Wahai
Tuhan sekian alam, hidupkan kami dengan petunjukMU, agar kami mampu menjadi pendidik
yang ENGKAU redhai.
“DAN SESIAPA YANG MENCARI DEEN SELAIN ISLAM, MAKA TIDAK AKAN DITERIMA DARIPADANYA DAN DIA
PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG-ORANG YANG RUGI.”
Salam sejahtera.Izinkan
saya tintakan seadanya beberapa pendekatan, strategi dan teknik pengajaran
ringkas agar masa pelajaran berlalu dalam keadaan berkesan. Moga tulisan in
dapat mendidik diri saya sendiri agar berjuang dengan laluan benar. Moga Allah
sentiasa redha atas perjuangan dan keringat saya.
Melalui pengalaman yang cetek, saya
berusaha tintakan catatan untuk menjadi
seorang guru yang berkesan. Saya fokuskan bahawa seseorang itu mesti mahir di
dalam membuat keputusan yang tepat lagi benar di sisi Illahi dalam melaksanakan
amanah dalam pada sebarang keadaan. Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya
seseorang guru itu memiliki perkara-perkara berikut:
(1)
Akal budi
(2) Kepintaran
(3) Ilmu tentang kurikulum dan pedagogi.
(4) Kesanggupan untuk ditegur dan
diperbetulkan kelemahannya dalam aspek pengajaran melalui refleksi diri supaya
menjadi guru yang diredahi Illahi.
Saya murnikan seadanya beberapa isu agar dapat
dimakmurkan bersama secara hikmah.
Wujudkan
pemempilan yang bersahsiah, berkemahiran dan berilmu mulia.
Tebarkanlah senyum pada seisi kelas.Ucapkanlah salam dengan semangat dan sopan
di saat akan mengajar
Guru
sewajarnya memiliki ilmu tentang mata pelajaran atau perkara yang di ajar.
Seseorang guru itu perlu mengetahui
tentang fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perkara atau
matapelajaran yang diajar.
Wujudkan rancangan secara bertulis dalam seminggu dan
selalu terninikan keperluan pengajaran anda setelah dan sebelum mengajar.
Guru
sebaiknya aktif sebagai ahli profesional keguruan.
Ini dapat dimurnikan dengan isikamah
dalam membaca jurnal, hikmah dalam
muzakarah dengan rakan sekerja, sentiasa mempertingkatkan kemahiran di dalam
metadologi dan pengetahuan tentang pelajar dan isi kandung matapelajaran yang
diajar.
Guru
memahami proses pembelajaran.
Berusaha agar pelajar akan
dipastikan faham tentang
- · matapelajaran yang diajar,
- · harapan guru terhadap pelajar
- · dan prosedur bilik darjah.
- Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian kefahaman.
Guru
berperanan sebagai ‘saintis pendidikan’
yang peka dan mengetahui cara untuk mendapatkan maklumt tentang perkara yang
diajar serta mengetahui sumber-sumber
maklumat yang terbaik tentang maatapelajaran tersebut.
Guru
mesti menunjukkan contoh teladan yang benar seperti yang dituntut oleh Yang
Maha Esa. Kebenaran guru akan menjadi model
atau ikutan pelajar yang mulia sepanjang kehidupannya.
Guru
mesti pasrah untuk melakukan tranformasi
dan menerima perubahan yang mengutamakan nilai dan amanah kebenaran sebagai khalifah
Yang maha Esa.
Guru
mesti berlaku adil dan saksama terhadap
pelajarnya tanpa mengambil kira soal jantina, bangsa, agama, kewargenegaraan,
status sosial dan perkara-perkara lain.
Guru
mesti melakukan persediaan untuk mengajar. Sama
ada menulis persediaan mengajar atau menyediakan bahan bantu mengajar untuk
aktiviti pembelajaran. Utamakan tuntutan penyampaian sahsiah, kemahiran dan
ilmu secara hikmah. Ini dapat mengelakkan dari berlakunya penyelewengan, ambil
mudah, lepas tangan, meninggalkan kelas, pembelajaran tertangguh, pembelajaran
maya dan ekspress.
Guru
perlu memahami kebenaran kemahiran komunikasi yang berkesan lagi tulus dan
mengutamakan ikral muslimin.
Elakkan membicarakan tentang keikhlasan seseorang mahupun tuntutan ikhlas berkerja.
Ini kerana ikhlas itu diibaratkan sebagai semut yang hitam, berada di atas batu
yang hitam dalam malam yang gelap gelita. Hanya Yang Maha Esa sahaja yang layak
menilainya. Tugas guru yang berkeinginan mengalas tanggung jawab sebagai
khalifah sorang daie, perlu berjuang menegakkan kebenaran pada yang hak.
Laksanakan tugas sebagai khalifah Illahi yang benar seperti yang dituntutnya.
Guru
berperanan sebagai pembuat keputusan yang berkesan dalam memfardukan majlis amanah menuntut ilmu .
Fenomena pelaksanaan “betul” ikut
kepala masing-masing adalah tidak wajar. Ini kerana anda ada bergulung
pengiktirafan kelayakan ikhtisas. Pastikan HUJAH anda apabila berhadapan dengan
Yang Maha Esa adalah benar seperti yang dituntut olehNYA.
Guru sentiasa mengambil berat
tentang keselamatan dan kesihatan dirinya dan para pelajarnya.
Perlu jua tidur yang cukup setiap hari. Hal ini penting agar suasana hati kita
terjaga dan tidak mudah emosi.
Guru
mesti yakin dengan kebolehan setiap orang pelajar.
Guru mesti
optimis terhadap pembelajaran setiap pelajar dan menyediakan persekitaran yang positif
dan membina bagi aktiviti pembelajaran.
Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian terhadap pembelajaran
pelajar.
Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentadbir
dan staf-staf lain selaras dengan amalan etika profesionalisme perguruan dan
ikral muslimin.
Guru
sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab
profesionalisme
perguruan.
Latih diri agar istikamah masuk kelas lebih awal dan
membuat persediaan bukannya bergosip atau chatting. Elakkan mengunakan perkakas
sekolah untuk kegunaan peribadi atau mewujudkan pembaziran dan penyelewengan.
Guru
wajar menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada kaitan
dengan
proses pembelajaran yang memfardukan majlis menuntut ilmu ke arah kebenaran. Elakkan daripada melakukan aktiviti, program mahupun
pegangan yang jelas melanggari Al-Quran dan hadis. Jangan subahat dan menyokong
pihak tertentu demi menguatkan kronisme
atau menaikkan agenda atau nama peribadi.
Guru
juga mesti pandai berjenaka tetapi
tidak berlebihan supaya tidak menjatuhkan
kewibawaannya sebagia seorang guru.
Guru
mesti mahir mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian khusus dalam
pembelajaran.
Adakan ruang masa sisipan untuk memotivasi pelajar.
Sesipan motivasi itu bukanlah difokuskan sebagai memuji karana memotivasi guru
adalah perlu dalam mendampingi dan empati karakter pelajar.
Guru mesti menunjukkan kepada
pelajar bagaimana mata pelajaran yang
dipelajari boleh digunakan atau diaplikasi di dalam aspek kehidupan seharian.
Guru
mesti seorang yang boleh dipercayai.
Elakan dari ketandusan gaya
‘one man show’ di saat mengajar. Minta bantuan daripada yang Maha Esa
agar sentiasa benar dalam kegigihan berjuang menyampaikan ilmuNYA.
Wujudkan ruang dan peluang agar pelajar
dilatih berbicara secara formal dan beradap.
Sesekali
wujudkan suasana membina. Berikan soal yang menantang dan yang
bukan sekadar sukar tetapi perlukan kematangan dan kekuatan sosioemosi.
Kemudian berikan peluang kepada pelagar untuk ajarkan ilmu, kemahiran dan nilai
sahsiah yang diperolehi kepada pelajar lain yang memerlukannya.
Saya
yang sentiasa bimbang akan amalan saya dihisap kelak, tetap mendoakan semua pendidik
menerima hidayah sentiasa (khususnya untuk pendidik yang redha ke arah kebaikan
dan kebenaran). Dan saya jua panjatkan doa kepada semaua pendidik agar semakin
bertakwa (khususnya yang telah bahagia dalam ketenengan serta kemanisan menghambakan
diri melaksanakan tugas membawa risalah kebenaranNYA.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan