Rabu, 4 Februari 2015

Berdasarkan salah satu karya agong yang anda bicarakan dlam soalan tugasan A. Bincangkan 2 aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana saspek berkenaan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah. ·




NO
TAJUK/TOPIK
CATATAN
1.0
PENGENALAN

2.0
AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA

3.0
AKTIVITI PENERAPAN KEDUA

4.0
RUMUSAN

5.0
RUJUKAN



TUGASAN B.
Berdasarkan salah satu karya agong yang anda bicarakan dlam soalan tugasan A. Bincangkan 2 aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana saspek berkenaan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah.
·         Dikusi
·         Main peranan
·         Simulasi
·         Permainan bahasa
·         Sosio drama
·         Bercerita
·         Aktiviti lain yang bersesuaian.

1.0       PENGENALAN.
1.1       Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
1.2       Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
1.3       Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
1.4       Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
1.5       Antara teknik-teknik pengajaran bahasa adalah
·         Teknik main peranan
·         Teknik permainan bahasa
·         Teknik latih tubi
·         Teknik bercerita
·         Teknik inkuiri
·         Teknik perbahasan
·         Teknik kuiz
·         Teknik sumbangsaran
·         Teknik soal jawab
·         Teknik simulasi
·         Teknik drama
·         Teknik perbincangan
·         Teknik forum
·         Teknik dialog
1.6       Antara tujuan teknik dalam pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid dan membangkitkan rasa ingin tahu di kalangan murid.
1.7       Kesusasteraan Melayu dikatakan bermula daripada prasasti-prasasti bertulis di dalam Bahasa Melayu kuno dalam bentuk syair seperti batu bersurat Talang Tuo atau Jawa Kuno di Kedukang Bukit.  Jelas bahawa karya sastera lebih istimewa kedudukannya berbanding bahasa harian.  Bahasa karya sastera biasanya mempunyai susunan yang indah dengan bantuan kata-kata yang mengangkat pemiliran penuls secara tersirat di dalam karyanya.  Bahasa Melayu dan sastera adalah sebuah hubungan simbiosis.  Hasil daripada pengajaran bahasa yang berpilin dengan sastera akan memberi impak besar di dalam kehidupan. Novel Interlok Edisi Murid karya SN Datuk Abdullah Hussain dipilih sebagai teks KOMSAS bagi murid Tingkatan 5 atas kerana ianya sebuah karya sejarah yang harus dibaca oleh semua golongan masyarakat di Malaysia khasnya golongan murid. Novel ini memaparkan nilai sejarah negara yang mengambil latar tahun 1910 ketika negara dalam penjajahan Inggeris dan sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
1.8       John Barell (1991) mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar.  Pemikiran di dalam karya sastera pula diistilahkan sebagai sesuatu gagasan atau sumbangsaran  yang ingin diterjemahkan oleh pengarang kepada masyarakat pembacanya.  Pemikiran boleh diispirasikan oleh pelbagai faktor seperti aspek ekonomi, politik, sosial dan sosiobudaya. 
1.9       Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan di dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran sebagai wahana untuk menerapkan pemikiran Shahnon Ahmad kepada murid-murid.  Di antaranya ialah 3 teknik kelompok aktiviti yang sesuai semasa proses tersebut iaitu,
1.9.1    Kumpulan kaedah informatif – kaedah bacaan terarah, kaedah simposium
1.9.2    Kumpulan kaedah partisipatif – kaedah pernyataan, kaedah lampasan otak, kaedah             perbincangan/diskusi kelompok, kaedah buzz group, kaedah forum, kuiz, kajian kes, kaedah      peristiwa dan main peranan.
1.9.3    Kumpulan kaedah partisipatif-eksperiensial -  kaedah penemuan, kaedah demostrasi, kaedah ungkapan kreatif dan lain-lain.
Dua kaedah yang menjadi pilihan untuk pengajaran penghayatan karya agung ialah teknik menyelesaikan masalah dan teknik membuat projek.    Kedua-dua kaedah ini lebih menjurus kepada aktiviti murid-murid dengan pengawasan yang minima daripada guru dengan suntikan elemen didik hibur untuk memastikan murid-murid tidak bosan semasa proses tersebut berlangsung.

2.0       AKTIVITI  PENERAPAN  PERTAMA. (Teknik Menyelesaikan Masalah).
2.1       John Dewey dan Gagne merumuskan beberapa langkah menggunakan teknik ini iaitu;
·         Menyedari masalah
·         Kenal pasti masalah
·         Perancangan mencari solusi
·         Mencari maklumat untuk solusi
·         Mengenal pasti rumusan penyelesaian masalah
·         Menilai langkah penyelesaian yang diambil
·         Mengesahkan penyelesaian masalah.
2.2       Langkah pertama dalam teknik menyelesaikan masalah.
2.2.1    Untuk kaedah ini, guru-guru akan wujudkan elemen paparan beberapa topik petikan dialog atau naratif daripada karya agung di dalam satu persembahan yang dipanggil novel multimedia.  Novel multi media adalah salah satu karya kreatif bentuk baru yang menggabungkan sistem audio, teks, dan grafik di dalam satu masa. 
2.2.2    Tujuan penggabungan teknik ini adalah untuk mengukuhkan pegangan ingatan murid-murid terhadap teks tersebut seperti mana mereka menonton siri kartun di televisyen  Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, murid-murid dikehendaki mengenalpasti masalah yang dikemukan di dalam petikan tersebut.
2.3       Langkah kedua dalam teknik menyelesaikan masalah
2.3.1    Murid-murid harus mencerakin isu pemikiran pembaca. Guru boleh mewujudkan keratan naratif tersebut masalah yang yang ditimbulkan berkaiatan masalah kesempitan hidup, unsur bantuan kemanusian dan semangat kuat untuk menentang apa sahaja bala yang datang untuk mempertahankan tanah air.
2.3.2    Guru-guru akan meminta murid-murid menyenaraikan masalah-masalah tersebut secara bertulis dan meminta murid-murid membentangkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut berdasarkan perbincangan sesama mereka. 
2.3.3    Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbuka tanpa banyak sekatan.  Murid-murid mungkin harus dihidangkan dengan tayangan slide berkenaan keratan tersebut dari masa ke semasa. Novel interlok memaparkan sosiobudaya masyarakat yakni transformasi sosial dan mobiliti sosial kaum Melayu, Cina dan India., Transformasi sosial dan mobiliti sosial ketiga-tiga kaum.
2.3.4    Guru-guru boleh menggunakan pendekatan soal jawab dengan mengemukan soalan-soalan yang bertumpu dan bercapah. Soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Soal jawab ini dilaksanakan kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
2.4       Langkah ketiga dalam teknik penyelesaian masalah.
2.4.1    Setelah masalah dikenal pasti, guru hendaklah memandu murid mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan masalah tersebut.   Murid-murid dibenarkan untuk membuat hipotesis berdasarkan tanggapan logik dan jujur mereka. 
2.4.2    Solusi yang diberikan mungkin sahaja terkeluar daripada topik tetapi selagi ia dapat mengeluarkan nilai positif dari dalam diri mereka, guru harus membenarkannya.  Biarkan mereka mengemukakan pendapat sebagai solusi terhadap pemikiran dalam mendepani masalah. Novel Interlok adalah bercorak perpaduan yang menceritakan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Nada perpaduan ini disampaikan oleh penulis dengan begitu bersahaja. Tiga kaum yang menjadi tonggak dalam kemerdekaan tanah air digambarkan oleh penulis secara terperinci. Ketiga-tiga kaum ini yang mewakili generasi pertama/kedua iaitu Musa/Seman (kaum Melayu), Kim Lock/Cing Huat (kaum Cina) dan Maniam/Ramakrishnan (kaum India) sama-sama bersatu hati dan bekerjasama mencapai kemerdekaan tanah air. Pasti corak pemikiran pelajar akan terrangsang ke arah pembentukan jati diri mulia.
 2.4.3   Sebagai rumusan teknik menyelesaikan masalah ini sebenarnya dapat membantu murid-murid berfikir secara rasional dan membina sikap bersedia berhadapan dengan masalah dengan memikirkan bahawa setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya.

3.0       AKTIVITI PENERAPAN KEDUA. (Teknik Teater Pembaca)
3.1       Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai ‘teater minda’ kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
3.2       Teater pembaca merupakan di antara elemen permainan bahasa.  Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.  Permainan bahasa seumpama teater bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
·         merangsang interaksi verbal pelajar
·         menambah kefasihan dan keyakinan
·         menyediakan konteks pembelajaran
·         bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
·         bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
3.3       Antara elemen yang melambangkan teater pembaca adalah:
a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Misalnya dalam menjayakan watak Seman yang mewarisi pekerjaan petani daripada ayahnya Pak Musa telah melakukan transformasi dalam keluarganya walaupun beliau hanyalah berpendidikan sekolah agama sahaja. Dengan kekuatan dan jati diri serta menyedari haknya sebagai orang Melayu, beliau telah berusaha dan menggembleng tenaga untuk mengubah kehidupan keluarganya. Sumbangan paling besar yang dilakukan oleh Seman adalah sama-sama menenentang penjajahan Inggeris dan komunis di Malaya.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
3.4       Semasa menjayakan aktiviti teater membaca, suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
3.5       Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
3.6       Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
3.7       Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing.
3.8       Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu
(a) pencerita berada dalam kelompok cerita
Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.  Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
(ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.
3.9       Teater pembaca merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan.  Teknik teater pembaca juga yang kerap dilaksanakan akhirnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.   
3.10     Semasa melaksanakan teater pembaca, elemen perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Keutamaan suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
3.11     Beberapa langkah boleh dijayakan bagi mempermudahkan aktiviti teater pembaca khususnya bagi murid sekolah rendah  Langkah-langkah yang boleh diadaptasikan adalah seperti pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Guru perlu mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Adalah lebih murni jika murid dan guru menghafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih teknik teater pembaca ini seolah sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Adalah lebih molek jika guru dapat mewujudkan suasana teater pembaca dalam situasi dan ruang yang selesa. Guru boleh menggunakan tayangan slide sebagai latar belakang plot. Guru juga boleh memaparkan slide perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

4.0       RUMUSAN.
4.1       Penerapan teks sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah suatu aktiviti yang benar-benar menarik minat murid-murid harus diketengahkan.  Ini adalah kerana aktiviti yang tidak bertepatan dengan kehendak usia mereka akan mendatangkan kesan negatif seperti ketiadaaan tindak balas daripada mereka, mudah mengantuk dan guru sendiri merasa kecewa kerana pengajaran yang berkesan tidak dapat disampaikan.
4.2       Menurut teori Piaget kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 sehingga 11 tahun sudah mempunyai kemahiran berfikir secara logik walaupun masih tertakluk kepada situasi konkrit.  
4.3       Pada ketika ini penggunaan otak kiri dan otak kanan manusia sedang berkembang pesat dan aktiviti berteraskan didik hibur akan membuatkan murid-murid sentiasa terangsang untuk belajar dan mendapat maklumat. 

5.0       RUJUKAN.
Shahnon Ahmad.  (2006).  Ranjau Sepanjang Jalan.  Selangor.  Alaf 21 Sdn Bhd
Naffi Mat.  (2006) Teknik Mengajar KOMSAS.  Selangor.  PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Seri Lanang Jaya Hj Rohani, Abd Rahman Napiah, Mohd Rashid Md Idris, Naffi Mat, Penghayatan Karya Agung Melayu.  Perak.  UPSI
Definisi Pemikiran, Fidz, tiada tarikh diperolehi pada Oktober 7, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran
Tahap pemikiran kanak-kanak, Mohd Zahran Mohd Halil Mac 7, 2010 diperolehi pada Oktober 28, 2013 daripada : http://zackzahran.blogspot.com/2010/03/perkembangan-kognitif-kanak-kanak.html




Tiada ulasan:

Catat Ulasan