1.0
KEPERIBADIAN MULIA INSAN MUSLIM - TAWADUK.
1.1 Sesungguhnya,
kebahagiaan dan kemuliaan sejati adalah dimiliki oleh kekasih-kekasih Allah,
iaitu insan-insan yang ketika di dunia selalu bermuragqqauabah kepada Allah SWT
dengan melakukan segala perintah-Nya, tanpa rasa jemu dan hanyalah semata-mata kerana
Allah SWT.
1.2 Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
“Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang
merendahkan dirinya (dengan sifat tawaduk), di samping menghisabkannya dan
beramal untuk selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, ialah orang yang
mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita
(angan-angan).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)
1.3 Sifat tawaduk juga memungkinkan kita mudah mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan
dari Allah SWT. Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam
segenap tindakan dan amalan dilakukan sekali gus terhindar daripada perbuatan
suka menunjuk-nunjuk atau takbur dengan helah dan agenda peribadi songsang.
1.4 Jika diperhatikan penjelasan
Rasulullah SAW, ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang
itu hina bahkan diangkat oleh Allah SWT di tempat yang tinggi seperti mana
maksud hadis:
“Tidak akan berkurang harta yang
disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf
melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah
melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)
1.5 Namun masih ada segelintir
masyarakat yang belum faham maksud tawaduk sehingga menjadi gambaran dan ukuran
mereka ialah gaya berjalan yang perlahan tidak bermaya atau tidak mahu berhias
dengan mengenakan pakaian yang bagus.
1.6 Hakikatnya, konsep tawaduk
mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk
patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu.
1.7 Seperti pernah disuarakan Ibn Atha’,:
tawaduk adalah orang yang menerima (dengan lapang
dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain.
1. Fudhail bin Iyadh pula menambah:
“Rendah hati
untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran
dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun
alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”
1.9 Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam
kitab Al-Hikam berkata,:
orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau
diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau
pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap
orang.
2.0 PENGERTIAN TAWADUK.
2.1 Tawaduk adalah memilih jalan tengah di antara dua sikap yang
tidak baik dan membinasakan. Iaitu sikap membesarkan diri (takbur /sombong) dan
sifat terlalu merendah diri yang memberi kesan kehinaan kepada diri seseorang.
2.2 Sikap tawaduk ini juga boleh diertikan sebagai meletakkan
sesuatu/ mengambil sesuatu tindakan bersesuaian dengan keadaannya.
2.3 Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu, tidak
menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan dengan darjat orang yang
takbur atau bongkak dengan sebab ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.
2.4 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya
bertawaduk, sehingga tidak ada seorang pun yang menyombong dirinya terhadap
orang lain dan tidak ada seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
2.5 Tawaduk adalah sikap merendah diri yang bersumber rasa memiliki kekuatan,
kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya rendah diri yang
bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan, dan keperluan
kepada orang lain (inferiority complex).
2.6 Sikap ini adalah sifat yang mulia warisan nabi-nabi, rasul-rasul,
sahabat dan tabiin sejak zaman dahulu kala. Sikap ini haruslah bersandarkan
pada niat yang ikhlas kerana ada kalanya manusia bersikap tawaduk namun tertipu
oleh syaitan kerana di dalam hatinya masih terselit keinginan bahawa
perbuatannya itu dipandang mulia oleh manusia lain.
2.7 Orang yang berusaha agar dirinya selalu dicintai orang lain,
atau mengharap dirinya adalah orang yang baik pada mata umum. Sebenarnya ia
tertipu dengan perasaannya. Yang penting hanya keredhaan ALLAH yang wajib
diusahakan.
2.8 Tawaduk juga akan melenyapkan
sikap berbangga diri, sombong dan mementingkan diri sendiri bagi menjayakan episode
cakap nak menang (yang merupakan jua tanda-tanda munafik) .
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kau memalingkan mukamu
(kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
sombong takbur, lagi membangga diri.”
(Surah Luqman, ayat 18)
2.9 Dalam hal ini Rasulullah SAW
memerintahkan supaya umat Islam menghiasi diri dengan sifat tawaduk secara
instikomah.
Sabda Baginda SAW :
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku,
supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya
orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
3.0 PENAMPILAN SIFAT TAWADUK.
Insan yang memiliki sifat
tawaduk akan berfikir, berperasaan dan mengambil tindakan-tindakan seumpama
berikut:
3.1 Menerima dengan redha ketetapan dan taqdir Allah SWT kepada dirinya
walaupun dilihat tidak bersesuaian dengan kehendak dirinya sendiri.
3.2 Bersangka baik dengan Allah SWT dengan menganggap bahawa sesuatu
ketentuan itu adalah untuk kebaikan dirinya. Seorang itu juga perlu memahami
bahawa disebalik sesuatu kebaikan yang akan dikurniakan kemudian, pasti
terlebih dahulu dikurniakan dugaan.
3.3 Mentaati perintah dan hukum Allah SWT tanpa mempersoal atau
memprotes. Contoh yang sering dibahaskan adalah mengenai kewajipan menutup
aurat, poligami dan hukum hudud dan qisas.
3.4 Merendah diri adalah
tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki dan
mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah hayat
dikandung badan.
3.5. Mengerjakan amal fardhu dan sunat dengan merendah diri, merasa bimbang dan mengharap amalan itu diterima oleh
Allah SWT.
3.6. Mengaitkan atau mengembalikan setiap pujian yang diberikan kepada Allah
SWT dengan mengucapkan syukur kepada Allah ( Alhamdulillah) dengan
kefahaman yang jelas dan bukan sekadar kata perbualan biasa /retorik.
3.7. Mendahulukan amanah dan suruhan Allah SWT (usaha dakwah keIslaman,
keimanan dan keinsanan) dari hal-hal keduniaan dan kepentingan diri
sendiri.
Mengutamankan risalah
Rasullah SAW dalam amalan, pekerjaan, kemasyarakatan urusan kenegaraan dan
seumpannya .
3.8 Mengutamakan, memuliakan
Rasulullah SAW dan sunnah baginda SAW (surah, sirah, sarirah) dengan
mengamalkannya dan tidak beranggapan bahawa sunnah itu sesuatu yang telah lapuk
dan tidak sesuai lagi diaplikasikan di zaman ini.
Mereka yang selalu merendah
diri, Rasulullah SAW melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan tinggi
dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang diredhai Allah SWT.
3.9 Tidak bersikap sombong terutamnya
terhadap golongan yang lebih
lemah, miskin atau rendah status /jawatan dari kita.
Tawaduk adalah merendah, lawan dari sombong
dan takabbur.
Tawaduk adalah ketundukan yang bersumber rasa
memiliki kekuatan, kemuliaan, penghormatan pada orang lain, dan bukannya
ketundukan yang bersumber dari rasa memiliki kekurangan, kelemahan, kehinaan,
dan keperluan kepada orang lain.
Manakala seorang manusia merasa bahwa dirinya
adalah hamba Allah yang mulia, dan ketawadukan yang ditunjukkan kepada
saudara-saudaranya yang mukmin adalah jua merupakan ketaatannya dalam tawadu
kepada perintah Allah SWT.
Justeru itu, insan tawaduk sebegini akan
merasa kemanisan memiliki kemuliaan dan keluhuran. ( bukan kehinaan dan
kejahilan yang diamalkan oleh mereka yang hipokrit lagi fasik).
3.10 Ikral muslimin adalah garis rujuk dalam urusan semua golongan
masyarakat tanpa mengira tahap dan kedudukan mereka.
Mereka yang diamanahi dengan
jawatan pemimpin sesebuah organisasi perlu menerapka amalan kehidupan muslim
sepenuhnya dan sesekali tidak diuja/ terpedaya dengan amalan setempat yang tersongsang
akidahnya.
Warisi staf yang anda pimpin sehaluan dengan tuntutan yang
dibawa hanya oleh Rasullah. Inilah masanya anda membuat pilihan samada memilih:
hati yang diredha lagi dirahmati oleh Allah SWT
atau
poket yang penuh terisi subahat, kemungkaran lagi
kezaliman.
Rasulullah selalu mengulurkan tangan mengajak
bersalaman kepada setiap orang, baik orang kaya maupun miskin, anak-anak maupun
orang dewasa, orang yang berkulit hitam mahu pun berkulit putih.
Beliau selalu mendahului dalam mengucapkan
salam. Jika beliau diundang walaupun oleh orang yang asing, beliau pasti
memenuhi undangan tersebut. Tidak pernah beliau menghina makanan yang
dihidangkan di dalam undangan, walaupun hanya sepotong roti atau segelas air.
3.11. Tidak
menganiayai orang lain.
Penganiayaan yang jelas sukar kita
lihat dewasa kini. Penindasan alaf akhir
zaman kelihatan mendapat sokongan malah tajaan di kalangan ahli akedemik
sendiri. Memperolehi sanjungan ibarat firaun lahnatullah menjadi impian mereka.
Sesiapa yang mengikut telunjuk mereka akan diistiharkan cemerlang dan aset
kepada organisasi. Insan yang hanya ingin menyebarkan risalah Rasullah SAW akan
menjadi pengugat mereka.
3.12 Tidak menunjuk-nunjuk ketinggian ilmu, rezeki yang melimpah ruah,
maulad yang dinikmati dan kemahiran
kepada orang ramai. Elakkan daripada memperlekehkan hasil kerja orang lain dan membandingkan
dengan hasil kerja sendiri.
3.13 Tidak bertengkar atau berbahas-bahas tentang perbezaan pandangan
kumpulan masing-masing seolah-olah tidak ada jalan tengah di antaranya ataupun
menganggap golongan lain kafir dan murtad. Utamakan sikap menang-menang ke arah
kebenaran risalah Rasullah SAW. Jangan berbahas dengan orang yang bodoh
sombong, sebaiknya tinggalkan mereka dengan doa (agar mereka mendapat hidayah)
dan sangkaan baik.
3.14 Menghormati guru yang menyampaikan ilmu walaupun mempunyai
pandangan yang berbeza dengan guru berkenaan dengan menunaikan hak mendengar
terlebih dahulu. Jangan cepat melabel orang sesat atau kufur.
Mengaji dan
mengkaji ilmu yang diterima dengan tapisan akal fikiran yang waras melalui pembelajaran
daripada guru mursyid bersanadkan Rasullah SAW. Doakan mereka yang
terbabas dari landasan agama Islam, mendapat hidayah. Dan mereka yang benar,
didoakan semakin bertakwa dalam menjalankan urusan Rasullah SAW iaitu dakwah ke arah kebenaranNya.
3.15 Merasakan perlu kepada orang yang diberi khidmat (ditolong ).
Elakkan merasakan orang lain memerlukan
diri anda dan tanpa diri anda hadir sama
akan mengakibatkan semua kerja tidak
dapat dilakukan (penyakit perasaan ujub).
3.16. Menerima teguran dengan hati yang redha kerana/hanya Allah SWT. Walau pun
yang menegur adalah orang yang lebih rendah status / superiority dari dirinya.
3.17 Sanggup menerima pertolongan dan bantuan dari seorang yang dianggap
musuh/ tidak digemari (membuang ego diri).
Imam Ali as sebagai pemimpin
yang memimpin lima puluh organisasi, beliau yang dianugerahkan dengan segala
kebesaran dan kemuliaannya, masih suka berjalan di laluan-laluan sempit,
membantu orang-orang yang memerlukan, dan hanya mengenakan pakaian sederhana.
Beliau membawa sendiri
barang-barang keperluannya. Ketika orang-orang datang kepadanya menawarkan
bantuan, “Wahai Amirul Mukminin, biar kami yang membawanya, ” beliau menolaknya
seraya berkata, “Penanggung jawab keluarga lebih berkewajiban membawanya.”
3.18 Perlu menerima kenyataan
bahawa ada orang yang lain yang lebih
baik dari dirinya.
3.19 Mengaku kesalahan diri dan meminta maaf. Tidak menganggap bahawa
memberi maaf itu petanda kalah atau kelemahan diri dan lebih mengutamakan
memperbaiki hubungan dari menegakkan kebenaran.
JANGAN pula menjadikan maaf
sebagai satu proses untuk menyelamatkan diri dan terlepas dari hukuman.
JANGAN paksa individu lain
yang telah anda khianati/aniaya untuk memaafkan anda. Anda perlu redha menerima
kifarah. Bertaubatlah setulusnya dengan berusaha tidak subahat melakukan atau
mengulanginya.
(Adakah anda melakukan lagi polisi memulaukan, mengadu domba, menyebahkan fitnah
atau menganiaya individu yang tidak memaafkan anda?)
3.20 Bermuzakarah secara profesional dan hikmah serta tidak menyerang peribadi lawan untuk
menjatuhkannya.
Ingat, setiap perbuatan anda
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT.
MAMPUKAH anda mempunyai hujah
releven lagi benar apabila di hadapan Tuhan yang Maha Berkuasa Di Hari
Pembalasan kelak.
Insan perlu yang selalu menghiasi
diri dengan sifat suka merendah diri atau tawaduk akan menyerlahkan
keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan
orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam.
3.21 Memuliakan orang alim (yang hanya membawa risalah Rasullah SAW) dan
mendahulukan mereka dalam setiap perkara.
3.22 Tidak memperlihatkan harta kekayaan yang dimiliki dengan tujuan
menandingi orang lain.
3.23. Tidak berbangga-bangga dengan kecintaan seseorang terhadap dirinya.
.24. Tidak taksub dengan pendapat kumpulan sendiri sehingga menutup
pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain sukar /tidak berani menegur
kesalahan kita.
3.25 Tidak mencari alasan untuk mengHALAHkan apa-apa keSALAHan dan PECAH
AMANAH yang telah dilakukan dengan mengemukakan pendapat pihak-pihak lain
yang menyokong.
Adakah anda menjadi penaung
atau perancang aktiviti atau sesuatu sistem yang menyebabkan teraniayanya
anak-anak yatim, fakir, miskin mahupun ibu-ibu tunggal.
Masih hebatkah anda di sisi Allah SWT setelah anda gunakan wang asnad
ini, membantutkan peluang mereka malah merampas hak mereka untuk belajar, makan,
hidup selesa dan menafikan keperluan mereka untuk beribadat.
Masih bergelar Islamkah anda, jika anda menggunakan
hak asnad ini bagi menjayakan agenda songsang anda, mendewakan dan menghiburkan
orang atasan anda dan menyediakan keselesaan hanya untuk diri sendiri, ahli
kerabat dan tidak ketinggalan penghasut-penghasut setia anda.
Komunis dan bintang tiga diistiharkan sebagai pengkhianat negara. Apakah pula pingat
gelaran yang harus diberikan kepada anda dan mereka yang sewaktu dengannya.
4 KEPENTINGAN
TAWADUK.
Seorang yang memilik sifat tawaduk akan:
1. Mendapat keredaan dan rahmat dari
Allah SWT di dunia dan diakhirat.
2.
Ilmu yang
dipelajari dari mana-mana guru mudah masuk meresap ke dalam hati.
3.
Menggalakkan
pengamalan dari ilmu yang diperolehi dan bukannya sekadar bahan untuk
perbahasan bagi menunjukkan kelancaran lidah dan ketinggian ilmu.
4.
Membuka jalan
untuk melihat kesilapan diri sekaligus memperbaiki dan memajukan diri.
5. Disenangi
ramai orang. Bersikap tawaduk kepada manusia mencakup banyak hal diantaranya:
Anda menjadikan diri Anda sepadan (tidak lebih tinggi) dengan mereka.
Manusia
akan tertarik dan suka kepada orang yang merendah di hadapannya, dan sebaliknya
akan lari dan menjauh dari orang yang bersikap sombong di hadapannya.
Termasuk tawaduk adalah Anda sama-sama
melakukan apa yang mereka lakukan, tidak mengistimewakan diri Anda di
tengah-tengah teman Anda, dan memberikan kepada manusia apa yang Anda suka jika
Anda diberi.
6.
Dihormati teman
dan musuh. (ANDA SOPAN SAYA SEGAN)
7.
Dijauhi dari
sifat bongkak dan sombong.
8.
Rezeki dari
sumber yang suci dan tiada unsur penganiayaan.
9.
Contoh dan ikutan
kepada orang lain untuk meperbaiki diri.
10.
Mendapat darjat
ibadah yang tinggi.
5.0 CARA
MENDAPATKAN SIFAT TAWADUK
1. Tidak taksub dengan pendapat
kumpulan sendiri sehingga menutup pintu muzakarah atau menyebabkan orang lain
sukar menegur kesalahan kita.
2. Memandang kebaikan orang lain
walaupun kelemahan orang itu terlampau banyak berbanding kebaikannya.
3. Melihat kelemahan diri sendiri
walaupun mempunyai pelbagai kelebihan yang diiktiraf ramai orang.
4. Menjadikan kritikan musuh sebagai
cermin untuk melihat kelemahan diri sendiri.
5. Memahami bahawa sesuatu kejayaan
tidak akan kita perolehi tanpa izin dari Allah SWT.
6. Membiasakan diri mengaitkan
sesuatu kebaikan yang kita perolehi dengan kekuasaan dan keizinan dari Allah
SWT dan bukannya asbab usaha diri kita sendiri.
5. Berkawan dengan orang yang
lemah/kekurangan berbanding diri kita untuk menimbulkan rasa syukur (bukan
untuk membangga diri) dan memuliakan mereka bukannya untuk membenamkan lagi
perasaan rendah diri yang mereka sedia ada.
6. Mengamalkan sunnah dengan hidup
sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan keindahan dan harta dunia.
7. Mengurangkan perhiasan dan
kemasan di dalam rumah kerana dikuatiri dengan pujian dari tetamu akan
menimbulkan rasa bangga diri dan lalai dengan percakapan dunia.
8. Merujuk sesuatu permasalahan kepada orang yang lebih
berpengalaman atau lebih tua sebelum mengambil keputusan.
9. Mengambil kira pandangan staf atau
rakan sepejabat sebelum sesuatu keputusan diambil ditempat kerja dan tidak
menggunakan kuasa untuk memaksa mereka melakukan sesuatu yang membebankan atau
diluar kemampuan mereka.
10. Menghormati hak jiran tetangga dan
elakkan kelakuan yang menyakiti hati mereka. Perselisihan dengan jiran jangan pula dijadikan bahan jajaan bagi meraih simpati atau populariti murahan.
11. Elakkan membiasakan diri dengan
helah bela diri (defend mechanism). Contoh helah bela diri adalah seseorang itu
mengemukakan satu pendapat, apabila dilihatnya orang lain tidak menyokongnya,
maka dia memberi apa-apa dalih untuk menyokong dirinya tetapi tidak pula
mengaku kelemahan pendapat atau tindakannya.
12. Sentiasa beranggapan bahawa
seseorang yang kelihatan jahil dan lalai itu berpotensi untuk menjadi lebih
baik dari diri anda dan mungkin dipilih Allah untuk berada di kalangan orang
yang dikasihiNya.
13. Tidak menghina orang lain atas
kejahilan dan kelemahan mereka dan sentiasa menganggap bahawa mereka mempunyai
alasan atau latar belakang yang tidak menyokong mereka untuk mengambil tindakan
yang betul.
14. Memenuhi undangan walaupun
si pengundang menjemput anda atas perantaraan orang lain dan redha dengan apa
sahaja makanan yang dihidangkan.
15. Membiasakan diri melakukan setiap
pekerjaan sendiri atau membantu pembantu rumah sekiranya mereka letih.
16. Menghormati suami walaupun si
isteri lebih berpelajaran dan bergaji besar berbanding si suami.