Hadis: Apabila Ulama Dimatikan Allah
Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda:
Sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama.
Sehingga apabila sudah tiada para ulama, :
manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil,
lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi)
Hadis: Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat
Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda:
Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut.
Dan maksud ilmu itu dicabut ialah diangkat dari permukaan bumi ini.
Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan
dengan menggambarkan jari tangan telunjuknya sambil bersabda:
Orang yang alim dan orang yang
belajar ilmu itu bersama-sama dalam mendapatkan pahala. Dan orang yang lain
dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa kebaikan´.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hadis: Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat
Daripada Abu Darda r.a berkata:
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Hadis: Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat
Daripada Abu Darda r.a berkata:
Pada suatu masa kami bersama
Rasulullah. Lalu baginda mengangkatkan pandangan ke arah langit, kemudian Baginda
bersabda:
Inilah masanya ilmu itu dicabut
daripada manusia sehingga mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya.
Maka berkata Zaid Bin Labid Al
Ansari r.a:
Bagaimana ilmu itu dicabut daripada
manusia sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami akan sentiasa
membaca Al Quran dan mengajarkannyakepada anak2 kami dan isteri2 kami.
Lalu Baginda bersabda:
Celakalah ibumu (kerana kehilangan
kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama di
negeri Madinah ini.
Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang
ada di kalangan orang2 Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2
Nasrani.
Apakah kitab yang ada di kalangan
mereka itu telah memberi faedah kepadamereka?
Berkata Jabir r.a: lalu aku datang
menemui Ubadah Bin Shomit r.a dan aku berkata kepadanya:
apakah engkau pernah mendengar apa yang
diriwayatkanoleh Abu Darda seperti yang tersebut pada hadis tadi?
Maka Ubadah berkata: benar apa yang
dikatakan oleh Abu Darda itu. Dan kalau engkau mahu maka aku akan ceritakan
kepadamu akan ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia!
Ilmu yang pertama sekali diangkat
dari manusia itu ialah khusyuk (dalam solat).
Barangkali engkau masuk ke dalam
sebuah masjid yang besar maka engkau tidak mendapati dari sekian banyak orang
yang hadir di dalam itu akan seorang lelaki yang khusyuk dalam sembahyangnya´.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan