Isnin, 5 Ogos 2013

Hadis: Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu.



Hadis:  Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu

Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata:

Ketika Nabi s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Nabi s.a.w.

Orang yang pertama ia melihat ada tempat yang kosong di tengah2 halaqah, maka ia pun terus duduk di sana.

Orang yang kedua hanya duduk di belakang majlis. Adapun orang yang ketiga (kerana ia melihat orang ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka terus ia pergi ke tempat lain.

Maka setelah selesai Nabi s.a.w daripada percakapannya lalu Baginda bersabda:

Hendakkah kamu aku beritahu tentang tiga orang yang baru datang tadi?

Yang pertama ia bersungguh mencari ilmu maka Allah memberikan tempat kepadanya.

Yang kedua ia merasa malu (tidak bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi ilmu yang baik).

Adapun yang ketiga maka ia berpaling dari Allah maka Allah pun berpaling juga daripadanya´.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan