|
NO
|
TOPIK
|
CATATAN
|
i.
|
TIGA
FUNGSI MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA.
|
|
1.
|
PENGENALAN
|
|
2.
|
DEFINISI
MULTIMEDIA
|
|
3.
|
FUNGSI
MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA.
|
|
ii
|
TIGA
MAANFAAT MULTI MEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA.
|
|
1.
|
Multimedia
digunakan sebagai elemen pembelajaran di kelas.
|
|
2
|
Multimedia
digunakan sebagai materi pembelajaran mandiri.
|
|
3.
|
Multimedia
digunakan sebagai media di dalam
pembelajaran.
|
|
4.
|
RUMUSAN
|
|
Soalan a bahagian a
i. tiga fungsi multimedia dalam
kurikulum pendidikan Negara.
ii. tiga manfaat multimedia dalam kurikulum
pendidikan Negara.
i. TIGA FUNGSI MULTIMEDIA DALAM
PENDIDIKAN NEGARA.
1. PENGENALAN.
1.1 Penciptaan mikro komputer pada awal tahun
70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut
dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda,
1996).
1.2 Aspek teknologi telah digabungkan dalam
kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta
sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan
teknologi terkini ( KPM, 1997 ).
1.3 Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali
gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya
Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan Sekolah Bestari
akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang
akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan
(KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang
perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang
pendidikan.
1.4 Multimedia merujuk kepada penyepaduan
(gabungan) beberapa bentuk media seperti teks, bunyi, gambar, video, dan
animasi bagi menghasilkan suatu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
1.5 Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
perkataan multimedia berasal daripada dua perkataan Inggeris yang terbit dari
dua perkataan iaitu Multi dan Media. Multi bermaksud bermacam-macam atau
berjenis-jenis manakala Media pula merupakan alat-alat yang digunakan sebagai
saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya
yang berperanan menyebarkan maklumat serta berita kepada orang ramai.
1.6 Multimedia dan Komunikasi Dalam aspek
multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi
daya tarikan sesebuah persembahan ataupun program multimedia. Animasi yang
dahulu bermula sebagai siri kartun hitam putih “Mickey Mouse” oleh Walt Disney,
kini telah meluas digunakan terutama dalam projek komputer berasaskan
multimedia. Multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita.
Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program -
program komputer, televisyen dan melalui pita-pita video. Multimedia merupakan
kombinasi persembahan daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik,
animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para
penonton.
2.0 DEFINISI MULTIMEDIA.
2.1 Multimedia adalah persembahan yang
menggabungkan unsur-unsur seperti teks, grafik, bunyi, video dan animasi.
Gabungan ini menghasilkan persembahan yang menarik dan mempunyai keupayaan
untuk interaktif. Dari perspektif ICT, multimedia merupakan gabungan data,
suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan bunyi-bunyian yang mana gabungan
elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer.
2.2 Komputer yang mempunyai perkakasan
berupaya untuk melaksanakan perisian multimedia, disebut sebagai komputer
multimedia. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information
Revolution: Education & Learning,”Multimedia adalah perkataan teknologi
untuk perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama
berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto, bunyi,
suara, animasi dan video pada sebuah komputer.’
2.3 Menurut Nor Iadah Yusop (1995) di
ceramahnya yang bertajuk Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ,
“Multimedia adalah kaedah penyebaran maklumat yang direkabentuk khusus untuk
menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data
dan teks bersama-sama dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer.’ Schurman
(1995) mendefinisikan multimedia kombinasi grafik, animasi, teks, video dan
bunyi dalam satu perisian yang direka bentuk untuk mempertingkatkan interaksi.
Menurut Collin, Simon (1995), "….Multimedia merupakan sebuah persembahan,
permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan.
3.0 FUNGSI MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM
PENDIDIKAN NEGARA.
3.1 Meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran.
3.1.1 Penggunaan komputer multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran
dan pembelajaran. Multimedia memudahkan guru untuk menyampaikan bahan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di bilik darjah. Dengan multimedia
pendidik dan pelajar akan disediakan dengan pelbagai kaedah persembahan yang
menarik.
3.1.2 Suasana pengajaran dan pembelajaran yang
interaktif, menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Berbanding
pendidikan tradiosional, guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam
atau putih, kapur tulis, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Hari
ini pengunaan bahan P&P multimedia telah diadaptasikan untuk memberi
maklumat- maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pelajar-pelajar.
3.1.3 Contoh perisian multimedia pendidikan ini
adalah seperti ensaiklopedia, kamus elektronik, buku cerita elektronik dan
perisian kursus. Konsep permainan dalam pembelajaran digabungkan supaya
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perisian-perisian ini
adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Ia
boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di sekolah. Perisian
ensaiklopedia memberi peluang pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan penggunaan ensaiklopedia CD-ROM juga melibatkan pemikiran
kritikal, mencari, menghubung dan menghasilkan maklumat.
3.2 Menceriakan dan menambahkan keberkesanan
proses penyampaian ilmu.
3.2.1 Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan
maklumat juga dapat mencerikan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan
sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik
berbanding penggunaan teks semata-mata. Disamping itu, animasi juga memberi
penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton
difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
3.2.2 Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep
yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat
hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih
mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam
proses pemahaman.
3.2.3 Animasi digital juga boleh digunakan bagi
membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Initerutamanya bagi
menangani keadaan dimana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun melibatkan kos yang tinggi. Persembahan secara
visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animassi mampu memudahkan
proses penerangan konsep ataupun demontrasi sesuatu kemahiran.
3.2.4 Ianya membolehkan seseorang pelajar
memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara
tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat
tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan.
3.3 Memperkembang dan memperkayakan lagi
tajuk yang diajar.
3.3.1 Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National
Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran
matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh multimedia pengkomputeran.
Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan multimedia dalam komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah penggunaan multimedia dalam komputer juga boleh
merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik.
3.3.2 Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa
masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik
sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman
yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan
setengah-setengah pelajar.
3.3.3 Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi
melalui penggunaan multimedia dalam aplikasi komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian
yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
Pelajar yang menggunakan
aplikasi multimedia komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks.
3.3.4 Perisian multimedia dalam komputer yang
digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep
dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Pencapaian pelajar dalam
peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
3.3.5 Penggunaan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia
dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat
membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan
proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara
langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat
yang prihatin.
3.3.6 Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa
pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat
kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang
perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa
pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
ii. TIGA MAANFAAT MULTI MEDIA DALAM
KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA.
1. Multimedia digunakan sebagai elemen
pembelajaran di kelas.
1.1 Multimedia digunakan sebagai salah satu
unsur pembelajaran di kelas. Jika guru menjelaskan suatu materi melalui
pengajaran di kelas atau berdasarkan suatu buku acuan, maka multimedia
digunakan sebagai media pelengkap untuk menjelaskan materi yang diajarkan di
depan kelas.
1.2 Multimedia dengan jenis ini dinamakan
juga dengan ‘presentasi pembelajaran’. Materi yang ditayangkan tidak terlalu
kompleks dan hanya menampilkan beberapa item yang dianggap penting, baik berupa
teks, gambar, video maupun animasi. Latihan dan tes kurang sesuai diletakkan
pada presentasi pembelajaran ini, kecuali bersifat kuiz yang digunakan untuk membangun
suasana kelas agar lebih dinamik.
1.3 Multimedia mewujudkan suasana penglibatan
aktif pelajar. Ini memaparkan situasi pelajar melakukan pembelajaran kendiri.
Maka wujudlah elemen kaedah pembelajaran jelas dan matlamat, pembelajaran
penyelesaian masalah dan kumpulan. Guru juga kini mampu sebagai fasilitator. Konteks
pembelajaran pula melibatkan masalah sebenar. Penilaian pembelajaran juga mampu
menilai kemahiran sebenar. Suasana begini mendorong pembelajaran secara
kooperatif.
1.4 Multimedia menjadi medium pengalak pembelajaran
kolaboratif yang melibatkan pembelajaran secara berkumpulan serta memurnikan interaktif
antara pelajar dengan pelajar dan
pelajar dengan guru.
2.0 Multimedia digunakan sebagai materi
pembelajaran mandiri.
2.1 Multimedia mungkin saja dapat mendukung
pembelajaran di kelas.Berbeda dengan tipe pertama, pada tipe kedua seluruh
kebutuhan instruksional dari pengguna dipenuhi seluruhnya di dalam paket multimedia.
Ini berertinya seluruh kemudahan multimedia adalah untuk pembelajaran.
2.2 Fenrich (1997) menyimpulkan keunggulan
multimedia pembelajaran antara lain:
Siswa dapat belajar
sesuai dengan kemampuan , kesiapan dan keinginan mereka. Ini membawa erti bahawa
pengguna sendirilah yang mengawal proses
pembelajaran.Murid mampu belajar dari
tutor yang sabar (komputer) yang menyesuaikan diri dengan kemampuan dari
seseorang murid. Murid akan terdorong
untuk mengejar pengetahuan dan memperoleh feadaah serta merta. Murid juga menghadapi
suatu evoluasi yang objektif melalui pengalaman dalam latihan multimedia yang
disediakan. Murid juga akan menikmati suasana kerahsiaan di mana mereka tak
perlu malu saat melakukan kesalahan. Murid juga mampu belajar di saat yang amat
kritikal (“just-in-time” learning). n.
2.3 Di samping itu, multimedia juga member
maanfaat daalm pembelajaran dapat juga dengan memperbesar benda yang sangat
kecil dan tidak tampak oleh mata, seperti kuman, bakteri,electron. Multimedia
juga mampu memperkecil benda yang sangat besar, yang tidak mungkin dihadirkan
ke sekolah, seperti gajah, rumah, gunung.
2.4 Multimedia mampu menyajikan benda atau
peristiwa yang kompleks, rumit dan berlangsung cepat atau lambat, seperti
sistem tubuh manusia, bekerjanya suatu mesin, beredarnya planet, berkembangnya
bunga.Multimedia juga mampu menyajikan benda atau peristiwa yang jauh, seperti
bulan, bintang, salju.
3.0 Ketiga, multimedia digunakan sebagai
media di dalam pembelajaran.
3.1 Keseluruhan kemudahan pembelajaran yang
mendukung tujuan pembelajaran juga telah disediakan. Bates (1995) menekankan
bahawa di antara media-media lain, interaktivitas multimedia atau media lain
yang berbasis komputer adalah yang paling nyata (overt).
3.2 Multimedia jua menyajikan benda atau
peristiwa yang berbahaya, seperti letusan gunung berapi, harimau, racun.
Kemudahan ini secara nyata meningkatkan daya tarik dan perhatian pengajar dan
pelajar.
3.3 Pendidik juga diberikan peluang untuk menyampaikan
dan menerbitkan bahan pengajaran, malah menyumbangkan sumber maklumat tanpa
sempadan kepada pendidik. Multimedia unggul sebagai penyampai maklumat yang
menarik dan medium pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan elemen ruang dan
sempadan yang tiada batasan malah memberikan kawalan pengguna yang tinggi.
3.4 Multimedia merupakan sumber kemudahan
penyampaian maklumat yang tiada batasan . Ini akan menyajikan persekitaran
pembelajaran yang bercirikan dunia sebenar. Maka akan wujudlah persekitaran
pembelajaran yang mantap dan berkesan.
3.5 Ciri multimedia yang memaparkan interaktiviti
yang tinggi mempunyai kepentingan utama pembelajaran dan kesesuaiannya dalam
pembelajaran melalui web terutamannya program pendidikan jarak jauh. Multimedia
dapat menjayakan segala maklumat yang terdapat dalam web disusun berdasarkan pautan
nod melalui sistem rangkaian dalam mempersembahkan pengetahuan.
3.6 Multimedia juga dapat menjayakan model-model
persekitaran pembelajaran melalui web seperti Model oleh Duchastel (1997an).
Multimedia mampu mengenalpasti matlamat pengajaran
(peranan pelajar
terlibat dalam proses pembinaan pengetahuan.), menerima kepelbagaian hasil
pembelajaran, menghasilkan produk pengetahuan, menilai aras tugas, membina
kumpulan pembelajaran dan menjadi penggalakkan komuniti secara global.
3.7 Multi media dapat menjelaskan penerangan
ilmiah secara tersusun yang berkaitan falsafah pedagogi, teori pembelajaran, orientasikan
matlamat, orientasikan tugas, sumber motivasi, peranan guru, sokongan metakognitif,
strategi pembelajaran kolaborasi, kesesuaian budaya dan struktur yang fleksibel.
Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan. Pelajar dapat meningkatkan
kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi.
4.0 RUMUSAN
4.1 Penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertakluk kepada pelajar sekolah
menengah sahaja, tetapi dalam pembelajaran di peringkat tertinggi juga amat
praktikal digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Multimedia
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, ini kerana penggunaan
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran memudahkan dan menarik.
4.2 Sehubungan itu, kemahiran yang tinggi
juga diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk
multimedia terutamanya di dalam bidang pendidikan. Ini kerana aspek-aspek
seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi,
pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah
produk multimedia agar proses penggajaran dan pembelajaran berjalan dengan
berkesan.
4.3 Bagi memastikan tahap keberkesanan
multimedia yang dibangunkan, oleh itu pereka yang terlibat dalam merekabentuk
sistem multimedia hendaklah menerapkan teori-teori yang releven seperti teori
pembangunan multimedia, teori rekabentuk pengajaran, teori penyebaran inovasi,
teori pembelajaran, teori penilaian dan sebagainya. Penerapan teori-terori
dapat memastikan mutimedia yang dibangunkan dapat diterima dan digunakan dengan
berkesan terutamanya di dalam pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan