Isnin, 5 Ogos 2013

Hadis: Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian



Hadis: Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian

Daripada Yazid Bin Salmah r.a berkata: Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w:

bahawa aku sangat banyak mendengar hadis daripada engkau, dan aku takut bahawa yang kemudiannya melupakan yang pertamanya.

Maka beritahukan kepadaku wahai Rasulullah dengan satu kalimat yang ringkas sekali, sebagai kesimpulan daripada segala yang aku dengar.

Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barang yang engkau ketahui.

(Hadis Riwaat Ibnu Maah )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan