Pendidik Berkesan dan Berkualiti.
Dalam berusaha mencari
keredhaaNYA dan izinNYA dapat saya tintakan seadanya beberapa ciri pendidik yang berkesan (Highly Effective
Teachers).
A.
Pengetahuan mendalam tentang SubjectMatter.
- Guru berkesan mempunyai latihan dan pembangunan kemahiran dalam bidang akademik yang diajarnya.
- Mereka bekerja kuatuntuk memastikan pengetahuan dan kemahirannya terkini dan tepat (sharp).
B. Perancangan Instructional Guru yang baik
menyediakan RancanganPengajaran in advance supaya masamengajar tidak terbazir.
- Merekabekerjasama memastikan standard pengajaran dan standard prestasi yangdicapai pelajar berada pada aras yg tinggi
C.
Pengetahuan tentang Pentaksiran dan Penilaian
- Guru berkesan mempunyai program yang sistematik untuk mentaksir kejayaan usahanya sendiri dan usaha pelajar melakukan perubahan.
- Mereka mengelak menilai pelajar secara arbitrary tanpamengetahui objektif pembelajaran dan standard yang perlu dicapai.
D. Memahami
Pelajar dan bagaimana mereka belajar.
- Guru berkesan percaya setiap pelajar boleh belajar. (jangan membebel dalam bilik guru dengan memburukkan pelajar yang lemah dan tiada kesediaan belajar. Ingat anda dibayar untuk mendidik, bukannya mengossip.)
- Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yg berbeza. One size does not fit all.
- Guru berkesan merancang pengajarannya sesuai dgn keperluan individu dan seluruh pelajardalam kelas.
E. Memotivasi
pelajar utk belajar.
- Guru berkesan tidak sentiasa berdiri di depan kelas dan bersyarah.
- Mereka mencipta peluang pembelajaran melalui kerja hands-on, aktiviti dlm kumpulan kecil, bimbingan rakan sebaya dan pengajaran individu.
- Membuat pembelajaran menyeronokkan melalui pengajaran yg menarik dan relevant.
- Murid jua digalakkan berinteraksi secara formal dan hikmah.
F. Mencipta bilik darjah yg selamat, produktif dan
terurus.
- Guru berkesan faham bahawa disiplin yang tegas menyumbang suasana akademik yang sihat.
- Ini dicipta melalui kehadiran, ketepatan waktu, hormat guru dan murid lain serta good conduct.
- Guru yg baik faham bahawa murid respond kepada arahan yang konsisten, adil dan tersusun/teratur.
G. Celik
Teknologi.
- Guru berkesan faham dan terlatih bagaimana menggunakan state-of-the-art technology.
- Mereka mengintegrasi teknologi ke dalam pengajaran.
- Mereka faham bahawa teknologi boleh menjadi alat untuk meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian murid.
H. Memahami
dan Mengiktiraf Kepelbagaian(Diversity).
- Guru berkesan jelas ekspektasi dan komunikasinya bahawa semua murid boleh berjaya mencapai apa sahaja yang dihajati mengikut kebolehan masing-masing.
- Guru yang baik mempunyai toleransi sifar kepada diskriminasi, prejudis, perkauman, buli dan pencabulan. Mereka menyemai rasa ingintahu dan hormat menghormati antara kaum, jantina dan budaya.
I. Mempromosi
Hubungan Rumah- Sekolah-Komuniti.
- Guru berkesan berusaha mengetahui muridnya secara individu dan membina keterbukaan serta jambatan antara rumah dan bilik darjah.
- Mereka mencipta berbagai rangkaian komunikasi dengan ibu bapa dan ahli masyarakat.
- Mereka melihat murid secara keseluruhan dan menyedia bantuan dan rujukan kepada yg menghadapi masalah di luar sekolah.
J. Komitmen
kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Professional.
- Guru berkesan boleh bekerja dan merancang secara kolaboratif dgn guru lain.
- Mereka sentiasa berkembang dan belajar.
- Mereka memotivasi antara satu sama lain dan berkongsi kejayaan.
- Tiada antara mereka yang menganggap dirinya sebagai pakar tetapi sebagai pelajar sepanjang hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan