Rabu, 4 Februari 2015

Hikayat Raja-raja Pasai dan Novel Interlok (karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain) adalah dua buah karya agung yang masing-masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.




NO
TAJUK
CATATAN
1.0
DEFINISI DAN KONSEP  MELAYU

2.0
DEFINISI “MELAYU” BERDASARKAN BANGSA

3.0
FALSAFAH KARYA AGONG

4.0
PANDANGAN HIDUP

5.0
NILAI HIDUP

6.0
RUMUSAN

7.0
RUJUKAN



SOALAN TUGASAN A.
Hikayat Raja-raja Pasai dan Novel Interlok (karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain) adalah dua buah karya agung yang masing-masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden.

Pilih salah satu karya tersebut dan bincang kekuatan karya berkenaan sebagai karya agung berdasarkan cirri-ciri yang berikut:

a. falsafah
b. pandangan hidup
c, nilai ilmu.

1.         DEFINISI DAN KONSEP MELAYU

1.1.      M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.
1.2       Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
1.3       Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

2.0       DEFINISI “MELAYU” BERDASARKAN BANGSA merujuk kepada dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

2.1       Pengertian yang luas menjelaskan bahawa  istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

2.1       Pengertian yang sempit pula member pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

3.0       FALSAFAH KARYA AGONG.
3.1       Karya agong merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri.
3.2       Karya Agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.
3.3       Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.
3.4       Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.
3.5       Karya Agung Melayu dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang lain.
3.6       Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah.
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama. 
3.7       Kehadiran guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu.
3.8       Keindahan Melayu Klasik merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky (1994:16), beliau merumuskan bahawa terdapat tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan ‘indah’ dengan kata-kata yang seerti. Menurutnya, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh dan manfaat yang terkandung di dalamnya. Keindahannya karya Melayu klasik ini terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar masyarakat serta nilai dan pengajaran .
3.9       Gaya Bahasa bermaksud gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga merupakan satu cara menulis atau bercakap. Menurut Nik Safiah Karim (1981), bahasa dapat didefinisikan sebagai lambang-lambang pertuturan yang arbitrari, bersistem dan digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).
3.10     Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan  penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan,  secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga untuk mengindahkan lagi bahasa  itu. Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur penting seperti kejujuran, sopan-santun dan menarik. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan bagi menggambarkan sesuatu maksud. Pelbagai gaya bahasa dapat dilihat melalui sesuatu bahasa.
3.11     Secara keseluruhan, gaya bahasa adalah satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain sama ada secara lisan mahupun tulisan. Pada umumnya, terdapat empat jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa sindiran, gaya bahasa penegasan dan gaya bahasa pertentangan.
3.12     Personifikasi juga merupakan sebagai pengorangan atau penginsanan.  Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak. Personifikasi adalah memberi watak manusia kepada yang bukan manusia.

3.13     Idealisme dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera.
3.14     Bagi maksud falsafah pula, ia dimaksudkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010: 406). Ilmu yang dimaksudkan tersebut adalah pengetahuan yang amat luas kepada sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada semua ilmu berkaitan dengan hal tersebut. idang tentang pengetahuan manusia.
3.15     Idealisme Bersumberkan Alam memaparkan sesebuah karya seharusnya memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting. Hal inilah yang disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera, Greek Dionysus Cassius Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya sastera, terutamanya karya agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga disebut sebagai idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya agung Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam.
3.16     Falsafah Bersumberkan Islam merujuk elemen falsafah karya agung terutamanya karya agung dunia Melayu turut diilhamkan oleh pengarangnya melalui agama Islam yang menjadi pegangan agama majoriti bangsa Melayu. Hal ini dibuktikan melalui sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang menyatakan tiga faktor utama terhasilnya karya agung Melayu iaitu; a) kekuatan bahasa Melayu, b) pengaruh Islam, dan c) peranan istana dan sekolah pondok. Hal ini membuktikan bahawa falsafah yang terdapat dalam karya agung terdapat juga yang bersumberkan Islam, iaitu memperlihatkan keislaman dalam penghasilan karya.
3.17     Kitab al-Qur’an merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-Qur’an adalah kitab petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Mohd Rashid Md Idris ada menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan, tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007: 53).
3.18     Novel Interlok Edisi Murid karya SN Datuk Abdullah Hussain dipilih sebagai teks KOMSAS bagi murid Tingkatan 5 atas kerana ianya sebuah karya sejarah yang harus dibaca oleh semua golongan masyarakat di Malaysia khasnya golongan murid. Novel ini memaparkan nilai sejarah negara yang mengambil latar tahun 1910 ketika negara dalam penjajahan Inggeris dan sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tiga kaum yang menjadi tonggak dalam kemerdekaan tanah air digambarkan oleh penulis secara terperinci. Ketiga-tiga kaum ini yang mewakili generasi pertama/kedua iaitu Musa/Seman (kaum Melayu), Kim Lock/Cing Huat (kaum Cina) dan Maniam/Ramakrishnan (kaum India) sama-sama bersatu hati dan bekerjasama mencapai kemerdekaan tanah air.
3.19     Novel bercorak perpaduan yang menceritakan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India. Nada perpaduan ini disampaikan oleh penulis dengan begitu bersahaja.
3.20     Novel interlok memaparkan sosiobudaya masyarakat yakni transformasi sosial dan mobiliti sosial kaum Melayu, Cina dan India., Transformasi sosial dan mobiliti sosial ketiga-tiga kaum ini.
4.0       PANDANGAN HIDUP.
4.1       Falsafah Bersumberkan Melayu berdasarkan kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh yang demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63).
4.2       Penerapan unsur budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
4.3       Penerapan unsur  budi pekerti lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian, unsur kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh seseorang individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti adalah satu aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi kelakuan yang bersopan-santun, tertib dan sebagainya.
            Melalui Watak Seman yang mewakili kaum Melayu mula membuktikan kegigihannya bekerja dan menyedari haknya sebagai orang Melayu. Cing Huat pula mengakui tanah Malaya ini tempat dia mendapatkan rezeki bersama kaum lain. Anak Cing Huat yang bernama Yew Seng merupakan agen perpaduan dan beliau (Yew Seng) berbaik-baik dengan Lazim. Gambaran watak Maniam pula dipaparkan sebagai watak yang baik hati yang sedia membantu kaum lain. Keperibadian mulia yang dimiliki oleh Maniam juga turut diwarisi oleh anaknya Inspektor Ramakrishnan. Nilai kemanusiaan, antaranya nilai tolong menolong dan nilai simpati terjalin dan diperkukuhkan dengan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.
4.4       Penerapan unsur budi bicara merujuk kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.
4.5       Penerapan unsur hati budi bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk.
4.6       Penerapan unsur akal budi memaparkan elemen pertimbangan akal yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri, keluarga dan juga masyarakat. Nilai ini ada diselitkan dalam karya agung yang terdahulu.
            Watak Seman, Cin Huat dan Maniam yang pada asalnya terdiri daripada golongan bawahan telah mengubah taraf kehidupan keluarga mereka. Watak Seman, umpamanya yang mewarisi pekerjaan petani daripada ayahnya Pak Musa telah melakukan transformasi dalam keluarganya walaupun beliau hanyalah berpendidikan sekolah agama sahaja. Dengan kekuatan dan jati diri serta menyedari haknya sebagai orang Melayu, beliau telah berusaha dan menggembleng tenaga untuk mengubah kehidupan keluarganya. Sumbangan paling besar yang dilakukan oleh Seman adalah sama-sama menenentang penjajahan Inggeris dan komunis di Malaya.
4.7       Falsafah bahasa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu falsafah dan bahasa. Namun kedua-dua entiti ini membawa kepada pemaknaan yang berbeza sama sekali. Bagi pendefinisian bahasa pula, merujuk kepada sistem lambang dan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan Edisi keempat, 2010: 106). Menurut Hashim Hj, Musa (1996), bidang falsafah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Pembicaraan tentang falsafah linguistik merangkumi kepada cakupan dasar falsafah dalam konsep dan istilah linguistik. Hal ini merujuk kepada penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 9).
4.8       Berbahasa untuk Menyampaikan Maklumat yang Benar  memaparkan situasi dalam berbahasa, penutur haruslah menyampaikan sesuatu maklumat yang benar dan tidak berbaur fitnah.  Misalnya dalam sejarah Melayu, yang mana Hang Tuah difitnah oleh pembesar lain sehinggakan Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Dalam hal ini, pemfitnah tidak akan memperolehi sebarang kebaikan malahan hanya akan merugikan diri sendiri. Malah Allah juga ada berfirman:
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar”     ( surah al-Ahzab 33: 70)
4.9       Adat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 8), adat ditakrifkan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam masyarakat. Peraturan ini diamalkan sehingga ianya menjadi satu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini diketuai oleh ketua adat. Adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan dan diwarisi secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang tidak boleh dilanggar. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini merupakan kebudayaan undang-undang sistem masyarakat, upacara, dan semua kebiasaan yang sering dilakukan.

4.10     Nilai-nilai tradisi yang lama telah bertapak dalam masyarakat Melayu telah menyebabkan terbentuknya sistem nilai yang mencorakkan beberapa kepercayaan, norma, amalan dan tingkah laku anggota masyarakat tersebut. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyenaraikan sebanyak 15 nilai murni dalam Falfasah Pendidikan Negara sebagai satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesemua nilai-nilai yang digariskan itu merupakan penentu dalam diri manusia seterusnya mempengaruhi pilihannya dalam kehidupan dan akan menentukan tingkah lakunya.

4.11     Nilai Manusia Budiman. Budiman menurut Kamus Dewan edisi Keempat membawa maksud berbudi, berakal dan bijaksana. Masyarakat Melayu memang tidak dapat dipisahkan dan sangat lazim dengan  amalan berbudi antara satu sama lain serta sesama mereka. Hal ini disebabkan oleh masyarakat pada zaman dahulu sangat mengutamakan amalan berbudi pekerti dan saling bantu membantu sekiranya ada dalam kalangan masyarakat tersebut mengalami kesusahan. Hati budi ialah hakikat diri seorang manusia. ‘Hati’ ialah tempat perasaan, kesedaran, keyakinan, dorongan (drive), dan juga tempat penerima hidayat Ilahi iaitu ‘hati nurani’. ‘Budi’ ialah akal; daya fikir untuk memahami sesuatu perkara, dan kebolehan untuk berdalil dan menyimpul secara rasional, juga merupakan kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu melahirkan seorang yang “budiman”. Hati dan budi bertindak secara berintegrasi dalam diri seseorang sebagai satu kesatuan sehingga terjelma dalam tindak tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. Hal ini seterusnya akan melahirkan sifat keperibadian atau identitinya secara individu dan secara kemasyarakatan apabila sifat itu dimiliki sepunya oleh masyarakat itu secara kolektif.

      4.12     Nilai Mematuhi Adat dalam masyarakat Melayu, adat amat dipandang tinggi, dihormati, dijunjung dan disanjung. Pelanggaran sesebuah adat Melayu dianggap sebagai sesuatu yang terkutuk dan dicemuh oleh masyarakat. Justeru, masyarakat Melayu amat mementingkan adat istiadat dan kemanisan dalam berbicara atau pertuturan mereka. Umpamanya adat atau etika dalam berkomunikasi. Masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam banyak dipengaruhi dengan kebudayaan Islam. Contohnya adat dalam berkomunikasi dengan orang lain. Sebelum memulakan perbicaraan, masyarakat Melayu amat mementingkan adat pembuka bicara yang sangat sopan.
       4.13    Nilai Merendah Diri dan Bersederhana yang ditunjukkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu bukanlah bersifat negatif, malah dianggap sebagai satu sifat yang menunjukkan kehalusan peribadi masyarakat Melayu untuk menjadi masyarakat yang berbudi dan beradat. Dalam masyarakat Melayu, merendah diri adalah satu amalan yang terpuji dan disukai oleh masyarakat sekeliling.

5.0       NILAI ILMU.
5.1       Kedatangan Islam dikatakan telah memantapkan keseluruhan pandangan Alam Melayu. Kedatangan Islam telah memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu termasuklah dari segi budaya, amalan dan kepercayaan. Ilmu dan nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-pepatih.

5.2       Ilmu menyebabkan kekuatan kepada elemen agama dan tauhid kepada Allah S.W.T.
5.2.1    Dengan ilmu akan mendorong kepercayaan kepada Allah S.W.T.  Nabi Allah Sulaiman menasihati para pengikutnya berkenaan empat perkara dalam Islam yang tidak dapat diubah kerana telah ditentukan oleh Allah S.W.T. iaitu rezeki, perkara yang memutuskan rezeki, jodoh dan pertemuan dan perceraian yakni kematian. 
5.2.2    Ilmu jua mewujudkan tahap kekesuaian dalam elemen ketaatan kepada raja dan pemimpin. Menghormati raja dan pemimpin merupakan perilaku atau perkara yang sudah diamalkan sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang. Sehinggakan, sesiapa yang ingkar akan perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara atau mendapat nasib yang buruk. Menghormati ibu bapa dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.

5.2.3    Nilai ilmu yang diadaptasikan menyulam elemen berpegang teguh kepada adat resam
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.
      5.2.4    Nilai ilmu mendorong setiap individu memuliakan yang tua.
5.2.5    Nilai ilmu akan mendidik semua insane istikomah dalam bertimbang rasa. Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan.

5.3       Aspek pedagogi, yakni kesesuaian novel ini untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5.3.1    Aspek pedagogi yang terdapat dalam novel Interlok adalah penyerapan ilmu. Terungkap juga nilai –nilai kemanusiaan yang harus diteladani oleh murid misalnya nilai hormat-menghormati, nilai kasih sayang, nilai semangat cinta akan negara, dan sebagainya yang disampaikan oleh penulis melalui watak Seman, Cing Huat, Maniam, Ramakrishnan dan sebagainya. Kepelbagaian ragam bahasa juga jelas terdapat di dalam novel ini. Selain itu, pemilihan novel Interlok juga dilihat daripada kekuatan unsur-unsur intrinsik yang terdapat di dalam novel ini. Sebagai contoh tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan dan seumpamanya boleh dikaji dan dianaliasis dengan mendalam oleh murid.
5.4       Menjadi wacana sebuah karya kreatif.
5.4.1    Secara umumnya sesebuah karya kreatif tidak boleh dikaji dan dianalisis secara terpisah-pisah dan perlu dilihat secara keseluruhan. Pembaca iaitu guru dan murid perlu membaca keseluruhan sesebuah karya kreatif agar dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Dalam sesebuah karya sastera ada elemen yang saling bertautan antara satu sama lain iaitu pemikiran dan bahasa. Aspek pemikiran tidak boleh dilihat sebagai faktor luaran sahaja. Perlu digali dan didalami secara mendalam. Begitu juga dengan aspek bahasa. Kepelbagaian gaya bahasa yang digunakan oleh penulis menjadikan sesebuah karya itu berkualiti dan mampu menarik khalayak pembaca.
5.5       Aspek bahasa.
5.5.1    Suatu gaya bahasa yang teratur telah dibentuk dan Berjaya menjadi contoh kepada pelajar dalam mempelajari diksi, personifikasi, unsur kecindanan, hipobola, sinkope, imej alam, pengulangan dan anapora.
5.5.2    Elemen diksi yang dipaparkan dalam novel interlock seumpama:
a.         Penggunaan telor Cina
Contoh : “Gua tidak mahu miskin susah sama lu, Seman,” kata orang Cina itu setelah Seman duduk di atas bangku …
b.         Penggunaan Bahasa Inggeris - lodging
c.         Penggunaan Bahasa Jepun – Heiho, kempeitai

5.5.3    Unsur personifikasi pula dapat dibaca sesperti
a.         Malam yang masih muda….
b.         Bunyi jengkerik mendayu-dayu, begitu memilukan….
5.5.4    Unsur kecindan pula diselitkan dalam novel dengan ungkapan:
a.         Tangan Mak Limah yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus menghentak-hentak
b.         Musa pejam rapat, nafasnya saja yang agak keras seperti lembu marah.
c.         Dalam masa hatinya bergelora bagai laut musim tengkujuh itu.
5.5.4    Unsur peribahasa seumpama
a.         Makan hati berulam jantung
5.5.5    Unsur hiperbola
a.        
Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahan-bahan kering untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan.
5.5.6.   Unsur sinkope / sinkof seumpama banyak singkatan digunakan – sesuai dengan latar belakang watak, cerita, dan latar zaman cerita ini .
a.         “Aku belum mahu kahwin, mak,” katanya. Belum ada perempuan yang bersetuju dengan hatiku.”
“Masakan tak ada pula,” jawabnya. “Anak tahir yang nombor dua itu bukan tak cantik. Kalau kau mahu yang cantik…..
5.5.7    Imej Alam pula dapat dibaca daripada frasa daun mengkuang, cahaya matahari dan belalang.
5.5.8    Unsur pengulangan kerap terbaca seumpama
a.         Matahari petang ayun-temayun. Sinar keemasan yang terakhir itu tertebar di merata tempat di permukaan bumi: Di atas daun pisang, di atas pelepah kelapa, di atas rumput, di atas belakang Seman di atas muka Mak Limah yang sudah lisut itu.
b.         Kematian menjadi salah satu rukun hidup di mana-mana saja, di kota mahupun di kampung, di laut mahupun di darat.
5.5.9    Unsur anafora
a.         Dia berjalan tidak menoleh kiri dan kanan. Dia mahu lekas sampai di rumah, mahu lekas tahu apa yang sudah dilakukan orang terhadap mayat bapanya.
b.         Dia tidak peduli. Dia mencangkul juga.
5.6       Ilmu dalam bentuk konsepsi.
5.6.1    Aspek ini meneliti dan memeriksa berasaskan falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah bahasa merupakan bidang yang menelusuri tentang sesuatu aspek bahasa dengan menggunakan konsep pengetahuan dan penggunaan dasar yang lebih mendalam bagi mencari kebenaran dalam setiap aspek yang ingin dikaji.
5.7       Ilmu Teori Bahasa.
5.7.1    Merujuk Mohd Rashid Md Idris adalah teori falsafah bahasa yang menggabungkan dua teori lain. Teori yang dimaksudkan adalah teori relatif dan teori kenuranian bahasa. Menurut beliau, manusia mempunyai bahasa dan dapat berfikir tetapi binatang tidak, kecuali dalam bentuk yang amat primitif dan erat hubungannya dengan naluri binatang tersebut. Beliau menegaskan bahawa manusia dianugerahi Allah S.W.T dengan bahasa dan akal semata-mata untuk mengangkat martabat manusia sebagai makhluk ciptaan yang sebaik-baik kejadian. Oleh yang demikian, beliau menggunakan kerelevanan idea tersebut untuk menggabungkan kedua-dua teori tersebut kerana berpendapat kedua-dua unsur tersebut tidak boleh difikirkan secara terpisah.
5.8       Ilmu Berbahasa Mengikut Nahu.
5.8.1    Aspek ini  merujuk bahawa aspek ini menekankan tentang aspek tatabahasa dan makna ketika seseorang penutur itu berbahasa. Misalnya dalam karya agung Melayu yang menggunakan  bahasa untuk menyatakan sesuatu gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu.
5.9       Ilmu Tamadum Peradapan dan Aras pemikiran Tinggi.
5.9.1    Nilai mulia dalam novel Interlok yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar dalam kehidupan seharian agar istikomah membentuk peradapan yang diredhai oleh Allah SWT.
5.9.2    Aspek tolong-menolong. Terlihat bahawa Musa menolong Maniam yang dipukul oleh orang yang tidak dikenali ketika dia hendak meninggalkan ladang tempatnya bekerja pada suatu pagi dan Maniam pula menolong Seman mendapatkan kerja di ladang tempatnya bekerja.
5.9.3    Aspek menghargai jasa. Dapat dibaca bahawa Maniam menghargai jasa Musa yang menolongnya ketika dia dipukul oleh orang yang tidak dikenali dan Poh Eng menghargai jasa Seman dan Mak Limah yang memberikan perlindungan kepadanya.
5.9.4    Aspek hormat-menghormati pula berkisarkan situasi di mana Seman menghormati ayah dan ibunya dan dia tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka dan dia juga mematuhi arahan dan melakukan setiap perkara yang disuruh oleh ibunya.
5.9.5    Aspek kerajinan pula mengisahkan Seman rajin bekerja sejak ayahnya sakit dan dialah yang membelah kayu api. Seman juga rajin mengusahakan tanah sawah bapa mentuanya dengan menanam sayur-sayuran, kacang dan pelbagai tanaman lain.
5.9.6    Aspek ketabahan pula memaparkan Maniam tabah menghadapi dugaan hidupnya susah dengan berhijrah ke Malaya untuk mencari pekerjaan dan seterusnya dia bekerja di beberapa tempat seperti kuli di pelabuhan di Pulau Pinang hinggalah dia bekerja tetap dan dilantik sebagai tandil di kebun getah.
5.9.7    Aspek kegigihan dapat dibaca apabila Cing Huat gigih bekerja untuk membesarkan kedai dan perniagaanya dan dia menjual pelbagai barangan dan akhirnya dia berjaya menjadi tauke atau peniaga yang berjaya.
5.9.8    Aspek semangat cinta akan Negara dapat dibaca apabila Lazim, Mail Jambul, dan Berahim menyeru orang-orang Melayu bersatu padu dan berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa dan kedaulatan raja-raja.
5.9.9    Aspek semangat perpaduan amat tersentuh perasaan apabila membaca bahawa masyarakat Melayu, Cina dan India hidup dengan aman dan harmoni di Simpang Empat, Cangkat Lima, Cangkat Janggus, dan kawasan kampung yang lain tanpa persengketaan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
5.9.10  Aspek keberanian berlandaskan kebenaran memaparkan Musa berani untuk menyelamatkan Maniam yang dipukul oleh orang yang tidak dikenali dan Seman berani menjemput dukun untuk mengubati ayahnya yang sakit pada suatu malam, seorang diri.
5.9.11  Aspek mengenang budi pula menyaksikan Poh Eng mengenang budi Seman dan Mak Limah yang pernah memberikan perlindungan kepadanya dan Maniam juga mengenang budi Musa yang membantunya ketika dia dipukul. Maniam membalas budi Musa dengan menolong Seman untuk mendapatkannya kerja di kebun tempatnya bekerja itu.
5.9.12  Aspek taat akan perintah agama menuntut apabila Seman sampai di surau, dia terus mengambil wuduk dan berdiri di saf kedua untuk menunaikan sembahyang Isyak di surau Kampung Nyiur Condong pada suatu malam.
5.9.13  Aspek kasih sayang membawa situasi di mana isteri Cing Huat amat sayang kepada anaknya terutamanya Poh Kheng dan Poh Eng. Dia menjerit dan meratap apabila menyedari Poh Eng hilang ketika peristiwa rompakan berlaku di kedainya pada suatu malam.
5.9.14  Aspek menepati janji jelas dapat dibaca apabila Seman menepati janjinya dengan Mamat Labu iaitu dia sampai di surau selepas sembahyang Isyak seperti yang dijanjikan tetapi Mamat Labu yang tidak muncul. Maniam juga menepati janjinya dengan mendapatkan kerja untuk Seman di kebun getah itu.
5.9.15  Aspek kesabaran pula memaparkan Malini bersabar dengan menunggu kepulangan suaminya Maniam selepas suaminya itu disuruh pergi ke tempat lain oleh ayahnya. Seman juga bersabar dengan dugaan yang menimpa dirinya iaitu semasa bapanya meninggal dunia.
5.9.16  Elemen mengakui kesilapan dihayati apabila Mat Ranggi mengakui kesilapannya yang menolak semua pinangan kerana orang yang hendak meminang anaknya itu tidak setaraf dengannya, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya itu dengan menerima Seman yang miskin dan tidak berharta sebagai menantunya.
5.9.17  Elemen ketekunan mengisahkan sikap Poh Eng selepas menolong ibunya di dapur. Poh Eng mengambil sulamannya dan mula menyulam kain dengan tekun di meja makan.
5.9.18  Elemen semangat setiakawan menengahkan babak persahabatan Yew Seng dengan Lazim begitu erat dan dia lebih dekat dengan orang-orang Melayu, hinggakan kalau Lazim dipukul orang, dia akan berasa dirinya sendiri yang kena pukul dan dia mahu berkorban untuk membela Lazim kalau perlu.
5.9.19  Elemen ketaatan pula mengisahkan Malini taat kepada suaminya Maniam iaitu dia melayannya dengan baik, mendengar katanya dan tidak membenarkan suaminya itu memasak nasi kerana kerja itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
6.0       RUMUSAN.
            Masyarakat Melayu sangat terkenal dan juga kaya dengan nilai-nilai serta budi bahasanya yang indah. Hal ini bukan sahaja dapat dibuktikan melalui pertuturannya, tingkah laku dan personalitinya, malahan dapat dilihat dalam hasil-hasil kesusasteraan Melayunya. Misalnya karya-karya agung yang dihasilkan oleh beberapa tokoh Melayu. Setiap bangsa di dunia memiliki karya agung dan kesusasteraan tersendiri.
            Masyarakat Melayu amat menitikberatkan elemen-elemen keindahan atau estetika dalam setiap karyanya. Tidak ketinggalan nilai-nilai kemelayuan itu sendiri. Dalam salah satu kitab karya agung yang telah dikaji, banyak nilai-nilai kemelayuan yang dapat dikenal pasti telah wujud dan dimasukkan dalam karya penulisan tesebut.
            Karya ini merupakan sebuah karya yang bersifat sejarah tetapi masih lagi menempatkan beberapa ciri-ciri persejarahan tradisi seperti adanya unsur-unsur kesusasteraan seperti pantun dan syair yang diselitkan untuk mengukuhkan lagi penerangan bagi sesuatu sejarah peristiwa tersebut.
7.0       RUJUKAN
Hashim Hj. Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Raja Ali Haji (Dikaji dan Diperkenalkan Oleh: Hashim Musa), 2010. Kitab Pengetahuan Bahas Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur
Ungku Abdul Aziz Ungku Abd Hamid.( 2011). Pantun Dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan