Isnin, 5 Ogos 2013

Hadis: Kelebihan mengajar ilmu.


Hadis: Kelebihan Mengajar Ilmu  
Daripada Ibnu Masud r.a berkata:  Rasulullahs.a.w bersabda: 

Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. 

Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya ´.

(Hadis Riwayat At Atirmizi)



Hadis: Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit

Daripada Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: 


Sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat.

Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang demikian itu. 

Dan barangsiapa secara sengaja berbohong atas namaku maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk dalam api neraka ´.

(Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan