Rabu, 4 Februari 2015

Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan pengajaran biasa dengan satu inovasi pengajaran yang dibina.






BIL
TAJUK
CATATAN
1.
PENGENALAN


2.
ANALISIS PERBANDINGAN BERDASARKAN AMALAN PENGAJARAN BIASA DENGAN SATU INOVASI PENGAJARAN YANG DIBINA.



RANCANGAN PERSEDIAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU TANPA INOVASI PENGAJARAN.



RANCANGAN PERSEDIAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU  DENGAN  INOVASI PENGAJARAN.


3.
KESIMPULAN


4.
RUJUKAN









Tugasan 1.
Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan pengajaran biasa dengan satu inovasi pengajaran yang dibina.

1.0       PENGENALAN.
1.1       Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid..
1.2       Cara penyampaian maklumat boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Oleh itu atas kesedaran ahli-ahli pengajaran dan pembelajaran di negara maju, mereka telah mencipta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif dan keratif bagi pelajar-pelajar agar pelajar generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baru yang bakal timbul secara professional, berkeyakinan dan yang lebih penting ialah berwibawa. Ia merupakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penyelesaian  masalah (Problem-based Learning)
 1.3      Di dalam sebuah kelas, biasanya terdapat pelajar yang berlaianan kebolehan pembelajarannya. Guru harus peka dan menggunakan kepakaran mereka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru harus tahu memilih teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Ia mesti merangsang pelajar untuk berinteraktif secara aktif dan cepat bertindak bila didapati pengajarannya itu kurang menarik minat pelajar. Dalam menyediakan perancangan pembelajaran, aktiviti yang akan dilakukan mestilah mempunyai urutan pengajaran yang baik.
 1.4      Teknik adalah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dan kreativiti merupakan satu kaedah berfikir diluar kotak. Berfikir diluar kotak adalah satu cara menengok dunia dengan meneroka.
1.5       Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu cara atau teknik yang sangat baik untuk mendalami permasalahan yang begitu komplek yang wujud masa kini.
1.6       Simulasi merupakan satu mod terperinci yang terkawal bertujuan untuk menggambarkan situasi yang terdapat dalam dunia sebenar. Ia merupakan satu pandangan dramatik kehidupan yang sedia ada untuk tujuan pembelajaran tentang pengalaman sebenarnya.
 1.7      Belajar sambil bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan kepada kanak-kanak, kerana ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan akan memudahkan pembelajaran dan senang kanak-kanak dapat menguasai pembelajaran yang disampaikan. Ia juga sangat baik untuk perkembangan emosi kanak-kanak.
1.8       Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, guru harus memikirkan pekara-pekara berikut:-
·         Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
·         Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
·         Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
·         Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
·         Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.
·         Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
·         Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
1.9       Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
1.10     Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
1.11     Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
• menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
• menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
• mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
• bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
1.12     Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
1.13     Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
1.14     Penyerapan. Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.
1.15     Pengayaan. Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
1.16     Pemulihan. Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
1.17     Penilaian. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

2.0       ANALISIS PERBANDINGAN BERDASARKAN AMALAN PENGAJARAN BIASA DENGAN SATU INOVASI PENGAJARAN YANG DIBINA
2.1       Mewujudkan suasana proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan.
2.2       Sehubungan itu, guru bahasa Melayu (GBM) sebagai individu sentiasa bersama murid memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para murid. Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang ditunjangi daya inovasi menjadi asas utama berhubung isu ini.
2.3       Inovasi dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu--individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi.
2.4       Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya inovasi disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Fromm (1959) mengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu melihat kepada yang baru.
2.5       Individu seperti ini akan memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga pemikirannya. Dalam konteks keguruan, inovasi berperanan sebagai momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik murid.
2.6       Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan inovasi bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik.
2.7       Para GBM yang memiliki daya inovasi seringkali mendatangkan banyak idea baru selain dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-situasi tertentu dengan cara luar biasa.
2.8       Daya inovasi ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang GBM maka proses pembelajaran murid-muridnya akan mendapat limpahan maklumat pengetahuan maksimum.
2.7       RANCANGAN PERSEDIAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU TANPA INOVASI PENGAJARAN.
Nama Pelajaran           :           Bahasa Melayu
Tahun                          :           4 Cemerlang
Tarikh/Masa                :           10 Mei 2011 ( 9.10 – 10.10 pagi)
Bilangan Murid           :           38 orang
Tema                           :           Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Tajuk                           :           Awas, Banjir
Masa                            :           60 minit
Objektif                       :           Pada akhir pelajaran murid dapat
i.                    Membaca perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan intonasi yang betul serta menyatakan fakta dalam teks.
ii.                  Mengemukakan hujah dan alasan yang sesuai dalam perenggan.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
4.4 Aras 1(i) Mengemukakan alasan yang sesuai untuk menerima atau   menolak sesuatu pendapat.
Fokus Sampingan:
5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat    tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intunasi yang betul. 
 Kemahiran Bahasa      : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa             : Ayat majmuk, kosa kata.
Ilmu                             : Geografi.
Nilai                            : Bekerjasama, semangat bermasyarakat.
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir                                         : Mengenal pasti idea utama dan sokongan.
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai                    : Interpersonal.
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual            : Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman
                                                                            sedia ada.
Set Induksi (5 minit)
1. Melihat gambar bencana alam dengan mencarinya pada buku teks.(gambar seperti banjir, tanah runtuh, rebut, kemarau).
2. Bertutur secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan fasih.
a) Guru mempamerkan gambar tentang bencana alam yang dijumpai oleh murid dalam buku teks.
b) Guru bersoal- jawab dengan murid tentang perkara yang dilihat dalam gambar.
BCB:  Menonton secara aktif
BBB: Buku teks (Gambar Bencana Alam )
Nilai ilmu:       Geografi
Langkah 1 (10 minit)
1.Guru mengarah murid merujuk buku teks halaman 60.
2.Penanda Wacana: Oleh sebab, namun begitu, Selepas itu.
a) Murid meneliti gambar dan dialog dalam buku teks.
b) Empat orang murid melakonkan dialog tersebut dan membina ayat dengan penanda wacana yang terdapat dalam dialog.
KB: Membuat Inferens ( Tentang Gambar)
BBB: Teks
KB: Menjana idea
Langkah 2  (20 minit)
1.Ayat tanya, ayat tunggal, ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
a) Aktiviti kerusi panas dijalankan. Dua orang murid diminta kehadapan dan berperanan sebagai mangsa banjir yang ingin berpindah dan yang tidak ingin berpindah.
KB: Menjana idea.
Langkah 3 (10 minit) 
1. Ayat tanya
a) Murid lelaki akan membaca dan mengajukan  soalan kepada murid perempuan yang dipilihnya.
b) Murid berkenaan akan mengatakan tindakan yang harus dilakukan sekiranya rumah mereka dinaiki air. Aktiviti ini akan berselang seli dengan murid perempuan pula yang mengajukan soalan.
KB: Metakognitif
KMD: Mencipta alatan canggih untuk selamat diri daripada banjir
Langkah 4 (10 minit)
1.Ayat majmuk dan ayat tunggal
Murid menulis dialog lain dalam belon kata berdasarkan gambar dalam halaman 60.
BCB: Memproses maklumat
Penutup (5 minit)
a) Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni dengan secara lisan.
Nilai : Kesyukuran, perihatin, tolong menolong

2.8       RANCANGAN PERSEDIAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU DENGAN INOVASI PENGAJARAN.
Nama Pelajaran           :           Bahasa Melayu
Tahun                          :           4 Cemerlang
Tarikh/Masa                :           10 Mei 2011 ( 9.10 – 10.10 pagi)
Bilangan Murid           :           38 orang
Tema                           :           Sentiasa Berhemat Kita Selamat
Tajuk                           :           Awas, Banjir
Masa                            :           60 minit
Objektif                       :           Pada akhir pelajaran murid dapat
i.                    Membaca perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan intonasi yang betul serta menyatakan fakta dalam teks.
ii.                  Mengemukakan hujah dan alasan yang sesuai dalam perenggan.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
4.4 Aras 1(i) Mengemukakan alasan yang sesuai untuk menerima atau   menolak sesuatu pendapat.
Fokus Sampingan:
5.1 Aras 1(i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat    tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intunasi yang betul. 
 Kemahiran Bahasa      : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa             : Ayat majmuk, kosa kata.
Ilmu                             : Geografi.
Nilai                            : Bekerjasama, semangat bermasyarakat.
Kemahiran Bernilai Tambah:
Kemahiran Berfikir                                         : Mengenal pasti idea utama dan sokongan.
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai                    : Interpersonal.
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual            : Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman
                                                                            sedia ada.
Set Induksi (5 minit)
1. Tayangan gambar slid power point dan rakaman video berkaitan bencana alam. Seperti banjir, tanah runtuh, rebut, kemarau.
2. Bertutur secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan fasih.
a) Guru mempamerkan gambar tentang bencana alam.
b) Guru bersoal- jawab dengan murid tentang perkara yang dilihat dalam gambar.
BCB: Menonton secara aktif
BBB: Power Point (Gambar Bencana Alam ) dan video youtube (rakaman banjir di China)
Nilai ilmu:       Geografi
Langkah 1 (10 minit)
1.Guru mengarah murid merujuk buku teks halaman 60.
2.Penanda Wacana: Oleh sebab, namun begitu, Selepas itu.
a) Murid meneliti gambar dan dialog dalam buku teks.
b) Empat orang murid melakonkan dialog tersebut dan membina ayat dengan penanda wacana yang terdapat dalam dialog.
KB: Membuat Inferens ( Tentang Gambar)
BBB: Teks
KB: Menjana idea
Langkah 2  (20 minit)
1.Ayat tanya, ayat tunggal, ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
a) Aktiviti kerusi panas dijalankan. Dua orang murid diminta kehadapan dan berperanan sebagai mangsa banjir yang ingin berpindah dan yang tidak ingin berpindah.
KB: Menjana idea.
Langkah 3 (10 minit) “Aktiviti kotak beracun”
1. Ayat tanya
a) Lagu dimainkan dan kotak yang mengandungi soalan diminta diedarkan. Murid yang memegang kotak apabila lagu diberhentikan akan membaca dan mengajukan seberapa banyak soalan kepada mereka secara.yang dipilihnya.
b) Murid berkenaan akan mengatakan tindakan yang harus dilakukan sekiranya rumah mereka dinaiki air.
KB: Metakognitif
KMD: Mencipta alatan canggih untuk selamat diri daripada banjir
Langkah 4 (10 minit)
1.Ayat majmuk dan ayat tunggal
Murid menulis dialog lain dalam belon kata berdasarkan gambar dalam halaman 60.
BCB: Memproses maklumat
Penutup (5 minit)
a) Guru merumuskan isi pelajaran dan nilai murni dengan mendendengkan lagu dari paparan video Upin dan Ipin.
Nilai : Kesyukuran, perihatin, tolong menolong

2.9       Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah diutarakan semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif. Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan BBM:
·         menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata.
·         menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.
·         mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.
·         merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.
·         menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.
·         membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.
·         menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui cara-cara lain.                                                  
2.10     Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-kaitan baru antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999).
2.12     Guru berperanan menyampaikan  pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan  teknik pengajaran yang berkesan .

3.0       KESIMPULAN.
3.1       Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekatan yang berinovasi oleh seorang GBM menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut.
            Seterusnya, inovasi GBM yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu.
            Malahan kreativiti GBM tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada murid supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.
3.2       Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara GBM dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak balas (respons) daripada kedua-dua pihak.
            Perhubungan GBM dan murid-murid terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh murid. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi GBM yang melibatkan gabungan inovasi dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons muridnya.
3.3       Komunikasi yang baik diantara GBM dan murid akan mewujudkan kemesraan yang memberi kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input pengetahuan bermanfaat bagi murid-murid. Justeru, GBM sewajarnya memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial positif terhadap setiap anak didiknya.
3.4       Inovasi dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang GBM terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi murid ke arah membentuk kefahaman mereka.
            Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah murid, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan.
3.5       Teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran GBM lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang GBM bagi menguruskan hal-hal ini.
3.6       Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti murid. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan murid. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut kemampuan murid agar dapat memberi sepenuh perhatian.
            Daya inovasi GBM menjadi asas dalam mencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan murid menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.
3.7       Selain itu, kreativiti GBM dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada murid-murid. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada murid.
            Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa.
3.8       Keberkesanan proses pengajaran berinovasi dalam proses P&P merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha ke arah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya inovasi GBM yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran.
            Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasan maksimum murid-murid terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan.

4.0       RUJUKAN.
Izani Hj Daud 2010. “Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar”. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 05: 5 Mei. hlm. 24-25.
Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.  
Ambigapathi, P.. dan Suthagar, N. (2003). “Literasi Teknologi Komputer: Persepsi Dan penggunaan di Kalangan Guru.” Selangor:Universiti Putra Malaysia.
Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.  
Norizan Abd Razak (1998). CALL:Some Pedagogical Issues. Siri Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, Bangi.
Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman & Hassan Ahmad. (2006). HBEF Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:Open University Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan