek dan kemahiran soaial yang terpuji.
2.4 Mengeratkan hubungan kerjasama dan
silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Jasin terutama
dalam pembangunan sukan squash.
3.0 TENTATIF PELAKSANAN
Tarikh :
27 dan 28 September 2014 (Sabtu dan Ahad)
Masa :
8.00 pagi- 6.00 petang
Tempat :
Kompleks Sukan Jasin, Melaka.
4.0
PENGELOLAAN/ PENGANJURAN
Pejabat PelajaranDaerah Jasin, Melaka.
Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Jasin.
5.0
PENAJA UTAMA
Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Melaka.
6.0
SASARAN
PESERTA
6.1 Pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun
Daerah Jasin, Melaka.
7.0
BAYARAN
PENYERTAAN
7.1 Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5
(meliputi minum pagi, makan tengahari)
8.0
JAWATANKUASA
PENGELOLA
8.1 Jawatankuasa
khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.
Penaung : Y.B
Dato’ Seri Utama Zain Azrai
Penasihat: Y.Bhg
Haji Noh Gadut
Ketua Pengelola: Afrah Azwa Bt Halmi
Timb. Ketua Pengelola 1: Ashylani Hikmah Bt Zamhari
Timb. Ketua Pengelola 2:
Ismawati
Bt. Ishak
Setiausaha: Nor
Laila Bt. Abdul Kadir
Bendahari: Salmah Bt. Jusoh
Jawatankuasa Kecil:
Pengurusan Majlis: Mohd
Nor Hidayat bin Muhammad Nordin
Penyelaras
Program: Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi
Penyelaras Peralatan: Veera a/l Kunasegaran
Penyelaras
Kepengadilan: Mohd Salleh bin Idris
Penyelaras Kebajikan
& Cendramata: Siti Halijah
Bt Rohani
Penyelaras Protokol: Mohd Ikram bin Mohd Amin
Penyelaras Publisiti: Mohd. Kasim bin Selamat
Penyelaras Cenderamata dan Makanan: Nor Alya binti Afendi
Penyelaras Persiapan Gelanggang: Mohd Adnan bin Sidin.
Penyelaras Pendaftaran: Eng Enk Kee
9.0 MANUAL ORGANISASI.
Bil
|
Tugas dan Tanggungjawab
|
1
|
PENGERUSI
|
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
|
Menyediakan Kertas Kerja Dasar Projek.
Berurusan dengan pihak Ko Kurikulum dan HEP
Menyelia semua mesyuarat projek.
Memastikan kelancaran gerak kerja projek.
Menyediakan dan menyerahkan laporan akhir projek.
|
2
|
TIMBALAN PENGERUSI
|
2.1
2.2
|
Menggantikan tempat dan semua tugas pengarah ketika pengarah tiada.
Membantu pengarah dalam melaksanakan gerak kerja projek.
|
3
|
SETIAUSAHA
|
3.1
3.2
3.3
|
Menyediakan surat-surat berkenaan dengan projek.
Menyediakan minit mesyuarat projek.
Menyediakan laporan sepanjang projek berlangsung.
|
4
|
BENDAHARI
|
4.1
4.2
4.3
|
Menguruskan pendapatan dan perbelanjaan projek.
Menyediakan anggaran belanjawan projek.
Menyediakan laporan belanjawan projek.
|
5
|
JAWATANKUASA PUBLISITI
|
5.1
5.2
|
Menyediakan Banner/ Iklan
Publisiti kepada semua warga SKPM
|
6
|
JAWATANKUASA CENDERAMATA DAN MAKANAN
|
6.1
6.2
|
Menguruskan cenderamata
Menyediakan makanan
|
7
|
JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN
|
7.1
7.2
|
Menguruskan gelanggang pertandingan
Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan
|
8
|
JAWATANKUASA URUSETIA DAN PENDAFTARAN
|
8.1
8.2
8.3
|
Membuat tag nama AJK
Pendaftaran peserta
Menyambut Tetamu
|
9
|
JAWATANKUASA PENGADILAN
|
9.1
|
Menjadi pengadil pertandingan
|
10.0 ATURCARA
27 September 2014 (Sabtu)
08.30 am - 12.00
pm :
Perlawanan pusingan pertama
03.00 – 07.00 pm
: Perlawanan
pusingan kedua
28 September 2014 (Ahad)
08.30 – 12.00 pm
: Perlawanan suku akhir
02.00 – 4.00
pm
: Perlawanan separuh akhir
04.45 – 5.00 pm
: Ketibaan Tuan Guru Besar dan para jemputan
05.15 – 06.00 pm
: Perlawanan akhir
06.15 – 07.00 pm
: Majlis penyampaian hadiah
Jamuan ringan
Bersurai
11.0 ANGGARAN BELANJAWAN.
11.1
Perbelanjaan.
PERKARA
|
BAJET
|
JUMLAH(RM)
|
|
Minum pagi
untuk perta, pengurus, pengadil dan guru pengiring
|
RM 5.00 X 200 orang
|
1000.00
|
|
Makan tengahari untuk peserta, pengurus,
pengadil dan guru pengiring
|
RM 10.00 x 200 orang
|
2000.00
|
|
Sewaan/Utiliti
|
RM 500.00
|
500
|
|
Khemah (VIP dan Peserta)
|
RM 150 x 6 buah
|
900.00
|
|
Minuman (Air Mineral)
|
RM 5.00 x 100 kotak
|
500.00
|
|
Hadiah Pemenang
|
RM 750.00 (Johan)
RM 500.00 (kedua)
RM 300 X 6 (Ketiga)
|
750.00
500.00
300.00
|
|
Cenderamata
|
RM 100.00 x 15
|
1500.00
|
|
Urusan Pentadbiran
|
|
500.00
|
|
Banner
|
RM 150.00 x 1
|
150.00
|
|
JUMLAH (RM)
|
|
8600.00
|
11.2 Pendapatan.
PERKARA
|
JUMLAH
|
Bayaran daripada peserta
(RM 20 x 150 buah penyertaan)
|
3000.00
|
Sumbangan Penaja-Penaja
|
2600.00
|
Peruntukan JPN/JBS Negeri Johor
|
3000.00
|
JUMLAH (RM)
|
8600.00
|
12.0 PERATURAN DAN SYARAT
12.1 PERATURAN UMUM
Undang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Squash Malaysia.
Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Johor ( MSSJ ) Edisi 2008
dan Peraturan-peraturan Pertandingan Squash MSSD Jasin Tahun 2009.
12.2 PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak
meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan matlamat
penganjuran
12.3 JENIS PERTANDINGAN
12.3.1 Kejohanan Individu.
12.4 HADIAH – HADIAH
12.4.1 Acara Individu - Pertama,
Kedua dan Ketiga
12.5 ACARA PERTANDINGAN
12.6 Setiap Sekolah dibenarkan menghantar TIDAK
LEBIH daripada dua ( 6 ) orang peserta bagi setiap acara individu.
12.7 PENDAFTARAN PESERTA
– PESERTA
12.7.1 Pendaftaran peserta yang
berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat Dua minggu sebelum kejohanan dengan
menggunakan Disket dan / Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta
hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar
12.7.2 Setiap Peserta hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi
Sekolah Rendah)
12.7.3 Peserta hendaklah bertanding
dalam kategori umur masing-masing. ( contoh : peserta berumur 10 tidak boleh
bertanding dalam kategori umur 12 dan sebaliknya )
12.8 PENGESAHAN
PESERTA – PESERTA
12.8.1 Penganjur
akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 10 hari sebelum kejohanan
untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan
kepada semua pengurus pasukan sekolah .
12.8.2 Nama-nama peserta
yang akan
mengambil bahagian dalam semua acara
hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala
pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.
(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN )
12.9 TAKLIMAT PENGURUS – PENGURUS PASUKAN
12.9.1 Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian
dibenarkan
12.10 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
12.10.1 Jika didapati seseorang peserta
setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil
bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat
pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan
berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang
didaftarkan atas namanya.
12.10.2 Seseorang peserta yang menarik diri
daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa
surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar
atas namanya.
12.10.3 Seseorang peserta yang menarik diri
daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Peubatan Kejohanan, hanya boleh
mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya
dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan
kepada Pengurus Kejohanan
12.11 MELAPORKAN DIRI
PESERTA
12.11.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15
minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,
mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
12.11.2 Peserta-peserta
TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan
12.11.3 Hebahan tentang
panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK
AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan
kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya
terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.
12.11.4 Peserta-peserta
hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing
yang lengkap
12.11.5 Apabila melaporkan
diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang
didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak
dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
12.11.6 Peserta-peserta
yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap
sebagai telah menarik diri
12.12 PROSEDUR
MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
12.12.1 Peserta-peserta
hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan
diringi oleh Penyelia Peserta
12.13 MEMANASKAN BADAN
12.13.1 Peserta-peserta
hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan
12.14 BANTAHAN
12.14.1 Segala bantahan
hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara
berikut :
a. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status )
seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan bermula, maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru kelak.
b. Bantahan
berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah
dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 )
minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal
c. Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
bagi acara-acara peringkat akhir
d. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti
disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga
Ratus Sahaja )
12.15 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
12.15.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan
mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa
Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSD Johor
Bahru, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
12.15.2 Jawatankuasa Pengelola berhak
memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM
terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSD Johor Bahru atau Peraturan-Peraturan
Pertandingan Kejohanan Tenis MSSD Johor Bahru.
12.16 HAL – HAL LAIN
12.16.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta
dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke
tempat-tempat khas tersebut.
12.16.2 Selain daripada
Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
12.16.3 Jawatankuasa tidak
bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :
Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan
Semasa kejohanan
dijalankan
Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan
12.16.4 Walau bagaimanapun,
pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat
mana yang munasabah.
13.0 PENUTUP
13.1 Adalah amat diharapkan
agar program yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam
mencapai matlamat yang telah digariskan. Semoga usaha yang murni ini akan
dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk hidayah dan juga keberkatan, dan
dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya.
13.2 Segala kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.