TUGASAN
BAHAGIAN B
i. MENJELASKAN TIGA CARA UNTUK MERANSANG
GURU MENGAPLIKASIKAN VIDEO DALAM PENGAJARAN
1.0 PENGENALAN.
1.1 Perkembangan dalam teknologi multimedia
pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar, cara
memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya.
Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik
mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang
untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk
pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana
pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
1.2 Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi
terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas lagi. Kehadiran
teknologi multimedia menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana
setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih
mudah dan pantas ( Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). 1.2
1.3 Montaj merupakan salah satu media yang
dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Montaj boleh didefinisikan
sebagai gabungan bunyi dan visual yang dihasilkan menggunakan perisian movie
maker, ulead video dan sebagainya. Montaj telah berjaya menjadi suatu media
dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan meluasnya
oleh penyelidik dan hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah
pengajaran menggunakan montaj adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran
tradisional.
1.4 Penggunaan video sebagai bahan bantu
mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Montaj
sekiranya digunakan sebagai ‘set induksi’, ia dapat memberi gambaran awal
tentang sesuatu tajuk yang hendak diajar. Manakala jika montaj digunakan di
akhir sesi pengajaran, maka ia boleh dijadikan sebagai pengukuhan kepada
pelajar agar pelajar lebih memahami sesuatu topik yang telah diajar.
2.0 TIGA
CARA UNTUK MERANSANG GURU MENGAPLIKASIKAN VIDEO DALAM PENGAJARAN
Secara asasnya
pembangunan kemanusiaan merangkumi tiga elemen iaitu sahsiah, kemahiran dan
ilmu. Ketiga elemen ini wajar dilaksanakan serentak bagi menunaikan matlamat
hidup kita di muka bumi ini iaitu mendaptkan keredaan Allah SWT.
2.1 RANGSANGAN DARIPADA ELEMEN SAHSIAH.
2.1.1 Elemen ini lebih meliputi unsur kesederan
akan kepentingan pengunaan sesuatu elemen. Kesedaran dan keinginan guru akan
dirangsang apabila mereka dimaklumkan akan kelebihan pengunaan video dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2.1.2 Kepentingan penggunaan video dalam
pengajaran dan pembelajaran di antaranya adalah
• Memberi kelainan dan
kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
• Membantu pelajar
mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
• Memperkayakan
pengalaman pelajar. Bahan yang bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid.
Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan
sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
• Melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada
topik yang akan disampaikan.
• Menjimatkan masa,
tenaga dan wang.
• Mengelakkan rasa
bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan
pelajar.
• Mengelakkan
berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,
mendengar atau menyentuh.
• Membetulkan sebarang
kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh
dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
• Melibatkan tiga
domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor dan melibatkan pelbagai
deria pelajar. Penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria
lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan
meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.2 RANGSANGAN DARIPADA ELEMAN KEMAHIRAN.
2.2.1 Wajar guru dilatih dengan kemahiran
yang merangkumi keperluan memberikan latihan yang secukupnya kepada guru-guru
pelatih cara-cara mengendalikan peralatan video. Bagi menjayakan sesuatu latihan
teknik pembengkelan wajar dikakukan terutamanaya di PKG zon yang berkenaan.
Objektif pelaksanaan bengkel video ini
perlu difokuskan agar keberkesanannya dapat dioptimakan. Antara objektif yang
mampu ditetapkan adalah
·
Memberi pendedahan kepada guru dan
juruteknik komputer sekolah tentang asas penyuntingan dan pengeditan video.
·
Menggalakkan guru untuk menghasilkan
bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan video.
·
Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
bestari yang mengintegrasikan kepelbagaian sumber dan media.
·
Menghasilan video pendek yang boleh
dijadikan sumber bahan P&P di sekolah.
2.2.2 Semasa bengkel dilaksanankan adalah
wajar setiap guru didedahkan dengan cara penulisan papan cerita (storyboard),
teknik suntingan video menggunakan perisian Corel Video Studio ProX4, teknik
suntingan audio menggunakan perisian Audacity dan teknik menghasilkan paparan
belakang belakang (background) menggunakan Chroma Key. Pada akhir bengkel
kebiasaannya setiap kumpulan guru yang terlibat akan menghasilkan sebuah video
pendidikan menggunakan segala teknik dan kemahiran suntingan video yang telah
dipelajari selama bengkel tersebut dijalankan.
2.2.3 Elemen penguasaan kemahiran akan
lebih berkesan jika wujudnya perancangan dalam penerbitan bahan video untuk pengajaran.
Antaranya adalah
·
Menetapkan tujuan dan objektif.
·
Menjalankan penyelidikan.
·
Memilih bahan (fakta) yang sesuai.
·
Mengenalpasti, mengumpul dan memilih
bahan grafik dan bahan audio yang sesuai.
·
Menulis skrip melalui format papan
cerita (story board).
·
Membuat persediaan untuk penggambaran.
·
Menyedia bahan dan peralatan.
·
Memulakan penggambaran.
·
Memulakan proses menukar video dari DV
ke bentuk klip.
·
Membuat rakaman audio.
·
Menyunting dan mengadun audio dan video.
·
Membuat preview hasil rakaman.
·
Mengubahsuai/menyunting.
·
Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan
penyimpanan (storage).
·
Menggunakan dalam pengajaran.
·
Memberi maklum balas dan membuat
penilaian.
2.3 RANGSANAGAN DARIPADA ELEMEN ILMU.
2.3.1 Elemen ilmu dapat diterapkan dengan
mewujudkan ransangan kepada guru secara istikomah. Suatu anjakan paradigm akan
terlihat dengan jelas sekiranya guru istikomah menuaikan misi dan visi secara
beretika dan berilmu. Pelbagai maafaat yang terhasil sama ada terhadap murid
mahupun guru sendiri akan memberikan ransangan positif untuk guru terus
menjayakan dan menambahbaik unsure
mengaplikasikan pengunaan video dalam pengajaran dan penbelajaran.
2.3.2 Menurut
Romiszowski (1998), video/film adalah satu media pengajaran yang cukup berkesan
untuk digunakan dalam pembelajaran karena video/film menggabungkan secara baik
unsur multi media seperti audio, visual, gerak, warna dan kesan tiga dimensi.
Muhammad Hasan (2000) mengakui kelebihan video/film, dimana penggunaan
unsur-unsur gerak, bunyi, warna, dan cahaya menjadi video/film dapat secara
langsung menarik minat siswa dan seterusnya mendorong pembelajaran siswa.
Unsur-unsur dramatik dan kegiatan yang terdapat dalam video/film berupaya
meningkatkan kesan pasa proses pengajaran dan pembelajaran (Norton dan Wiburg
2003).
2.3.3 Pengunaan ruang akan manipulasi
perspektif ruang, masa dan ukuran yang merangsang ke arah pembantukan guru
cemerlang dan guru pakar. Kepkaran guru akan mendapat sanjungan dan dijadikan
cintoh baik kerana berjaya menjelaskan suatu fenomena dapat ditunjukkan dengan
perspektif yang berbeda secara mikrocosmis atau makrocosmis.
2.3.4 Guru yang berilmu dalam
mengaplikasikan pengunaan video akan teruja kerana sebagai satu media
komunikasi video/film dapat digunakan sebagai satu cara terbaik penyampaian
pelajaran. Naim (1995) berpendapat
sebgai satu media komunikasi, video/film dapat menyampaikan secara terperinci
dan konkrit pesan-pesan pendidikan seperti pembelajaran isi kandungan kurikulum
serta pembentukan sikap dan tingkah laku siswa. Disamping itu, video/film dapat
digunakan untuk menonjolkan relitas kehidupan, dan membangkitkan emosi dan
perasaan. Menurut Amla et al. (2000), video/film dilihat sebagai satu media
yang dinamis yang dapat merangsang umpan balik luar dan dalam yang
kadang-kadang memengaruhi psikologi seseorang. Selain itu video/film bisa
digunakan untuk menyampaikan pesan pendidikan berkaitan moral pemimpin dan
sikap pemimpin.
2.3.5 Dengan adanya rangsangan ilmu, guru dapat
merasakan ganjaran khusas mengaplikasikan pengajaran video iaitu ianya dapat memudahkan
pembelajaran dan pencapaian objektif pengajaran. Video/film dapat membantu guru
menerangkan tentang sesuatu konsep yang abstrak atau sukar untuk diterangkan.
Video/film dapat membawa masalah sebenarnya ke dalam tempat yang sama dengan
perkara yang telah berlalu atau yang sedang terjadi tanpa batasan waktu, jarak
dan tempat. Video dapat meningkatkan pemahaman pelajar, menghindari salah
penafsiran dan memudahkan pembelajaran.
2.3.5 Dengan rangasangan ilmu juga dapat meningkatkan
berbagai kemahiran dan pengalaman belajar guru ke arah ketakwaan kepada
Pencipat sekian mahluk seluruh alam. Video film juga dapat meningkatkan berbagai
kemahiran dan pengalaman belajar. Penggunaan video/film dapat meningkatkan
kemampuan literasi visual pelajar, dimana mereka dapat menginterpretasi
simbol-simbol visual secara tepat dan pelajar berinteraksi dan memberi respons
selaras dengan pesan-pesan yang diperoleh mereka.
2.3.6 Secara umumnya, hasil wujudnya rangsangan
ilmu akan mengukuhkan lagi rasa penting dalam
mengaplikasikan video dalampengajaran pembelajaran. Ilmu ini akan menjayakan
elemen seumpama pengajaran lebih terancang, melibatkan pelbagai deria, memperkayakan
pengalaman, perluasan batasan komunikasi, pembelajaran individu, keseronokan
belajar yang bermotivasi, menolong
membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid, menguat dan mengekalkan daya
ingatan, menghubungkan yang abstrak kepada konkrit, memberikan gambaran dan
peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah, menjimatkan masa, membantu
murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas dan mempelbagaikan
aktiviti pengajaran pembelajaran.
2.3.7 Dengan
elemen rangsangan ilmu, seseorang guru akan lebih bijak untuk mengaplikasikan
vedio dalam pengajaran. Guru akan menepati beberapa tuntutan yang melibatkan
faktor kesesuaian, peringkat penerimaan/kefahaman, pemerolehan, harga dan mutu. Sesuatu media dianggap sesuai jika
memenuhi syarat seumpama memenuhi kehendak isi dan objektif murid, memudahkan
kefahaman murid, memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya, menimbulkan
suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan, mudah diubahsuai dari segi
penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain dan selamat digunakan oleh murid.
ii MENGHURAIKAN TIGA IMPAK KEPADA MURID
DARIPADA PENGAPLIKASIAN VIDEO.
1.0 PENGENALAN.
1.1 Perkembangan teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses
pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah satu elemen dalam
multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan
maklumat
berbentuk gambar yang bergerak. Bagaimanpun format video berubah mengikut
perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video, cakera
video dan kini klip video
digital
yang menggunakan perkakasan dan perisian
komputer.
1.2 Kelbagaian kebolehan multimedia seperti vedio mampu menampung kelemahan -
kelemahan yang terdapat di
dalam pengajaran yang biasa.
Ini adalah kerana tahap interaktif yang tinggi.
Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar
dilibatkan
secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan - soalan tertentu.komputer
akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu
berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.
1.3 Pengajaran jua mampu
dilaksanakan berdasarkan kebolehan pelajar. Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan
setiap individu berdasarkan
kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang
berbeza berdasarkan prestasinya di
dalam sesuatu konsep atau
isi pelajaran. Pe lajar tersebut perlulah menguasai terlebih
dahulu konsep atau
isi
pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk
mengulangi
sesuatu konsep atau
isi pada
bila-bila
masa
atau sebanyak mana
sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer
akan merasa jemu untuk melayannya. Di
tambah dengan
penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan
pelajar tidak merasa bosan.
1.4 Pelajar
juga mampu mengawal sendiri
pembelajarannya. Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar
dan
aliran
pelajaran
yang
hendak dipelajarinya. Juga pelajar
perlulah dibenarkan untuk
"bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi
komputer.
1.5 Beberapa
aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan aplikasi pengunaan video
seumpama memiliki pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi
kandungan), kemahiran untuk penghasilan, mempunyai daya kreatif, tenaga untuk
penghasilan, alatan khas yang diperlukan, masa dan kos.
1.6 Peringkat usaha penghasilan aplikasi
video yang betul dapat memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar.
Antara elemen yang perlu diadaptasi adalah
·
Penghasilan media secara tiruan
Penghasilan media secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf
berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan gambar melalui surihan imej tayangan
atau menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar.
·
Penghasilan media secara pengubahsuaian
Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam
penggunaan media sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip yang ada adalah
sebagai panduan berguna, tetapi hasil akhir kelak akan memerlukan individu
terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan media secara pengubahsuaian
memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif.
·
Rekaan kreatif Melibatkan keupayaan
mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung
kepada pengalaman atau penulisan. Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf,
penggambaran video dan sebagainya untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran
adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru perlu menggalakkan murid membuat
rekaan kreatif dan asli.
·
Inovasi dari peniruan Meniru secara
kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan. Sesuatu yang
kreatif tentulah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara
meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif.
2.0 TIGA IMPAK KEPADA MURID DARIPADA
PENGAPLIKASIAN VIDEO.
Perisian persembahan grafik yang popular adalah antara program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan yang menarik.
Program seumpama ini juga menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu
persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan. Guru mampu
memilih kaedah yang sesuai
dengan objektif dan kemahiran mereka. Aplikasi video merupakan media yang mudah dipelajari dan dikendalikan malah mengandungi
pelbagai elemen yang boleh
digunakan oleh guru seperti audio, grafik dan animasi. Unsur-unsur media yang terdapat dalam
perisian ini dapat menarik minat murid untuk
belajar.
2.1 IMPAK SAHSIAH KEPADA MURID.
2.1.1 Aplikasi video ampu meraih emosi dan mengubah sikap. Peranan video yang bersifat realistik mampu meraih emosi indtaividu ng dengan
lebih
mudah berbanding penggunaan imej yang bersifat statik. Contohnya tayangan video kemiskinan yang realistik lebih cepat menyentuh perasaan murid sekaligu
mengubah sikap mereka.
2.1.2 Aplikasi video akan merubah sasiah dan hala
tuju murid kea rah peningkatkan
elemen keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Video mampu menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan kerana ianya mampu meningkatkan kefahaman murid. Murid juga boleh belajar
secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru.
2.1.3 Penghasilan video secara
pengubahsuaian memaparkan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam
penggunaan media sedia ada. Prototaip atau gambar prototaip terhasil amat
berguna kerana memerlukan individu terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan
media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan
inisiatif.
2.2 IMPAK KEMAHIRAN KEPADA MURID.
2.2.1 Aplikasi
video mampu merangsang pelbagai deria. Video merupakana satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti
audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi
keberkesanan proses
penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik
dan
mampu meransang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan.
2.2.2 Aplikasi video mendidikepada k dan memberikan
contoh murid akan kebijaksanaan
menguruskan masa, tenaga dan perbelanjaan. Aplikasi ini terbukti menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Penggunaan video menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan kerana lazimnya video pendidikan
ada
disediakan dalam laman sesawang
dan
guru-guru
hanya
perlu memuat turun serta mengeditnya mengikut kesesuaian pembelajaran. Proses
pengajaran di dalam kelas juga menjadi lebih mudah kerana tayangan video boleh disertakan dengan elemen-elemen imej, muzik dan suara latar untuk menarik perhatian dan memberi penerangan kepada murid.
2.3 IMPAK ILMU KEPADA MURID.
2.3.1 Aplikasi video menyajikan maklumat lebih realistik. Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini
mampu memberikan perasaan kepada pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi
atau keadaan yang sebenar. Penggunaan video adalah sesuai kerana ianya menyerupai keadaan sebenar
yang telah disunting agar sistematik dan mudah difahami.
2.3.2 Aplikasi video umumnya memudahkan proses pengulangan.
Menerusi penggunaan video,
sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid
dapat memahami sesuatu proses dengan lebih baik.
2.3.3 Aplikasi video umumnya memaparkan suatu
paparan rekaan kreatif. Ini akan merangsang murid agar elibatkan
keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dalam usaha pembelajarannya.
Murid juga akan didik agar berdaya saing dalam pembelajaran dengan cara penghasilan
yang yang asli. Murid digalakkan berkongsi pengalaman atau pemerhatian yang
dilalui. Penghasilan video yang mempunyai audio yang berkesan dan foto yang
berlandaskan nilai murni akan menjayakan pembentukan individu yang kreatif dan
inovatif.
2..3.4 Melalui pemerhatian, saya dapati bahawa
aplikasi penggajaran berasaskan vedio mampu menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran.
Perisian pendidikan multimedia
menggabungjalinkan
elemen-elemen seperti teks,
grafik,
animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur
permainan mampu
menggalakkan pelajar
untuk
terus
menggunakan perisian pendidikan itu di samping
mengekalkan
minat
pelajar terhadap
isi pelajaran yang
dipelajari.
Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&p
akan memberi impak kepada pelajar
di dalam menguasai
sesuatu
isi pelajaran tetapi ia
bukanlah
jawapan
untuk
menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat
menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan
sebagai alat yang membantu guru dalam
menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
RUJUKAN.
Abd. Rahim Mohd Saad & Myint
Swee Khine. 1992. Pusat Sumber Pelajaran. Pendidik dan Pendidikan 4(1): 1-9.
Bahagian Teknologi Pendidikan.
1987. Laporan Konvensyen Teknologi Pendidikan 1987, 18 – 20 Jun di Dewan Tunku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan